26 January, 2009

Kak Shima yg bagi..

January 26, 2009 7 Comments
“The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.”


1. I am a Single Girl, Working as a Secretary at UPM



2. I really want to go to Mecca (InsyaAllah), genting (kesian aku wei, x penah g lg. huhu..)



3. My favorite place is (are) MyHome-MyVillage & beach



4. My favorite thing is (are) MyPink SonyE Hp & MyPink Canon Camera


5. My favorite drink(s) is (are) NescafeAis & Tembikai Laici



6. My favorite food(s) is (are) Ikan Bakar, Kerang Rebus



(SeaFood bakar2 punye)

7. My favorite color is Pink, Red & Black



8. I live in Serdang, Selangor

(UPM ni kan kat serdang..tp aku x la dok dlm UPM ni, dok tepi UPM je..)

9. I was born in Hospital Kuala Pilah, N9



10. My college was Politeknik Port Dickson, N9



11. My favorite stories are A Moment To Remember, The Notebook, Save The Last Dance For Me & The Host



(banyak lg sebenarnye nih..)

12. My hobby(ies) is (are) Surfing & Shopping



13. I wish for this - Actually, I hv many things i wish for future..They are.. Further Study, Transform MyRed Persona to Pink Colour & get Married..




I am tagging :

ryn DSK | fiza DSK | salfarina FSKTM | kak aqish | saddin | irda

20 January, 2009

xmo keje.. xmo buat ape2.. GILO

January 20, 2009 6 Comments
sangat banyak keje!
x cukup tangan nk buat keje..
x cukup meja nk buat keje..

adoiii..

tolong2..

tensen2..

mcm dh x sanggup nk keje
rase mcm nk dok umah goyang kaki je..
rase mcm nk lupakan semua..
rase xnak pikir ape2..

rase nk dok dlm dunia sendiri..
x payah keje..
sukati je nk buat ape..

T.A.P.I

mane boleh mcm tu.???

BANYAK CANTEK MUKE KO FIZA!!

dah, g wat keje..

14 January, 2009

DANSON

January 14, 2009 3 Comments
DANSON
A Contemporary Dance Performance | Persembahan Tarian Kontemporari

chareographer :
Jasni | Yusof Nor | Azwa | Seth

produced by :
Department of Culture, Arts, Tourism and Sports Kuala Lumpur City Hall | Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

26th - 28th December 2008
Panggung Bandaraya Jalan Raja, Kuala Lumpur

dh lame pegi tengok persembahan nih.. tp baru arini ade kesempatan nk update blog citer ni.. sori.. hehehe.. nih 1st time aku tengok persembahan yg mcm nih.. best gak..

secara x sengaja sbnrnye tengok citer ni.. mase tu baru balik dr jalan tar. shopping. on d way ke kete, ade kakak tu bagi pamplet psl DANSON ni. masuk percuma. tu yg pegi tu.. mule2 pegi nk tengok kejap.. last2 tengok sampai abis. lbh krg 1 jam 30 minit.

ade 8 persembahan malam tu..

* keliru - Yusof Nor
* kenapa ye??? | why.. why is it? - Jasni
* siapakah aku | who am i? - Seth
* pangkin - Jasni
* belebas - Seth
* aku.. I.. me - Azwa
* sengal - Yusof Nor
* thief - Azwa


persembahan yg paling aku suke , "sengal". kelakar giler. happening je.. sengal ni mengisahkan sorang laki yg suke berangan. mase die berangan tu, mcm2 perkara sengal t'jadi. music yg digunakan mmg sesuai. (aku lupe tajuk lagu tu, tp aku tau yg tu lagu artis indonesia). pastu ade budak2 comel. mmg sporting la dorang. aku bagi 5 bintang utk sengal.

pasni, klu ade lg persembahan mcm ni, aku nak pegi..
mmg enjoy!!

13 January, 2009

RM2009

January 13, 2009 3 Comments

GIANT RM2009 SAVINGS GUIDE
Valid from :
1 January 2009-28 February 2009

buku ni aku dpt mase shopping kt giant kajang. nak dptkn buku ni kene beli barang kt giant RM150 dlm 1 resit.

dlm tu ade kupon2 diskaun. jumlah kupon penjimatan dlm buku ni ialah RM2009. byk giler.. aku x gune sume pun. mane2 yg penting n yg aku mmg beli je aku amek. byk lg lebih dlm buku ni. sape nak, bleh la mintak kat aku ek.. cepat, sblm 28 Feb 2009 tau..

barang2 yg bleh dpt diskaun :

* hardware & tools * car accessories * home appliances * stationery * sports & outdoor * trolley cases * baby goods & toys * fashion * furniture * home furnishing & decorations * household items * kitchen appliances * groceries * household needs * pet care * health & beauty * baby needs * chilled & frozen * fresh*


12 January, 2009

Kenangan Malam Tahun Baru 2009 @ Dataran Merdeka

January 12, 2009 1 Comments

gambar kenangan di malam tahun baru @ dataran merdeka.
(sori ler.. aku ni bz, x sempat nk hupdate blog ontime.. dh nk basi dh post ni.. huhuhu)

x tau ape yg nk diciterkan kt sini.. tengok la gambar2 tu. xde yg menarik sgt. sbb celeb berdua je.. tp enjoy la jgk.. pd asalnye nk kuar dgn kawan2 DSK. tp, last minit masing2 ade program sendiri.. its ok.. orang yg sgt ramai. n aku rase 'org luar' lg ramai dr org malaysia mlm tu..

parking kete jauh nun kt pudu. pastu jalan kaki ke bukit bintang. x jauh sgt. tp sesak dgn lautan manusia. ade konsert cina kt situ. n budak2 main 'spray' buih. seronok tengok. mase tengah bersesak2 kt situ, hp aku hampir2 kene rembat. sebaik aku 'terasa'. kuang asam tul minah sblh aku. geram! dari bukit bintang, jalan kaki ke dataran merdeka. jauh giler!! sampai melecet kaki. singgah KFC 24 hours kt pudu. then terus b'jalan ke dataran.

sampai dataran, beli cekak 'mickey mouse'. bile pakai, sume org pandang, especially budak2.. minat la tu. hahahha.. sementara tunggu detik 12 malam, aku bace majalah wanita yg aku beli kt quick&easy sambil mkn zinger. konsert ade, tp x dgr sgt, sbb aku dok jauh. klu x silap artis yg ade mlm tu m.nasir, mawi, suki, hujan n sape tah lg.. x ingat dh.

bile 12 mlm, bunga api meletup2. byk giler. lawa2. n terasa betul2 ats kepala. call someone n wish happy new year. tp mcm x dihargai. hahahhaha.. ape la. nevermind.

happy & sedih. perasaan yg berkecamuk.

i'm so sorry..

11 January, 2009

Card Protection Premier (CPP)

January 11, 2009 1 Comments

korang penah dgr x psl CPP ni?? sesape yg guna kad kredit, rasenye mesti penah dgr psl CPP ni. aku dpt tau psl CPP ni sbb someone dari CIMB call aku n explain psl program ni. memule aku x caye. sbb, ye la.. skrg ni kan byk sgt penipuan kad kredit melalui tipun, risau plak aku. dat time aku x bg ape2 jwpn smada nk join ke x program dorang tu.

TAPI

ape yg buat aku sedikit kesal,dorang registerkn aku dlm program tu tanpa pengetahuan aku. tp nasib baik program ni betul, bkn tipu..

CPP ni sebenarnye 1 program perlindungan kad. kad yg dilindungi plak ialah sume kad kredit (semua bank), kad atm, kad keahlian (ape2 persatuan), kad simpanan nilai, ic, lesen dll. lagi 1, kite x perlu nk tipun sume bank kad kite tu sekiranya ilang.. juz call CPP ni je, n dorang akan block sume kad yg kite dh registerkn dgn dorang. mudah & jimat masa.

faedah2 CPP :


* perlindungan sehingga RM4,400 terhadap pemalsuan kad kredit sblm menghubungi CPP dan perlindungan sehingga RM300,000 slps CPP diberitahu.
* talian 24 jam utk membatalkan semua kad yg tlh hilang atau dicuri.
* penggantian sebanyak RM1,000 dlm mane2 1 tahun utk kos komunikasi dan penggantian kad kewangan atau dokumen yg berharga. (contoh : bil tipun or ape2 je yg b'kaitan semasa proses ganti kad or dokumen yg ilang tu)
* kos penggantian harta persendirian sehingga RM375 dlm mane2 1 tahun. (contoh : dompet ilang, then kite beli dompet baru, bleh claim harga dompet baru yg kite beli tu)
* penggantian sehingga RM40 utk kad simpanan nilai (contoh : touch n go)

kate la kite g oversea, then purse ilang.. CPP akn bagi ;

* perlindungan kad siang malam serata dunia - cuma perlu hubungi CPP dlm masa 24 jam slps kehilangan itu disedari.
* pendahuluan sehingga RM6,000 utk bayaran bil hotel dengan maksima sebanyak RM300 sehari utk setiap ahli (pendahuluan perlu dibayar balik dlm tempoh 28 hari)
* pendahuluan wang tunai kecemasan sehingga RM2,200 dengan maksima RM220 sehari utk setiap ahli (pendahuluan perlu dibayar balik dlm tempoh 28 hari)
* pendahuluan sehingga RM10,000 utk tiket penerbangan gantian bagi setiap ahli (pendahuluan perlu dibayar balik dlm tempoh 28 hari)
* agen terlatih lagi profesional utk membantu anda dlm penggantian dokumen2 perjalanan penting


--> charge CPP ni RM98 setahun.
--> utk register, call 03-2168 5688 (24 jam)

06 January, 2009

Sijil ISAC

January 06, 2009 5 Comments

beginilah ghupenye sijil ISAC.. kan aku dh lulus exam ISAC ni.. so, dapat la sijil nih..

tp, sijil die simple sgt.. tp ape pun, ok la..

name je "Tahap Asas Pengetahuan dan Kemahiran IT".. tp, mencabar betul.. dalam masa yg singkat, kene siapkan byk sgt soalan.. objektif tu walopun payah, tp bleh la jawab.. (sbb mmg ade jwpn kan.. pilih je..) tp yg subjektif tu.. mmg la carik jwpn kt internet.. tp klu internet slow, mmg menguji jiwa raga tuh.. sabo je la..

sebaik aku dh lepas sume tu.. kpd kwn2 yg x bernasib baik tu.. kene la buat lebih baik pasni..

03 January, 2009

result exam perkhidmatan

January 03, 2009 1 Comments

Alhamdulillah.. setelah penat aku bace buku.. akhirnye aku lulus..

x sia2 aku pinjam buku en. nuar yg berdozen2 tuh.. huhuhu.. kene blanjer en. nuar nih..

induksi pun aku dah pegi..

so, juz tunggu surat pengesahan jawatan je.. harap2 mak sign je la.. hehhehee..

--> target : add ym en. nuar (hahhahha.. kak shima, tlg jgn gelak ek..) <--

01 January, 2009

Selamat Tahun Baru 1430H | 2009M

January 01, 2009 2 Comments
Selamat Tahun Baru 1430H | 2009M

semoga apa yg telah diazamkan pd tahun lps telah tercapai
dan
semoga apa yang diinginkan pd tahun yg baru ini akan tercapai



--> masing2 ade impian, azam & cita2 setiap tahun.. same la mcm aku..
tp..
biarkan aku je yg tahu..
sebab..
tak semua orang boleh menerima
dan
tak semua orang boleh faham.. <--

Tuanku Ja'far Mangkat

January 01, 2009 2 Comments


JENAZAH Tuanku Ja’afar diusung keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban semalam untuk dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

[Sumber : Kosmo 28 Disember 2008 - Ahad]

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini pada kira-kira 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor yang membuat pengumuman itu berkata, baginda dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sakit kepala kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.


ALMARHUM TUANKU JA’AFAR


Sebelum itu, katanya, dua pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman cuba memberi rawatan di Istana Hinggap di sini.

Namun disebabkan keadaan Almarhum terlalu lemah walaupun masih sedar, mereka mengesyorkan supaya baginda dibawa ke HTJ untuk rawatan segera.

“Baginda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah memberi rawatan kecemasan sebelum mangkat pagi ini (semalam),” katanya di HTJ semalam.






~ aku x berkesempatan singgah Seri Menanti untuk penghormatan terakhir.. ade hal penting.. nk update blog pun, x ter update.. arini baru masuk opis, n baru dpt godek2 blog nih..
n arini aku pakai serba hitam (berkabung). tibe2 plak rase sedih.. Semoga roh baginda dicucuri rahmat.. ~