:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

27 July, 2011

bas dah gerak.. kul 10.15 pm tadi..






incik asben dah dapat selimut.. provide by sri maju. entah basuh entah tidak haha..

aiyoo!! aso belakang ni berborak macam nak bagi satu bas dengar.. tension pulak! cakap x berenti2! klu sampai hatyai camni, mau pitam dgr suara dia!

nasib badan.. :(


- Posted using BlogPress from my iPhone


- Posted using BlogPress from my iPhone

Update blog via iphone

testing 123....



- Posted using BlogPress from my iPhone

26 July, 2011

m.e.r.a.n.c.a.n.g

sedang m.e.r.a.n.c.a.n.g perjalanan ke krabi..
rase tak cukup masa je pergi 3D2N..
macam2 xtvt nak buat kat sana..

nak pergi snokerling kat pulau2 camni..


sumber gambar : google

then, nak jugak ke sini..

sumber gambar : google

tapi, utk dua2 xtvt ni perlukan 2 hari (full day).
kitorang cuma ada masa 1 1/2 hari je.. 
kene pilih salah satu..
hmmm..
susahnye nak buat pilihan..

23 July, 2011

r.i.n.d.u

rindu pada yang dulu..
rindu pada masa lalu..
rindukan sesuatu..

dicari, tapi tak jumpa..

dan..

tak mungkin akan jumpa..

22 July, 2011

Cara2 Apply Passport

pagi tadi lepas pendaftaran semester baru..
terus pergi ke hentian kajang untuk apply passport..
so, maknanya..
memang jadi la pegi krabi ni..
yeay!!

meh citer sikit pasal cara2 nak buat passport ni..
untuk yang 1st time nak buat macam kitorang ni boleh la jadikan panduan ye..

nak senang, bukak je website imigresen iaitu
kat situ ada tulis dokumen apa yang perlu disediakan..
hehhehhee
mudah..

ok2.. aku citer la..

kau kene bawak :
(i) IC (original & fotokopi depan-belakang 1 helai)
(ii) gambar 2 keping (size 3.5cm x 5 cm)

isi je borang yang korang boleh download sendiri kat website tu, atau kalau takde printer, amek je borang tu nanti kat kaunter..

pastu g je kat mana2 pejabat imigresen yang terdekat..
macam aku, aku pegi kat hentian kajang
kat putrajaya pun ada jugak..

kat hentian kajang tu punye la ramai orang..
terus tuju tingkat 3
dalam pejabat imigresen tu, lagi la ramai orang..
warga asing la..

sampai2 je terus pergi kaunter semakan..


kau akan dapat nombor giliran
nanti incik tu akan semak borang & dokumen yang diperlukan..
ha mase tu la kau kene ready dengan sebarang kemungkinan..
dia akan cek IC tu boleh baca atau tidak..
kalau cip rosak (tak boleh baca), korang kene buat IC sementara dulu..
kene pergi mana2 JPN
kalau IC ok, dia akan semak gambar pulak..
nasib baik cip dua2 IC ok..
cuma yang tak bestnye..
kitorang tadi kunun nak bagi gamba yang paling lawa & paling ensem penah amek la..
tapi, last2 gambar kene reject..

owh, sebab kene reject :
(i) nak gambar terkini 
(gambar aku ok, muka same.. muka laki aku la, lain sebab sekaran dah takde rambut) ;p
(ii) gambar yang high quality
(gambar kitorang print sendiri kat opis.. macam blur sket..)

ni gambar yang di reject tu..

kalau kau hadapi situasi yang macam kat atas tu, jangan risau..
kedai gambar banyak sangat kat hentian kajang tu..
siap dorang akan kejar kau lagi bila kau lalu kat situ..
kat dalam pejabat imigresen tu pun ada tempat untuk ambil gambar jugak tau..
bayar RM 10.00 (4 keping).
kalau kat tingkat 1, kedai tu RM 8.00 (4 keping).
kalau yang betul2 berdepan dengan pejabat imigresen tu plak, RM 10.00 (4 keping) jugak..
pilih la mana yang berkenan..

kitorang amek yang kat dalam pejabat tu je..
sebab fikir, opkos la gambar tu nanti akan memenuhi kriteria yang ditetapkan kan..
tapi sebenarnya, memang elok pun kalau kau amek yang kat dalam pejabat tu pun..


kat situ gambar kau akan diambil oleh sorang aci ni..
memula aku ingat dia cleaner kat situ (sorry aci), tapi kau..
canggih aci tu..
hehhhehe
gambar diambil memang mengikut spek..
kat skrin dah siap ada ukuran dah..

pastu yang best, kalau kau tak suka gambar tu, kau boleh ambil sampai kau puas hati
hahahhaha..
aci tu cakap kat laki aku, 'senyum jangan nampak gigi' - tak tau ape motip.. hahhaha
kalau kat kedai2 luar pejabat tu, aku tengok macam biasa je la.. 
tak tau la bleh ambil sampai puas hati atau tidak..

ni gambar tadi.. hahahhahaha..

tembam giler.. pastu aku rase gambar ni tak lawa..
hahhahaha
dua kali ambil.. segan pulak dengan aci tu..
last2, ok kan je la..

owh, lagi satu, kat dalam borang nanti perlukan ukuran ketinggian kau..
kalau kau tak sure, kau boleh ukur time tu jugak..
ada banyak pembaris kat tepi2 kaunter tu..
ko pilih la nak yang mana..
cuma macam segan sikit kut, sebab dia suruh kau ukur sendiri..
hahhahahaa.. ;p
incik tu cakap kat aku
'ukur, pandang pembaris cik, jangan belakang.. kalau belakang, nanti ukuran tak tepat.. pompuan sekarang, tudung tinggi2..' - hampeh!

lepas kaunter semakan, kau tunggu nombor kau dipanggil sekali lagi untuk pembayaran..

bayaran macam ni :
2 tahun = RM 100
5 tahun = RM 300

kitorang buat 2 tahun je.. 

lepas bayar, kau kene tunggu dalam masa 1 jam untuk passport kau siap..
nanti dia akan panggil nombor semula..
kitorang decide nak pergi makan sementara menunggu passport siap
lagipun, puan kaunter tu cakap,
'kalau nanti nombor dah terlepas, pergi kaunter dan tanye'
so, kitorang terus la carik kedai makan..

lepas makan, sempat pulak pergi pusing2 satu hentian kajang tu..
survey tiket bas ke hatyai..
masih belum decide nak naik bas atau naik keretapi..

tak sampai sejam, kitoran naik atas balik..
pejabat dah kosong dah..
pejabat tu bukak la..
time semayang jumaat pun dorang bukak kaunter..
orang yang ramai2 semua dah takde dah..
tengok nombor dah jauh ke depan..
terus pergi kaunter tanya..

dan, akhirnya..
siap jugak passport itu..

urusan mudah & cepat.. tak sampai 2 jam pun

seronok!




::  pejabat imigresen ni bukak hari minggu jugak.. boleh refer website untuk maklumat lanjut..  ::

21 July, 2011

~ pendaftaran.jahitan.kelas mekap.mekap free ~

esok pendaftaran semester baru..
semester 4.. masih ada 6 sem lagi !
masih lama lagi bukan??
berjaya ke tidak nak mengabihkan study ni, same2 la kite tengok ye..
eh, same2 la doakan ye..

setakat ni, pointer masih lagi 3 ke atas.. hehehehe
bangga? tak jugak.. sebab cukup2 makan je..
tapi itu la yang aku dapat hasil usaha aku selama ini..
kejap2 rajin, selalu malas ;p

kelas jahitan, langsung tak pegi dah..
arini last day kelas.. tak pergi..
banyak kali jugak ponteng..
membazir je bayar RM42..
tak la banyak mana, tapi mana nak dapat blaja buat baju kurung yuran murah camtu?
bukan sengaja tak nak pergi, tapi bizi..
start ponteng masa prepare utk wedding minggu lepas..
so, dah tertinggal banyak..
nak jahit kat umah, tak sempat..
balik keje dah penat..
weekend full dengan appointment..
sudahnya, mesih jahit bagi kat intan..
so, simpan je la kain yang tak berjahit ni..
tunggu masa yang betul2 free untuk sambung balik jahit..


bulan puasa ni rasenya nak buat kelas mekap
tapi tak advertise pun lagi..
masih dalam perancangan..
tapi, ape yang pasti, bulan puasa ni nak conteng muka orang..
ade sape2 ke yang free, yang rela muka diconteng secara free??
angkat tangan!
serius ni.. aku perlu conteng muka orang selalu
supaya dapat menajamkan skill yang ada, dan supaya tak lupa..
mekap pun boleh lupa tau..
ye la.. kan ke banyak mende yang nak ditepek..
boleh lupa yang mana nak tepek dulu.. ;p

pasal conteng menconteng muka ni, kene cari date yang betul2 free..
baru boleh menconteng dengan tenang :)
kalau ada yang terbaca n3 ni dan berminat, emel kat aku ye..
free je.. korang tak perlu bayar ape2..
cuma korang kene rela gambar korang di popularkan di blog dan FB
hehehehheheee.. ok ke??

ok la.. tak tau nak citer ape lagi..
aku dah bosan tahap gaban dah ni..
rase nak tido awal je malam ni..

Assalamualaikum..

19 July, 2011

Dapat jugak akhirnya..

lame giler tak cek incik nuffnang ni..
bukan ape, sbb amount tu tak bergerak2..
sampai penah ingat, rosak agaknye..
then, rase nak buang je incik nuffnang ni..

tadi, dengan kadar kemalasan tahap tinggi
sebab dah tak tau nak surfing ape lagi..
bukak jugak la incik nuffnang ni..
tengok, dapat BE !!
sonok2 !!
tak de la banyak sangat pun..
tapi, Alhamdulillah..

:
: picit gambar utk tumbersaran yang berjaya ::

cer tengok gambar tu.. tahun 2010 je yang banyak (banyak ker..?)
tapi tahun 2011, sekali je tau..
hahahah... teruk tak teruk tu ha..
penulis blog macam aku ni, jangan nak berangan la nak earning hari2 kan..

tapi, yang tahun 2010 tu kan, tu mase aku guna network blog..
ramai gak yang masuk..
lepas aku buang network, haram..
ingat nanti nak guna balik la..
hehehe..
tamak betul.

ape pun, time kasih la kat incik nuffnang.
sekurang2nye saye tau, incik masih idup di blog saye..


:: tak jadi nak buang incik nuffnang ;p ::

rimas..

aku sangat rimas bila orang tanya..
"bila nak ada baby?"

sampai satu tahap, aku rase kesabaran tu tercabar..

pada aku, itu hal peribadi aku & suami..
sangat sensitif ok.

tak perlu tanya lebih2..
tak perlu sibuk2..

kalau ada anak nanti,
bukan awak yang nak tolong jaga..
bukan awak yang nak bagi belanja..
tolong la paham..

rezeki Allah dah tentukan..
ada rezeki, dapat la anak

dan tak perlu tanya lebih lanjut..
"merancang ke?"

aku rase, soalan tu Over, ok.
aku tak suka.

kalau aku tak merancang,
kan ke soklan menyakitkan hati aku?
pikir dulu sebelum tanya..
jangan asek dengan bizi bodi tu..
semua hal nak tau.

18 July, 2011

k.r.a.b.i

k.r.a.b.i

main tarik tali pulak...
kejap jadi, kejap tak jadi..
huhuhuhu

macam2 hal la pulak..

honeymoon.. ~ perlu ke?

korang rase penting ke honeymoon?
perlu?
(bajet macam ada peminat setia bace blog nih ;p)

sure ada yang jawab,
"hari2 pun honeymoon"

tak kesah la kan..
cuma pada aku, honeymoon tu penting..

pada aku, honeymoon ni masa untuk berdua..
masa yang kita ada untuk spent time dengan orang tersayang..
kalau boleh, honeymoon la tempat lain..
selain dari rumah la..
baru la ada kenangan..
hehehhee..

bagi yang takde komitmen atau tak bizi tu, takde masalah..
bila2 pun boleh honeymoon..

aku?
tak de pun pegi honeymoon kat mana2..
kat rumah je la..
masa yang ada sangat la terhad..

kalau pergi berjalan tu memang la ada, tapi bukan honeymoon sangat pun..
masing2 bizi dengan hal sendiri..
dengan talipon yang asek nak berbunyi tu..
memang stress la jugak..

kadang2, teringin jugak pegi tempat yang jauh sikit..
tempat yang orang tak kacau..
hahhaha..
tempat yang boleh spent time sebaik mungkin..

tapi tu la..
masa masih belum mengizinkan lagi..
banyak sangat halangannya setiap kali plan nak pergi..
macam2 hal..


p/s : sedih bila teringat melaka..

07 July, 2011

Disaat Aku Mencintaimu ~ Dadali




 mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku


aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku


semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta


aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails