03 November, 2011

KRABI ~ Day 3 (29.07.2011) - part 1

November 03, 2011 2 Comments


Cerita Krabi lagi.. --> klik SINI dan SINI dan SINI dan SINI


7.30 pagi dah turun untuk breakfast.
makanan kat sini susah nak cakap..
maklum la hotel..
katanya halal, tapi entah la..
so, kami cuma makan makanan yang takde ayam/daging & roti..
jadi la untuk alas perut..

cafe @ Aonang Buri
 tunggu orang pick-up
abaikan idung kembang tu ;p

dalam kul 8.30 pagi ada sorang mamat datang untuk pick-up kami
dari hotel kami, ada 1 pasangan lain gak yang ambil pakej sama..
 couple cina Hong Kong
nak pergi ke tempat berkumpul, mereka pick-up naik truck ni..
truck ke lori ni??  ;p

truck ni x tau ape nama.. Tuk-Tuk besar kut ;p

buruk je kan? hahahhaa..


perjalanan tak lama..
tak sampai 5 minit, kami diturunkan di sini..

Barracudas Tour

rupanya pakej2 yang kita ambil di mana2 travel agent akan diuruskan oleh Barracudas Tour ni..

rupanya ramai giler yang tengah menunggu..
kami diberi sticker mengikut kumpulan.
kami dapat sticker oren..


lama jugak nak tunggu turn bergerak ke pantai..

so, korang yang plan nak pergi, boleh cuba survey harga pakej dekat Barracudas Tour..
mana tau boleh dapat lagi murah, sebab direct mereka kan..
kami tak tanya pun kat Barracudas Tour ni, sebab tak perasan..
lagi pun, dia takde sinage promotion yang boleh menarik perhatian kami ;p


tempat ni berdepan dengan mesin ATM.
bench mark lain tak ingat pulak.. tapi kedai ni central Ao Nang jugak la..
banyak je mesin ATM kat kawasan ni, boleh round satu per satu.

dari Baracudas ni naik van ke Noppharat Thara Beach - tempat untuk naik bot ke phi-phi island


sampai sana, lagi la ramai orang..
hahhahaha.. memang kat sini itu la aktiviti utama kalau ke Krabi ni..
so, no wonder la ramai orang macam kenduri ;p

 masing-masing tengah tunggu turn
 truck yang berulang-alik ambil penumpang.. sumbat selagi boleh..
 rase macam comel pulak :D hahaha
itu la speed boat kami

perjalanan untuk ke pulau yang pertama ambil masa lebih kurang 45 minit..
boat ni memang laju.. nama pun speed boat kan.. ;p

ktrg duduk kat belah depan (luar) boat..
walaupun panas, sanggup tahan
hahahhaa.. jakun pulak.
bukan apa, senang nak tengok pemandangan yang sememangnya cantik ~
rugi kalau duduk dalam..

gambar kami berdua tak banyak.. :(
ini couple cina Hong Kong yang ambilkan gambar kami :)
jiran di hotel juga ni..
 tetap posing senyum walaupun tengah panas :D
 menahan panas.. sun-burn suda ;p
ni tourist guide kami ~ nama tak tau

sebelum bergerak, tourist guide ni citer la serba sedikit itinerary pada hari tu..
macam dah hafal script dia bercerita :)


banyak pulau-pulau yang kita akan jumpa..
satu pulau je yang ingat nama ~ chicken island




 ha, ni la chicken island.. nampak tak bentuknya macam ada kepala ayam tu?
 dah nak sampai.. hehehe.. cantik & sangat teruja tengok air yang biru tu..
Subhanallah ~ cantik sangat :) 

brader tukang turun & naikkan sauh
(sauh ni sangat la berat..)
cantik kan??


ni pulau pertama yang kami singgah.. - Bamboo Island


katanya kat sini banyak pokok buluh.. sebab tu dinamakan Bamboo Island.
sangat-sangat cantik tempat ni..
kalau tengok dalam gambar dah cantik, tengok depan2 apatah lagi kan..
korang kene datang sini sendiri la untuk tengok betul ke tak cantiknya.. :)


 pasir pantainya lembut..
 korang rasa teruja tak nak datang sini?? hehehee
 pulau ni kene tsunami juga..
 entrance fee sudah termasuk dalam pakej

 belakang tu macam dalam lukisan :)
tapi tak boleh lama kat sini, sebab hujan dah nak turun..


owh, kami pergi Krabi ni salah musim.. sebab memang tengah musim hujan & angin kuat..
tapi sebaik la tak hujan sepanjang hari.. 

lepas dari Bamboo Island bergerak untuk snokerling di Loh Samah..

tapi hujan sangat lebat..
so, tak dapat nak snokerling kat situ..
mereka janji akan ganti tempat lain untuk snokerling lepas hujan berenti nanti..
so, bot pun bergerak perlahan menuju destinasi yang ke-3..


nanti boleh nampak perkampungan ni..
tak tau apa nama tempat..
bukan la perkampungan kut, tapi chalet..




masa ni hujan dah reda..


Viking Cave

ni tempat ke-3 kami singgah - Viking Cave.. dalam gua ni ada orang tinggal.. 
orang yang usahakan sarang burung..
dulu boleh masuk, tapi sekarang dah tak boleh..
sebab katanya tourist buat bising & semua burung terbang lari..
so, tengok dari jauh je..




ni kawasan sekitarnya.. air hijau kan..


lepas Viking Cave, bergerak pula ke sini..




kalau tak salah nama tempat ni Phi Phi Leh..
atau Pileh Lagoon..
dia macam kawasan teluk (terkepung)
ada satu je laluan masuk, tapi sebaik kawasan ni luas jugak..
penuh tau bot2 dalam ni..
keliling semua batu-batu tinggi..


cantik !!
 sangat-sangat cantik tempat ni.. tak sangka boleh tengok depan mata tempat secantik ni.. :)





air sangat jernih, nampak tak dalam.. tapi sebenarnya dalam jugak..
kat sini kami dibenarkan turun untuk snokerling, tapi tak ada pape pun kat sini..
tak nampak ikan atau pun coral..
pasir je nampak..



tapi sebab teruja air cantik, terjun jugak la..




kami tak boleh nak snokerling sama-sama, sebab beg takda orang jaga..
kebetulan incik asben bawak kamera besar, so takut nak tinggalkan beg..
memang la dah masukkan dalam water proof beg, tapi tak kompiden yang beg tu betul-betul selamat.. kang tak pasal-pasal kamera berendam dalam air..
jadinya, kami bergilir-gilir turun..
dalam bot kami ni ramai.. lebih kurang dalam 30 orang camtu.. tak pun lebih..
yang turun snokerling tak ramai, ramai yang duduk atas bot.. 
bukan tak percaya pada orang, tapi berhati-hati..
kang kalau hilang, camne.. 
sape nak jawab kan..?


owh, ni kami kenal pasangan pengantin baru dari Malaysia jugak..


Prasad dan Sue


sorang cina, sorang india..


then Prasad ni pulak IT based jugak, so rancak la berborak dengan incik asben..
kami yang bini-bini ni tak tau nak borak apa.. dengar je la cerita mereka..
ok la, even kenal time tu, mereka ni mesra..
at least ada jugak kawan nak berborak..
dan ada jugak orang yg boleh tolong ambilkan gambar kami :)




masa kat sini kami diberi makanan ringan.. ada kek dan buah-buahan.. then dapat air pepsi sebotol.. makanan ni semua dah termasuk dalam pakej, so ambil saja, ok.




Monkey Beach


masa ni cuaca dah ok dah.. kami bergerak pula ke Monkey Beach..
tengok nama pun dah tau kan apa yang ada kat situ..
hahahhahhaa..
tapi kami tak turun ke pantai pun, sebab baru-baru ni ada tourist cedera kene serang dengan monyet-monyet tu..
so, tengok dari jauh je.. tapi, ada juga bot lain yang turunkan tourist kat situ..
kami tak heran pun monyet-monyet tu sebab kat Malaysia kan banyak..
selalu je jumpa.. kat kampung, free-free je boleh tengok..
cuma, bagi tourist lain, jakun teruja sikit la.. :p


monyet kat sini minum pepsi..


lepas monkey bay kami bergerak pula ke Phi Phi Don
ni tempat kami (semua bot sebenarnya) berhenti untuk makan dan solat.
kat sini kami diberi buffet lunch.. campur dengan bot-bot lain..
masa ni sini baru nampak ramai orang Malaysia..




antara makanan yang disediakan




lama jugak stay kat sini..
sempat pusing-pusing pulau ni..
banyak souvenir jual kat sini.. cuma kene beli yang kedai-kedai belakang dan dalam-dalam sikit..
kalau kedai-kedai yang kat luar, harganya sangat mahal..
kat sini kami beli fridge magnet dan t-shirt Phi Phi Island..






 kepala ikan jerung pun ada jual tau.. :D


 actually kat sini pun boleh stay jugak.. ada hotel.
cuma tak tau details berkenaan tempat ni..




sila google kalau nak tau lelebih :)


nak balik dah masa ni..


lepas dari sini, kami diturunkan di satu tempat ape tah namanya..
ganti balik tempat yang sepatutnya kami snokerling sebelum ni (hujan)
kat sini agak lama..



owh, aku tak reti berenang..
pakai life jacket pun hampir-hampir nak lemas..
dah la berenang-renang sorang-sorang..
incik asben atas bot..
masa kat sini sangat best..
boleh nampak ikan-ikan yang cantik
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah..
ikan-ikan sangat banyak.. Prasad dan Sue .. bawa roti, then bagi kami sikit..
dapat la merasa ikan makan kat tangan :)
nanti kalau korang nak pergi, bawak roti untuk bagi makan ikan ye..
kami tak tau, so berlenggang kangkung aje pegi..




lepas abis roti, kami bagi ikan-ikan ni buah tembikai pulak
hahahhaa.. buah-buah banyak lebih, so, kenyang la ikan-ikan tu makan buah
nenas pun dia makan jugak..




masa ni tak tau nak cakap apa, sebab ikan-ikan tu sangat cantik..
sayang takde camera water prof tu..
kalau ada, mesti seronok !


see.. nampak tak ikan banyak-banyak tu??


kat sini jugak ada ikan landak.. ala, yg kaler hitam berduri-duri tu..
boleh nampak dengan jelas masa snokerling kat sini..
ikan ni beracun katanya.. so, perlu berhati-hati..
coral pun banyak dan tajam-tajam..
aku tak pakai kasut (tak biasa pergi snokerling, jadi tak tau), abis luka-luka kaki..
Prasad dan Sue memang selalu pergi snokerling
mereka sangat cekap berenang.. 
orang dah naik bot, tinggal mereka je berenang-renang je, macam tak nak balik :)


bergerak balik ke Krabi lebih kurang jam 3.30 petang..
masa tu cuaca tak menentu..
kejap panas, kejap mendung..


sepatutnya last destination kami ialah ke Maya Beach
tempat pengambaran filem 'the beach'
tapi kami dimaklumkan bahawa kawasan Maya Beach tengah agin kuat dan hujan..
Maya Beach ni belah belakang Phi Phi Island
jadi, memang bot tak boleh ke sana..
so, cancel.. huhuhu..
dengarnya Maya Beach ni sangat-sangat cantik..
tapi takde rezeki ke sana..


kami semua terus bergerak balik ke Krabi..
masa balik pun kami duduk di depan (luar) bot jugak..
masa on d way balik ke Krabi, hujan turun sangat lebat..
laut bergelora, bot terumbang ambing..
driver bot plak bawak laju giler.. 
bila duduk depan, kita akan melambung-lambung sebab langgar air yang bergelora tu..
silap-silap bot boleh karam!
sebaik ada incik asben, tempat bergantung, supaya tak melambung jugak.
hahhahaha.. kan kurus, jadi badan ringan..
hujan pulak semakin lebat..
tapi tahankan jugak duduk depan..
bila dah kat tengah-tengah laut, kami hilang arah..
sebab dah tak nampak langsung jalan (pulau-pulau yang jadi petunjuk)
so, kami berhenti kat tengah-tengah laut.. 
bot-bot lain pun sama jugak..
lebih kurang 10 minit duduk tengah-tengah laut..
hati dah mula risau..
ye la, klu hujan terus lebat, tak jumpa jalan.. laut bergelora.
macam-macam boleh jadi..


bila hujan reda sket, bot terus dipanju laaaggggiiiii laju !
kami semua takut..
meter bot melebihi 6000 rpm (kalau tak silap) - tapi memang laju giler la..
sampai satu tahap, bot melambung & aku tercampak ke depan
tapi nasib baik masa tu incik asben pegang
kalau tak, entah-entah tercampak dalam laut agaknya
takut sangat masa tu..
punggung pulak terkena kat papan sanding tepi bot tu..
sakit giler!!
mula-mula boleh gelak-gelak lagi, lepas tu makin sakit..
sudahnya, aku surrender..
masuk duduk kat belah dalam bot
dalam bot kurang sikit melambungnya..


masa dalam bot tu semua orang tak bercakap..
masing-masing takut..
tapi, nasib baik takde pape perkara buruk berlaku.
kami selamat sampai kat darat..


turun kat tempat yang naik pagi tadi.. 
seperti biasa, ada orang jual gambar-gambar candid kita yang diambil sebelum naik bot pagi tu..
gambar 4R dengan frame. harga THB 150
kami tak beli pun, sebab gambar muka buruk.
tak pandang kamera pun.
incik asben cakap, tak yah, nanti kita buat sendiri..
saiz besar punya..
iye la..


balik, mereka hantar kat hotel la..
sampai hotel, berendam dulu kat swimming pool, pastu baru naik bilik..


cek punggung yang sakit tu..
ha, hambik ko!
lebam !
bukan sikit, tapi banyak (besar) lebamnya.
kaler biru.
patut la sakit sangat..
adoiiii.. :(
penangan dan kenangan ke phi phi island
dapat sebijik !


sakit punggung pun, tetap semangat nak meronda sekitar Aonang ~
hehehhee..


dengan lajunya bersiap untuk keluar jalan-jalan
:) 


***


bersambung..




:: rasa-rasa korang teruja nak ke Krabi ni, lepas tengok gambar2 yg ada ni..??? hehhee ::