01 February, 2012

KRABI ~ Day 3 (29.07.2011) - part 2


sory, sambung semula cerita KRABI. lame giler cerita tergantung ;p

mode : rasa nak pergi KRABI lagi.. :)

 - n3 ini sambungan dari n3 ini -

dalam kul 5.30 pm camtu, kami dengan pantasnya keluar.
jalan kaki dari hotel ke Ao-Nang central.
tempatnya tak besar mana pun, boleh kata semua kedai kami dah round hari sebelumnya tu..

dah penat berjalan & dah tak tau nak pegi mana lagi dah..
baru terpikir nak sewa motor..
survey & survey & survey
dapat la satu tempat yang agak murah sikit dari yang lain..
gambar kedai sewa motor tu lupa nak snap.. 
tapi yang penting depan kedai banyak motor. hahahhaha
eh, serius la. kedai dia paling banyak motor..
kedai sewa motor yang lain tak banyak sangat macam kedai dia..
ingat kedai jual motor, tapi sebenarnya kedai sewa motor.

see, comel tak motor yang kami sewa ni? hahaha..
- Yamaha Fino -
nak yang pink jugak :p



helmet pun pink jugak :D

kebanyakkan helmet kat Thailand ni memang jenis yang camtu la.. bukan jenis yg full macam helmet kita ni.. kelakar je muka pakai helmet tuh


incik asben amek helmet kaler itam. saye tak sampai hati nak bagi dia pakai helmet pink (pitam)

eh, berapa sewa motor ni??
THB 150 sehari
a.t.a.u
RM 15 sehari..

banyak kedai sewakan motor dengan harga THB 250 per day,
kene rajin survey yer kengkawan..


kalau motor hilang, bayar gantirugi THB 40,000 (RM 4,000)

masa nak sewa motor, tanya la kat amoi (amoi ke) yang jaga kedai tu tempat best yang kami boleh pergi..
dia cakap pergi pasar malam.
sebelum ke sini dulu, ada jugak terbaca pasal pasar malam dia
cuma tak sure tempat sebenar dia kat mana
then, amoi tu kasi peta besar
(peta besar ni boleh je beli kat 7e. banyak jual)

amoi tu pesan, isi minya kat kedai depan tu..
sebab minyak dalam tangki tu dah nak abis..
sewa motor, isi minyak sendiri ye
jangan ingat kedai tu kasi minyak sekali

ini kedai yang amoi tu suruh pergi

macam logo 'shell'

err, tak pasti ape beza gasoline dengan petrol..
tapi sebab itu je yang ada, rembat aje..
isi kat sini THB 50 sahaja. kat situ dah siap tulis, minimum isi THB 50.
lepas isi, terus jalan

tukang tengok peta, aku la kan..
harus la banyak kali berenti, sebab asek terpusing2kan peta je..
hahaha.. 
aku memang failed kalau bab bace2 peta ni.

punye la jauh pasar malam dia..
pasar malam kat town katanya..
amoi tu cakap dekat.
cis!!

sepanjang jalan tu ada gak jalan2 yang sunyi..
tapi kami redah je..
doa je semua selamat

tapi kan, 1 je yang kami perasan,
sepanjang jalan tu..
tak kira la yang nak ke town atau yang nak balik ke Ao-Nang
kami je yang pakai helmet!!
hahahhaa..
gila keras kepala orang Thai ni..
memang betul la cakap Prasad & Sue..

so, kesimpulan yang boleh dibuat,
kalau yang pakai helmet tu kompom foreigner.
yang tak pakai helmet tu local.
kan? kan?

jauh jugak nak ke town
lebih kurang dalam 30 minit perjalanan..
mau tak sakit pinggang. dah la lamer giler tak naik moto!

sepanjang jalan tu macam2 tempat kita boleh tengok..
nak berenti mana2 pun ikut suka la.


ni post office Thailand. warna sama dengan kita.

banyak tempat2 lawa, bangunan unik2 yang kami lalu..
kene pergi sendiri, baru tau camne..
jenuh nak upload semua dalam ni.

selepas berpusing-pusing entah ke mana, akhirnya sampai jugak kat pasar malam!
laa.. rupanya tempat ni betul2 sebelah tempat yang kami ditinggalkan dulu tu..

kawasan lapang sebelah jeti
kecik je pasar malamnya..

ingatkan best sangat, tapi tak best pun!

ingat kat sini kita boleh dapat beli souvenir yang lelawa untuk dibawa balik
tapi, pasar malam ni, kedai makan sahaja.
eh, gerai kut..

semua jual makanan, takde benda lain
- hampa -
mungkin kami tersalah tempat kut.. tapi kalau ikut peta tu dah betul dah..
dalam peta tu sendiri ada tulis tempat2 yang kita mesti pergi
tapi camni je.. adoii..

dah sampai sini, makan je la jawabnya..

 pancake mesti ada jual..

 pakcik ni agak sombong.
dok tercegat depan dia, sikit pun tak pandang..
tau la kedai dia paling laku.. penuh je.. geram pun ada..
tapi, tengok kir-kanan, kedai yang halal tak banyak
dan..
tak menarik..

tak tau la kalau pakcik ni tak pandai speaking, so dia buat tak tau je..
susah payah order, dapat jugak akhirnya..


tomyam ape tah.. tapi s.a.n.g.a.t s.e.d.a.p

tomyam ni makan dengan nasik putih. nasik putih sama je dengan kita, so tak snap gambar.

incik asben makan nasik goreng


lepas tu order satay jugak.


mahal satay ni. satay ayam THB 10/ cucuk
kira RM 1.00/ cucuk.. mahal la kan..
saiz tak besar mana pun.. lebih kurang je macam satay kajang tu..


 kedai satay ni sebelah kedai pakcik sombong tu.

lepas makan terus gerak balik Ao-Nang.
hari pun dah gelap dah..

sebelum balik, cari pam minyak sebab minyak dah merah..

pusing satu town carik pam minyak, semua dah tutup, termasuk Shell
ni shell yg sama macam kita tu..

fyi, semua perniagaan kat town ni tamat jam 7 malam (waktu sana).
memang takde dah pam minyak yang bukak..
kedai2 biasa pun dah tutup.

beranikan diri terus pecut balik ke Ao-Nang & harap akan jumpa pam minyak otw.
sepanjang jalan, pam minyak yang ada semua dah tutup..
hati dah berdebar2..
menyesal pun ada, sebab tak isi minyak banyak2 masa kat Ao-Nang tadi.
hari dah gelap..

Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak pam minyak yang masih bukak.
nama pam minyak ni tak tau apa..
tapi kaler macam Caltex.
masa tu dah tak ingat dah nak snap gambar ke apa, yang penting isi minyak.

kali ni isi banyak sikit, sebab takut papehal nanti kan..
owh, minyak kat Thailand sangat mahal ye
paling murah, minyak dia lebih kurang RM 4 / liter.

lepas tu teruskan perjalanan balik.. sepanjang jalan sangat gelap, sebab takde lampu jalan.
kiri-kanan pulak hutan. sangat takut masa tu..
tapi sebaik banyak je motor yang menghala ke Ao-Nang, 
so, konvoi same la..
err.. kami je yg pakai helmet waktu tu :p




bila dah masuk Ao-Nang lega..
pastu kami pun merempit sana-sini.. pusing kat situ je dah bape kali dah..




dah penat round2 situ, incika asben ajak pegi Gastropod Fossil.

tengok peta tak la sejauh pergi town..

terus rempit sana pulak.. 
owh, masa tu kami dah jadi orang Thai dah.. :D
helmet sudah simpan!


tak tau ape yang ada kat situ..
jalan ke situ pun sunyi jugak..
jalan masuk kampung..
memula ingat nak pusing dah, sebab tak jumpa2 pun signboard, tapi bila dah jumpa teruskan je..


ada 2 tempat menarik yang kita boleh pergi ikut jalan yang sama

- Gastropod Fossil
- National Park Ranger Station

*dalam peta, national park tu jauh sikit la..

aku tak tau pun pasal ni, sebab masa survey2 dulu takde pulak blogger lain kata tempat ni best..
tapi takpe, kita tengok apa yg ada..

lagi pun masa masih awal lagi.. cuma rasa jalan dah lengang sikit la..
minyak motor pulak tak abis2..
banyak lagi.. rugi kalau pulangkan motor dengan minyak yang banyak..

err.. masa tu terpikir jugak, gasoline tu memang cepat abis ke, kalau nak bandingkan petrol?
sebab gasoline tu sangat la terasa kecepatannye abis..
petrol ni tak luak2 pulak..
er, baik korang isi petrol je dari isi gasoline tu..  

perjalanan dalam 10 minit camtu..


 ni pintu masuk ke Gastropod Fossil. tapi sayang giler,
sebab tempat di tutup.
buka siang sahaja, sampai pukul 5 petang.
tempat ni pun gelap giler..
sampai sini, keadaan dia macam kat teluk kemang kita,
ada banyak kedai2 berderet, pastu dekat dengan laut.

tempat ni jual fossil. :D
ala, yang macam gantung2 kat pintu tu..
hasil2 cangkerang laut tu..
buat bidai la.. buat hiasan la.. yang itu la..
tau tu pun sebab tengok banyak kat luar2 kedai gantung2 bende2 tu..
err, sory yer kalau salah info :D

sekejap je kat sini, sebab tempat tu gelap & takde orang..
tak berani la nak bergambar2 bagai kan..
kang kut2 pape hal jadi, susah pulak kan..
(ishk, pikir negatif je)

dari situ terus balik Ao-Nang semula.
masa otw balik, jumpa sekumpulan mat rempit.
Thai pun ada mat2 rempit jugak..
same je macam kat sini..
masa tu takut dah sebab dorang tengok je..
tambah2 kami kan macam orang Thai, tak pakai helmet..
bawak motor slow-slow je..
tapi sebaik dorang tak kacau.
s.e.l.a.m.a.t

sampai Ao-Nang, round2 lagi..
bila agak2 dah puas hati minyak dah berkurangan, baru balik hotel.
motor parking kat hotel, ada tempat disediakan.
jangan lupa kunci motor, kang tak pasal2 pulak nak bayar 4k.

esok ada aktiviti lain pulak..

nak ke h.o.t. s.p.r.i.n.g !!


No comments: