21 December, 2012

Misi Mencari Tukang Urut

December 21, 2012 2 Comments
selepas membuat pertimbangan sewajarnya
(skema la pulak)
mummy akan berpantang di Serdang sahaja.
tak balik ke rumah mak atau mak mertua

untuk kami yang jadual agak padat ni memang sangat la susah kalau takde kat rumah
apatah lagi kalau nak tinggalkan adik sorang untuk uruskan butik
tidak la kut..
at least, kalau mummy ada kat rumah, senang sikit nak manage kan..
incik asben pun dah setuju supaya mummy berpantang sahaja di sini..

jadinya, mummy kene la mencari tukang urut di kawasan terdekat
ada juga tanya pada kawan2
tapi belum contact lagi..
arini boss takde, so sempat la nak mengugel pakej2 urut lepas bersalin
banyak rupanya..
mak bidan pun dah maju tau..
online saje.. :D

ni list/ link yang sempat di terjah.
mummy tak decide lagi nak ambil siapa
and mummy takde pun contact sape2 lagi
survey dulu..
kalau rasa ok, baru nak contact tanye
boleh gitu? :p

dalam list ni, ada jugak yang tak update blog
tapi ada no fon..
kalau ada yang nak tau lebih lanjut, bleh call direct la ye..

Jemari Tradisi Ummi
Jalan Muhibbah, Taman Muhibbah, 43000 Kajang
Siti Maznah : 013-353 5969

Teratak Sri Cendana
No. 10, Jalan 8/33B, Seksyen 8 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi
Pn. Hani : 012-316 6074

Rimbunan Puri Village Spa
513B, Jalan A, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Kak Ela : 016-379 5103

Jemari Tradisional
Kuala Lumpur
Pn. Rozita : 012-243 1966

Ummie - Tradisional Confinement Lady Consultant - Berpantang Tradisional Moden
Bangi
Pn. Zai : 017-297 4357 / Pn. Ani : 013-341 1502

Cintasari Tradisi Spa
No. 6A, Pusat Commercial Ara Ampang, Jalan Ampang, 68000 Ampang
03-4256 9998

Suria Beauty Home Spa
SA 69, Lorong 3 (Masjid Nurul Iman), Kg. Tengah Batu 13, Jln Klang, Puchong
Suria : 013-346 5248 / HQ (Leeza) : 017-267 5372

KakMek Urut
013-698 3686

banyak lagi sebenarnya..
tapi yg list kat atas ni yang berdekatan rumah mummy je ye..

---

nanti kalau rajin, sambung survey lagi..

daa..

20 December, 2012

Jamu ~ Set Bersalin

December 20, 2012 2 Comments
selepas puas mensurvey jamu mana yg paling ok
(even tak pernah pun makan jamu & tak sure boleh telan ke tak jamu ni)
Set Bersalin Nona Roguy (NR) yg dipilih..

beli dalam bulan November aritu..


banyak sangat jamu2 yang dijual & macam2 pendapat yang kita boleh dengar
tapi NR jugak jadi pilihan hati
mybe sebab aku ni lebih percaya kepada jamu2 tradisional kut.. :p

selepas bajet diluluskan oleh incik asben, harus la dengan pantasnya mengorder kan..

set ni ada :
PhytoNatal - 90 biji
Akar Herbanika - 10 paket
Minyak Herbanika - 100 ml
Herbanika Barut (krim) - 60 gm
Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
Herbanika Lulur - 100 gm


cek mfg date dulu ye.. mane tau stock lame pulak ke kan..
abaikan kotak yg kemek tu, akibat pos laju :p

set rangkaian herbanika bersalin NR ni dibeli dengan harga RM 300

dapat free ini


set percuma ni boleh pilih nak yang mana..

yg ni "set pilihan 3"
1- barut
2- minyak telon
3- tungku baby
4- pilis
5- kapsul haruan
6- losyen pati halia

dan free postage.

sebelum tu ada jugak register dengan website NR sendiri. harga lebih kurang sama. tapi takde free gift.
cuma ada yg kata, kalau beli kat web NR ni kene tunggu sale baru dapat harga murah..
tunggu punye tunggu, takde pun..
dari duit abis, baik terus beli kan..

set ni beli dari Min Anggun Beauty.



harapnya kuat la semangat nak menelan jamu2 ni ye.. :D

19 December, 2012

Jadual Kuliah (Semester 7) (Sesi Januari 2013/2014)

December 19, 2012 0 Comments
citer pasal class pulak..
citer baby sambung nanti :p

jadual  kuliah untuk semester 7 dah keluar.
tapi surat rasmi belum terima lagi.


nampak gaya memang pegi kelas masa pertemuan ke-3 (bulan Mac) je la nampaknya

pertemuan 1 tu rasanya memang dah selamat beranak dah tu..
pertemuan 2 pulak tengah berpantang lagi
tapi pertemuan 3 kene pegi jugak, sebab ada mid-term..
pertemuan 4 & 5 tak de masalah..

so, jadual untuk mekap wedding kene adjust semula.

minta maaf kepada pengantin yang date nya terkena ya..


:: dear husband, pls standby ongkos utk pendaftaran + ongkos beranak ye.. TQVM ::

baby, mummy lupa la.. ~ sorry ;(

December 19, 2012 0 Comments
ada sesuatu yang penting mummy terlupa !

~ nama baby ~

belum cari pun lagi..

ayoyoyo.. asek pikir nak siapkan barang baby je..

nama baby pun tak carik..

any idea??

baby boy ya.. 

tQ

beg baby & beg mummy READY !!

December 19, 2012 0 Comments
malam tadi (18/12/2012) baru selesai packing barang2 untuk di bawa ke hospital
Alhamdulillah..

lambat betul.. tapi siap jugak.
so, incik asben tak payah risau lagi
kalau tak tu, asek menanya je beg dah siap ke belum..
klu la tetibe terberanak & beg tak siap lagi..
tak tau la incik asben boleh carik ke tak barang2 baby & barang2 mummy..
sebab semua keperluan kat rumah tu, mummy je yang tau kat mana tempatnya..

masa semakin dekat.. Isnin ni dah 36 minggu.
kaki pulak dah mula membengkak..
tapi ada jugak orang yang dah nak bersalin, tapi kaki tak bengkak pun kan..
tapi ape pun, perlu lah berhati-hati..


beg baby mesti la yang biru tu..
beg mummy yang pink tu..
dalam plastik kuning tu, selipar
beg besar, tapi isinya tak penuh pun..
kang orang cakap nak pindah ke hospital ke hape kan..

isi dalam beg tu boleh refer kat SINI ya

beg baby tu masa mula2 beli rasa macam kecik je.. 
muat ke nak isi barang2 penting baby..?
tapi semalam dah packing, banyak lagi ruang.
beg tu pun best sebab banyak compartment 
so, senang sikit nak susun dalam tu..
teratur dan kemas.

malam tadi pun dah inform incik asben barang2 yang ada & kat mana tempatnya dalam beg tu..
takut dia tak jumpa je nanti bila dah panic kan..
tapi InsyaAllah ok..
sebab beg tak penuh pun.. boleh je selongkar semua barang kalau tak jumpa.

pagi tadi, beg2 tu dah pun selamat dihangkut dalam kereta.
akan dibawa ke hulu ke hilir.
memang tu je kereta yang kami guna, so takde masalah la kan..

:: mode : tak sabar, tapi takut ::

18 December, 2012

Cara2 meneran dengan betul

December 18, 2012 0 Comments
disebabkan tak berkesempatan nak join antenatal class, 
makanya, google saje..  :p

jumpa ni. penulisan yang sempoi + kelakar, tapi bermaklumat :D

copied from : Totinx.com


Semua orang tahu, bila kita nak bersalin, misi-misi atau doktor-doktor mengamuk-ngamuk marah-marah kita. Jerit-jerit maki maki kita. Hey kita sakitlah! Boleh tak jangan marah?
Jawapannya tak boleh. Kalau tak marah, nanti kau taknak dengar cakap. Bila kau tak dengar cakap, kau atau anak kau akan MATI. Bila MATI, siapa kena maki? Kitaaaaa jugaaaa :’(
Untuk mengelakkan daripada dimaki hamun saat melahirkan, lebih baik kita baca tips Dr. Totin dahulu. Ecewah, bajet tips kau membina? Bolelah sikit-sikit. Daripada korang tak tahu langsung kan?

Apa tanda-tanda nak bersalin ye?
Nak beranak maksudnya. Bukan nak salin baju.
  1. Perut semakin terasa sakit dan mengeras-ngeras secara seragam dan teratur. Bukan mengeras sekejap ada skejap tak ada. Tetapi semakin kerap, setiap 10 minit ke, 10 minit mengeras 2 kali ke.
  2. Keluar lendir lendir darah.
  3. Keluar air jernih (Air ketuban), yang banyak sehingga membasahi kain anda. Korang jangan ingat korang terkencing pula dan buat don’t know sahaja. Itu air ketuban itu, baik pergi hospital sekarang juga!
  4. Terasa nak terberak. Oh itu sudah parah itu, jangan mengeran dulu, nanti terberanak pula. Cari hospital cepat!
Okey sekarang dah sampai di hospital. Doktor dah suruh baring dan mengangkangkan kaki.
Alamak, doktor cakap kepala dah nak terkeluar tu, apa yang perlu kita buat?
Relax, jangan gelabah.
Pushhhhh puuushhhhhhh.
  1. Cara posisi meneran yang tepat: Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kapau patient buat begitu. Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
  2. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
  3. Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
  4. Apabila meneran, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
  5. Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
  6. Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
  7. Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
  8. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
  9. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
  10. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.

:: ok, dah dapat gambaran sikit camne nak bersalin :p ::

17 December, 2012

Barang baby lagi

December 17, 2012 0 Comments
dah lame beli, baru nak update.. 
bila google, jumpa barang baby yang comel2
rasa semua nak beli..
hehehehe..
kalau baby 1st memang camni kut..

yang barang2 ni beli online kat 


barang2 yang beli kat sini :

(1) zipper diaper stacker x 2
ambil yang pakej RM 50 untuk 2 zipper diaper stacker
kalau beli satu, harganya RM 30

ambil kaler merah & kaler biru
senang & nampak lebih kemas untuk simpan pampers :)


:: zipper diaper stacker ::

(2) barut bertali & zap on x 2 set (10 helai)
ambil yang set punya, RM 28/ set
satu set ada 5 helai. boleh campur2
masa ni rambang mata masa pilih corak, terus tambah lagi 1 set
kiranya beli 2 set (10 helai) RM 56

banyak ambil yang stripes punye..
barut yg dah ada, kebanyakan plain je..
ambil 5 bertali, 5 zap on..

:: barut ::

(3) therapy socks x 1 pasang
tak plan pun nak beli asalnya. tapi masa kat kedai (rumah) dia, rasa nak beli pulak..
lagi pun kaki selalu kejang.. tu yg nak try tu..
mana tau ok pulak ke kan..
harganya RM 39 sepasang

:: therapy socks ::

barang2 ni beli & bayar online
tapi sebab nak pilih corak punye pasal, self pickup @ bangi
payment yang tak cukup, bayah cash je kat tuan kedai..

:)

35 minggu (17/12/2012)

December 17, 2012 0 Comments
arini dah 35 minggu kandungan
rasa sangat takut
takut nak bersalin
boleh gitu??

persiapan baby memang blom siap sepenuhnya..
maafkan mummy ye baby..
mummy bizi..

InsyaAllah dalam minggu ni akan siap semua barang2 yang perlu dipack untuk dibawa ke hospital.
sekarang ni tengah basuh baju2 baby..
balik kerja pack sikit2..
semua barang baby dah ada, cuma blom pack je lagi..
barang mummy pulak yang takde lagi cuma air selusuh je
tapi air ni bukan wajib ada pun..
ia salah satu ikhtiar kita
kalau tak de, nak buat macam mana kan.. 

tapi.. beg mummy pun blom pack sepenuhnya lagi..
hui, lambat betul..
harap baby tak kuar dalam masa terdekat ni..

mummy masih lagi meng google berkenaan air selusuh ni..
macam2 yang jumpa, tapi tak tau la sempat ke tak nak dapat..

pastu bila google tu sure la jumpa pasal pengalaman bersalin kan..
sangat la takut..
risau
tak tau nak cakap perasaan ni.

aritu kepala jahit 6 pun rasa macam dah tak tahan sakit..
ini kan pulak nak bersalin.
Ya Allah, mohon permudahkan segalanya nanti
semoga senang nak bersalin..

pastu pasal antenatal class..
sure la tak sempat nak pegi dah..
tambah2 dengan cuti rehat yang dah abis
so, memang tak dapat la pegi..
KPJ Selangor/ DEMC ada buat..
tapi mummy memang tak dapat pegi la..
so, google saje..
sure, ada cara kan..

next week checkup lagi..
36 minggu
then, sekali nak booking hospital..

hope sempat la nak setelkan semua kerja sebelum bersalin ni..


14 December, 2012

barang-barang yang perlu di bawa ke hospital (barang mummy & barang baby)

December 14, 2012 0 Comments
checklist barang mummy & barang baby yang nak kene bawak ke hospital..

hasil 'perbincangan' dengan opismet :D

barang mummy :

kain batik - 2 helai
tudung express - 2 helai
t-shirt/ jubah - 1 helai/ set (pakai masa nak balik)
stokin - 2 pasang
sweater - 1 helai
nursing bra - 3
panties - 5 (bawak extra takut kebocoran)
maternity pad - 1 pack (10 pcs)
air selusuh
toiletries
termos/ mug/ makanan ringan (contoh : roti)
supplement

* tak perlu bawak banyak sebab just stay 1 malam je kat hospital. lagi pun kan dapat uniform.. so, pakai aje uniform tu..

barang baby :

baju baby - 2 pasang
selimut - 1 helai
pampers - 10 pcs
barut - 2 helai
booties & mittens - 2 pasang
bonnet - 1 helai
towel
toiletries - travel pack (incase hosp mintak, tapi biasa tak pun)
napkin - 2 helai
wipe tissue - 1 pack

lain-lain :

buku pink
duit (ni mesti)
charger hp
camera

rasanya cukup dah list tu.. tapi incase ada barang yang tak cukup, beli je kat area hosp.. or balik la umah kejap. bukan jauh pun.. :D

thanks to my opismet :)

13 December, 2012

Set Tungku Besi & Sarung Berherba

December 13, 2012 3 Comments
nak share pasal barang mummy plak..
set tungku besi & sarung berherba


beli online saje kat mamaworldshop.com
FB : http://www.facebook.com/mamaworldshoponline

harga RM 85.00 termasuk postage

masa ni dah malas nak survey
sebab, ada la jugak jumpa 2-3 blog yang lagi murah harganya, tapi takde respon
dan kebetulan kemalasan nak menunggu jawapan,
terus la beli dengan kak Rohaizat yang dengan pantasnya mereply msg :D


tungku besi ni beratnya 2 kg
memang berat, kalau jatuh atas kaki, tak tau la nak cakap macam mana kan.. :p
cara nak guna ada disertakan.


beli siap dengan sarung berherba sebab takde la nanti mengagau nak carik bahan2 untuk letak dalam sarung tu kan..
yang ni dah siap semua
boleh terus guna je..
warna sarung ada banyak pilihan warna
pilih je yang mana suka..
yang ni amek warna maroon.

mula2 tu memang la ingat nak pinjam je dengan sape2 yang ada,
tapi macam leceh pulak..
sok2 nak pinjam lagi kan..
lebih baik beli sendiri punya
so, tak susahkan sape..

12 December, 2012

Checkup 34w (12/12/12)

December 12, 2012 0 Comments
tadi baru je checkup 34w kat Az-Zahrah
1st time jumpa pakar kat situ
dapat Dr. Fazlina Hanum
sebelum2 ni memang checkup kat Az-Zahrah tu
tapi rupanya bukan jumpa Dr. pakar
tapi jumpa Dr. biasa
huhuhuhu
takde sape pun inform, sampai la checkup masa 30w
tau sebab masa tu nak booking untuk bersalin kat situ..
then, untuk booking bersalin kat situ kene minimum jumpa Dr. pakar 2 kali
kalau tak, tak boleh bersalin kat situ..

details scan dah terlepas
masa tu pun tak tau, sebab takde sape2 pun inform
kebetulan memang bizi giler & tak survey pun pasal details scan tu.
details scan hanya boleh dibuat antara minggu 20-28 sahaja
masa tau tu dah 30w.. memang melepas la kan..
takpe la.. takde rezeki..

Dr. Fazlina ok so far
layanan dia baik2 je..
so, tak rasa takut la nanti nak bersalin dengan dia..

checkup baby tadi ok
baby dah 2 kg
saiz semua normal kecuali saiz badan
saiz badan 32w, kaki, tangan, kepala 34w
so, kene follow up semula lagi 2 minggu
Dr. cakap jangan risau
sebab mungkin kedudukan baby tu menyukarkan untuk dapat saiz sebenar
baby pun dah padat dalam perut
memang susah sikit nak dapat ukuran yang betul
uri ok, air kutuban pun ok
Alhamdulillah..

jumpa Dr. Fazlina semula pada 26 Dec ni
so, nanti nak terus booking bersalin kat situ..

Pakej Bersalin Nur Kasih
Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah

mula2 ingat nak amek FPP
ala, yg kat hosp kerajaan tu..
tapi bila google & baca pengalaman orang yang pernah amek FPP ni, rasanya takpe la kut..
gerun pulak..
kalau nasib baik, ok sangat la kan..

tu yang terus decide nak bersalin kat Az-Zahrah tu..

sebab apa plak pilih Az-Zahrah ni..?

ada beberapa sebab.. :

- semua Dr. pakar perempuan (ni yang paling penting ni)
- harga pakej ok
- ramai staff UPM bersalin kat sini.. bila tanya pengalaman bersalin, semua ok2 je.. so, tak risau sangat
- hospital swasta yang paling dekat dengan rumah

itu je kut.. tapi memang dah tekad dah nak bersalin kat sini..

ape lagi ek nak citer..?

dari segi perubahan fizikal tak banyak sangat la..
sebab berat badan naik 1-2 kg sahaja setiap bulan
cuma, baju2 ada yang dah tak boleh pakai..
tak selesa.. 
baju kurung dah tak boleh zip kain :p
sekarang ni pun banyak pakai jubah or seluar RM 18 (staf ITA je tau suar RM 18)
or kadang2 pakai palazzo..
sangat selesa..
sekarang ni kurang lapar sikit..
kiranya boleh tahan lagi la kalau tak makan..
cumanya yang paling tak menahan tu, muka jadi teruk
sejak pregnant ni, muka naik jerawat or ruam
tak tau la nak cakap ni jerawat or ruam..
tapi memang teruk sangat
ramai yang tegur..
huhuhu..
kalau dulu memang la tak pakai pencuci muka pun..
muka tetap maintain, tapi sejak naik jerawat or ruam ni, terus pakai pencuci muka
pastu g opis or kuar mana2 kene pakai bedak..
kalau tak, muka memang teruk abis..
ada yang kata perubahan hormon, tapi tak tau la..
harap2 lepas bersalin ni semua ok balik..

dari segi persiapan barang2 baby, semua dah complete dah..
tunggu baby kuar je..
cumanya blom pack lagi dalam beg.. 
InsyaAllah dalam minggu ni nak setelkan semua..

itu je kut nak cerita
nanti sambung lagi ye..

:)

10 December, 2012

Tilam Kekabu Baby

December 10, 2012 0 Comments

teaser..

set tilam kekabu baby dah sampai..
tempah online saje..

gambar full & details nanti update lepas letak tilam dalam baby cradle..

set tilam tak boleh nak beli yang ready made sebab saiz baby cradle yang agak kecil dari saiz biasa.


07 December, 2012

Barut Baby Lagi..

December 07, 2012 0 Comments
dah beli lama dah.. 
baru nak update.

rasanya barut ni dah terlebih-lebih bilangan dari yang dalam checklist
hohohohoho
mula2 dulu ingat tak payah beli sebab along nak bagi, tapi rupanya salah dengar..
yang dia nak bagi bukan barut baby, tapi bengkung mmy..
huhuhuhuhu..
bila survey2 kat internet ni, macam2 corak la jumpa kan..
design pulak comel2 belaka.
rambang mata jadinya.

ni salah satu set barut yang dibeli.
ada banyak lagi.
nanti update pulak barut lain ye..


kali ni beli barut bertali pulak..
beli ni sebab terpengaruh dengan warna dia..
hahhaha.. cantik sebab dia plain shj.
barut ni jenis kain cotton.

harga 1 set (6 colour) RM 36.00
postage RM 7.00
total RM 43.00

mahal sikit dari yang sebelum ni..
tapi harga tak kesah, sebab puas hati dapat barut comel
hohohoho


tuan kedai siap bagi free gift lagi.
satu untuk mummy, satu untuk baby
:)

terima kasih ye..
comel2!

sape nak beli boleh la jengah FB MB Collection
link :
http://www.facebook.com/pages/MB-Collection/205449132835601

nanti update barang baby yang lain pulak ye.. :)