27 May, 2014

Holiday oh Holiday

May 27, 2014 0 Comments
tetibe semangat nak citer pasal holiday :)
actually banyak post tertunggak pasal holiday.. cerita Krabi dulu pun tak abis. hahahhaa.. terok betul !!  bila takde readers ni, camni la kan.. ikut suka je nak update ke tak.. :p
cerita Medan, KK, Langkawi, Bali, Korea, USS akan cuba diupdate nanti ye..

April 2014 pegi Jakarta dan Bandung.. pegi bawak rombongan cik kiah.  pastu besday incik asben + anniversary bulan Mei tak de plan pegi holiday mana-mana pun.. Tahun2 sebelum ni ada la jugak plan.. Cadangnye bulan Jun nak pegi berjalan, tapi masa dah suntuk.. tak sempat dah nak survey sana-sini.. Nak senang, ambik travel agent je.. tapi aku x suka cara tu.. tak best :p

InsyaAllah bulan Disember tahun ni nak pegi Beijing-Tianjin-Hangzhou-Shanghai... So far plan dengan kawan yang pegi Korea sama2 aritu.. Nak main snow katanya :D  Pegi bekpekes je.. Ada sape2 nak join ke?  Date pulak bergantung kepada kemurahan tiket masa tu.. 

So, bila dah decide Disember nak berjimba2, holiday bulan2 lain tu terpaksa la dipostponekan.. perlu menabung dengan gigih nih..  Klu ada sape2 nak share citer pegi China ni sangat dialu-alukan :)

23 May, 2014

Cerita Grill Rumah

May 23, 2014 3 Comments
Arini nak share pasal grill.. Yang ni gigih sikit pegi kedai ke kedai survey.. Tapi pegi 2 kedai je.. hihihi.. Tak sempat & takde masa nak mengheboh cari grill ni, sebab masih lagi bertongkat masa tu.  So, susah nak ke sana ke sini.. Grill buat dengan kedai ni, Lian Hing Awning & Grills Works.  Lokasi kedai ni tepi hi-way je.. yang ada MIROS belah kiri tu.. kedai dia belah kanan.  tapi kene U-turn sebelum tol yang kat Kajang Utama tu.. (sorry bab2 jalan ni memang failed sikit).  Dari hi-way boleh nampak kedai corner lot, ada pintu pagar atas bumbung dia.. haa.. tu la kedai dia :)  Bahagian bawah, kilang dia buat grill, tingkat atas office.. Nak booking/ tengok design dll naik je tingkat atas..


Mula-mula incik asben dah pegi kedai ni, nak tanye pasal awning (nak pasang belakang dapur).  Takde sape rekemen pun.. Pegi kedai ni sebab nampak dari tepi jalan tu.. Kat sini ada buat grill jugak.. Tapi masa tu tingkap semua tak ukur lagi.  Jadi tak boleh nak mintak quotation la pun..  Bila dah ukur tingkap segala, baru la pegi balik kedai ni untuk mintak quotation.. Tapi kan, nasihat aku, rasa tak yah susah2 turun naik kedai mintak quotation la.. Sebab baik deal terus dengan kedai untuk ukur, yang mana biasanya nak ukur2 ni dorang memang boleh pegi ukur dengan free..  Lagi cepat and takyah memeningkan kepala.

Macam aku dah buat keje 2x.. Mula2 ukur tingkap sendiri, pastu pegi kedai.  Pilih design + material.  Kedai kirakan. Tengok harga 'macam ok'.  Deal untuk ukur kat rumah pulak.  Masa kat umah tu jugak dia terus bagi harga.  Esoknye pegi kedai bayar deposit.  Setel.  Yang jadi masalahnye, harga yang dapat kat kedai tak sama pun dengan yang kat rumah.. Entah kira macam mana pun tak tau la.. Tapi, kalau ikutkan harga yang dapat kat rumah lagi berbaloi berbanding yang dapat kt kedai.  Sebab mula2 minta harga untuk besi hallow untuk 2 pintu & 12 tingkap, dapat harga +/- RM 2,900.  Pastu mintak sekali quotation harga untuk awning dapur, +/- RM 1,000.  Tu tak masuk lagi harga grill separuh (nak buat separuh tembok, separuh grill). Dan ada tambahan lagi RM 200-RM 300 untuk cat putih.  Yang ni Steve (anak tokey kedai) tak tau harga sebenar.

Masa kat rumah, Mr. Ho (yang datang ukur rumah) tu, dia suggest ambik besi flat.  Katanya besi padu dan lebih cantik.. (Mesti la nak promote yang mahal kan).. Masa tu macam tibe2 tak boleh nak berpikir pulak, terus setuju.  Hahahahhaa.. Harga yang Mr. Ho bagi untuk grill 2 pintu, 12 tingkap, grill separuh (20 ft x 5 ft) untuk belakang dapur, awning (20 ft x 5 ft) = RM 6,200.  Ni kira harga full la tu.. Sekali dengan cat putih.  Aku request design simple je, tapi semua grill (termasuk belakang dapur, toilet, store atas) design sama.  Sebab klu tak, dia bagi design yang straight je, takde 'S' tu.. nehi3.. Tak lawa.  Then incik asben mintak besi keliling (angle) tu.. er, sampai harini tak boleh imagine lagi ape gunanya angle tu :p  

Ni design yang aku mintak.. 

Owh, kedai ni agak lambat nak proses.  Means, lepas bayar deposit, nak tunggu sample, lama.  Dah confirm sample, nak try pasang pun lama.  Dah try pasang, nak cat untuk pasang balik pun lama.. Bayar deposit 9 April 2014, sample siap 22 April 2014, test pasang 19 Mei 2014.  Then sampai harini masih lagi blom terpasang lagi grill kat umah aku lagi tu.. Biasa la kan, mana2 pun.. Masa aku tanye dulu, dia cakap dalam 2 minggu semua boleh siap..  Aku rasa, 2 minggu yang kedai tu cakap dikira lepas test tu agaknye.. 


Ni total harga utk 2 pintu dan 12 tingkap, besi jenis flat, kaler putih, RM 3,590.  Saiz bape tebal dll tu boleh tengok kat resit tu.. Aku pecahkan quotation yang asal tu sebab tembok belakang ayah aku belum boleh buat lagi.  So, aku proceed dengan grill depan je la dulu.. Yang belakang tu nanti dah siap tembok, baru bayar deposit.  Aku tunjuk harga ni bukan apa, untuk sape2 yang nak jadikan panduan (ada ke?).. So, x payah nak pm bagai, sebab blom tentu aku ada masa nak reply. hahahhhaa.  Then utk harga grill ni aku rasa lebih berbaloi ambik yang besi flat, compare dengan besi hallow sebab beza harga dengan yang aku dapat kat kedai ni tak banyak sangat pun..  Then, lagi satu yang buat aku rasa puas hati + best, aku ada gak mintak quotation kat Al-Hasyir Global.  Kedai kat Jalan Reko. (Exit Jalan Reko).  Kedai depan simpang, ada tefik lite.  Kedai ni qoute aku untuk 2 pintu, 12 tingkap, warna putih RM 4,500 (T_T).  Kedai ni lambat bagi quotation, masa tu dah pun bayar deposit dengan Lian Hing ni.. Beza harga antara 2 kedai ni dalam 1k gak.. Tu belum request besi flat lagi tu.. Syukur, dapat yang murah sikit :D
---
Kesimpulan : tak tau la nak rekemen ke tak kat korang, sebab aku just survey 2 kedai je pun.. hihihihi.. dari segi masa, lambat sangat aku rasa.. selagi tak pasang grill, yang lain tak boleh nak buat apa pun.. hasil kerja kemas ke tak, pun tak tau lagi camne, sebab belum pasang lagi kan.. nanti dah siap semua, aku citer lagi la pasal grill ni ye.. 

21 May, 2014

Price List Intech Kitchen (April 2014)

May 21, 2014 7 Comments
sape-sape yang tengah survey kitchen cabinet (KC) maybe boleh pertimbangkan Intech Kitchen.  Ni untuk harga material 3G dan 4G.  Boleh la buat kira2 sikit kan.. Actually sebelum decide nak buat KC dengan Intech Kitchen ni, ada jugak la survey-survey dengan company lain.. tapi aku survey online je.. takde masa nak pegi terjah satu-satu kedai.. So, nak kata ini yang paling ok, tak tau la.. cumanya, Intech Kitchen ni la yang rajin melayan pm aku kat fb tu. Thanks Jessica!!.  

Masa tu kunci tak dapat lagi, tapi dah eksaited nak survey KC.  So, emel/ pm mana2 company untuk dapatkan estimated harga.. Jessicca ni je yang reply dengan harga yang begitu details, even apa yang aku mintak tu hanya anggaran je.. Saiz pun main bantai je..  So, masa tu macam rasa seronok pulak deal dengan dia.. Bila google, Intech Kitchen ni not bad.  Harga ok, servis ok, lokasi plak dekat je dengan umah, kat Kajang Prima..  Masa tu dalam hati cakap, ni rezeki Intech Kitchen la ni.. Bukan apa, yang lain-lain tak reply pun.. Klu ada pun yang reply, semua sangat tak membantu.. Dalam hati doa harap2 ni la yang terbaik aku dapat.. Selalunye kata hati aku tu betul :p

(double click untuk tumbesaran)
ni utk material 3G
---
ni plak utk material 4G

Lepas dapat kunci, baru la pegi showroom..  Ingat dapat la jumpa Jessica tu, tapi malangnye dia takde.. Kata staff dia, Jessica jarang ada kat office.. So, masa tu deal dengan Ms. Chow.  Lepas bagi ukuran sebenar, design nak macam mana dll, dia pun lukis draf dan bagi quotation.. Aku mintak quotation untuk dua2 material.. Boleh tengok banyak beza ke tak..  Tengok harga terus down, sebabnye sangat berbeza dengan yang Jessica bagi.  Berbeza sangat2!!  Pastu tengok la balik harga yang Jessica bagi tu, lain.  Yang ni lain.. Bila tanya, kata Ms. Chow ni harga baru start April 2014.  Aku deal dengan Jessica tu Mac. Sedih.  Tapi masa tu buat-buat cool.. Ada certain-certain item harganya sama, ada yang berbeza, dalam RM 20 sekaki jugak la.. Banyak jugak la kan..

Balik rumah dengan perasaan hampa.  Hampa la jugak kan sebab sebelum ni total within budget, tapi yg ni dah over budget la pulak.. Malam tu pm balik Jessica.. Tanye la kut2 boleh dapat harga macam yang dibincangkan sebelum ni.. Saja mencuba nasib..  Then Jessica reply and bagitau dia boleh remain harga yang dibincangkan sebelum ni. Alhamdulillah :)  Kiranya harga yang kat atas tu, harga lepas naik harga.  Yang aku punye harga, murah sikit dari yang tu.. hehehehe..

So, kira jadi la ni dengan Intech Kitchen.  Jasper (Adik Jeff, adik ipar Jessica) dah pun datang ukur dapur.  Counter bar kene tukar kedudukan, sebab sempit.. Draf yang baru dah dapat, cuma Jumaat ni, 23 Mei 2014 nak pegi showroom balik untuk finalizekan design, warna dan bayar deposit.

Once semua dah ok, kita citer lagi ek pasal KC ni.. Owh, KC pasang lambat lagi sebab grill pun tak pasang lagi.  Lagi pun, nak kene tunggu ayah setel buat renovation bahagian dapur (nak buat laundry station (betul ke ni istilah?) dengan plaster ceiling..  Bila semua dah ok, baru la boleh pasang KC. 

Doakan, apa yang dirancang berjalan lancar dan takde masalah..  sape2 nak carik Intech Kitchen, boleh tengok FB.  Jessica rajin reply :)

plan asal, tapi dah berubah sebab ruang sempit. nanti update.

20 May, 2014

Tamat PJJ UUM KL (14.01.2010 - 17.05-2014)

May 20, 2014 39 Comments
Alhamdulillah, exam terakhir untuk PJJ UUM dah pun settle pada 17 Mei 2014, hari Sabtu lepas.  Last paper, last sem.  Yahoo!!!!


Sangat lega bila semua dah settle, tapi masih risau+takut+berdebar selagi result tak keluar.. Ye la, mane la tau kut2 ada paper yang sangkut ke kan? (T_T)
---
Throwback selama 4.5 tahun = 9 sem bergelar student UUM..


Lapor diri sebagai student pada tarikh 14 Januari 2010.  Rasa macam baru sangat je dapat surat. Hahahhaa.. Dah abis blaja, boleh la cakap kejap kan..? Kalau tak, asek bersungut je bila nak habis belajar. rasa tak larat. give up. malas. semua ada la.

Selama tempoh empat tahun setengah tu, UUM KL tukar tempat pengajian 3x.  Mula2 masuk dulu, belajar kat KPTM Cheras.  sekejap je. Tp x ingat plak sampai sem bape kat situ. Lepas KPTM, tukar pulak kt Baitulmal Kg. Pandan.  Kat situ sampai sem 8.  Sem akhir pulak kat UUM KL, Kg Baru. bangunan sendiri. bangunan baru. cantik. lawa. tapi jem!!  Parking susah. lokasi UUM KL dekat dengan monorail Chow Kit & berdepan dengan Institut Penyelidikan Perubatan.  tapi, masa sem 9 ni, aku hanya pegi kelas pertemuan 3 & 4 je.. huhuhu. Sbb masa pertemuan 1 & 2 masih lagi dalam tempoh MC.

Sem akhir ni la yang paling mencabar aku rasa.. sebab apa? sebab tahap kemalasan menjadi maksimum.  Sem-sem sebelum ni pun, malas jugak, tapi kurang sikit la.. Hahhaha.  

Banyak kenangan & pengalaman selama belajar ni.. Ye la, paling penting kene pandai bahagi masa.  Masa sem 1 dulu, tak kawen lagi. Sem 2 dah kawen. Sem 7 ada baby pulak.  Tambah pulak dengan bisnes lagi.. Memang tungang terbalik la jugak kan.. Tapi, ape pun, Alhamdulillah, sebab semuanya ok.  Mungkin orang lain tengok pun pening, tapi diri sendiri yang rasa.. ok je.. nak score macam masa diploma dulu takde la kan, tapi berjaya maintain pointer atas 3.  Kira ok la bagi orang yang banyak komitmen macam aku ni kan? hikhikhikhik.  Pastu belagak ambik setiap sem 5 subjek.. Tarikh subjek sebab nak bagi habis awal.. Patutnye 10 sem, tapi berjaya tamat dalam 9 sem.. Jimat masa :)

Bila dikenang-kenang balik, memang kelakar time belajar ni.. Bukan apa, time dah dekat2 nak kelas la, laki aku bising.. sebab tengok bini dia tak tido-tido buat esemen. Time tu jugak la bini dia ni stress tahap gaban dan mengamuk tak tentu pasal. Tak boleh tegur! Padahal sebulan sebelum tu, kemain rilex, berjalan sana-sini, surfing internet sampai ke pagi macam takde apa2.  Haaa.. ko mampu??  Setakat tak tido sehari dua sebab siapkan esemen atau baca buku tu, takde hal la.. perkara biasa bagi aku.  Klu ada job wedding pun, sama gak.. sampai tak tido sebab siapkan barang2 or pelamin.  Kadang2 paling sadis bila esok nak exam, baru terkial2 cari buku nak baca dan buku tu pulak hilang tah ke mana.. (T_T).  Sudahnye snap gambar nota dengan henpon je.. Nak print, printer takde.  Tapi bila laki aku dah belikan printer, sebab nak memudahkan bini dia ni print nota or esemen, same jugak kesnye.. Esemen tetap di pos laju.. Hahahhaa.. Asek terlepas due anta esemen je.. Pastu dalam kelas, bila lecturer suruh anta esemen, buat tak reti aje, pastu heboh mintak alamat sebab nak pos.. Rilex je sebab ramai lagi kawan2 yang tak siap.. Dah kenal dah geng2 mana yang akan post esemen :p

Masa dah ada anak, lagi la mencabar.  Tambah2 yang fully BF ni.. bila BF kan anak, dengan mak-maknye lelap.  Niat nak study or siapkan esemen, tertangguh lagi.  Klu time ada masa, anak berebut pulak buku kita tu.. Dapat pulak incik Adhwa' ni, memang la dia dok atas buku kita tu.. Nak main katanya, tak bagi maknye baca buku.. see, salah sape?? Bukan maknye taknak baca buku, tapi ada halangan tu.. Masa bila siapkan esemen? Kat opis la jawabnye.. Masa tu la opismet tengok meja penuh dengan kertas2 & buku2.  Serabut toksah cakap la.. Rasa macam nak dok dalam bilik kunci pintu je siapkan esemen!  Kengangan sangat.. Sekarang ni takde dah nak buat semua tu.. 

Soal yuran pulak, UUM ni nak kata mahal, tak la jugak kut.. sebab yuran UPM lagi mahal tau! total yuran nak dapat selai kertas tu RM 18,730


Cuma yang tak best UUM ni, yuran setiap sem tu kene settle sebelum masuk pertemuan 2 setiap sem.  Means, total yuran sem tu kene bayar full, & klu tak, UUM akan dropkan paper kita, ikut berapa yang kita bayar shj.. klu U lain, boleh je bayar installment, as long as sebelum final exam dah setel.. tapi, untuk yang nak sambung belajar tu, jangan la risau ye.. sebab KWSP boleh keluarkan untuk bayar yuran.  Aku penah buat 2x pengeluaran untuk bayar yuran.  Pastu aku ambik PTPTN.  Memang boleh dapat PTPTN tu, tapi dia tak bagi full la utk setiap sem.  Untuk PJJ cuma dapat separuh je & tak semua sem dapat.  Macam aku, yuran setiap sem 2k ++, PTPTN dapat dalam 1.5k je.. kene topup sikit la.  Pastu, PTPTN ni just dapat untuk 8 sem je.. untuk yang ada kad kredit, boleh guna utk bayar yuran gak.. Nak belajar ni kene la pandai2 carik duit :)

Last sekali, tepek satu-satunya gambar kat UUM KL.  Tak tau nape mase tu tak terpikir nak bergambar sakan, sebab dah last kan..?  Geng2 aku, Kak Jannah, Taa & Teha pun tak jumpa.. Dorang ada lagi paper masa tu.. Tau2 masing-masing dah balik dah.. Takpe la, nanti kita jumpa time konvo ye kawan2..?

Ni antara geng2 yang sama abis paper.  Geng2 yang sama tarik subjek.

Kat sini jugak nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga (macam dapat award pulak) kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung :p

Terima kasih kepada ;

Lecturer - sebab mengajar & memahami situasi student PJJ ni.  Terima kasih atas jasa baik dan ilmu yang telah dicurahkan.  Terima kasih sebab boleh pos esemen.

Kawan2 - sebab sama2 membantu dalam usaha selama ini.  Kata2 semangat supaya terus berjuang hingga tamat..  Yang bagi tiru pinjam esemen, terima kasih banyak2.. terima kasih share jawapan, terima kasih tolong sign kan, terima kasih atas apa jua pertolongan.

Opismet - terima kasih sebab korang memahami, tolong cover kerja bila cuti, dll.  Terima kasih bos sebab luluskan cuti untuk exam walaupun sebenarnye bos bising (T_T)

Family - sebab menjadi pembakar semangat untuk meneruskan study ni, tolong jagakan Adhwa' bila pegi kelas & exam.. terima kasih mak, terima kasih ayah!!

Asben - terima kasih sebab belikan laptop, belikan pc, belikan printer, belikan kertas, tolong print, tolong post esemen, tolong siapkan 1 esemen (ICT) - satu2nye esemen yg dia tolong buat sepanjang pengajian-, tolong bayarkan yuran, tolong hantar & ambik dari kelas, tolong pekakkan telinga & buat bodoh bila kene amuk.  Terima kasih atas semua2nye la :)

Adhwa' - terima kasih sebab jadi pendorong untuk mak.  Dari dalam perut sampai la sekarang ni, Adhwa' sangat baik & comel, walaupun kadang2 mak jadi geram sebab perangai Adhwa' tu. hehhehehe. Nanti Adhwa' kene rajin belajar ye sayang!!

---

Borang pengijazahan dah pos.  Harap semuanya ok nanti :)


---

** Rasa nak nangis bila call ayah, bagi tau dah habis exam a.k.a tamat pengajian.  Ayah terus tanye camne result??  Terasa betapa eksaitednye ayah sebab anak dia ni dah habis belajar.  dan anak dia sorang ni je setakat ni berjaya sambung sampai degree.. InsyaAllah ada lagi nanti adik-beradik yang nak sambung belajar :) **