17 September, 2014

Extend Dapur [lantai + tembok + grill + awning]

September 17, 2014 10 Comments
Assalamualaikum

Harini terajin nak update pasal rumah.. pasal extend dapur.
takde la projek besar mana, sebabnye dapur pun kecik..
yang extend tu bahagian luar dapur (belakang rumah)
takde pecah2 dinding pun, cuma simenkan tanah sekangkang kera tu, naik tembok & grill serta awning.  konon2 nak buat laundry area. space kecik je pun..  bentuk L pulak tu..
saiz +/- 5 ft x 20 ft

kontraktor yang buat tu semestinya la bapak aku..
hehehehe.. bukan la nak jimat sangat (jimat sikit la), tapi sebab ktrg takde kenal mana2 kontraktor utk buat renovation pun.. lagi, risau kene tipu & rumah tak siap (negatif betul pikiran)

jom kita buat entry bergambar la.. baru best nak story-mory :p

ni gambar asal belakang rumah.. er, tapi ni rumah jiran, sbb umah aku dah bersih dah masa tu.. lupa nak snap.  Tapi sama la semaknye tu, cuma aku punye ada extra pokok nan sebatang. hikhikhikhik.. tapi pokok tu pun dah selamat ditebang oleh pemaju.. tinggal lalang2 tu je.. lebar tu 5 kaki je.. 2 kaki dah siap simen, tinggal 3 kaki je yang bertanah. panjang 20 kaki.
ni plak lepas tebang pokok & tebas. ambik masa jugak nak clearkan ni sebab banyak batu.  ni yang aku cakap belakang dapur bentuk L tu.. actually pada aku besar gak belakang tu, tapi sebab bentuk L tu yang tak nampak besar tu..
tu tunggul pokok nak sebatang.. nak cabut pun bukan kemain payah lagi.
 walaupun tanah tu kecik, berpoloh nak clearkan (T_T)
mula2 naik tembok belah sini dulu.. naik tinggi +/- 6 kaki.  tinggi sikit dari kepala kita
pastu sambung belah sini pulak.. tu lubang longkang.. umah ni pelik sikit sebab longkang dia jenis tertutup.  Luar pagar tu takde lokang kalau korang perasan.  kalau longkang tersumbat, kene bukak lubang ni..  lubang ni tak boleh tutup abis.  kene ikat batu utk tinggikan sebab tanah dengan simen sedia ada tinggi gak beza.. kat situ kene tambak tanah dulu sebelum simen.
ni gambar lepas simen lantai & siap plaster dinding.
kat luar ni dah siap plug dan paip. so, memang sesuai sangat la nak letak mesin basuh kat sini kan..
 ni rupa penutup longkang tu.. pape, angkat je penutup besi tu.
ok, then bila dah siap baru la boleh pasang grill & awning tu..  memang nak buat pesen gini, takmo naik tembok penuh. sebab nak buat tempat sidai2 baju je pun.. kalau bertutup penuh, nanti rimas
 pintu pun tukar yang berpenutup camtu.. tak kan la diding dah tinggi, tapi melopong tang pintu pulak kan.. so, grill tu sekali buat pintu.  dinding rumah jiran tak plaster sebab lupa gate berkunci (rumah tu takde orang & tak tau sape owner).  nanti bila dah jumpa owner, baru ktrg plasterkan.. sebaik kontraktor ayah sendiri kan, so bila2 boleh buat.. kalau kontraktor luar, pikir 2,3 kali la nak panggil balik :p  ha, cer tengok belakang rumah ktrg tu takde longkang (hidden), tapi yg baris sebelah tu ada.. macam tak paham pulak camne dorang plan/ design.
 view luar dan dalam
 bila dah siap tembok & awning ni, terasa rumah gelap.. huhuhu.. sebelum ni tak terfikir pun, sebab rasa terang je.. then, sebab itu gak la warna KC yang dah dipilih, macam tersalah kureng sket.. huhuhu.

untuk kos keseluruhan buat dapur ni selepas campur tolak kesihatan ayah yang tak berapa mengizinkan waktu tu, buat masa bulan puasa pulak kan, so dari segi masa tu lari sikit dari yang di plan la.. 

RM 1k beli barang2 binaan (batu pasir, simen, pasir, dll) - tak sampai pun 1k sebenarnye.. ni kira max la tu
RM 1k upah untuk 2 orang. part upah ni bergantung kat kontraktor la, sebab upah lain2. yang total 1k ni +/- je ye.. maleh nak kira balik. ayah aku bayar staf dia tu gaji hari (RM 70/ day)
total RM 2k utk lantai dan tembok.

grill & awning siap semua sekali RM 2.6k.  grill tu besi hallow dan cat putih 'tak cantik' katanya.. nak murah punye pasal kan.. harga utk awning sahaja dalam 1k.

so, semua sekali RM 4.6k
---
actually aku jimat +/- RM 500 utk buat tembok dengan lantai tu.. sebab sebelum tu FIL ada bawak kawan dia.. orang tu mintak 2.5k.  tempoh masa utk siap ni pulak dalam 4 hari kerja. (ayah aku dok kampung, so selang sehari dia balik kampung, so, lama jugak la nak siap).. yang ni aku dah sekali la bayar upah utk buat simen porch depan & tampal lubang2 yang orang wiring buat dan tambah/ ganti tiles diding utk KC tu, untuk tempoh 4 hari bekerja di bulan puasa

ok, setel part extend dapur.  nanti citer pasal KC dan plaster ceiling pulak
semua dah siap :)

09 September, 2014

Rindu K.O.R.E.A

September 09, 2014 2 Comments
Assalamualaikum


tibe2 rindu dengan KOREA.
rasa nak pegi sana je lagi..
memang dulu pun memang dah niat nak datang sana balik ..
kalau dapat harga tiket murah, ok la..
tapi, buat masa ni memang tiket tengah mahal..
lagi2 target nak pegi time winter pulak kan..

lama dah nak update pasal citer korea ni.. ramai jugak kawan2 yang tanye bape berabih utk ke korea..
untuk pengetahuan korang, aku ke korea bagpackers je.. then, 1st time pegi dengan kawan.  sebelum2 ni pegi laki-bini je.. Asalnya memang risau gak nak ke sana.. pastu dengan kawan yg kita sendiri tak tau macam mana kan.. pegi bukan kawan rapat pun.. pegi sebab dia pun suka travel.. pegi korea ni pun sebab dia yang ajak.. tapi, memang tak menyesal la pegi dengan dia.. hehehe.. best.

aku pun dah tak ingat bape rm habis ke korea, tapi perkiraannya +/- macam kat bawah.  Ni lebih kurang tau, bukan yg total betul2 punye.. nanti klu time tak malas, aku kira betul2 punye balik :D

4-9 Oktober 2013 (Autumn)
6D5N

return tiket + tax + luggage + meal : 2 adult + 1 infant = RM 1,900
transport @ korea (train + bas) & entrance ticket = RM 500/ person
guesthouse 5N = RM 500 

ok, totalkan :
tiket + guesthouse + public transport + entrance tiket utk 2 org
RM 1,900 + RM 500 + RM 1,000 = RM 3,400

rasa tu je kut yg penting2.. kalau sape yg berhajat nak pegi solo/ dengan kawan2 bujang, guesthouse/hotel tu boleh bahagi 2.. yang aku bagi atas tu per room.

klu perkiraan utk seorang, cuma RM 1,550
RM 800 utk return tiket
RM 250 guest house
RM 500 public transport + entrance tiket

bab makan pulak, tak la banyak keluar duit, sebab ktrg bawak 1 bagpack makanan.  roti 70sen tu ada dlm 50 pcs, habis ye.. maggi, instant food dll.  then, ktrg kat sana, banyak beli susu pisang.  sebab kan masa tu bawak incik dhua.. so, memang beli stock utk dia yg tu.. 1 botol susu pisang +/- rm 4. cuma klu ada makan kat kedai2 korea tu, memang garu kepala jugak la kan, sebab mahal :D

tak ingat berapa amount sebenar yang habis, tapi lump sum habis utk food + souvenir +/- RM 2,500
klu korang jenis yg berjimat, tak kan sampai 2.5k tu,
ktrg sebab banyak beli food (bab makan2 ni memang laki aku tak kesah.. apa nak makan, bayar je). souvenir pun sama gak, ktrg beli memang banyak.. gayat g korea kut :p terlebih eksaited. sume bende nak beli.. duit dia kali 3 duit kita tau.. so, paham2 la ye. contoh mcm fridge magnet, sebijik harga +/- rm 8. rasanya, masa tu dah abih bagpack dah. jimat sesangat dah ni.. hahhaha.. ye la, klu ambik agent pun, biasa2 pun dia dlm 3k/ person.. 

tapi, masa decide nak backpack ni, punye la mencabar.. sebelum ni, main redah je.. klu survey2/ google2 pun gitu2 je.. tapi, yg korea ni, aku siap buat details. sebab utamanya, nak mintak kelulusan menteri kewangan aku kan.. klu takde camni, tak lepas la jawabnye.. rasanya ni 1st time ktrg travel jauh.. naik flight 6 jam, kira jauh la tu kan..? kan?

tak lama pun buat itinerary gini, dalam 2 minggu je rasanya.. kawan yg pegi skali tu pun sama gak, pening nak siapkan. meeting sekali je pun, yg lain, chat kat fb/ wasap je.. tapi, Alhamdulillah, siap gak akhirnya.. sangat puas hati sebab berjaya buat gini kan.. most yg dalam iti ni betul/ tepat masa/ harganya pada masa tu.. sekarang ni tak tau la masih sama atau dah berubah. 
kut2 la ada sape2 yg berhajat nak pegi korea, bleh je aku emelkan iti ni.. kut2 nak jadikan panduan ke kan..
cuma, ada sikit2 je la yg berubahan/ tukar plan masa tu, tapi aku tak update balik dlm iti ni. malas. hahahhaha.  tapi, InsyaAllah, tak sesat kalau ke sana :)

ni sebahagian iti ktrg, sape nak boleh pm ye.. :P

apa yg aku bleh cakap psl trip korea ni, memang sangat BEST!! bayar rm500 utk public transport dgn entrance tiket tu sangat2 berbaloi, (entrance tiket boleh tahan mahal. tapi, rugi la kalau dah sampai, tak masuk dalam kan..) sebab ktrg dah cover kebanyakan tempat must go korea.  

sape2 nak pegi korea tu, roger2 la.. kut2 boleh join ke kan.. hikhikhikhik

Halaman Tidak Bertanah

September 09, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Nak cerita perkembangan rumah. hikhikhik.. lame tinggal blog ni.. sebelum terlupa, baik update cepat :D

Rumah aku ada halaman gak.. tapi yang bertanah tu sekangkang kera je pun.. ukuran bertanah ada la +/- 3x5 kut.. kecik je.. mula2 tu memang la ingat nak maintain tanah tu.. then, nak buat ala2 taman mini sikit.. tanam rumput carpet ke kan.. tapi bila memikirkan kebizian ktrg laki bini yg belum tentu sempat nak jejak tanah tu, baik simenkan aje.. dah alang2 ayah buatkan dapur tu, barang pun ada lebih, simen je terus.. tak costing sangat pun simenkan tanah tu.. simen pun pakai dalam 1-2 kampit je rasanya (sorry tak ingat).  Tempoh masa buat ni, kejap sangat.. yg lama nak menebas tu je.. lagi pun, masa buat ni bulan puasa. fuhhh !!!

Moh layan gambar..

ni je tanah yang ada.. sebelum tebas lupo nak ambik gambar.. lagi pun, semak je pun kan.. hahhaa.. malu je nak upload :p

 ni masa ayah tengah buat.. pasir yg sebelah tu tak guna abih pun.. guna sikit je.. 

bape jam je buat ni.. dah siap dah.. just buat sime biasa je.. simen kasar je.. lg pun ni kat luar umah yg tak berbumbung.. so, mmg takde plan pun nak psg tiles.  Memang nak buat camtu je pun.. Asalkan tutup, rumput/ lalang tak naik sudah la ye..

kiranya bahagian depan rumah ni dah setel dah..