20 January, 2015

Alhamdulillah. Thank you ALLAH

January 20, 2015 0 Comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Permohonan nak sambung master dulu tu dah dapat dah.. untuk kemasukan Semester Pertama 2015/2016 iaitu pada September 2015 nanti.  Sempat la nak uruskan surat-menyurat berkenaan pengurangan yuran (especially) :D
mula2 tu salah faham sebab ingat masuk intake Februari 2015.  Rushing jugak la klu Februari..
Tapi bila mengenangkan balik masuk September ni, risau pulak dah jadi malas time tu.. hahahhaha.. cepat betul malas tu datang :p
ape pun, InsyaAllah akan belajar sebaik mungkin.. 2 tahun je kan.. bukan lama mana pun.. dulu belajar dekat 5 tahun takde hal la.. hihihihi..
owh, yg ni full time ye, bukan PJJ.


Berita gembira yg kedua, incik asben dah dapat tetap kat UPM.  Alhamdulillah.. Kontrak kat UPM ni dalam 7 tahun jugak la baru dapat tetap ni.. Pernah dulu kene tendang sana sini.. kejap sambung kontrak.  kejap tak sambung.  kejap dapat 6 bulan.  kejap sebulan.. huii, pening!  Kejap ada gaji, kejap takde gaji.. Akhirnya dapat jugak rezeki nak jadi warga tetap UPM ni...  Jadinya, duduk la kat UPM ni sampai pencen umur 60 tahun.   Ngam2 servis 30 tahun kat UPM.
Masa dapat tau ni menitik jugak la air mata.. Kitorang je tau camne rasanya bila pasangan keje kontrak.  zaman2 dulu boleh la kata secure even kontrak je, tapi tak lagi start tahun 2013.  Hujung tahun je semua berdebar2.. sambung ke tak sambung.  Surat tawaran pulak akan keluar bila dah hujung2 tu.. Memang sesak la napas nak tunggu..
Ape pun, penantian dah berakhir.  

Semoga incik asben terus bermotivasi utk bertugas di UPM.
"BERILMU BERBAKTI"


Thank you Allah untuk rezeki ni :)

05 January, 2015

1st Day ke Taska

January 05, 2015 1 Comments
Lagi 10 hari genap umur Dhua 2 tahun
dan harini 5 Jan 2015, 1st day & 1st time Dhua ke taska
Taska Cahaya Mata (TCM), Koperasi UPM Berhad
sejak lahir tak pernah hantar/ tinggalkan dia dengan orang yg kita tak kenal..
harini lah pertama kalinya


perasaan??
takut sangat ! tipu la kalau kata tak takut kan..
walaupun Dhua tu dah dikira besar jugak la, sebab dah boleh menjawab apa yg kita tanya, tapi perasaan takut tu tetap ada.

pagi tadi dia menangis sampai hilang suara.
ke hulu ke hilir
ke depan ke belakang sambil menangis panggil mak.
sedih betul tengok.
tapi, sekejap je tu..
Dhua kan mesra dengan semua orang.

sampai kul 9 jugak la duduk kat taska tu tadi tengok dia
dan sepanjang masa dari kul 7.30-9 am, dia menangis tak berenti.

tapi,
tinggalkan jugak dia.

lunch tadi pegi tengok kejap
Alhamdulillah, tengah tido
cikgu kata dlm setengah jam lepas mak balik, dia dah ok dah, cuma cikgu tak boleh hilang dari mata

cikgu ckp, Dhua dah main2 dah dengan kawan..

---

Alhamdulillah, mak tau Dhua baik.  Dhua pandai bawak diri kan.. selalu mak pergi work, Dhua ok je main dengan kawan2.  kadang2 kalau ada kawan datang rumah, Dhua nak ikut balik pulak.. :p



mood : tak sabar nak tunggu kul 5 pm.