15 May, 2015

Nak Jual Tudung Aidijuma (AJ)

May 15, 2015 6 Comments
Assalamualaikum..
Dulu aku penah update pasal Tudung Aidijuma (AJ) yang menjadi kegilaan tu.. Sekarang ni aku dah pencen dah pun.. hahahahaa.. sorry Datin, sekejap je I gilakan tudung U.  I bukan peminat tegar nampaknye.. 

Dah lama dah pun pencen, awal tahun rasanya.. Sebab apa pencen?? Memang tak dinafikan Tudung AJ sangat cantik dan tak ditelan zaman (chewah), tapi aku rasa tak sanggup sebab Tudung AJ jugak lah aku berhabis RM sampai tak terkira.  Tambah2 plak, setiap minggu ada keluaran baru.  Sekali keluar bukan 1-2 design, kadang-kadang 8-10 design sekali keluar.. Dan setiap kali tu lah aku akan beli setiap design.  Bayangkan berapa banyak yang habis masa tu.. Tu belum campur tudung-tudung yang di 'hunting' lagi.  Yang 'hunting' ni pun satu hal jugak la.. harga memang tak hengat!!  Tudung AJ paling mahal yang aku pernah beli adalah dengan harga RM 150 sehelai.. Tudung prelove ye.. Masa dapat ni, tak pikir ape dah.. Tapi, sekarang ni bila pikir2 balik, memang membazir hanya kerana nak puaskan hati sendiri kan.. Ada lagi yang orang jual lebih mahal dari yg tu, tapi sebaik aku cepat tersedar dan kembali ke pangkal jalan :p Sebab lain yang menguatkan aku untuk pencen Tudung AJ ni adalah sebab, tudung dah banyak sangat dan sampai tak terpakai.  Sampai sekarang ni pun, aku still ada banyak lagi Tudung AJ yang belum pakai.. Ada yang basuh je, pastu tak pakai pun.. 



ni baru sikit, yang tak terhanger banyak lagi.. (T_T)

Bak kate laki aku, sana-sini Tudung AJ.  Beli je lebih, pakai nye tak pun.. hahhahaha.. Yang dalam plastik pos laju pun banyak lagi tau. Memang kene ambik masa nak sort mana yang jual, mana yang nak pakai.. Jual-jual jugak, tapi takde la jual licin.. nak jugak la selai dua yang feveret tu.. hikhikhikhik..

Actually, aku ada jugak beli lebih kadang-kadang untuk jual.. Alhamdulillah, memang laku kalau jual Tudung AJ ni.. Dapat la rezeki sikit.. Tapi yang jadi masalah dan yang membuatkan aku malas nak beli/ jual adalah tak sanggup nak berebut, berhimpit, bergaduh pasal Tudung AJ ni.. Cukup la 2x aku pegi sales.  Memang hazab nak dapatkan tudung ni.. Sekarang ni tak tau la sistem pembelian dorang macam mana.. Sebab masa nak dekat2 pencen tu, ada yang dorang buat sistem bayaran asing antara yang borong (seller) dengan yang pakai sendiri..  Ada jugak la aku baca kat fb pasal orang merungut susah nak dapatkan Tudung AJ.  Tapi berbaloi la dengan harganya kalau dijual balik kan??

Then, satu lagi pasal Tudung AJ ni, memang kene menahan segan la kalau jumpa orang yang pakai tudung sebijik, sejebon dengan tudung kita.. hahaha.. kalau tudung yang hot/ mahal takpe la jugak.. hikhihik.. kat cafe, shopping, kenduri dan jugak kat opis aku ni ha.. Ade je yang pakai sama.. Pasal tudung sama ni memang tak boleh elak pun, tapi ikut la cara masing2 kan.. Aku segan sikit klu jumpa yang sama ni.. Kadang2 laki aku siap tunjuk2 lagi kalau ada yang pakai Tudung AJ.. hahhaha.. Laki aku pun sampai tahu tu tudung AJ ke bukan.. :p

Sekarang ni dah ada macam2 label dah.. Selain white label, black label, red label dah ada pink label, blue label dan gold label.  Jangan tanya apa beza pink dengan blue label sebab aku takde selai pun antara label tu.. Masa keluaran label tu aku dah pencen.  Aku hanya ada white label, black label, red label dan green label sahaja.  Tapi aku sempat la merasa batch Paris mula2 keluar tu.. :)

Gila gigih nak pencen tu.. Aku left semua group kat facebook yang aku join.  Kat wasap pun sama.. Kalau tak, alamatnye memang tak boleh pencen la.. Alhamdulillah, aku berjaya pencen.  Hahahhaaa..
Duit pun banyak dah jimat..

Sekarang ni pakai je tudung ape2 pun.. takde brand pun takpe, asalkan tudung.. hihihii. Eh, lepas pencen AJ, aku gilakan tudung Sugarscarf & Neng Geulis pulak.. hahaha.. tapi ni pun dah pencen jugak.. Hadoiii.. 
Jangan plak ada yang bash aku pasal entry ni sudah.. hohohohoo..
ni sekadar luahan rasa je.. Sorry ya utk peminat tegar Tudung AJ.. Aku tak setegar u'alls .. InsyaAllah tudung2 yang tak pakai tu akan dijual semula.. Sekali pakat dengan adik2 aku gak nanti.. Dorang pun pencen jugak.. 
At least, dapat jimatkan ruang & tambah pendapatan :D

14 May, 2015

Cara-cara Buat Aiskrim Goreng

May 14, 2015 0 Comments
Assalamualaikum
Godek2 pc, kemas2 pc, jumpa balik gambar2 lama, termasuk la cara-cara buat aiskrim goreng ni.. dah berkurun dah pun gambar ni, tapi baru harini jumpa balik dan rasa nak update.. hahahhaa.. walaupun sekarang ni orang dah heboh dengan aiskrim pasu, aku baru nak update pasal aiskrim goreng.. hikhikhik.

takpe la, dah alang2 ambik gambar tu, terus la update kan.. senang je nak buat ni.. 

refer gambar di bawah ya :


Bahan-bahan :
- Roti
- Aiskrim

Cara-cara :

1. Ambil roti
2. Lenyek/ penyek/ leperkan roti dengan apa cara sekali pun
3. Asalkan roti jadi leper macam gambar 3
4. Tekup dengan gelas/ cawan bulat (ambil yg saiz maksimum roti). Yg ni boleh buat sekali 2 keping terus. Jimat masa.
5. Ambil aiskrim sukahati nak perasa apa
6. Letak 1 scoop (ikut suka) aiskrim dalam bulatan yang kita dah buat dengan gelas/cawan tadi
7. Ambil 1 keping lagi roti (dah siap garis bulat) dan letak/ tutupkan aiskrim tadi.  Buang keliling roti, jadikan bulat ikut bulat yang kita buat tadi
8. Kepit2 kan keliling roti tu sampai rapat. 
9. Siap! simpan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam supaya aiskrim tadi beku sepenuhnya.

---
ada juga yang cakap nak bagi lekat antara dua roti tu kene letak putih telur.. penah jugak try, tapi kalau tak pakai apa2 pun, boleh je lekat roti tu.. masa goreng pun tak terbukak.

tips semasa menggoreng:
Gunakan minyak yang banyak dan panas.  Goreng dalam 1-2 minit je..

Tu je la nak share.. hihihihi.. Skrg ni pun dah ada jual yang ready-made kan, tinggal goreng je.. tapi, ye la.. bila buat sendiri ni dah tentu2 la lebih jimat.. mahal kut yang ready-made tu :D

08 May, 2015

[ITINERARY] Bukittinggi dan Padang, Indonesia (7D6N) [28 April 2015 - 4 Mei 2015]

May 08, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..
Harini gigih nak update itinerary holiday minggu lepas ke Padang dan Bukittinggi, Indonesia.  Kali ni pergi bawak rombongan cik kiah seramai 12 dewasa, 1 budak (termasuk kite laki bini la).  Punye la lama pegi holiday ke Bukittinggi ni, sampai 7 hari.  Hahaha.. Mintak quotation kat travel agent, semua tanye balik, betul ke pergi 7 hari?? Biasa ke Bukittinggi ni 3-4 hari je.. Yes! Memang betul. Memang lama kali ni sebab masa beli tiket ni tak tengok date.. hahahahaha.. masa offer free seat Air Asia tahun lepas.  Nak tiket murah punye pasal kan, anjak punye anjak date, terus seminggu kau!! Tiket boleh consider murah, tapi book dengan 3 booking no & semua harga tiket berbeza2.  Tiket ada yang dapat RM 75/person/return, RM 96/person/return, RM 112/person/return.  Masa nak beli ni tak dapat nak sekali harung 13 person, kene buat sikit2.. tu yang tiket jadi beza2 tu.. tapi, ahli rombongan kata ok je harga tu, so proceed. :)

Ok la, straight to the tajuk, ni itinerary Bukittinggi-Padang, Indonesia selama 7 Hari, 6 Malam.  Tiket flight pergi tu ambil flight pertama, jam 8 am, balik pulak flight last, 2 pm (flight balik 2x sehari je, pagi & petang).  Kami stay kat Bukittinggi dulu, 4 malam, pastu baru gerak ke Padang untuk 2 malam last tu..

DAY 1 (28 April 2015 - Selasa)
KUL - PDG (Tiba di PDG 8 am (waktu Indonesia)
Air Terjun Lembah Anai
Rumah Gadang Minangkabau
Lunch @ Rumah Makan & Restaurant Pak Datuk
Sulaman Putri Minang
Satu Karya Pandai Sikek
Yenni Bordir
Check-in Hotel Benteng, Bukittinggi
Dinner @ Ayam Penyet Wong Semarang
Persembahan Kesenian Minang

DAY 2 (29 April 2015 - Rabu)
Panorama Sungai Landia
Kelok 44
Tasik Maninjau
Lobang Jepang
Lunch @ Rumah Makan & Restoran Gon Raya Lamo
Pasar Aur Kuning
Dinner @ Rumah Makan & Restoran Gon Raya 
Ramayana @ Plaza Bukittinggi
Jam Gadang

DAY 3 (30 April 2015 - Khamis)
Sulaman & Bordiran H. Rosma
Lembah Harau @ Payakumbuh
Lunch @ Restoran Sederhana, Bukittinggi
Check-in Hotel Graha Muslim, Bukittinggi
Pasar Atas
Dinner @ Restoran Kubang Hayuda

DAY 4 (1 Mei 2015 - Jumaat)
Sanjai @ Keripik Ummi Aufa Hakim
Kiniko Kopi
Istano Basa Pagaruyung
Lunch @ Pondok Flora Restaurant 
Tasik Singkarak
Dinner @ Wadjan Resto

DAY 5 (2 Mei 2015 - Sabtu)
Pasar Aur Kuning
Lunch @ Rumah Makan & Restoran Gon Raya Lamo
Pasar Atas
Ramayana @ Plaza Bukittinggi
Bika Talago
Dinner @ Rumah Makan Lamun Ombak, Padang
Check-in Hotel Garuda, Padang

DAY 6 (3 Mei 2015 - Ahad)
Pantai Air Manis (Batu Malin Kundang)
Jambatan Siti Nurbaya
Lunch @ Restoran & Rumah Makan Mama Restu
Plaza Andalas
Pasar Raya
Pantai Muaro
Dinner @ Pondok Baselo Lubuk Idai

DAY 7 (4 Mei 2015 - Isnin)
Lunch @ Rumah Makan Buana Lestari
Airport (PDG-KUL @ 1.55 pm)


Seronok pergi lama2 ni, sebab tak rushing & boleh repeat mana2 tempat shopping (especially).  So, takde la nak terkejar sana sini.. Petang sebelum keluar dinner, kami balik hotel dulu, mandi2, solat, pastu baru kuar balik.  Kire ok la.. Yang tak bestnye pergi lama2 ni, duit habis tak hengat! huhuhu.. Siap g cucuk duit kat atm lagi.. Tu belum kira lagi yang tukar kat money changer or kat kawan2 kan.. (T_T)

Kawan2 ada yang tanye, ape bezanya or ape bestnye kalau nak dibandingkan dengan Bandung??  Semua sama je.. Kain sulam pun tak banyak beza.. tapi, harga +/- je dengan Bandung.. kalau tak pandai, harga kat sini akan jadi lebih mahal lagi dari Bandung.. Pastu kat Bukittinggi ni rata2 peniaga suka guna RM.  Bila tanya harga je, siap2 dia bagi dalam RM.  Sampai pening nak convert balik (rugi la klu bayar dalam RM kan).  Then yang betul2 membezakan Bukittinggi dengan Bandung, JALAN TAK JEM!! itu yang paling best :)