20 December, 2018

[ITINERARY] Ho Chi Minh Vietnam (20-23 November 2018)

December 20, 2018 0 Comments

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Mak nak share itinerary holiday ke Ho Chi Minh, Vietnam
20-23 November 2018 (4D3N). Macam biasa pegi tanpa travel agent.

Vietnam ni dah lama nak pegi, tapi tak pegi-pegi sebab kononnya takut kene scam kat sana. 😬 
macam2 mak baca pasal kes-kes kat Vietnam, tapi Alhamdulillah..
selamat pegi selamat balik dah pun.

Transport kat sana Mak just guna grab utk airport transfer.  Yang tempat2 lain tu Mak jalan kaki je.
Ada yang jauh, ada yang dekat 😂 Untuk pakej pulak, Mak walk-in je booking kat company tu @ Malay Street. Boleh jugak nak book dari Malaysia sesiap, sebab ada website, tapi better book kat sana je, sebab boleh nego.. 😎

ok, ni itinerary mak sepanjang 4 hari kat sana..


DAY 1 (20 November 2018)
- KUL-SGN (flight 7.50 am)
- Check in @ One House Service Apartment (Booking via airbnb)
- Malay Street
- Ben Thanh Market
- Lunch @ Hjh. Basiroh
- Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon
- Saigon Central Post Office
- Saigon's Book Street
- Hard Rock Cafe Ho Chi Minh
- Opera House
- Ho Chi Minh City Hall
- Dinner @ Malay Street
- Malay Street
- Night Market

DAY 2 (21 November 2018)
- Mekong Delta (full day) (Pakej @ Bismillah Tours & Travel)
* Coffee Shop
* Souvenir @ Alfakhama Rest Stop
* Coconut Candy
* Madu
* Naik Kuda
* Lunch
* Sampan
* Danny's Shop
- Malay Street
- Night Market

* termasuk dalam pakej Mekong Delta

DAY 3 (22 November 2018)
- Cu Chi Tunnel (half day) (Pakej @ Aaminn Tour & Travel)
* Lamphat Company
- Lunch @ The Serai/ Hjh. Basiroh
- Malay Street
- Night Market

* termasuk dalam pakej Cu Chi Tunnel

DAY 4 (23 November 2018)
- Check out (6.30 am)
- SGN-KUL (flight 10.30 am)


Nanti kalau Mak rajin, mak update gambar ye 😝 Atau boleh je pm klu nak tanya apa2 pasal Vietnam (Mana yang tau, mak jawab la yee)



"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"

27 March, 2018

Label/ Sticker Transparent Waterproof

March 27, 2018 0 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Dah lama sebenarnya nak share pasal label/ sticker dapur ni.. Lama sangat sebab beli pun tahun lepas 😁 Ada lagi balance sticker tak tampal lagi tu.  Masa nak tempah kemain eksaited lagi, semangat berkobar-kobar. Dah ada depan mata, 'nanti lah tampal'.. makan tahun dah pun 😁

ni label/ sticker yang mak maksudkan.

Zaman nak tempah ni (Julai 2017), tak banyak sangat yang jual online (kedai mak tak survey).  Jadinya agak susah sikit nak dapat yang betul-betul memenuhi citarasa + harga berpatutan.  Dan, masa tu jugak company ni hanya ada transparent label dengan font hitam sahaja.  Lain-lain takde.. Kalau sekarang ni lagi senang, banyak sangat dah yang menjual.  Nak yg custom made, nak yang ready stock semua ada.  Macam-macam design ada.  Harga pun boleh tahan murah.

Yang mak tempah ni custom made, sebab mak yang akan bagi list nak print apa.  Yang ready stock mak cakap atas tu, jenis yang dah siap-siap set dia, tak boleh pilih nak tulis apa.. Mostly yang ready stock murah sikit compare to custom made.  Mak tak nak yang ready stock sebab ada list yang memang mak tak pakai pun..

Sebelum mak jumpa label/ sticker transparent waterproof ni, mak buat sendiri je, pastu print + laminate.  Tapi, lama-lama tertanggal jugak label tu.. So, jenuh la survey online dan akhirnya jumpa Sticker Waterproof MURAH kat FB.  Masa tu, ni yang paling murah jumpa.  Mak tempah label/ sticker transparent dengan sticker waterproof untuk anak-anak mak.  Nak tampal kat barang-barang dorang.  Sebelum ni mak tulis je nama kat barang-barang, tapi mak lupa yang anak-anak mak tak pandai baca lagi 😁  Barang-barang kat taska pulak banyak yang sama.  Jadinya selalu la tak jumpa bedak, sikat tak tau yang mana.. berus gigi pun tah sape punye.. Jadinya, tampal sticker dengan gambar kartun favorite adalah jalan penyelesaian terbaik.. 😁

harga label/ sticker transparent saiz 4.5 cm x 9 cm = 80 sen/ pcs (min 100 pcs). (kurang kuantiti, mahal lagi)
sticker waterproof kartun RM 6.00/ set (45 pcs)

(harga sekarang murah lagi dah + macam-macam sticker ada.  Iron on label pun ada gak)

ni antara barang-barang yang mak dah tampal sticker.  Memang lekat kuat dan tak tertanggal.  Ada gak yang mak cabut balik sebab tukar bekas, tapi still boleh pakai lagi..  Bekas mak memang campur aduk dan dalam proses nak tukar bekas lain (tah berapa kali tukar).  Botol-botol banyak beli kat MrDIY je. Tapi kalau malas nak ke situ, beli sticker + botol pun boleh.  Dorang ada pakej sekali untuk dua2 tu..

Botol-botol beli kat MrDIY

 Tampal kat peti ais pun ok.. Tak tertanggal pun! 

sebab sticker ni transparent, jadinya permukaan nak tampal tu kene pilih jugak lah 😁

 abaikan isi tak sama dengan label

Yang label putih bawah kiri kanan tu yang mak buat sendiri.  Siap letak deco riben lagi kat bekas.  Pastu jadi leceh bila nak basuh.  Tak tukar lagi label tu sebab tak tempah. hahaha.. Memang kene tempah lagi sticker transparent tu nanti.  Lepas susun-susun banyak pulak yang takde sticker.. 

Tu je lah nak cerita.  Nanti rajin lebih, mak susun habis-habis 😁

Korang labelkan macam mana pulak? Mana tau boleh tiruuuu...


---
"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"








22 March, 2018

h a t i

March 22, 2018 0 Comments
pabila kau ambil hati itu
sengaja atau tidak
tolong jagakan ia

hati itu tidak sama
mungkin tidak seperti yang kau rasa
yang menerima juga berbeza
jangan ambil mudah
jangan kau acah-acah


---

"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"





20 March, 2018

Terkadang

March 20, 2018 0 Comments

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Terkadang hati terjentik,
satu rasa yang sendiri tak pasti bagaimana..
seakan sakit, 
seolah sedih,
semacam benci,

tapi untuk apa..?



.
.
.

kau bukan siapa-siapa..


tapi,
hati tak pernah menipu


"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"

19 March, 2018

[ITINERARY] Koh Samui, Thailand (4D3N) [27-31 Januari 2016]

March 19, 2018 0 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

(post ni dah berzaman dalam draft, baru harini berjaya siapkan) 😐

Lama dah tak update blog.. Macam takde bende penting nak share.. hahahaa.. Sebenarnye m.a.l.a.s

Direct to the tajuk, 27-31 Januari 2016 (Rabu-Sabtu) baru2 ni, kami (rombongan cik kiah) ke Koh Samui, Thailand.  Pegi dengan adik-beradik, ipar-duai dan kawan pejabat.  Rombongan kali ni seramai 13 orang dewasa, 1 kanak-kanak (3 yrs) & 1 infant (5 mo).  Haaaa.. gigih kau!  Ni kali ke-2 buat rombongan cik kiah.  Kali pertama masa g Bukittinggi, Padang, Indonesia dulu..

Asalnya nak pegi anak-beranak je, sebab actually lama jugak aim nak pegi Koh Samui ni, tapi tiket mahal, so KIV dulu.. Masa promo free seat AA, tengok harga dapat RM 109/ pax return, so x sedar diri la 'mengebook tiket'..  Pastu citer dengan opismet, dorang pun nak pegi, so on je la.. tak kesah pun.. pastu roger plak adik2 sbb selalu memang roger dorang jugak klu nak ke mana2.. Harga tiket dorang dapat RM 125/ pax return (beli lepas abis promo), tapi still consider murah la kan.. 

Kali ni travel agak kelaut sikit (eh, memang la nak pegi laut, tapi bukan laut tu yg dimaksudkan), sebab masing2 bizi dan tak sempat nak prepare sangat.  So, itinerarynya terjah sajo.. Ape yg penting, airport transfer tu.  Aktiviti kat sana nanti, pandai2 la..

Untuk sape2 yang tak berapa nak tau sangat Koh Samui ni, Koh Samui ni macam Krabi jugak, cuma dia tak berapa crowded sangat macam Krabi tu.  Rasanya klu nak honeymoon tu sesuai sesangat.. Dan, untuk pengetahuan korang jugak, AA mendarat di Surat Thani, bukan direct ke Koh Samui.  Kalau nak direct, boleh gunakan Firefly (aku baru tau lepas booking tiket AA).  Jadinya, memang memakan masa jugak la nak sampai ke Koh Samui tu.. Kami pegi 4 hari, tapi 2 hari tu utk perjalan pegi-balik sahaja.. Lagi 2 hari tu je la masanya kami berjimba kat sana.

Klu nak book tiket ke Koh Samui guna AA, pilih Surat Thani, sebab kalau dari destination Koh Samui memang sampai ke sudah la tak jumpa.  Aku tak sure la aku yang tak perasan atau lepas beli tiket tu baru AA update, masa zaman aku beli tiket (Mac 2015), takde plak nampak airport transfer dari Surat Thani ke Koh Samui (Means, boleh beli sesiap masa kite booking tiket AA tu).  So, airport transfer kene buat sendiri masa kat sana.  Kami pegi bagpack je, tak ambil travel agent pun.  Nak jimat katanya..


-peta Koh Samui-

Route ke Koh Samui diringkaskan seperti di bawah:

KUL --> URT (Surat Thani) (1 jam 30 minit) - AA
Airpot Surat Thani --> Jetty Donsak (1 jam 30 minit) - bus
Jetty Donsak --> Jetty Nathon, Koh Samui (1 jam 30 minit) - ferry
Jetty Nathon, Koh Samui --> Hotel (Area Chaweng) (45 minit) - van

see, perjalanan saja 5 jam lebih.  Memang kematu bontot.  Lagi2 travel dengan baby kan, sangat3 mencabar.  Tapi sebaik la mak dia ni selaku ketua rombongan bawak ramai mak2 & pak2 angkat.. hehehee.. so, dorang boleh la gilir2 jaga budak2 nih..

Nanti la ek citer lagi detail pasal Koh Samui ni.  So, n3 kali ni nak ringkas2 je.. hohohoho

DAY 1 (27 Januari 2016 - Rabu)
KUL - URT (tiba di Surat Thani 12.30 t/h waktu Thailand)
- Airpot Surat Thani - Jetty Donsak, Surat Thani (1 jam 30 minit) - bus
- Jetty Donsak, Surat Thani - Jetty Nathon, Koh Samui (1 jam 30 minit) - ferry
- Jetty Nathon, Koh Samui - GO Samui Hotel, Chaweng (45 minit) - van

DAY 2 (28 Januari 2016 - Khamis)
- Island Hoping @ Koh Thong (8 am - 5 pm)
- Night Market

DAY 3 (29 Januari 2016 - Jumaat)
- Pusing2 pulau naik moto
- Perkampungan Melayu
- Hinta Hinyai
- Fisherman Village
- Night Market

DAY 4 (30 Januari 2016 - Sabtu)
- GO Samui Hotel - Jetty Nathon, Koh Samui
- Jetty Nathon, Koh Samui - Jetty Donsak, Surat Thani - 1 jam 45 minit)
- Jetty Donsak, Surat Thani - Airport Surat Thani - 1 jam 30 minit)
[Sampai kat Airport +/- 2.30 ptg.  Flight 5.00 ptg]


---

update: 19 Mac 2018


Kesimpulannya, 4 hari, 3 malam tak cukup untuk explore Koh Samui.. Sebab 2 hari dah habis untuk perjalanan saje.. Dan, siapa-siapa yang berhajat nak pegi Koh Samui, elok la ambik direct flight ke Koh Samui terus.. 😭 Masa mak survey trip ni, mak tak tau pun ada direct flight, makanya sungguh adventure lah trip kalini.. Apa pun, memang best sebab ni 1st time kami turun naik segala macam transport.

Trip ni jugak punye lah banyak halangan dan dugaannya 😞 Bergaduh bergasak toksah cakap lah.. Ni semua sebab tak cukup masa survey.. So, main redah saje.. 

Tapi kan, satu je nak cakap, Koh Samui sangat lah cantik.. Kalau ada peluang, memang mak nak pegi lagi.. Tapi nak pegi laki bini je lah.. 💕  Mak memang suka tempat-tempat gini.. Tak percaya, korang try lah pegi.. 

** Nanti kalau rajin dan kalau jumpa gambar2 Koh Samui save kat mana, mak update dengan gambar ya.. (T_T). Almaklumlah, 2 tahun lepas punye kan.. 😭


"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"

Mula balik ya?

March 19, 2018 0 Comments
Sejak-sejak ada banyak masa terluang ni, mak dok la menggodek blog.. Tukar template, tukar itu, tukar ini, edit sana, edit sini, macam-macam lah..😖 Yang paling best bila dok explore post-post lama zaman jahiliah ni.. 😃 Gelak-gelak baca, seakan tak percaya dulu mak yang tulis macam tu. Aduyaii, sendiri baca pun dah gelak-gelak, kalau anak-anak baca sok tak tau lah macam mana kan.. Ape pun, banyak kenangan kat blog ni.. Ada yang mak sendiri pun dah lupa dah cerita.. Nasib baik ada blog, so, boleh la recall..

Bercerita pasal blog, kadang-kadang macam persimpangan dilema jugak.  Teringin sangat nak update selalu (walaupun takde orang baca), sebab kadang-kadang takde ruang dan peluang nak bercerita.  Kat FB pun dah malas nak aktif sebab segan. 😣  Ramai sangat kawan kat situ, atau faktor usia membuatkan rasa segan pulak.. Padahal sebelum ni, kemain kau kejap-kejap update status bagai kan.. 😆 Instagram boleh dikira aktif jugak, sebab nak mengabadikan kenangan bergambar.  Ye lah, ambik gambar bagai nak rak, tapi sudahnya simpan/ delete macam tu je.. Bukan lah tak nak print gambar-gambar tu, jadikan hard copy, tapi pemalasnya ya ampuuun... Walaupun semua dihujung jari je sekarang ni, plus laki kau pun seorang photographer, tapi tetap tak de keinginan nak print.. 😤 Instagram plak tak memungkinkan mak untuk menulis panjang lebar atau bercerita soal hati, eh.  Setakat caption sikit-sikit tu ok lah.. Jadinya, sejak minggu lepas, selalu la bersemangat nak update blog..  Dengan harapan, mak tak lupa bila mak dah tak mampu nak ingat (read as tua).

Ok, kesimpulannya sekarang ni, kalau nak tengok update kawan-kawan, boleh tengok kat FB.  Nak tengok gambar-gambar kenangan, tengok kat instagram.  Nak bercerita atau baca cerita kenangan, boleh tengok kat blog.  So, mak mula menulis balik ya?

---

"so take a deep breath,
pick yourself up,
dust yourself off,
start all over again.."

--

"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"

15 March, 2018

Kata Ganti Diri

March 15, 2018 0 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Ok, untuk setelah sekian lama, baru nak pikir nak guna kata ganti diri apa bila tulis blog.. hahahha. Nak guna 'aku' rasa macam kasar sangat la pulak.. so, nak guna apa tu? 'saya' macam ok, tapi kenapa rasa macam lembut sangat pulak.. hahahhaa.. masalah kecelaruan identiti betul lah :p

Kalau guna nama kang, sendiri rasa geli pulak.. adoii..

Setelah dipikirkan, ditimbang-timbang, serasanya nak gunakan kata ganti diri:





Jangan tanya kenapa pilih 'MAK', sebab takde jawapan yang konkrit.  Saje, sebab rasa bermakna sangat 'MAK' tu.

ok, done. 


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

March 15, 2018 0 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Malam tadi tercerita pasal blog.. pastu harini rasa rindu giler kat blog ni.. dah sekian lama tak update blog, asek update insta je.. hahaha.  Ada juga baca certain-certain blog, best je rasa bila rajin update kan..?

Rasa macam nak aktif tulis blog balik pun ye jugak, tapi macam takde motif pulak. Post yang sekarang ni, laki aku auto-post je.. nampak sangat aku dah tak kesah kat blog ni. hahaha..

Ingat tak post sambung study dulu..? Alhamdulillah, dah pun selamat menamatkan pengajian. Tunggu konvo Oktober 2018 nanti.  Tak sangka jugak sebenarnya.. Dalam menangis2 pegi kelas, dengan tak semangat, mengeluh, alasan macam2, segala macam rasa ada, akhirnya habis jugak.. daaaaan barulah terasa, "eh, sekejap je dah 2 tahun". hahahhaa.

Bisnes tak berapa nak ok skrg ni.. faktor kebizian study dulu pun mempengaruhi juga dan penyakit M tu masih lagi berbaki.. Makanya, weekend tak la sebizi dulu.. Melangut lah kat rumah sajo..  Tapi kan sebab dah selalu bizi, bila tiba2 tak bizi, janggal la jugak rasanya.. Budak2 pun tak tentu arah je bila dok rumah tak ke mana. Selama ni pegi job sana-sini dorang seronok sebab boleh 'jalan-jalan'..  ah, rindu pulak nak buat job lagi :)

Tengok dalam draf, banyak juga post yang tak habis tulis.. Sampai dah lupa dah apa nak cerita. hahahaha. Nanti lah, ada masa + rajin, blog ini akan diupdate lagi..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته