27 March, 2018

Label/ Sticker Transparent Waterproof

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Dah lama sebenarnya nak share pasal label/ sticker dapur ni.. Lama sangat sebab beli pun tahun lepas 😁 Ada lagi balance sticker tak tampal lagi tu.  Masa nak tempah kemain eksaited lagi, semangat berkobar-kobar. Dah ada depan mata, 'nanti lah tampal'.. makan tahun dah pun 😁

ni label/ sticker yang mak maksudkan.

Zaman nak tempah ni (Julai 2017), tak banyak sangat yang jual online (kedai mak tak survey).  Jadinya agak susah sikit nak dapat yang betul-betul memenuhi citarasa + harga berpatutan.  Dan, masa tu jugak company ni hanya ada transparent label dengan font hitam sahaja.  Lain-lain takde.. Kalau sekarang ni lagi senang, banyak sangat dah yang menjual.  Nak yg custom made, nak yang ready stock semua ada.  Macam-macam design ada.  Harga pun boleh tahan murah.

Yang mak tempah ni custom made, sebab mak yang akan bagi list nak print apa.  Yang ready stock mak cakap atas tu, jenis yang dah siap-siap set dia, tak boleh pilih nak tulis apa.. Mostly yang ready stock murah sikit compare to custom made.  Mak tak nak yang ready stock sebab ada list yang memang mak tak pakai pun..

Sebelum mak jumpa label/ sticker transparent waterproof ni, mak buat sendiri je, pastu print + laminate.  Tapi, lama-lama tertanggal jugak label tu.. So, jenuh la survey online dan akhirnya jumpa Sticker Waterproof MURAH kat FB.  Masa tu, ni yang paling murah jumpa.  Mak tempah label/ sticker transparent dengan sticker waterproof untuk anak-anak mak.  Nak tampal kat barang-barang dorang.  Sebelum ni mak tulis je nama kat barang-barang, tapi mak lupa yang anak-anak mak tak pandai baca lagi 😁  Barang-barang kat taska pulak banyak yang sama.  Jadinya selalu la tak jumpa bedak, sikat tak tau yang mana.. berus gigi pun tah sape punye.. Jadinya, tampal sticker dengan gambar kartun favorite adalah jalan penyelesaian terbaik.. 😁

harga label/ sticker transparent saiz 4.5 cm x 9 cm = 80 sen/ pcs (min 100 pcs). (kurang kuantiti, mahal lagi)
sticker waterproof kartun RM 6.00/ set (45 pcs)

(harga sekarang murah lagi dah + macam-macam sticker ada.  Iron on label pun ada gak)

ni antara barang-barang yang mak dah tampal sticker.  Memang lekat kuat dan tak tertanggal.  Ada gak yang mak cabut balik sebab tukar bekas, tapi still boleh pakai lagi..  Bekas mak memang campur aduk dan dalam proses nak tukar bekas lain (tah berapa kali tukar).  Botol-botol banyak beli kat MrDIY je. Tapi kalau malas nak ke situ, beli sticker + botol pun boleh.  Dorang ada pakej sekali untuk dua2 tu..

Botol-botol beli kat MrDIY

 Tampal kat peti ais pun ok.. Tak tertanggal pun! 

sebab sticker ni transparent, jadinya permukaan nak tampal tu kene pilih jugak lah 😁

 abaikan isi tak sama dengan label

Yang label putih bawah kiri kanan tu yang mak buat sendiri.  Siap letak deco riben lagi kat bekas.  Pastu jadi leceh bila nak basuh.  Tak tukar lagi label tu sebab tak tempah. hahaha.. Memang kene tempah lagi sticker transparent tu nanti.  Lepas susun-susun banyak pulak yang takde sticker.. 

Tu je lah nak cerita.  Nanti rajin lebih, mak susun habis-habis 😁

Korang labelkan macam mana pulak? Mana tau boleh tiruuuu...


---
"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"








No comments: