:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

24 June, 2014

Cerita Grill Rumah 2 (sesudah dipasang)

Baru berkesempatan nak update blog pasal rumah.. Bizi sikit lately + penyakit M. :p
Ok, nak sambung cerita pasal grill rumah setelah siap dipasang.

Kronologi :
9 April 2014 - Bayar deposit
22 April 2014 - Sample siap
19 Mei 2014 - Test pasang
26 Mei 2014 - Siap pasang

Layan gambar je la ye.. maleh pulak nak taip pepanjang.
*
*
*
incik asben je yang pegi tengok dorang buat keje.  Ramai jugak dorang datang masa tu.  Start pasang lepas lunch, siap semua dah time Maghrib.  Tapi kira setel hari tu jugak la.. 


ni la hasilnya.. Alhamdulillah, bila dah melekat kat tingkap tu nampak lawa pulak. ngeh3.
sebelum siap tu risau je tak lawa.. aku ni kadang2 cepat cemas, tambah2 kalau satu2 bende tu aku yang tentukan.. Ye la, design2 ni kan aku yang decide, cemas la kalau dah siap tak seperti yang diharapkan..
Ape pun, grill ni nampak cantik.. pada pandangan mata aku la.. Then, kat sebaris/ dekat2 umah aku tu, umah aku je grill jenis besi flat ni :p Kembang-kempis hidung bila incik asben cakap, "lawa, nampak mewah"
hikhikhik.. tang mana nampak mewah tu pun tak tau la.. mata masing2 kan..
sorry, gambar full 1 tingkap takde pulak.. hohohoho.. sume sekerat2 je..


then, handle (pemegang) pintu yang Mr. Ho cakap nak bagi free tu, sebaik lawa.
senyum sampai telinga..
tapi untuk pintu depan je la satu..
jadi la, daripada tak dapat langsung kan.. klu Steve tu, dia charge RM 100 tau.


Grill ni dah pun siap pasang 26 Mei 2014 lepas kan, dan dah pun selamat bayar baki payment.. tapi baru semalam aku sempat nak menelek hasil kerja kedai ni.. Nasihat aku, elok check dulu baru buat payment, kut2 ada yang tak puas hati ke ape kan.. Aku redha je bila incik asben cakap "grill dah siap pasang, lawa je tengok.." huhuhu.. Pegi banyak kali, tapi tak sempat nak menelek.. Pegi umah ni banyak kali dah, tapi rushing.. So, semalam sempat la aku telek grill2 ni.. 
Ni hasil penemuan aku (macam auditor pulak)..


Ada crack kat tempat kunci ni.. Tapi pada aku, ni takde masalah sangat pun, sebab tak nampak sangat pun kesannya.. Tapi, kalau la crack ni jadi teruk/ terkopek untuk jangka masa panjang, tak tau la nak cakap apa kan.. Pastu, ada kesan lobang2 kecik kat tempat dorang lekat skru tu.. Tapi tak semua tingkap ada kesan lobang tu.. ada beberapa tingkap je.. Yang ni incik asben cakap boleh tutup sendiri je, guna pillar (betul ke aku eja ni?). Then, ada jugak kesan2 cat comot dan kesan welding besi.. Tak banyak, sikit je.. Klu orang yang fussy, mungkin kesah kut.. Aku tak kesah :p Sebab grill ni tetap nampak kemas. Lagi pun, aku penah tengok blogger update grill rumah yang lagi teruk dari yang ni.. Klu kene camtu, aku pun hangin.. Tapi ni, Alhamdulillah, aku puas hati.  Tambah2 bila ada besi 'angle', nampak grill tu ngam2 je kat tingkap. Takde ruang pun.  Aku lupa nak ambik gambar tingkap full.  Nanti la aku update kat sini lagi ye..

* * *
Grill belakang (luar dapur) belum setel lagi, sebab ada beberapa masalah. (T_T)

2 comments:

My Aisy said...

aah cantik la...pastu warna putih lak tu...gan bunga-bunga lagi...cantik...

f.i.z.a said...

pompuan dan bunga, tak dapat dipisahkan :P mula2 asben aku ckp x mo bunga, nak design straight je.. tp aku tetap nak kan bunga, even kecik je.. Alhamdulillah, puas hati aku :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails