17 September, 2014

Extend Dapur [lantai + tembok + grill + awning]

Assalamualaikum

Harini terajin nak update pasal rumah.. pasal extend dapur.
takde la projek besar mana, sebabnye dapur pun kecik..
yang extend tu bahagian luar dapur (belakang rumah)
takde pecah2 dinding pun, cuma simenkan tanah sekangkang kera tu, naik tembok & grill serta awning.  konon2 nak buat laundry area. space kecik je pun..  bentuk L pulak tu..
saiz +/- 5 ft x 20 ft

kontraktor yang buat tu semestinya la bapak aku..
hehehehe.. bukan la nak jimat sangat (jimat sikit la), tapi sebab ktrg takde kenal mana2 kontraktor utk buat renovation pun.. lagi, risau kene tipu & rumah tak siap (negatif betul pikiran)

jom kita buat entry bergambar la.. baru best nak story-mory :p

ni gambar asal belakang rumah.. er, tapi ni rumah jiran, sbb umah aku dah bersih dah masa tu.. lupa nak snap.  Tapi sama la semaknye tu, cuma aku punye ada extra pokok nan sebatang. hikhikhikhik.. tapi pokok tu pun dah selamat ditebang oleh pemaju.. tinggal lalang2 tu je.. lebar tu 5 kaki je.. 2 kaki dah siap simen, tinggal 3 kaki je yang bertanah. panjang 20 kaki.
ni plak lepas tebang pokok & tebas. ambik masa jugak nak clearkan ni sebab banyak batu.  ni yang aku cakap belakang dapur bentuk L tu.. actually pada aku besar gak belakang tu, tapi sebab bentuk L tu yang tak nampak besar tu..
tu tunggul pokok nak sebatang.. nak cabut pun bukan kemain payah lagi.
 walaupun tanah tu kecik, berpoloh nak clearkan (T_T)
mula2 naik tembok belah sini dulu.. naik tinggi +/- 6 kaki.  tinggi sikit dari kepala kita
pastu sambung belah sini pulak.. tu lubang longkang.. umah ni pelik sikit sebab longkang dia jenis tertutup.  Luar pagar tu takde lokang kalau korang perasan.  kalau longkang tersumbat, kene bukak lubang ni..  lubang ni tak boleh tutup abis.  kene ikat batu utk tinggikan sebab tanah dengan simen sedia ada tinggi gak beza.. kat situ kene tambak tanah dulu sebelum simen.
ni gambar lepas simen lantai & siap plaster dinding.
kat luar ni dah siap plug dan paip. so, memang sesuai sangat la nak letak mesin basuh kat sini kan..
 ni rupa penutup longkang tu.. pape, angkat je penutup besi tu.
ok, then bila dah siap baru la boleh pasang grill & awning tu..  memang nak buat pesen gini, takmo naik tembok penuh. sebab nak buat tempat sidai2 baju je pun.. kalau bertutup penuh, nanti rimas
 pintu pun tukar yang berpenutup camtu.. tak kan la diding dah tinggi, tapi melopong tang pintu pulak kan.. so, grill tu sekali buat pintu.  dinding rumah jiran tak plaster sebab lupa gate berkunci (rumah tu takde orang & tak tau sape owner).  nanti bila dah jumpa owner, baru ktrg plasterkan.. sebaik kontraktor ayah sendiri kan, so bila2 boleh buat.. kalau kontraktor luar, pikir 2,3 kali la nak panggil balik :p  ha, cer tengok belakang rumah ktrg tu takde longkang (hidden), tapi yg baris sebelah tu ada.. macam tak paham pulak camne dorang plan/ design.
 view luar dan dalam
 bila dah siap tembok & awning ni, terasa rumah gelap.. huhuhu.. sebelum ni tak terfikir pun, sebab rasa terang je.. then, sebab itu gak la warna KC yang dah dipilih, macam tersalah kureng sket.. huhuhu.

untuk kos keseluruhan buat dapur ni selepas campur tolak kesihatan ayah yang tak berapa mengizinkan waktu tu, buat masa bulan puasa pulak kan, so dari segi masa tu lari sikit dari yang di plan la.. 

RM 1k beli barang2 binaan (batu pasir, simen, pasir, dll) - tak sampai pun 1k sebenarnye.. ni kira max la tu
RM 1k upah untuk 2 orang. part upah ni bergantung kat kontraktor la, sebab upah lain2. yang total 1k ni +/- je ye.. maleh nak kira balik. ayah aku bayar staf dia tu gaji hari (RM 70/ day)
total RM 2k utk lantai dan tembok.

grill & awning siap semua sekali RM 2.6k.  grill tu besi hallow dan cat putih 'tak cantik' katanya.. nak murah punye pasal kan.. harga utk awning sahaja dalam 1k.

so, semua sekali RM 4.6k
---
actually aku jimat +/- RM 500 utk buat tembok dengan lantai tu.. sebab sebelum tu FIL ada bawak kawan dia.. orang tu mintak 2.5k.  tempoh masa utk siap ni pulak dalam 4 hari kerja. (ayah aku dok kampung, so selang sehari dia balik kampung, so, lama jugak la nak siap).. yang ni aku dah sekali la bayar upah utk buat simen porch depan & tampal lubang2 yang orang wiring buat dan tambah/ ganti tiles diding utk KC tu, untuk tempoh 4 hari bekerja di bulan puasa

ok, setel part extend dapur.  nanti citer pasal KC dan plaster ceiling pulak
semua dah siap :)

10 comments:

Unknown said...

kawan2 aku pun banyak buat camni...senang dan kemas tempat sidai baju tu orang lain tak nampak...kan...

Unknown said...

aah, betul tu fetty. cuma bila buat camni, rumah jadi gelap :(

sophieqaiser said...

Salam..
welcome negbour to the greens.
kite jiran,tapi saya kt jln 8.

And saya kenal ur travel mate..sholihah :)

Unknown said...

wslm shada !
wah, dah jumpa jiran.. :)
tapi, blom sempat explore & tak tau kat mana jalan 8. hehheeheheh..

sok2, boleh ler g holiday same2.. hehehe

sophieqaiser said...

Heheheee...jln 8 dkt dpn sbln post guard.rmh baru setingkat tu :)

Bole je..i pun kaki jln

Sholihah said...

seronok bace post u nk masuk umh baru ni.. n serious tabik sbb u rajin survey.. n hai shada.... ari tu bgtau abg am, umh fiza dekat ngan umh u.. nnti senang nk raya sekali harung... hahahah

Unknown said...

as slm sis..da wat kc ke?bpe kaki kc n price?wat ngn intechkn..bole x email me @ nadhilah84@ gmail.com ..thanks..jgn lupe update psl kc ye

Unknown said...

hi, KC dah siap dah.. tapi blom sempat nak update cerita..
sy dah emelkan awk psl KC tu.. harap dpt membantu :)

Unknown said...

Semangat tengok ...kak pun plan nak extend juga..nak kena himpun himpun la dulu...

Unknown said...

kak nazira wan, himpun2 dulu, pastu wat sekali gus.. sekali buat, sekali kemas :)