:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

19 November, 2014

Kitchen Cabinet by Intech Kitchen [1] - 3D Drawing & Table Top

Assalamualaikum.

lama giler ambik masa nak sambung cerita pasal kitchen cabinet (KC).  hohohoho.  KC dah lama siap.. dah rasmikan pun.. tapi belum abih kemas lagi, sebab tak tau camne nak susun + mencari mood :D

ok, KC ni dibuat oleh Intech Kitchen (IK).  Boleh refer cerita IK kat post ini.  PIC Jasper.  Alhamdulillah, so far so good.  KC cantik dan kemas.  Tapi sorry tak ingat berapa hari KC siap.. rasa macam 1 minggu utk complete semua (buat sekali dengan wardrobe untuk master bedroom).

ni drawing 3D camne rupenye KC tu.. tapi ni takde gambar counter bar.  Counter bar tu letaknya kat tengah2 antara peti ais dengan dapur masak.. Plan nak letak kaunter bar kat depan, tapi kekangan ruang.. klu dapur besar, bukan stakat counter bar, island pun cantik je nak letak.. hehehe.. saiz penuh dapur ni 20 x 9 kaki.


  

material ambil 4G, black mirror, full height.  klu ikut ukuran rumah, panjang kat sinki & tall cabinet (bertentang) tu 6 kaki panjang. then, panjang dari oven - hujung tu 20 kaki.. kiranya 6x20x6 la kan.. (sory tak pandai nak tulis ukuran, sbb nanti bila buat KC, hujung dengan hujung tu tak perlu kira double).. full height tu dlm 8 kaki klu tak silap.

table top buat sekali dengan IK.  senang satu kontraktor.. lagi pun, risau klu ambik lain2 kontraktor, masalah tersalah ukuran selalu kene.. so, baik ambik satu tempat je.. table top ambik kaler hitam jugak.  tempoh masa buat table top ni, kejap je.. 2 hari dah siap.. 

mula2 kene la siapkan table top dulu kan.. klu tak, camne pulak :p 






  

nipis je kan klu tengok.. harap2 kukuh la bertahan.. sebab nak tahan lama la buat concrete terus.. jimat.. hihihihi.

pekerja yang buat ni sorang je.  pastu nanti dia akan pasangkan kita punye sinki dengan hob tu.  utk paip pun dia boleh setelkan terus, bayar je la kan.. tapi, kitorang tak suruh dia buat part paip tu.. sebabnya mmg dah plan nak suruh ayah je yang buatkan.. nak cari plumber sendiri, takde yang kenal pun.. sorry klu macam tak bape jelas.  paip tu means, nak sambungkan sinki kita tu dengan laluan air yang kat diding tu.. sekali pasangkan kepala paip. kira complete untuk sinki kita.. so, boleh terus pakai la..

ni je gambar yang jumpa utk table top yang dah siap.. camtu la rupenye.. tiles bawah guna yang putih je.. yang luar semua hitam.  


ok la, nanti sambung cerita pasang KC pulak ye..
panjang bebenor plak n3 ni.. hehehhee

4 comments:

My Aisy said...

waaa cantiknya...besar pon ye...tile tu yang developer pasang ko bukak ganti baru ea...best2 tak sabor tunggu ko update lagi..

f.i.z.a said...

tile mana fetty? kat dinding tu ke? klu yg kat dinding tu, aku ganti yang pecah tu & tambah ikut ukuran panjang table top.. aku cari yg kaler sama. tak sama betul, tapi paling hampir.. aku mintak ayah aku buatkan.

ke lantai?

Aida said...

Salam,
Nak Tanya.. yg modified electrical wiring tu Intech yg buat jugak ke?

Nurhafizah Matsah said...

aida : wiring bukan intech kitchen yg buat.. utk wiring husband yg uruskan dulu.. ada kontraktor mmg buat wiring..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails