:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

21 November, 2014

Kitchen Cabinet by Intech Kitchen [2] - Installation

Assalamualaikum.
Jom kite sambung balik cerita KC ni.  Sebelum ni dah tengok kan 3D drawing tu, so ni nak tunjuk yang real punye pulak.. hahahhaa.. ayat kelakar!

nak pasang KC  ni kene pastikan semua plug/ suis yang IK dah tanda dulu tu dah ready & boleh guna.  sebab nanti dorang akan pasangkan sekali hob, hood, oven, microwave tu.. IK ada charge RM 250 utk install hob & hood sekali untuk tebuk lubang udara (tak ingat nama) tu.. kira complete la.


dorang datang sekali hangkut semua barang2.  camni rupenye.. nanti just drill je kat umah.. yang lain2 siap dipasang kat kilang IK.
masa pasang ni, incik asben yang ada.. aku keje.  so, dia yang tengok orang ni buat kerja.. pastikan warna pintu KC yang dorang bawak tu sama dengan  yang kita request.. nasib aku pilih black mirror.  senang. dah komfom2 la 1 kaler je kan.. klu jenis yang berkaler2 tu payah jugak.. 
yang papan coklat tu, counter bar.  asalnya pilih warna kelabu, nak matchkan dengan KC hitam. tapi takde stock pulak.. yang ni kaler coklat. tapi boleh match dengan tiles kat dinding & lantai.  kire ok la tu.. cuma, nampak kontra sikit la.. material utk counter bar ni, laminate formica.  material counter bar ada banyak, tapi ktrg pilih jenis ni sebab lebih tahan lasak/ panas kalau nak compare dengan solid surface.  nak ambik yang elok lagi, mahal sangat.. ni pun kira ok dah ni.. hehehe.. 




border/ frame boleh pilih nak kaler ape.. aku ambik hitam jugak la.. takmo belang2.. 



ni hood yang dah siap pasang.  ktrg lupa nak cat dinding tu dulu. tu yang nampak bahagian dinding tu comot.  nanti ktrg cat/ tampal wallpaper je kut.. 
bawah sinki ktrg decide untuk guna aluminium sibu door je.  sebab nak bagi pengaliran udara.  bawah sinki biasa basah, takut berkulat pulak kalau bertutup semua kan.. sibu door ni IK bagi free je.. klu taknak, pun boleh. ikut la citarasa masing2.  yg ni pasang sebelah je dulu sebab pintu lagi satu ada defect.  tu kendian.
camni la rupenye KC bila dah siap + lighting.  counter bar tu nampak macam pelik.  tapi memang dah takde choice tempat nak letak..
bila letak counter bar macam ni, susah sikit la nak ambik barang kat bawah tu..  counter bar tak cantik kalau pasang sama paras dengan table top, unless kita buat guna concrete.  yang tu cantik la.. tapi, duit nye pun cantik jugak.. lepas +/- cost, ambik counter bar camni je la.. 
yang ni agak frust sikit.  sebab masa install ni Jasper tak datang & agak susah nak jumpa dia waktu tu.. yang ada cuma pekerja dia 2 orang.  then, masa pekerja tu pasang counter bar, takde sape yang tengok.  tau2 dah pasang.  tak tau la nak salahkan sape.  sebelum install KC (masa tu lampu gantung 3 bijik tu pun tak pasang lagi), ada jumpa Jasper kat rumah, then ada diskas dengan dia kat mana nak pasang counter bar.  counter bar ni dipasang last sekali bila semua dah siap.  then, aku pun cakap je la nak 1 kaki ke dalam (dari peti ais).  Jasper pun ckp ok dah jarak tu.

tapi yang jadi masalahnya, lampu gantung 3 bijik tu tak boleh pasang 1 kaki ke dalam sebab plaster ceiling tak sama tinggi & betul2 kat tengah pembahagi.  so, lampu tu kene pasang ke dalam lagi. dlm 1.5-1.8 kaki ke dalam camtu la.. sebab klu keluar lagi (dekat dengan peti ais) tak boleh, sebab wiring takde tempat nak lalu.  ni kes, buat plaster ceiling kontraktor lain, wiring kontraktor lain.. klu kontraktor yang sama, takde hal.. so, lampu tu terkeluar dari counter bar.  bila duduk kat counter bar tu, 2 bijik lampu atas kepala, sebijik je atas meja.  geram la jugak masa tu.  pekerja IK ckp, dah confirm dengan Jasper utk pasang 1 kaki ke dalam. dan Jasper tak tau pun psl lampu yang tak boleh nak pasang ikut ukuran tu.. pekerja ni terus la pasang. pastu dah tak boleh bukak/ alih dah.  klu nak alih, tiles dinding & lantai kene pecahkan.  satu hal pulak nak ganti balik kan.  

tak tau nak cakap sape yang salah dalam hal ni..aku bukan la fussy sangat pun, tapi ye la, bayar mahal2, tibe2 spoil plak tang lampu kan.. aku call jugak Jasper masa tu, tapi memang tak boleh nak buat ape dah.. nak alihkan lampu tu, kene panggil orang wiring pulak. duit lagi. sudahnye, tutup mata je la.. terpaksa rela. 

moralnya, kita kene sentiasa ada utk pantau dorang buat keje & of course PIC kita tu kan.. harus la bertanggungjawab sikit. 

ni rupe dalam KC.  tu bottle rack. 
 yang ni pun masalah jugak.. aduyaii.. yang ni aku dah terpikir sebelum approve drawing dulu, tapi diamkan aje sebab ingat IK mesti dah biasa kes2 camni kan..

masalah kat sini bila nak bukak pintu tall cabinet / oven / microwave tu.. terkena antara satu sama lain.. pastu pintu tall cabinet tak boleh bukak habis sebab tersangkut kat palang oven tu.. dah la semua tu glass.  kene hati2.. tapi aku tak yakin boleh berhati2 sampai bila2.. kita yang kat rumah tu boleh la.. tapi klu ada orang datang, terus bukak, tak perasan, abisla pecah pintu tu kan.. 

tapi yang ni dah dibetulkan.  lepas diskas dengan Jasper, ktrg setuju untuk terbalikkan 2 pintu tall cabinet tu.. so, bila bukak, pintu tu akan bertemu pintu (1 bukak ke kanan, 1 bukak ke kiri).  antara pintu tu letak getah supaya tak berlaga.  kira masalah ni setel la.. 

 kipas pun ngam2 je dengan KC.  sebaik la klu bukak pintu, masih ada jarak dengan kipas, walaupun ngam2 je.. klu tak, jenuh pulak kene tutup kipas dulu baru boleh bukak pintu KC..

black mirror 4G ni cantik sebenarnya.. sebab korang boleh buat cermin terus.. hehehe.. nanti aku cerita pulak kelebihan & kekurangan 4G black mirror ni.. huhuhu.

  owh, yang ni pulak belah atas KC.  korang kene check ye bahagian atas ni.. sebab yang ni pun IK terlupa nak tutup lubang2 tu.. 
 memang la lubang ni belah atas, tak nampak pun kan.. tapi, kalau la ada barang jatuh dalam lubang tu, camne nak ambik balik?? pastu klu jadi sarang tikus camne?  owh, klu tengok dari dalam KC, takde ape2 lubang pun, sebab ni layer yang paling atas tu.. so, means, aku ruang sepanjang KC kita tu, then ada pulak pintu masuknye.. memang baik hati tuan rumah sediakan rumah utk tikus :p

lubang ni dah tutup dah pun. sebab lepas install, nanti Jasper akan datang check defect dll. masa tu kita bagi tau semua masalah kita dan dorang akan betulkan balik. 

gambar penuh KC tak de, sebab peti ais pun takde lagi.. hihihi.. nanti2 la ye tepek gambar.. 

10 comments:

Sholihah said...

cantekkk nye kc warna hitam cmni.. smart seyhh...

f.i.z.a said...

hehehe.. ni warna selamat utk org malas :p

MOHAMMAD Taqulddin said...

boleh share harga kc nie x??mtaqulddin@gmail.com

Anonymous said...

Salam, plug untuk hon sedut Dapur tu kat mana yer... Fatimah

f.i.z.a said...

wslm fatimah. plug utk hod tu dekat dinding dekat2 situ jugak. yg tu sblm buat, IK dah tanda dah kat mana kita kene pasang.

Anonymous said...

Assalam, hai Fiza. Harga buat table top saje berapa dgn IK? Harga KC lak bape? Kalo boleh share.. :) qalamijau@gmail.com.

f.i.z.a said...

dah emel :)

Anonymous said...

Assalam, Cantiknya KC Fiza. Boleh share berapa harga buat table top dan KC ni? Akak pun tengah duk search ? Kalo boleh share, email kat akak ya : tiemela@yahoo.com.

sheilazrien said...

salam fiza.. boleh x share harga KC ni n details panjang KC fiza..
pastu kan, fiza ckp nk story pros/cons 4G.. boleh share sama ?

sheilazrien@gmail.com

Biar Hanya Saya Yang Tahu said...

teringan nak buat KC...tp tak tahu berapa kos. Boleh emel pada saya tak di alamat cma.cma1980@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails