:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

23 May, 2014

Cerita Grill Rumah

Arini nak share pasal grill.. Yang ni gigih sikit pegi kedai ke kedai survey.. Tapi pegi 2 kedai je.. hihihi.. Tak sempat & takde masa nak mengheboh cari grill ni, sebab masih lagi bertongkat masa tu.  So, susah nak ke sana ke sini.. Grill buat dengan kedai ni, Lian Hing Awning & Grills Works.  Lokasi kedai ni tepi hi-way je.. yang ada MIROS belah kiri tu.. kedai dia belah kanan.  tapi kene U-turn sebelum tol yang kat Kajang Utama tu.. (sorry bab2 jalan ni memang failed sikit).  Dari hi-way boleh nampak kedai corner lot, ada pintu pagar atas bumbung dia.. haa.. tu la kedai dia :)  Bahagian bawah, kilang dia buat grill, tingkat atas office.. Nak booking/ tengok design dll naik je tingkat atas..


Mula-mula incik asben dah pegi kedai ni, nak tanye pasal awning (nak pasang belakang dapur).  Takde sape rekemen pun.. Pegi kedai ni sebab nampak dari tepi jalan tu.. Kat sini ada buat grill jugak.. Tapi masa tu tingkap semua tak ukur lagi.  Jadi tak boleh nak mintak quotation la pun..  Bila dah ukur tingkap segala, baru la pegi balik kedai ni untuk mintak quotation.. Tapi kan, nasihat aku, rasa tak yah susah2 turun naik kedai mintak quotation la.. Sebab baik deal terus dengan kedai untuk ukur, yang mana biasanya nak ukur2 ni dorang memang boleh pegi ukur dengan free..  Lagi cepat and takyah memeningkan kepala.

Macam aku dah buat keje 2x.. Mula2 ukur tingkap sendiri, pastu pegi kedai.  Pilih design + material.  Kedai kirakan. Tengok harga 'macam ok'.  Deal untuk ukur kat rumah pulak.  Masa kat umah tu jugak dia terus bagi harga.  Esoknye pegi kedai bayar deposit.  Setel.  Yang jadi masalahnye, harga yang dapat kat kedai tak sama pun dengan yang kat rumah.. Entah kira macam mana pun tak tau la.. Tapi, kalau ikutkan harga yang dapat kat rumah lagi berbaloi berbanding yang dapat kt kedai.  Sebab mula2 minta harga untuk besi hallow untuk 2 pintu & 12 tingkap, dapat harga +/- RM 2,900.  Pastu mintak sekali quotation harga untuk awning dapur, +/- RM 1,000.  Tu tak masuk lagi harga grill separuh (nak buat separuh tembok, separuh grill). Dan ada tambahan lagi RM 200-RM 300 untuk cat putih.  Yang ni Steve (anak tokey kedai) tak tau harga sebenar.

Masa kat rumah, Mr. Ho (yang datang ukur rumah) tu, dia suggest ambik besi flat.  Katanya besi padu dan lebih cantik.. (Mesti la nak promote yang mahal kan).. Masa tu macam tibe2 tak boleh nak berpikir pulak, terus setuju.  Hahahahhaa.. Harga yang Mr. Ho bagi untuk grill 2 pintu, 12 tingkap, grill separuh (20 ft x 5 ft) untuk belakang dapur, awning (20 ft x 5 ft) = RM 6,200.  Ni kira harga full la tu.. Sekali dengan cat putih.  Aku request design simple je, tapi semua grill (termasuk belakang dapur, toilet, store atas) design sama.  Sebab klu tak, dia bagi design yang straight je, takde 'S' tu.. nehi3.. Tak lawa.  Then incik asben mintak besi keliling (angle) tu.. er, sampai harini tak boleh imagine lagi ape gunanya angle tu :p  

Ni design yang aku mintak.. 

Owh, kedai ni agak lambat nak proses.  Means, lepas bayar deposit, nak tunggu sample, lama.  Dah confirm sample, nak try pasang pun lama.  Dah try pasang, nak cat untuk pasang balik pun lama.. Bayar deposit 9 April 2014, sample siap 22 April 2014, test pasang 19 Mei 2014.  Then sampai harini masih lagi blom terpasang lagi grill kat umah aku lagi tu.. Biasa la kan, mana2 pun.. Masa aku tanye dulu, dia cakap dalam 2 minggu semua boleh siap..  Aku rasa, 2 minggu yang kedai tu cakap dikira lepas test tu agaknye.. 


Ni total harga utk 2 pintu dan 12 tingkap, besi jenis flat, kaler putih, RM 3,590.  Saiz bape tebal dll tu boleh tengok kat resit tu.. Aku pecahkan quotation yang asal tu sebab tembok belakang ayah aku belum boleh buat lagi.  So, aku proceed dengan grill depan je la dulu.. Yang belakang tu nanti dah siap tembok, baru bayar deposit.  Aku tunjuk harga ni bukan apa, untuk sape2 yang nak jadikan panduan (ada ke?).. So, x payah nak pm bagai, sebab blom tentu aku ada masa nak reply. hahahhhaa.  Then utk harga grill ni aku rasa lebih berbaloi ambik yang besi flat, compare dengan besi hallow sebab beza harga dengan yang aku dapat kat kedai ni tak banyak sangat pun..  Then, lagi satu yang buat aku rasa puas hati + best, aku ada gak mintak quotation kat Al-Hasyir Global.  Kedai kat Jalan Reko. (Exit Jalan Reko).  Kedai depan simpang, ada tefik lite.  Kedai ni qoute aku untuk 2 pintu, 12 tingkap, warna putih RM 4,500 (T_T).  Kedai ni lambat bagi quotation, masa tu dah pun bayar deposit dengan Lian Hing ni.. Beza harga antara 2 kedai ni dalam 1k gak.. Tu belum request besi flat lagi tu.. Syukur, dapat yang murah sikit :D
---
Kesimpulan : tak tau la nak rekemen ke tak kat korang, sebab aku just survey 2 kedai je pun.. hihihihi.. dari segi masa, lambat sangat aku rasa.. selagi tak pasang grill, yang lain tak boleh nak buat apa pun.. hasil kerja kemas ke tak, pun tak tau lagi camne, sebab belum pasang lagi kan.. nanti dah siap semua, aku citer lagi la pasal grill ni ye.. 

4 comments:

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Rich said...

Kalau nak buat grill pintu saja berapa aggaran kos
menjana pendapatan

Nurhafizah Matsah said...

klu grill pintu shj, x tau la pulak.. kene g kedai la tanye.. hihihi

Anonymous said...

Murah jerr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails