02 December, 2008

Negeri Sembilan Paling Ramai Sakit Mental

December 02, 2008 4 Comments
Sumber : Kosmo, 27 November 2008

Oleh RAIS YEOP JOHARI (
rais.johari@kosmo.com.my)


SEREMBAN - Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ismail Taib berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 2006 lalu yang mendapati seramai 15.33 peratus penduduk negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas dikesan menghidap diabetes, diikuti masalah kesihatan mental (21.1 peratus) dan obesiti (18.6 peratus).

"Peratus bagi tiga penyakit itu meletakkan Negeri Sembilan pada kedudukan pertama berbanding negeri lain seluruh negara," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr. Awaluddin Said (BN-Kota) mengenai status kesihatan rakyat negeri ini pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Beliau yang juga ADUN BN Linggi memberitahu, masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja seramai 31.2 peratus dan berada pada kedudukan kedua seluruh negara.

Ujarnya, masalah berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak pula pada kedudukan ketiga tertinggi berbanding negeri lain.

> hahahaha.. aku nih anak kelahiran NEGERI SEMBILAN.. tp aku tak sakit mental ek.. <

yang mana menggambarkan diri anda??

December 02, 2008 3 Comments
WANITA TANAH

Wanita Tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April - 20 Mei),
Virgo(24 Ogos - 23 September) dan Capricon(22 Disember - 20 Januari)

* Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal
* Penyabar dan bertolak ansur
* Mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material
* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap
berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan
mencapai kejayaan dalam perniagaan
* Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh
air muka semulajadi yang pendiam dan tenang
* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan
sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat
konservatif, serius dan sederhana
* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah
seorang kekasih yang setia dan berwibawa


WANITA API

Wanita Api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac - 20 April),
Leo (24
Julai - 23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember)

* Dilahirkan sebagai pemimpin
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima
pendapat orang lain walaupun ianya benar
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi
biasanya romantis dan tidak pemalu
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan
menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan
orang yang dikasihi merasa sedih dan terluka
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar
* Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk
menjadikan perhubungan itu terus berkesan
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun),
Libra (24
September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari
kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,
bagi mereka segalanya boleh dicapai
* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai
keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan
saling bekerjasama bersungguh-sungguh
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai
keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan
sebenar yang terpendam dalam hati mereka
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan
Pisces (20 Februari - 20 Mac)

* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju
* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat
mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai
perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati
* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang
yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata
dalam sebarang situasi yang menyedihkan
* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri


--> saya adalah WANITA API <--

24 November, 2008

A.P.A.K.A.H ? ? ?

November 24, 2008 4 Comments

rilex.. rilex.. jgn terkejut..
aku bertunang?
aku kawen?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

semestinye la TIDAK.
jangan panic! aku masih solo ek.. hahahhaa..
walaupun aku pakai baju mengikut tema.. kaler ijau..
match dgn hantaran n bilik.. tp bukan aku..

TAPI

kawan aku ni ha...

Dayang..
die yg bertunang.. aku tumpang posing je td tuh..
hehehhee..
majlis pertunangan ni pada 26 Oktober 2008 lepas.
ramai gak yg dtg meraikan. meriah. macam org nikah..
Dayang bertunang dgn sape?? dengan kengkawan mase sekolah dulu..
aku ni la yg menemankan dorang ni berdating..
Alhamdulillah..
jadi jugak akhirnya..
to Dayang, semoga berbahagia selalu.

21 November, 2008

aku nk kawen

November 21, 2008 5 Comments
ye ke?? hahahaha.. tibe2 je rase nak kawen.. tp bukan senang kan.. mcm2 nk diuruskan.. malas la nk fikir skrg.

19 November, 2008

Alhamdulillah..

November 19, 2008 4 Comments
"kak, result ISAC dah kuar! akak dah cek lom??"
(tenkiu ye Halimah sbb bg tau!)

berdebar2 sgt.. mase tu on d way nk g makan. singgah bank cucuk duit. menggigil2 tangan time tu. hahahha.. sepul tlg cek via hp. then mase tu rase xnak tau je result.. tp bile die bace no sijil, aku tau yg aku LULUS!!

x caya? tengok bawah ni..

(x nampak??click pd gamba utk lihat lebih jelas)


Syukur Alhamdulillah..


15 November, 2008

12 November, 2008

ISAC ~ INTAN

November 12, 2008 3 Comments




~ jumpe mase exam ISAC.. (atie, farah n rina). nana dh balik awal..

huhuhu.. aku x suke exam tu.. susah gak la.. susah ke?? bukan la susah, tp mencabar kut..

hahahhaha.. risau plak nk tunggu result.. ape pun, aku dh cuba yg terbaik! skrg ni juz nk tunggu g induksi je.. InsyaAllah, bulan Jan 2009 sah jawatan.. :)

bila sedih..

November 12, 2008 1 Comments
bila sedih..

"ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta"

hahhahah.. kelakar la..

aku sedih ke?
watpe nak sedih?
xde ape yg nak disedihkan..

i'm ok.. i'm a big girl.. n big girl not cry..

hahhahaa..

rilex la fiza.. apehal mcm ni..??

t.a.p.i

aku rase sedih.
nape?
nak nangis..

sebab ape ek?
cemburu? --> tak
rindu? --> tak
sakit hati --> tak

ptg td adik tepun.. smlm aku lupe nk tepun die, so, arini die tepun. rindu kt adik. tp bile aku depan mata die, die buat x tau je. time xde, baru nk carik aku. hahhaa.. adik2...

hehehehe..

November 12, 2008 1 Comments

hehehehe..

smlm baru dapat mende alah ni. dah lame order.. tp x lekatkan lg kt bilik.. x sempat..
~ seronok.! tp t/jwb jg semakin besar.. sebaik 'mak' ok..

10 November, 2008

http://pinbaju-online.blogspot.com

November 10, 2008 0 Comments
oh ya, lupe plak. aku baru je launch blog bisnes aku.. jemput la singgah ek..

http://pinbaju-online.blogspot.com/

sblm ni aku mmg jual brooch. bisnes kecik2 je.. cuma skrg ni aku 'online' kn bisnes ni.. tp klu sesape nk beli brooch bukan melalui online nih, bleh je.. klu ade mase, aku dtg la bawak brooch2 ni. blog ni sbnrnye utk memudahkan sesape yg berada jauh dr aku. hehehe..

serba sedikit psl brooch aku.. murah2 je sume ni.. harga serendah RM3. bleh discount2 lg.. ade mcm2 paten kt sini.. x reti nk explain lebih2 lg.. so, singgahla 'kedai' aku ek.. lihat sendiri.. n tolong la promote kt kengkawan tuh ek..

by d way, thanks 4 ur support, n inilah hasilnya.. TQVM.