19 March, 2018

Mula balik ya?

March 19, 2018 0 Comments
Sejak-sejak ada banyak masa terluang ni, mak dok la menggodek blog.. Tukar template, tukar itu, tukar ini, edit sana, edit sini, macam-macam lah..😖 Yang paling best bila dok explore post-post lama zaman jahiliah ni.. 😃 Gelak-gelak baca, seakan tak percaya dulu mak yang tulis macam tu. Aduyaii, sendiri baca pun dah gelak-gelak, kalau anak-anak baca sok tak tau lah macam mana kan.. Ape pun, banyak kenangan kat blog ni.. Ada yang mak sendiri pun dah lupa dah cerita.. Nasib baik ada blog, so, boleh la recall..

Bercerita pasal blog, kadang-kadang macam persimpangan dilema jugak.  Teringin sangat nak update selalu (walaupun takde orang baca), sebab kadang-kadang takde ruang dan peluang nak bercerita.  Kat FB pun dah malas nak aktif sebab segan. 😣  Ramai sangat kawan kat situ, atau faktor usia membuatkan rasa segan pulak.. Padahal sebelum ni, kemain kau kejap-kejap update status bagai kan.. 😆 Instagram boleh dikira aktif jugak, sebab nak mengabadikan kenangan bergambar.  Ye lah, ambik gambar bagai nak rak, tapi sudahnya simpan/ delete macam tu je.. Bukan lah tak nak print gambar-gambar tu, jadikan hard copy, tapi pemalasnya ya ampuuun... Walaupun semua dihujung jari je sekarang ni, plus laki kau pun seorang photographer, tapi tetap tak de keinginan nak print.. 😤 Instagram plak tak memungkinkan mak untuk menulis panjang lebar atau bercerita soal hati, eh.  Setakat caption sikit-sikit tu ok lah.. Jadinya, sejak minggu lepas, selalu la bersemangat nak update blog..  Dengan harapan, mak tak lupa bila mak dah tak mampu nak ingat (read as tua).

Ok, kesimpulannya sekarang ni, kalau nak tengok update kawan-kawan, boleh tengok kat FB.  Nak tengok gambar-gambar kenangan, tengok kat instagram.  Nak bercerita atau baca cerita kenangan, boleh tengok kat blog.  So, mak mula menulis balik ya?

---

"so take a deep breath,
pick yourself up,
dust yourself off,
start all over again.."

--

"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"

15 March, 2018

Kata Ganti Diri

March 15, 2018 0 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Ok, untuk setelah sekian lama, baru nak pikir nak guna kata ganti diri apa bila tulis blog.. hahahha. Nak guna 'aku' rasa macam kasar sangat la pulak.. so, nak guna apa tu? 'saya' macam ok, tapi kenapa rasa macam lembut sangat pulak.. hahahhaa.. masalah kecelaruan identiti betul lah :p

Kalau guna nama kang, sendiri rasa geli pulak.. adoii..

Setelah dipikirkan, ditimbang-timbang, serasanya nak gunakan kata ganti diri:





Jangan tanya kenapa pilih 'MAK', sebab takde jawapan yang konkrit.  Saje, sebab rasa bermakna sangat 'MAK' tu.

ok, done. 


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

March 15, 2018 0 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Malam tadi tercerita pasal blog.. pastu harini rasa rindu giler kat blog ni.. dah sekian lama tak update blog, asek update insta je.. hahaha.  Ada juga baca certain-certain blog, best je rasa bila rajin update kan..?

Rasa macam nak aktif tulis blog balik pun ye jugak, tapi macam takde motif pulak. Post yang sekarang ni, laki aku auto-post je.. nampak sangat aku dah tak kesah kat blog ni. hahaha..

Ingat tak post sambung study dulu..? Alhamdulillah, dah pun selamat menamatkan pengajian. Tunggu konvo Oktober 2018 nanti.  Tak sangka jugak sebenarnya.. Dalam menangis2 pegi kelas, dengan tak semangat, mengeluh, alasan macam2, segala macam rasa ada, akhirnya habis jugak.. daaaaan barulah terasa, "eh, sekejap je dah 2 tahun". hahahhaa.

Bisnes tak berapa nak ok skrg ni.. faktor kebizian study dulu pun mempengaruhi juga dan penyakit M tu masih lagi berbaki.. Makanya, weekend tak la sebizi dulu.. Melangut lah kat rumah sajo..  Tapi kan sebab dah selalu bizi, bila tiba2 tak bizi, janggal la jugak rasanya.. Budak2 pun tak tentu arah je bila dok rumah tak ke mana. Selama ni pegi job sana-sini dorang seronok sebab boleh 'jalan-jalan'..  ah, rindu pulak nak buat job lagi :)

Tengok dalam draf, banyak juga post yang tak habis tulis.. Sampai dah lupa dah apa nak cerita. hahahaha. Nanti lah, ada masa + rajin, blog ini akan diupdate lagi..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 




24 November, 2017

Anda sedang mencari baju persalinan #puteriperak ? kami ada!! . . . For any inquiry: 📲 +6012 379 2797 📩 personafiza@gmail.com Facebook: Persona Fiza Bridal & Photography . . . #sewabajudinner #sewabaju #butikpengantinsemenyih #semenyih #dinnertheme #bajuputeriperak #persalinanputeriperak #persalinan #personafizabridal #sewa #sewamurah #persalinandaerah #semenyihkajangbangi #bajudinner

November 24, 2017 0 Comments

via Instagram http://ift.tt/2mYSCtk

For any inquiry: 📲 +6012 379 2797 📩 personafiza@gmail.com Facebook: Persona Fiza Bridal & Photography . . . #personafizabridal #pelaminpersonafiza #pelaminsanding #peamindewan #pelaminsandingpersonafiza #butikpengantinsemenyih #butikpengantinselangor #semenyih #semenyihkajangbangi #pakej2018 #pakejmurah #pakejmampumilik #pelamin #pinkpurple #dewan #muasemenyih #muakajangbangiputrajaya #muaseremban #wedotravel

November 24, 2017 0 Comments

via Instagram http://ift.tt/2zjtvTQ