tadi baru je checkup 34w kat Az-Zahrah
1st time jumpa pakar kat situ
dapat Dr. Fazlina Hanum
sebelum2 ni memang checkup kat Az-Zahrah tu
tapi rupanya bukan jumpa Dr. pakar
tapi jumpa Dr. biasa
huhuhuhu
takde sape pun inform, sampai la checkup masa 30w
tau sebab masa tu nak booking untuk bersalin kat situ..
then, untuk booking bersalin kat situ kene minimum jumpa Dr. pakar 2 kali
kalau tak, tak boleh bersalin kat situ..
details scan dah terlepas
masa tu pun tak tau, sebab takde sape2 pun inform
kebetulan memang bizi giler & tak survey pun pasal details scan tu.
details scan hanya boleh dibuat antara minggu 20-28 sahaja
masa tau tu dah 30w.. memang melepas la kan..
takpe la.. takde rezeki..
Dr. Fazlina ok so far
layanan dia baik2 je..
so, tak rasa takut la nanti nak bersalin dengan dia..
checkup baby tadi ok
baby dah 2 kg
saiz semua normal kecuali saiz badan
saiz badan 32w, kaki, tangan, kepala 34w
so, kene follow up semula lagi 2 minggu
Dr. cakap jangan risau
sebab mungkin kedudukan baby tu menyukarkan untuk dapat saiz sebenar
baby pun dah padat dalam perut
memang susah sikit nak dapat ukuran yang betul
uri ok, air kutuban pun ok
Alhamdulillah..
jumpa Dr. Fazlina semula pada 26 Dec ni
so, nanti nak terus booking bersalin kat situ..
Pakej Bersalin Nur Kasih
Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
mula2 ingat nak amek FPP
ala, yg kat hosp kerajaan tu..
tapi bila google & baca pengalaman orang yang pernah amek FPP ni, rasanya takpe la kut..
gerun pulak..
kalau nasib baik, ok sangat la kan..
tu yang terus decide nak bersalin kat Az-Zahrah tu..
sebab apa plak pilih Az-Zahrah ni..?
ada beberapa sebab.. :
- semua Dr. pakar perempuan (ni yang paling penting ni)
- harga pakej ok
- ramai staff UPM bersalin kat sini.. bila tanya pengalaman bersalin, semua ok2 je.. so, tak risau sangat
- hospital swasta yang paling dekat dengan rumah
itu je kut.. tapi memang dah tekad dah nak bersalin kat sini..
ape lagi ek nak citer..?
dari segi perubahan fizikal tak banyak sangat la..
sebab berat badan naik 1-2 kg sahaja setiap bulan
cuma, baju2 ada yang dah tak boleh pakai..
tak selesa..
baju kurung dah tak boleh zip kain :p
sekarang ni pun banyak pakai jubah or seluar RM 18 (staf ITA je tau suar RM 18)
or kadang2 pakai palazzo..
sangat selesa..
sekarang ni kurang lapar sikit..
kiranya boleh tahan lagi la kalau tak makan..
cumanya yang paling tak menahan tu, muka jadi teruk
sejak pregnant ni, muka naik jerawat or ruam
tak tau la nak cakap ni jerawat or ruam..
tapi memang teruk sangat
ramai yang tegur..
huhuhu..
kalau dulu memang la tak pakai pencuci muka pun..
muka tetap maintain, tapi sejak naik jerawat or ruam ni, terus pakai pencuci muka
pastu g opis or kuar mana2 kene pakai bedak..
kalau tak, muka memang teruk abis..
ada yang kata perubahan hormon, tapi tak tau la..
harap2 lepas bersalin ni semua ok balik..
dari segi persiapan barang2 baby, semua dah complete dah..
tunggu baby kuar je..
cumanya blom pack lagi dalam beg..
InsyaAllah dalam minggu ni nak setelkan semua..
itu je kut nak cerita
nanti sambung lagi ye..
:)
No comments:
Post a Comment