14 May, 2015

Cara-cara Buat Aiskrim Goreng

Assalamualaikum
Godek2 pc, kemas2 pc, jumpa balik gambar2 lama, termasuk la cara-cara buat aiskrim goreng ni.. dah berkurun dah pun gambar ni, tapi baru harini jumpa balik dan rasa nak update.. hahahhaa.. walaupun sekarang ni orang dah heboh dengan aiskrim pasu, aku baru nak update pasal aiskrim goreng.. hikhikhik.

takpe la, dah alang2 ambik gambar tu, terus la update kan.. senang je nak buat ni.. 

refer gambar di bawah ya :


Bahan-bahan :
- Roti
- Aiskrim

Cara-cara :

1. Ambil roti
2. Lenyek/ penyek/ leperkan roti dengan apa cara sekali pun
3. Asalkan roti jadi leper macam gambar 3
4. Tekup dengan gelas/ cawan bulat (ambil yg saiz maksimum roti). Yg ni boleh buat sekali 2 keping terus. Jimat masa.
5. Ambil aiskrim sukahati nak perasa apa
6. Letak 1 scoop (ikut suka) aiskrim dalam bulatan yang kita dah buat dengan gelas/cawan tadi
7. Ambil 1 keping lagi roti (dah siap garis bulat) dan letak/ tutupkan aiskrim tadi.  Buang keliling roti, jadikan bulat ikut bulat yang kita buat tadi
8. Kepit2 kan keliling roti tu sampai rapat. 
9. Siap! simpan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam supaya aiskrim tadi beku sepenuhnya.

---
ada juga yang cakap nak bagi lekat antara dua roti tu kene letak putih telur.. penah jugak try, tapi kalau tak pakai apa2 pun, boleh je lekat roti tu.. masa goreng pun tak terbukak.

tips semasa menggoreng:
Gunakan minyak yang banyak dan panas.  Goreng dalam 1-2 minit je..

Tu je la nak share.. hihihihi.. Skrg ni pun dah ada jual yang ready-made kan, tinggal goreng je.. tapi, ye la.. bila buat sendiri ni dah tentu2 la lebih jimat.. mahal kut yang ready-made tu :D

No comments: