Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

14 January, 2011

14 Januari 2011 ~ Tetap 3 Tahun

January 14, 2011 4 Comments
Alhamdulillah,
arini (14/01/2011) genap perkhidmatan aku kat UPM ni 3 tahun..
perkhidmatan tetap.
rezeki masih kat sini
jodoh pun jumpa kat sini
dan masih lagi bertahan..

3 tahun kat opis yg sama.
3 kali bertukar bos
dari cik sampai la jadi puan
dari bertumit tinggi sampai la pakai selipar je ;p
masih kat sini..

rase kejap je..
x terasa masa berlalu..
dari x tau apa, sampai la jadi diri aku yg sekarang ni..
boleh la diharap
banyak pengalaman keje kat opis ni.
best kat sini
x nak tukar tempat lain..
tapi klu kene tukarkan camne? x nak. x nak.

kadang2 tu mmg ada rase tension
rase fed-up bila ngadap mende yg sama
rase nak berenti keje pun ada..
rase nak mintak tukar pun ada..
macam2 la.
tp, Alhamdulillah..
aku masih bertahan.

keje kat sini rilex sikit
kadang2 la
otai2 x de kat opis
bleh jadi 'maam'
ada bilik sendiri
even bilik kecik je, tp ok sgt la utk aku ngadap pesbuk
kat sini jadi p.a big boss
tempat lain blom tentu dpt.. - elaun lebih sket ;p
kat sini kebanyakkan semua staf2 baru 
aku ni kire 'lame sikit' je la dr yg lelain

hehehe..
x kesah la ape pun kan..
yg penting, selagi mata celik,
keje, keje, keje
ujung bulan cek account,
gaji dapat..
Alhamdulillah..

---

* pehni dah x potong kwsp lagi dah.. duit dlm acc. dah bleh kasi keluar! yahoo! *

18 October, 2010

tak hupdate blog sebab..

October 18, 2010 1 Comments
lame giler x hupdate blog nih.. bersawang + berhabuk dah. :p

sebab2 kenapa x hupdate blog :

1) dapat bos baru
keje banyak sikit dari biasa. :p klu dgn mak dulu banyak gak, tp leh rilex2.. yg bos baru a.k.a "ayahanda" ni susah sikit.. semua keje kene cepat. xleh lengah2.. then, kene amek tau lebih sikit.. lebih banyak pun xpe.. sbb biasa dia akan tanye direct dgn kita, even keje tu bukan keje kita.. huhuhu.. serba serbi kene tau..

nak kate tak best dpt ayahanda ni, entah la.. lain orang, lain cara keje nye kan.. even dia ni 'garang' la jugak, tp kadang2 tu still leh borak2 gitu.. cuma mungkin tak semesra mak.. atau mungkin masih lagi baru..

aku yg kat sini, redha je la... 3 tahun tau lantikan dia ni.. itu klu x sambung.. klu sambung, 2 tahun, 1 tahun.. masak la.. hahhaha.. aku tak tau la leh tahan ke tak keje dgn dia ni.. tp harap2 ok la.. sbb aku selesa kt opis ni.. ape pun yg penting bekerja dengan ikhlas utk rezeki yg berkat..

2) kelas, esemen & exam
start bulan 8 dah terasa ke bz an menghadapi kelas, esemen & exam. bulan 7 rilex lagi.. esemen pun x byk nk kene antar. naik bulan 8, bersengkang mata la.. bulan 9 plak mid-term + hantar esemen yg sgt melambak.. then abis mid-term bersengkang mata lagi menyiapkan esemen.. cuma yg last tu juz utk presentation je..
tp ye la kan, klu semua buat last minit, mmg la x cukup masa.. tak tau bile aku akan berubah..
bulan 11 ni final plak. satu hapah aku x ready. maun demam lagi mcm time final exam sem lepas. huhuhu
carry mark pulak x berapa nak bagus.. haduii.. tak tau la nak cekau tang mana markah tu nanti.. dah la uum wat sistem penggredan baru.. senang nak dpt A, tp susah nak lulus..
err.. aku masih ada 4 tahun lagi utk hadapi situasi yg sama.. huwaaaaaaaaa!!

3) hujung tahun ramai orang kawen
aku pun dah mula bz dgn andaman skrg nih.. blom andam lagi, tp tengah preparekan barang2.. last week mmg full dgn customer dtg umah utk fitting & diskas2.. weekdays & weekend. memang la penat, tp itu kan rezeki..
perlu bekerja keras lagi utk bisnes ni.. awal2 memang la susah.. sbb banyak mende yg xde lagi.. dah lame2 nanti, InsyaAllah ok..
blog pun baru je ada masa utk hupdate.. ade lagi sebenarnye.. tp nanti2 la.. arini je ade peluang nak godek blog, sbb ayahanda xde.. esok dia ada, lupakan je la niat murni nak membelog ituewww..
*
*
*
fuhhh.. kadang2 rase x larat nak hadapi semua perkara.. tp wat ape nak mengalah selepas separuh jalan kan..?
x kan nak berenti keje sbb dpt bos x berapa nak best..
x kan nak berenti belajar sbb x larat nak buat esemen & bace buku..
dan
x kan nak berenti wat andaman klu x larat nak layan kerenah customer & x mampu nak beri komitmen..
mustahil la nak berenti sekelip mata camtu je kan..
dah mulakan ni, pandai2 la nak maintain..
dan
pandai2 la nak bahagikan masa..

errr.. tibe2 blur x tau nak tules ape..

-2BC-

03 August, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

August 03, 2010 2 Comments
cerita lama, baru nak hupdate..


Majlis : Majlis Gemilang Putra 2010
Tarikh : 15 Julai 2010
Lokasi : Dewan Besar, UPM

Alhamdulillah, aku dpt APC bg tahun 2009.
tak sangka pun.. hehehe..
murah rezeki lepas kawen
:)


citer sikit psl perkhidmatan aku kat UPM ni.

23 April 2007
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Gred N17 (Kontrak) di Pusat Pembangunan Akademik (CADe). 
jadi PA kpd 2 org Timbalan Pengarah CADe, Dr. Mansor & Dr. Majid

14 Januari 2008
Melapor diri sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Gred N17 (Tetap) di Institut Pertanian Tropika (ITA) sampai sekarang.
memula jadi PA kpd Ketua Penolong Pendaftar, En. Anuar.
lepas tu jadi PA Pengarah, Prof. Sariah
sampai sekarang.

1 Januari 2010
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Gred N17 ditukar taraf kepada Setiausaha Pejabat, Gred N27

* sila abaikan tangan yg asek nak pegang idung tu..~ nerbes kut. ngeh3..
yg dpn aku tu, kak shima
kat ITA, yg dpt APC hanya 2 org. sorang lagi yg dpt ialah kak shima.
kat UPM ni ikut quota utk APC. mcm ktrg ni, termasuk dlm quota Institut.
so, rezeki kali ni ITA, dpt 2 tempat.
-no giliran & no. tempat duduk-

-incik asben tersayang dtg teman..-
-suasana dlm dewan ~ bosan sebenarnye.. lambat sgt sampai turn nak naik pentas.. hehehe-
-ni lepas majlis.. kak shima dh balik awal time ni..-
-aku x suke pict nih ! sengeh lebih..-
*official pict UPM*

semua dh tau kut dpt ape utk APC ni selain dapat sijil..
Alhamdulillah..

InsyaAllah, aku akan rajin lebih lagi bekerja.

lepas ni agak2 aku leh dpt lagi tak ek APC sblm aku bersara nnti.. ?? hehhee..
klu x dpt pun, still dpt naik pentas utk Jasa Putra, Bakti Putra & last skali Jasa Mu Dikenang
(aku x pasti istilah nye.. yg penting, utk perkhidmatan 20 tahun, 30 tahun & mase bersara nanti)
:p

13 April, 2009

aku kebal !!

April 13, 2009 8 Comments
mase aku kemas2 laci yg semakin penuh nih.. aku jumpe ni..

*
*
*

*
*
*
malas nk citer banyak.. korang nampak kan..? hehehhee..
aku dah disahkan dlm jawatan mulai 14 Januari 2009..

ALHAMDULILLAH..

aku skrg dah 'kebal'.. hehehehe.. aku pilih skim pencen.. oleh itu, bekerja la aku bersungguh2 dgn UPM sampai tahun 2044 .. InsyaAllah