Showing posts with label UUM. Show all posts
Showing posts with label UUM. Show all posts

02 December, 2014

Gigih ke Nak Sambung Belajar Lagi?

December 02, 2014 3 Comments
Assalamualaikum..
Tinggalkan cerita pasal rumah kejap.. sorry kepada insan2 yang pm bertanya pasal rumah, ambik masa sikit nak reply ya.. 

12 November 2014 dah pun selamat berkonvo! yeayy!!!

gambar konvo tak upload lagi sebab ada dalam laptop incik asben.  Dan laptop tu pun dah selamat rosak hasil dikejakan oleh incik dhua (T_T).  Cerita konvo nanti update dalam entry lain ye..


Dan dengan semangat yang berkobar2 ni, harusla segera survey Master pulak!  hahahhaa.. ye, memang gigih!!  Ade jugak la suara2 sumbang yg cakap "ala, baru konvo, macam tu la.. semangat beriya".  Ada aku kesah?? hahaha..  Hak masing2 la nak sambung belajar ke tak ke kan.. Yang penting, laki aku nak bini dia ni jadi professor.. eh!!?? haaaaa. bukan2.. yg penting, laki aku yang suruh sambung belajar.  ha, itu yang paling penting.

selepas di +, di -, di x, di /, maka akhirnya aku pilih jugak la UPM.  dengan harapan, masa konvo nanti, semua family aku dapat datang.  kalau tak, nanti sedih.

Master of Corporate Communication, UPM

sebab2 yang menjadikan UPM pilihan utama ni adalah:
* senang nak pegi kelas sebab memang kat dalam kampus ni je
* senang nak jumpa lecturer
* nak discount 50% yuran keseluruhan - paling penting

Lama jugak la nak pikir nak buat Master apa kat UPM ni.  Banyak program yang ditawarkan.  Master secara PJJ pun ada jugak klu nak. yg aku apply ni consider full time.  tapi aku tak la cuti belajar apatah lagi berenti keje, sebab kelas weekdays, bermula jam 6 pm.  so, takde masalah la kan.. dekat pun dekat.. tempoh masa Master ni 2 tahun, InsyaAllah.  aku apply program master tanpa tesis.  Master of Corporate Communication ni ditawarkan di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)

Asalnya nak ambik Master HRD. tapi, memandangkan dia ada kelas weekdays kul 3 pm, susah sikit.. sebab boss bukan la sporting sangat nak bagi2 keluar camtu.. Master HRD secara full time ditawarkan bawah Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP).  Kalau nak PJJ utk Master HRD pun ada, program bawah UPMET (UPMHOLDINGS). Yang ni yuran tinggi sikit kalau nak compare dengan FPP/ FBMK.  Kalau yang nak buat MBA tu boleh apply under Putra Business School (PBS).

Staf UPM berjawatan tetap/ kontrak yang tempoh perkhidmatan lebih 3 tahun boleh apply untuk discount yuran sebanyak 50%.  Memang banyak! dan sangat la rugi kalau kita tak gunakan kemudahan ni kan.. Kata lah, total yuran 12k, kita cuma perlu bayar 6k sahaja.  Then, utk discount ni hanya layak untuk program bawah Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) sahaja (cth : fakulti/ institut yang tawarkan program). Kalau ambik dengan PBS/ UPMET tak layak dapat discount.  Dan hasil google an beberapa hari tu dapatlah disimpulkan bahawa (tetiba rasa macam tengah buat assignment plak) :

program master tanpa tesis (program yang aku minat + berkaitan bidang aku je)

SGS :
FBMK (Master of Corporate Communication) & FPP (Master HRD)
Mode : Full time
Yuran 11k ++
Layak discount yuran 50%
Refer : http://www.sgs.upm.edu.my/

PBS :
MBA & MMIT (Information Technology)
Mode : Full time & part time
Yuran 25k ++
Tidak layak discount yuran 
Refer : http://putrabusinessschool.edu.my/?page_id=584

UPMET :
Master HRD & MCCOMM
Mode : PJJ
Yuran : 16k ++
Tidak layak discount yuran
Refer : http://www.upmet.upm.edu.my/

Jadinya, aku takde pilihan selain ambik Corporate Comm tu.. apepun, kene pikir masak2 sebelum apply.. sebab sambung belajar, bukan sekadar nak ada Master je, tapi kene pikir mana hala tuju kita lepas tu.  Minat pun penting jugak.  tak minat, tak jadi.

aku pun takut jugak bila bab2 komunikasi ni.  memang cemas.  tapi, bila dipikir2 balik, InsyaAllah boleh je.. dulu belajar PJJ dekat 5 tahun, boleh je.. ni Master 2 tahun je kut (sedapkan hati sendiri).  Class of course la dlm English kan.  tapi, pada aku, tu semua boleh belajar.. English aku pun bukan terel mana pun.  Hentam aje la.. yang penting bila belajar nanti aku dapat sesuatu. 

Application ni baru je submit minggu lepas.  Yg ni aku kejar untuk intake Februari 2015.  Kalau sape2 nak apply, anytime boleh, tapi akan pegi ke September 2015 intake. 

Terima kasih kat kawan2 yang aku banyak tanye.. Farah yang rajin melayan soklan2 aku.. Shu, Kak Shima yang rajin dengar keluhan2 cemas aku nih. kawan2 UUM yang sama2 pening nak pilih course.. dan sape2 je la yang terlibat :p

Doakan application ni berjaya & semangat terus berkobar !!

22 January, 2014

1st entry tahun 2014

January 22, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Susahnye nak jadi blogger tegar ni.. hohoho. bila nak update ade je halangan. sebelum ngadap pc, kemain lagi semangat nak update itu ini. ambik gambar sana sini. tapi, bila dah depan pc, takde mood (alasan)..
tak pe la kan, update pun saje suka2 je. tah ada orang baca tah tak kan.. ?

class untuk final sem start hujung minggu ni, 25-26 Januari 2014. lokasi bertukar ke Kg. Baru. blom sempat nak g riki lagi. then mungkin hanya akan pergi class ke-3 (mid term) sbb minggu ni adik ipar kawen.  pehtu ingat sekali nak wat besday incik dhua (ingat) - blom betul2 confirm ni.. pehtu class 2 plak kene berehat lepas tukar lutut.. ouch!! ni final sem, tak tau ke mana hilangnya semangat tu.. mybe sebab dah lama sangat belajar, tak abis2 kut.. hohoho. sem ni sem yg ke 9 = 4.5 tahun. kan ke lama tu.. (T_T)


pasal rumah pun pening kepala gak nak pikir.. ingat tak entry ni, kononnya tak lama lagi dapat kunci.. (T_T). sampai harini masi blom dapat kunci umah.. sadis tul nak wat preparation.. yg tukang follow up incik asben. kang remind banyak kali, kene marah pulak kan.. er, tapi klu tak remind, pun kene marah jugak (T_T). so, kita ni redha je la tunggu & tunggu. soal kelewatan dan kelambatan dapat kunci tu ape yg kite paham, loan atas 1 nama, tapi agreement/ SnP/ lain2 dokumen ada 2 nama. so, ada konflik kt situ yg mana pihak bank mengata pemaju, pemaju mengata lowyer, lawyer mengata bank. huhuhu. sungguh tak paham. yg paham incik asben je.. tp yg tu pun dah setel dah.. awal Januari. bape hb x ingat pulak. then, janjinya dapat kunci dalam masa 14 hari. klu ikut date yg dikira sebelum ni, kunci akan dapat sebelum akhir Januari la.. tp setakat saat ni, macam takde harapan je.. huhuhu.

barang2 yang dibeli masa TLD sales aritu dah pun selamat sampai.. tu pun satu hal gak, asek delay je delivery. takpe, kita tolak ansur. tapi bila kita call dia cakap barang dah delivered, itu boleh mendatangkan marah, ye tak? huhuhu. tapi ape pun, sume dah setel dah.. tinggal nak pasang je lagi. :)


next, KC hunting. yg ni memang takat survey gitu2 je la dulu.. nak mintak quotation pun payah sbb ukuran sebenar tak de lagi kan.. tapi, dah ada 2-3 company yg shortlisted. dapat je kunci, bleh terus terjah :) hmmm.. tapi, bende2 lain utk rumah tak setel lagi.. dalam erti kata lain, tak cari pun lagi.. api, air yg penting tu memang tak survey pun lagi, heboh ke KC je kan.. hohohoho.. checklist barang2 elektrik mcm kipas, plug, lampu dll tu dah siap, cuma tak pegi beli je lagi.. pape pun, nak kene tengok rumah dulu.. kang main beli je, tak sesuai dah membazir dah kat situ kan.. so, sabar.. (ye, sangat bersabar ni)

soal kerja pulak, 4 Februari 2014 ni kita nak tukar lutut. hahaha.. eh, bukan tukar, masuk screw 1 kat lutut.. ni semua sbb ACL injury dulu2 tu la.. jatuh masa main netball kat skolah.. hope lepas operet ni dapat la bersukan balik. wah, kemain lagi semangat!! kut2 larat la.. hahahhaa. lepas operet ni doktor kasi rehat 6 minggu!! lama tu.. hehehe.. seronok tapi selalu je rasa macam tak best.. sebabnya, berehat time tak kene.. dulu masa doktor nak bagi date untuk operet rasa lambat sangat nak tunggu, tapi bila dah dekat ni macam2 pikir.. takut pun ye gak tu.. kerja2 kat opis kene setelkan dalam masa 2 minggu ni. sempat ke tak, tak tau la.. harap semua sempat disiapkan. bukan apa, nanti kesian kat opismet yang ganti tu.. keje sendiri tak terbuat, nak buat keje orang pulak kan.. x mo. x mo.


bila cuti lama ni, mula la plan macam2.. boleh la setelkan hal rumah ape yang patut.. dah boleh start packing2 la kut.. tapi, kalau dengan bertongkat, tak tau la camne nanti.. pastu nak ngebohkan incik dhua lagi.. harapnya, lutut tu cepat elok & boleh bergerak dengan pantas!

ape pun, hope ape yang dirancang berjalan dengan lancar..
InsyaAllah

07 January, 2011

Semester 3, UUM

January 07, 2011 2 Comments
Subjek utk Semester 3
Sesi Januari 2010/2011
UUM

SBLE 1032 - English for Communication I (2)
GMGF 1013 - Ekonomi dalam Pengurusan Awam I (3)
GFPA 2013 - Struktur, Proses Politik & Pentadbiran (3)
GMGM 2013 - Organisasi dan Masyarakat (3)
VRS 031 - Pembangunan Masyarakat III (1)

Jumlah Jam Kredit : 12

---

Jadual Pertemuan (update 6/12/2010)

Pendaftaran : 28 Januari 2011
Pertemuan I : 29 & 30 Januari 2011
Pertemuan II : 12 & 13 Februari 2011
Pertemuan III : 18 & 19 Mac 2011 (Mid-Term)
Pertemuan IV : 8 & 9 April 2011
Pertemuan V : 11-15 Mei 2011 (Final Exam)

Semester 2 ~ abis suda

January 07, 2011 2 Comments
gamba mase last sem 2.
lagi 2 orang dah balik awal..

gamba ni dah lame dah.. cumanya baru jumpe..
so, update je la..

nnti dah tua2 nanti leh la tengok balik.. (tentibe)

teha, aku & kembar

err.. dorang tu bukan kembar sebenarnye..
tp dorang suka pakai 100% sama

dari ujung tudung sampai la ujung selipar

henbeg, purse, kasut semua sama..
henpon je kut yg aku rase x sama

even dah 2 sem (setahun la kan) aku kenal dorang,
aku still x leh nak bezakan mana satu jas, mane satu jes
penah wei,
beriya2 aku bukak fb dorang ni..
bezakan & ingat nama
tp bila jumpa,
x ingah dah..
hehehhe.. sory jes..

mmg la muka darang x sama..
tp aku blur..
hikhikhik..
klu nak panggil, panggil je jes..
dua2 pandang..

citer lain pulak..
Alhamdulillah, ktrg dah selamat lepas sem 2..
result pun dah kuar..
semua hebat2.. kecuali aku

x pe.. masih ada masa utk belajar..
ok la.
jumpa sem 3 ni ye.. ujung bulan ni..

daa..

* aku akan berusaha utk membezakan dorang berdua ni

03 January, 2011

result dah kuar (sambungan..)

January 03, 2011 1 Comments
frust gak la bila cek result final utk sem 2.
huhuhu
nasib la kan..
sape suh malas!

1 paper kantoi.
siot tol..
x pepasal nak carry
tp nak wat semakan dulu la..
mane tau untung nasib baik ke..
lg pun fail tipis je.. (hahhaha.. istilah tah pape)

ape pun, pointer masih lagi maintain 3 ke atas
tetap dapat adiah sepek mata dari encek asben.
hehhee
mata dah rabun la..
berjangkit dgn dia kut ;p

err.. back 2 d story.
klu lepas wat semakan, result masih sama,
redha je la carry paper tu..
tp ape yg penting, bukan sem 3 ni la aku carry..
mane larat.. tu pun dah 5 subjek, nak menambah lagi
gilo apo.
aku plan nak carry mase sem 6 nanti
lambat lagi..
ape yg dah belajar ni, sure lupe balik
tp time sem 6 tu aku ada transfer jam kredit
so, boleh la nak amek time tu..
InsyaAllah..

azam sem baru sempena tahun baru ni
nak belajar rajin2..
xmo ulangi kesilapan dulu
tp boleh ke?
kadang2 aku ni hangat2 tahi ayam je..
ape pun, aku akan cuba, InsyaAllah..

biar la org ketawakan aku sbb ada paper kantoi..
biar la ada org mengata aku sbb sibuk carik duit je..
biar la ada org cakap padan muka kat aku..
biar la klu ada org ckp aku ni macam2..

ada aku kesah??
lantak situ !
macam la ko bagus sangat! hahahhaa

ape yg penting, aku tau sape aku
dan
aku tau kemampuan diri aku

baru sem 2, masih ada 8 sem lagi
tengok, larat ke tak larat.. ?
hahhahahhaha..