Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

21 October, 2010

" Museum of Broken Relationships | Muzium Putus Cinta"

October 21, 2010 0 Comments
Sumber : Mega, Utusan Malaysia (21 Oktober 2010)


hahaha.. mcm2 ada sekarang ni..
bagi yg x sempat @ tak ada paper utusan arini, meh aku citer sket..

Museum of Broken Relationships atau muzium putus cinta ni ada kat Zegreb, Croatia (Eropah)
telah menjelajah ala2 wat pameran bergerak kat Amerika Utara, Afrika & Asia. Klu x silap Singapore dorang dah singgah tp kat Malaysia ni rasenye x lagi.. ade yg penah tengok ke?


ada tema dlm muzium ni, contoh mcm 'kemarahan & sakit hati', ' kerenah & kehendak' ~ hahaha.. kelakar 

ni pengasasnya, bekas pasangan kekasih.. 
(bleh sepakat tu nak wat muzium nih.. hehhehe)

Drazen Grubisic & Olinka Vistica

antara koleksi kisah cinta tidak kesampaian..

nih mesti melambak punye la..
surat2 cinta..
ini..
kasut (betul2 angkat kaki nih) ;p
ini juga..
ni pon ada.. hahaha. ada tagging sape punye.. hikhikhik
henpon gini leh la letak.. klu iphone, ade ke yg nak letak?? ;p
ini pon.. (ni mesti kes frust giler nih)
siap ada gambar ye.. hahahaa

n banyak lagi la.. 

macam2 la omputeh nih.. idea tah ape2, tp ok la kan.. hahahha.. (aku setuju)

mase bercinta tu semuanye elok2 je.. then bila putus, semua buang.. klu ade muzium nih, leh la simpan.. kadang2 ade yg x sampai ati nak buang kan.. ye la, mane tau putus tu bkn sbb kerelaan hati ke.. ha, anta je kat sini.. hikhikhik

tp klu nak anta, jauh kan.. korang leh la anta online je.. hukhukhuk..
anta gamba la, bukan anta barang betul2.. xde nye dorang tu nak pick up
korang leh anta gamba ke, emel2 cintan-cintun tu ke, ucapan2 ke.. luahan perasaan ke..
n pape je la..

ok, sila ke sini


bleh register & anta la ape yg korang nak anta tu..

atau, korang leh la tengok2 kt web tu..
mane la tau gamba @ kenangan korang ade plak kat situ ke..
hahahhaha
sila semak
*
*
*
"sebuah kisah benar boleh menjadi satu seni"
"lucu dan puitis, tapi boleh merasakan keperitannya"



> tetiba teringatkan sesuatu..<

28 April, 2010

Yang Terindah

April 28, 2010 0 Comments
Lirik lagu drama Adamaya iaitu Yang Terindah - DakMie




Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah





Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran




Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu




Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

credit to : Blog Carca Marba

04 March, 2009

Tulang Rusuk Yang Hilang

March 04, 2009 4 Comments
citer ni aku rembat dari irda. (sori erk, irda.. best n syahdu je....)

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam masalah masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA . WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA .

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA : Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
......................................................................................................................................

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??