Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

05 August, 2010

Ayah Sakit (hosp pilah - hosp serdang - hosp klang)

August 05, 2010 2 Comments
17 Julai 2010

lepas kenduri Min kat Melaka, ayah terus balik kampung dgn angah.
aku plak terus ke seremban, beli barang sebelum balik kampung.

x sempat aku sampai kampung, angah tepon cakap ayah kene tahan wad.
kat hosp pilah.

dah abis waktu melawat pun mase ktrg sampai spital.
tp boleh masuk dgn alasan yg macam2.

gamba2 ni, mase esoknya. sebelum balik serdang, ktrg singgah hosp dulu.


pak andak pun datang
urut mertua



ayah sakit ape?

asalnya demam. dah  lame sgt demam.
pastu dlm mase yg sama sakit pinggang.
sakit yg lain mcm.

bila dh kene tahan wad tu, Dr. ckp ayah ade sakit buah pinggang & batu karang.
6 tahun dulu ayah penah sakit buah pinggang. tp mase tu bawak ayah kat hosp klang.
(aku mmg x ingat langsung psl ni.. mybe sbb mase tu aku tgh blaja kt poli pd. dok hostel. n aku x pegi pun hosp tengok ayah. sebulan gak la ayah kat hosp klang)

lepas kuar dari hosp klang, ayah ok dah. sihat. then ni kali pertama jadi semula lepas sakit yg dulu tu..

ok. citer kat hosp. pilah pulak. ayah kat pilah lbh kurang 3 hari. ari isnin petang (19/07/2010) ayah discaj.
then along decide nak anta ayah ke hosp serdang pulak. since discaj sbb pilah xde pakar. dorang refer ayah ke hosp seremban. tp susah bg kami anak2 nak berulang ke sana. so, decide mintak ayah di refer ke hosp serdang. dekat sikit dgn umah aku at least.


malam tu sampai tengah malam kat hosp serdang. kat wad kecemasan. lame giler. sudahnya, ayah disuruh balik. (aku x suka Dr. mlm tu)




sepanjang minggu tu ayah dok umah aku. then berulang-alik ke hosp serdang. tp ayah still tak kene tahan wad pun.. ari ayah g wat ultra-sound tu, ktrg adik beradik decide anta ayah ke hosp klang.

21/07/2010 - 28/07/2010

ktrg anta ayah ke hosp klang. kul 1.00 ptg sampai kat wad kecemasan tu, tp jumpe Dr. dlm kul 5 lebih. berzaman nak tunggu. tunggu result ujian darah lg, sampai kul 7 lebih. n lepas tu ayah kene masuk wad.
anta ayah kat wad dlm kul 8. tp sesi interview dgn Dr. amek masa yg sgt lama. kul 9.30 pm baru ayah dpt katil n dapat baring. kesian.

owh kat hosp klang aku xde amek gamba pun. sbb aku rase penat sgt time tu.. (ape kaitan?)

malam tu amat yg jaga ayah kat wad. aku balik serdang. along x dpt dtg. mak tido umah angah.

esoknye pulak, (22/07/2010) along masuk hukm. along peknen, tp due merdeka nanti. dia sakit mcm nak bersalin dah.. along stress + penat, sbb uruskan ayah. mcm2 hal.
(along x bersalin pun lagi.. skrg dah sihat)

25/07/2010

aku pulak demam. x bangun2. ari jumaat, 30/07/2010 baru aku keje. tp badan still lg lemah. family aku semua ingat aku 'mabuk'. tp x la.. lom ada rezeki lagi.. aku cuma demam panas je.

hmm.. mmg mcm2 hal yg jadi sepanjang 3 minggu tu. 

ape pun, skrg ni semua dah kembali seperti biasa. ayah pun dah sihat. along pun ok.

hujung bulan 8 nnti ayah ada appointment kat hosp serdang. nnti dia duduk umah aku la..
hehehee.. ayah aku suke dok umah aku, sbb dia leh tengok pelakon peberet die.. hehehhee

04 March, 2009

Tulang Rusuk Yang Hilang

March 04, 2009 4 Comments
citer ni aku rembat dari irda. (sori erk, irda.. best n syahdu je....)

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam masalah masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA . WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA .

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA : Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
......................................................................................................................................

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??