Showing posts with label krabi. Show all posts
Showing posts with label krabi. Show all posts

27 May, 2014

Holiday oh Holiday

May 27, 2014 0 Comments
tetibe semangat nak citer pasal holiday :)
actually banyak post tertunggak pasal holiday.. cerita Krabi dulu pun tak abis. hahahhaa.. terok betul !!  bila takde readers ni, camni la kan.. ikut suka je nak update ke tak.. :p
cerita Medan, KK, Langkawi, Bali, Korea, USS akan cuba diupdate nanti ye..

April 2014 pegi Jakarta dan Bandung.. pegi bawak rombongan cik kiah.  pastu besday incik asben + anniversary bulan Mei tak de plan pegi holiday mana-mana pun.. Tahun2 sebelum ni ada la jugak plan.. Cadangnye bulan Jun nak pegi berjalan, tapi masa dah suntuk.. tak sempat dah nak survey sana-sini.. Nak senang, ambik travel agent je.. tapi aku x suka cara tu.. tak best :p

InsyaAllah bulan Disember tahun ni nak pegi Beijing-Tianjin-Hangzhou-Shanghai... So far plan dengan kawan yang pegi Korea sama2 aritu.. Nak main snow katanya :D  Pegi bekpekes je.. Ada sape2 nak join ke?  Date pulak bergantung kepada kemurahan tiket masa tu.. 

So, bila dah decide Disember nak berjimba2, holiday bulan2 lain tu terpaksa la dipostponekan.. perlu menabung dengan gigih nih..  Klu ada sape2 nak share citer pegi China ni sangat dialu-alukan :)

01 February, 2012

KRABI ~ Day 3 (29.07.2011) - part 2

February 01, 2012 0 Comments

sory, sambung semula cerita KRABI. lame giler cerita tergantung ;p

mode : rasa nak pergi KRABI lagi.. :)

 - n3 ini sambungan dari n3 ini -

dalam kul 5.30 pm camtu, kami dengan pantasnya keluar.
jalan kaki dari hotel ke Ao-Nang central.
tempatnya tak besar mana pun, boleh kata semua kedai kami dah round hari sebelumnya tu..

dah penat berjalan & dah tak tau nak pegi mana lagi dah..
baru terpikir nak sewa motor..
survey & survey & survey
dapat la satu tempat yang agak murah sikit dari yang lain..
gambar kedai sewa motor tu lupa nak snap.. 
tapi yang penting depan kedai banyak motor. hahahhaha
eh, serius la. kedai dia paling banyak motor..
kedai sewa motor yang lain tak banyak sangat macam kedai dia..
ingat kedai jual motor, tapi sebenarnya kedai sewa motor.

see, comel tak motor yang kami sewa ni? hahaha..
- Yamaha Fino -
nak yang pink jugak :p



helmet pun pink jugak :D

kebanyakkan helmet kat Thailand ni memang jenis yang camtu la.. bukan jenis yg full macam helmet kita ni.. kelakar je muka pakai helmet tuh


incik asben amek helmet kaler itam. saye tak sampai hati nak bagi dia pakai helmet pink (pitam)

eh, berapa sewa motor ni??
THB 150 sehari
a.t.a.u
RM 15 sehari..

banyak kedai sewakan motor dengan harga THB 250 per day,
kene rajin survey yer kengkawan..


kalau motor hilang, bayar gantirugi THB 40,000 (RM 4,000)

masa nak sewa motor, tanya la kat amoi (amoi ke) yang jaga kedai tu tempat best yang kami boleh pergi..
dia cakap pergi pasar malam.
sebelum ke sini dulu, ada jugak terbaca pasal pasar malam dia
cuma tak sure tempat sebenar dia kat mana
then, amoi tu kasi peta besar
(peta besar ni boleh je beli kat 7e. banyak jual)

amoi tu pesan, isi minya kat kedai depan tu..
sebab minyak dalam tangki tu dah nak abis..
sewa motor, isi minyak sendiri ye
jangan ingat kedai tu kasi minyak sekali

ini kedai yang amoi tu suruh pergi

macam logo 'shell'

err, tak pasti ape beza gasoline dengan petrol..
tapi sebab itu je yang ada, rembat aje..
isi kat sini THB 50 sahaja. kat situ dah siap tulis, minimum isi THB 50.
lepas isi, terus jalan

tukang tengok peta, aku la kan..
harus la banyak kali berenti, sebab asek terpusing2kan peta je..
hahaha.. 
aku memang failed kalau bab bace2 peta ni.

punye la jauh pasar malam dia..
pasar malam kat town katanya..
amoi tu cakap dekat.
cis!!

sepanjang jalan tu ada gak jalan2 yang sunyi..
tapi kami redah je..
doa je semua selamat

tapi kan, 1 je yang kami perasan,
sepanjang jalan tu..
tak kira la yang nak ke town atau yang nak balik ke Ao-Nang
kami je yang pakai helmet!!
hahahhaa..
gila keras kepala orang Thai ni..
memang betul la cakap Prasad & Sue..

so, kesimpulan yang boleh dibuat,
kalau yang pakai helmet tu kompom foreigner.
yang tak pakai helmet tu local.
kan? kan?

jauh jugak nak ke town
lebih kurang dalam 30 minit perjalanan..
mau tak sakit pinggang. dah la lamer giler tak naik moto!

sepanjang jalan tu macam2 tempat kita boleh tengok..
nak berenti mana2 pun ikut suka la.


ni post office Thailand. warna sama dengan kita.

banyak tempat2 lawa, bangunan unik2 yang kami lalu..
kene pergi sendiri, baru tau camne..
jenuh nak upload semua dalam ni.

selepas berpusing-pusing entah ke mana, akhirnya sampai jugak kat pasar malam!
laa.. rupanya tempat ni betul2 sebelah tempat yang kami ditinggalkan dulu tu..

kawasan lapang sebelah jeti
kecik je pasar malamnya..

ingatkan best sangat, tapi tak best pun!

ingat kat sini kita boleh dapat beli souvenir yang lelawa untuk dibawa balik
tapi, pasar malam ni, kedai makan sahaja.
eh, gerai kut..

semua jual makanan, takde benda lain
- hampa -
mungkin kami tersalah tempat kut.. tapi kalau ikut peta tu dah betul dah..
dalam peta tu sendiri ada tulis tempat2 yang kita mesti pergi
tapi camni je.. adoii..

dah sampai sini, makan je la jawabnya..

 pancake mesti ada jual..

 pakcik ni agak sombong.
dok tercegat depan dia, sikit pun tak pandang..
tau la kedai dia paling laku.. penuh je.. geram pun ada..
tapi, tengok kir-kanan, kedai yang halal tak banyak
dan..
tak menarik..

tak tau la kalau pakcik ni tak pandai speaking, so dia buat tak tau je..
susah payah order, dapat jugak akhirnya..


tomyam ape tah.. tapi s.a.n.g.a.t s.e.d.a.p

tomyam ni makan dengan nasik putih. nasik putih sama je dengan kita, so tak snap gambar.

incik asben makan nasik goreng


lepas tu order satay jugak.


mahal satay ni. satay ayam THB 10/ cucuk
kira RM 1.00/ cucuk.. mahal la kan..
saiz tak besar mana pun.. lebih kurang je macam satay kajang tu..


 kedai satay ni sebelah kedai pakcik sombong tu.

lepas makan terus gerak balik Ao-Nang.
hari pun dah gelap dah..

sebelum balik, cari pam minyak sebab minyak dah merah..

pusing satu town carik pam minyak, semua dah tutup, termasuk Shell
ni shell yg sama macam kita tu..

fyi, semua perniagaan kat town ni tamat jam 7 malam (waktu sana).
memang takde dah pam minyak yang bukak..
kedai2 biasa pun dah tutup.

beranikan diri terus pecut balik ke Ao-Nang & harap akan jumpa pam minyak otw.
sepanjang jalan, pam minyak yang ada semua dah tutup..
hati dah berdebar2..
menyesal pun ada, sebab tak isi minyak banyak2 masa kat Ao-Nang tadi.
hari dah gelap..

Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak pam minyak yang masih bukak.
nama pam minyak ni tak tau apa..
tapi kaler macam Caltex.
masa tu dah tak ingat dah nak snap gambar ke apa, yang penting isi minyak.

kali ni isi banyak sikit, sebab takut papehal nanti kan..
owh, minyak kat Thailand sangat mahal ye
paling murah, minyak dia lebih kurang RM 4 / liter.

lepas tu teruskan perjalanan balik.. sepanjang jalan sangat gelap, sebab takde lampu jalan.
kiri-kanan pulak hutan. sangat takut masa tu..
tapi sebaik banyak je motor yang menghala ke Ao-Nang, 
so, konvoi same la..
err.. kami je yg pakai helmet waktu tu :p




bila dah masuk Ao-Nang lega..
pastu kami pun merempit sana-sini.. pusing kat situ je dah bape kali dah..




dah penat round2 situ, incika asben ajak pegi Gastropod Fossil.

tengok peta tak la sejauh pergi town..

terus rempit sana pulak.. 
owh, masa tu kami dah jadi orang Thai dah.. :D
helmet sudah simpan!


tak tau ape yang ada kat situ..
jalan ke situ pun sunyi jugak..
jalan masuk kampung..
memula ingat nak pusing dah, sebab tak jumpa2 pun signboard, tapi bila dah jumpa teruskan je..


ada 2 tempat menarik yang kita boleh pergi ikut jalan yang sama

- Gastropod Fossil
- National Park Ranger Station

*dalam peta, national park tu jauh sikit la..

aku tak tau pun pasal ni, sebab masa survey2 dulu takde pulak blogger lain kata tempat ni best..
tapi takpe, kita tengok apa yg ada..

lagi pun masa masih awal lagi.. cuma rasa jalan dah lengang sikit la..
minyak motor pulak tak abis2..
banyak lagi.. rugi kalau pulangkan motor dengan minyak yang banyak..

err.. masa tu terpikir jugak, gasoline tu memang cepat abis ke, kalau nak bandingkan petrol?
sebab gasoline tu sangat la terasa kecepatannye abis..
petrol ni tak luak2 pulak..
er, baik korang isi petrol je dari isi gasoline tu..  

perjalanan dalam 10 minit camtu..


 ni pintu masuk ke Gastropod Fossil. tapi sayang giler,
sebab tempat di tutup.
buka siang sahaja, sampai pukul 5 petang.
tempat ni pun gelap giler..
sampai sini, keadaan dia macam kat teluk kemang kita,
ada banyak kedai2 berderet, pastu dekat dengan laut.

tempat ni jual fossil. :D
ala, yang macam gantung2 kat pintu tu..
hasil2 cangkerang laut tu..
buat bidai la.. buat hiasan la.. yang itu la..
tau tu pun sebab tengok banyak kat luar2 kedai gantung2 bende2 tu..
err, sory yer kalau salah info :D

sekejap je kat sini, sebab tempat tu gelap & takde orang..
tak berani la nak bergambar2 bagai kan..
kang kut2 pape hal jadi, susah pulak kan..
(ishk, pikir negatif je)

dari situ terus balik Ao-Nang semula.
masa otw balik, jumpa sekumpulan mat rempit.
Thai pun ada mat2 rempit jugak..
same je macam kat sini..
masa tu takut dah sebab dorang tengok je..
tambah2 kami kan macam orang Thai, tak pakai helmet..
bawak motor slow-slow je..
tapi sebaik dorang tak kacau.
s.e.l.a.m.a.t

sampai Ao-Nang, round2 lagi..
bila agak2 dah puas hati minyak dah berkurangan, baru balik hotel.
motor parking kat hotel, ada tempat disediakan.
jangan lupa kunci motor, kang tak pasal2 pulak nak bayar 4k.

esok ada aktiviti lain pulak..

nak ke h.o.t. s.p.r.i.n.g !!


06 August, 2011

KRABI ~ Day 1 (27.07.2011)

August 06, 2011 2 Comments
rehat tengahari tu sempat lagi lari jap ke Hentian Puduraya KL untuk beli tiket ke Hatyai..

Hentian Puduraya sekarang ni dah lawa dah.. tak macam dulu..
sangat selesa.. nak beli tiket pun senang..

 bersih & teratur
 rase nak baring2 je kat sini (lempang!)
direction


kami decide untuk naik bas Sri Maju, selepas di suggest oleh cik puan sholilah

kaunter no. 26 ye.. yg ada gambar bunga raya tu..

harga tiket RM 50.00 seorang.. katenye bas ni bagi selimut free..

ni tiket yang dibeli


owh, parking RM 3.00 utk 1st hour (kalau tak silap la.. lupe dah..) tapi kalau kurang dari 15 minit tak payah bayar..
dan korang jangan nak menggatal gi cucuk tiket parking korang kat mesin parking..
kalau cucuk jugak, kene bayar RM 3.00
dah setel urusan terus keluar ye..
kami ni baik hati sangat, gi cucuk tiket.. bayar je la RM 3.00 walaupun masa kat sana lebih kurang 5 minit sahaja ~

* * *

then, malam tu memang betul, dapat selimut.. pinjam je la.. bukan bawak balik terus.
kire ok la..perjalanan jauh, malam pulak tu kan, sure sejuk..
abaikan muka2 comot ini..

bas bergerak dari Hentian Puduraya lebih kurang jam 10.15pm
bas double decker.. kami dapat tingkat atas.

ni bas yang kami naik

lepas Tol Jalan Duta, bas berhenti kejap dekat shell tu.. berhenti untuk bagi laluan kepada penumpang yang nak ke toilet.
lepas tu bas terus bergerak laju.. aso kat belakang ni lagi la laju bercerita..
sangat la tension !!
nampak tak aso belakang tu.. haaa

lebih kurang jam 11pm, tengah mamai2 sebab tak dapat tido,
ada excident dekat2 Tanjung Malim. 5 kereta.. dok atas, memang nampak clear la kereta2 tu.. bersepah sana sini !
baru sangat berlaku.. polis pun tak sampai lagi masa tu.. ada orang yang berdiri2 kat tepi2 jalan..mungkin yang naik keteta tu kut.. mase tu, dalam hati ni dah berdebar2..
"Ya Allah, selamatkan la perjalanan kami"

lepas kejadian tu, terus tido..
aso pun dah tido dah..

dalam kul 2am, ada excident lagi kat area bukit merah.. kalau tak silap la.. tengah mamai.. jalan pulak gelap..
excident lori menuju ke utara terbabas ke lorong arah selatan dan langgar bas!
sangat takut waktu tu.. bas tu kene kat bahagian tengah. jalan ke selatan dah jem giler..
jauh jugak la jem nye.. mase tu, dalam hati ni dah tak tenang dah..
macam2 pikir.. rase nyesal pun ada naik bas.. takut.. last2 tertido balik..

then, bas berenti dalam 30 minit kat kawasan Bukit Gantang..
tak turun pun mase tu.. ngantuk sangat.. kepala pulak pening..
en asben je turun.. naik bawak kacang rebus sebungkus.. tak makan pun, sebab mata tak larat nak bukak..

lebih kurang jam 4.15am dah sampai Changloon.
mase ni dorang collect passport. lame jugak berenti kat sini.. dalam 40 minit..
ada kedai duty free kat sini & kedai tulis "masakan melayu, 1 Malaysia"
tak makan pun kat situ, sebab kat situ jugak ada jual pau pork.
-kompius-


sebelum bas gerak, dapat semula passport dengan borang 'arrival & departure'..

ini borangnya..


borang dah siap bertaip.. cuma ada bahagian yang kene isi sendiri..
cecepat kuarkan pen dan isi..

jam 5.00am dah sampai kat Imigresen Bukit Kayu Hitam.  dok melangut dalam bas, sebab imigresen bukak kul 6.00am.


bukak je imigresen, terus check-in..
kalau passport malaysia boleh guna auto-gate.. tak payah nak beratur..
just letak passport kat mesin tu, then ikut arahan.. letak jari, then siap!
2 minit je kut.
dah setel kat situ, terus naik bas balik..
tapi ,ada pulak mamat pakistan ni sangkut..
tah ape masalah dia tah..


 curik2 amek gambar.. kat imigresen tak boleh amek gambar yek..

dalam jam 6.25am baru bas gerak semula..
then, bas singgah jap kat duty free zone.
mase ni la kami tukar duit thailand..
siang tadi x sempat nak tukar..


jam 7.00am dah sampai Imigresen Sadao.
dekat je dari BKH nak ke Sadao ni.. boleh jalan kaki.
proses kat Sadao ni lebih kurang 10-15 minit.. semua kaunter manual..
kene beratur.. tapi sebab awal pagi kan, so tak ramai orang lagi..
mase kat sini, dah siap2 standbykan duit.. sebab sebelum pergi, dah bace blog lain, then dorang kate kene bayar kat sini RM 1 atau RM 2..
tapi, kami takde pulak kene bayar pape..
simpan balik duit..


lepas je kaunter tu, terus ke belakang
then kiri.. bas semua tunggu kat situ..

ini tempatnya..

ok, sambung cerita di next n3 ya.. 

terima kasih kerana membaca!

02 August, 2011

kami sudah ke KRABI !! (27 - 31 Julai 2011)

August 02, 2011 3 Comments
Alhamdulillah..
selamat pergi, selamat balik..

Eksaited giler nak citer kat blog..
citer pengalaman pertama ke negara orang..
hahahhaa.. gila jakun..
tak pernah pun keluar dari Malaysia ni..

nanti aku akan citerkan secara details ape yang aku buat kat sana..
costing, masa, tempat, semua segala la..
supaya, kut2 ada yang boleh jadikan panduan untuk ke sana..

aku citer secara kasar dulu la kat sini..
aku pergi ke Krabi, Thailand ikut jalan darat.
naik bas dari KL ke Hatyai
pastu naik van dari Hatyai ke Krabi
then, naik teksi dari Krabi ke Noppharattara

ramai yang stay kat Ao-Nang, tapi aku pilih untuk stay kat Noppharattara..

senang citer camni.. supaya lebih jelas dan lebih faham..
aku buat perumpamaan camni..

Krabi = Port Dickson
Ao-nang = Teluk Kemang
Noppharattara = Batu 4

so, aku stay kat Noppharattara, yang lebih kurang 1km dari Ao-nang
Noppharattara tu kurang sikit orang..

hotel & teksi aku dah book siap2 dari sini..
cuma bas ke dan dari Hatyai walk-in
pakej tour pun walk-in sahaja

costing untuk transport aku tunjuk kat sini..
ni pergi - balik tau, untuk 2 orang

KL - Hatyai - KL : RM 200 (RM 50/ person sehala) ~ Bas
Hatyai - Krabi Town - Hatyai : RM 100 (RM 25/ person sehala) ~ Van
Krabi Town - Noppharattara - Krabi Town : RM 87 (RM 21.75/ person @ RM 43.50/ teksi sehala) ~ Teksi

TOTAL : RM 387 untuk 2 orang, pergi-balik

murah kan??

jimat kalau ikut jalan darat..
cuma masa perjalanan tu agak lama sikit..

KL - Hatyai : 8 Jam
Hatyai - Krabi Town : 4 Jam
Krabi Town - Noppharattara : 30 Minit


ok, nanti aku citer di next n3 satu per satu ok..

26 July, 2011

m.e.r.a.n.c.a.n.g

July 26, 2011 2 Comments
sedang m.e.r.a.n.c.a.n.g perjalanan ke krabi..
rase tak cukup masa je pergi 3D2N..
macam2 xtvt nak buat kat sana..

nak pergi snokerling kat pulau2 camni..


sumber gambar : google

then, nak jugak ke sini..

sumber gambar : google

tapi, utk dua2 xtvt ni perlukan 2 hari (full day).
kitorang cuma ada masa 1 1/2 hari je.. 
kene pilih salah satu..
hmmm..
susahnye nak buat pilihan..