:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

11 August, 2011

KRABI ~ Day 2 (28.07.2011) - part 1

8.30am (waktu Thailand) dah sampai Hatyai..
waktu Malaysia lambat 1 jam, so waktu tu Malysia baru jam 7.30am.
Perjalanan dari Sadao ke Hatyai kurang dari sejam.

mase ni dah eksaited dah..
tengok luar tingkap je..hahahhaa..
pelik sebab tengok orang Thailand ni naik motor hanya orang depan je yang pakai helmet..
pembonceng tak pakai..memang camtu kat sana..

bas Sri Maju ni akan direct pergi ke tempat dia..
bukan ke bus stand Hatyai tau..
bas lain tak pasti pulak berenti kat mana..
jauh gak dari bus stand Hatyai kalau nak ke tempat Sri Maju ni..
nanti turun betul2 depan kaunter (kedai) Sri Maju..
gambar kedai Sri Maju lupe nak snap, cumanya kat simpang sebelum sampai Sri Maju ada CIMB Bank..
besar punye.. senang nampak.. so, klu dah nampak CIMB tu, dah dekat la tu..



sebaik cik puan sholihah dah warning awal2..
sampai2 je, jangan naik tuk tuk..
turun je bas, ramai driver tuk tuk tanye nak pegi mana..
abaikan dan terus je masuk kat kaunter Sri Maju tu..


ni dalam kedai Sri Maju tu..
ada disediakan tempat mandi & tempat solat


kat situ ada bas dan van direct ke Krabi..
ke Phuket pun ada gak..
boleh juga naik bas yang menuju ke Phuket.. 


KL-Hatyai-Trang-Krabi

jadual bas Hatyai-Krabi camni :


Tiket bas Hatyai-Krabi 350 THB = RM 35.00
nak tau duit Thailand ni senang je.. buang 0 yang kat belakang tu..
tukaran duit thailand, lebih kurang je duit kita..
100 THB = RM 10

kalau nak naik van direct ke krabi pun boleh jugak..
250 THB seorang. so, kami decide naik van ..
mungkin lebih laju dari bas kut..
masa perjalanan 4 jam.



ini van kami


jadual van kene tanye kat amoi tu..
ni yang dia beritahu dulu :


Hatyai-Krabi Town
9 am, 11 am, 1 pm & 5 pm
Krabi Town-Hatyai sama..


tiket van, jam 9.00 am

perut berbunyi-bunyi..
kami cari kedai makan..
ada bulan bintang, tu kedai Islam..
banyak blogger review kata camtu..
kami jumpa kedai ni tak jauh dari Sri Maju
blok sebaris dengan Sri Maju..
selepas traffic lite, mesti jumpa kedai ni..
Rocky Muslim Restaurant


luar kedai
dalam kedai
siap ada jam waktu Malaysia & waktu Thailand
roti canai Thailand


alahai, kecik sangat rotinya..
incik asben, tambah order lagi 2..
sekeping 10 THB = RM 1.00
agak mahal untuk roti canai yg kecik ni..


akak tokey kedai ni boleh cakap melayu..
menu lain, same je mcm kedai kat Malaysia..
ada jual nasik lemak jugak..
air pun same.. tiada beza..
yang beza, air mineral ni..


aku tak pernah pulak jumpa air mineral Nestle ni kat Malaysia..
korang ada jumpa?

sementara tunggu van datang, kami jalan2 kat area Hatyai dulu..
nak beli simkad Thailand..
kat Thailand sangat banyak 7e.
nanti mesti jumpa coke besar ni klu nak ke 7e tu dari Sri Maju..


coke kat Thailand sangat murah, ok.

kami beli simkad Happy ni kat 7e ..


harga 49 THB (RM 4.90). kredit dalam tu ada RM 1.50
memula susah gak nak guna, sebab bahasa dia Thailand.. cek kredit tulis bahasa Thai, mane nak paham..
baru tahu, tahun 2011 di Thailand di tulis 2054
patut la pelik je tengok expired datenye.. hikhikhik..
godek punye godek, dapat gak tukar bahasa..
sms along bagi tau dah sampai Hatyai, tolak 80sen.


dalam jam 9.00 am kami bertolak ke Krabi
driver van ni memandu sangat la berhemah.
rase selamat je dalam perjalanan..


kat Thailand ni, klu dorang nak potong kenderaan depan, automatik yang depan bagi laluan,
then kenderaan yang di laluan bertentangan pun bagi laluan..
bila selisih, masing2 angkat tangan..
tak macam kat Malaysia..
bila orang nak potong, drive lagi laju.. yang bertentangan pulak, dah bim2 lampu..
tak cukup, siap hon panjang lagi..
hahhaa


van ni akan berhenti kat Trang
kira-kira selepas 2 jam perjalanan..
nama tempat (kedai) ni Khanitta




memang banyak kenderaan perjalanan jauh berhenti kat sini..
kat sini ada jual macam2 jenis kek..
dalam tu jugak ada kedai makanan Islam..
kami tak makan, sebab keyang roti canai lagi..
cuma beli kek & air je kat sini..



mesin ATM kat Thailand ni memang letak kat luar..
sekali tengok macam mesin jual air je..
hahhha.. memang kebanyakan mesin ATM thailand berada di luar bangunan
dari segi servis tak pasti pulak camne..
sebab tak cucuk duit pun..


korang kalau nak ke luar negara, aktifkan kan dulu kat ATM or kad kredit dengan bank dulu..
so, kad ATM & kad kredit korang boleh guna kat sana..
ni penting, mana la tau di saat-saat genting kan..
call je bank, cakap nak pergi oversea..
nanti dia activatekan mengikut tarikh kita pergi sana..


ok2, sambung cerita balik..
berhenti di Trang ni lebih kurang 15 minit sahaja.
lepas tu teruskan perjalanan semula..



kami, tido je lepas tu..
bila bangun, tak jugak sampai lagi..
huhuhu.. terasa sangat la jauh perjalanan..
bila dah tido, 
dah bangun balik,
godek2 henpon, even takde coverage pun time tu..
sebab bosan kan..



sempat jugak la belajar perkataan2 simple bahasa Thai..
application dalam iPhone ni best..
siap ada suara sebut perkataan tu..
so, senang la sikit kan..



bila van dah masuk Krabi Town, pusing sana, pusing sini.. masuk simpang sana, masuk simpang sini.. dan orang dalam van pun makin berkurangan..


sampai la tinggal 4 orang sahaja dalam tu.. kami & dua orang lagi mat saleh..
hati dah mula cuak dah.. 
ape name tempat ni..?
apsl tak nampak bas pun..
kate terminal bas..
berdebar-debar..


rupa-rupanya kami dah tersalah tempat..
sepatutnya kene beri tahu driver van tu kita nak berhenti kat mana..
macam kami, tak bagi tau, sebab amoi kaunter Sri Maju cakap, van ni berenti kat Terminal Bas Krabi.. ingatkan iye2 la van berhenti kat Terimal Bus..
last2, kene tinggal kat Krabi Town..
tempat biasa van ni turunkan orang..

 kami turun depan ni..

masalahnye masa tu, kami dah book teksi siap2..
janji pick up kul 1.00 pm kat Terminal Bas Krabi..
puas la mintak driver van tu hantar ke Terminal Bas, tapi dia tak nak..
sebab Terminal Bas Krabi dengan tempat turun tu dah jauh sangat..
van terus blah camtu jer..
bengang giler..
nak salahkan dia tak boleh jugak..
salah diri sendiri la kut.. sebab tak tanye..
tu la, orang cakap, malu tanye, sesat jalan.. camni la..

nak call teksi, kredit takde.. nak beli topup kedai pun xde kat situ..
no. digi dah activate roaming, tapi x boleh pakai lagi.. 
line aktif dalam masa 24 jam.. haduii..
tempat turun tu dekat dengan kaunter feri

kat situ ada travel tours..
sebaik dia nak tolong talipon teksi yang kami dah booking tu..
sementara tunggu teksi datang, dia promote pakej2 island hopping yang dia ada..
agak mahal..
sebelum pergi, aku dah search macam2 dah pasal Krabi ni..
berapa harga semua aku dah cek..
so, aku tak amek la pakej dengan dia.. dia bising2 jugak la..
tapi nak buat camne kan..
tak kan nak paksa2 pulak..
kebetulan, teksi sampai..
selamat.. :)


teksi aku book kat sini
www.krabi.com
dapat harga 870 THB = RM 87.00
ni harga untuk sebuah teksi ye..
max 3 orang naik..
harga ni untuk round-trip ticket.
so, 435 THB sebuah teksi, sehala atau 217.5 THB seorang, sehala.
(RM 43.50 sebuah teksi, sehala atau RM 21.75 seorang, sehala)
kalau ambil one-way, mahal sikit..
harga untuk round-trip ni selepas discount.


ni teksi yang kami naik.. Chevrolet Optra


nama driver teksi ni Mr. Kaeo (sebutannya Mr. Q)
company ni cuma ada 1 teksi & 1 van sahaja..
dan Mr. Kaeo ni memang driver permenant kat situ..


teksi ni boleh bayar full semasa booking atau deposit..
aku dah bayar full siap-siap..
nasib baik Mr. Kaeo ni tak mintak extra payment sebab kene pick-up kami kat Krabi Town..


lagi tips sebelum booking;
korang hantar je emel minta quotation, sebab biasanya harga dalam emel tu lebih murah berbanding yang dipublish dekat website.
tapi teksi ni pelik sikit..
aku dapat harga yang jauh lebih mahal dari yang dipublish kat web..
sebaik2nya semak dulu..
tapi dari ape yang aku survey (hotel), semua dapat harga yang rendah dari website..
tak percaya?
cube korang try..


kalau korang tak nak book teksi siap2 pun takpe..
sebab kate tourist guide tu, teksi mahal..
biasa la kan.. mana2 pun teksi mahal..
tapi, aku takut plak time nak teksi, time tu la takde..
sebab tu booking awal2..
survey kat blog, ade yg dapat murah, ada yg mahal.. ada yg kene tipu..
cuak la aku kan..
so, baik booking je siap2..


tourist guide tu cakap, transport dari Krabi Town ke Ao-Nang cuma 50 THB (RM 5.00) seorang..
murah kan..?
dalam hati dah tak senang..
ye la.. kira rugi la amek teksi mahal tu sedangkan boleh dapat yang murah..
banyak beza tu..
tapi tak pe la.. dah booking..
lagi pun, teksi lebih selesa <-- sedapkan hati sendiri
tapi, aku x tanye pulak, ape transportnya,
mungkin yg ini..




tuk tuk ni sangat popular kat Thailand..
kira pengangkutan utama mereka la..
murah memang murah..
tapi sanggup ke bertahan & berasak dalam tu??
dapat lak kene berdiri camtu kan..?
hahhahaha


tempoh perjalanan dari Krabi Town ke Ao-Nang/ Noppharattara lebih kurang 30 minit.


ok, sambung lagi di n3 seterusnya..


nanti aku citer camne kami kene 'tiaw' dengan driver teksi tu..
huhuhu..

5 comments:

cik gold said...

dah sampai kat pekan krabi tu depa leh cakap melayu ka? pemandu van??
ka omputih??

f.i.z.a said...

pekan krabi tu dorang tak boleh cakap melayu.. cakap omputeh.. mostly kat hatyai saje yang ramai pandai cakap melayu.. pemandu van pun cakap omputeh.. tapi sangat la susah nak paham.. hahahahha..

My Aisy said...

owh...so speaking je lah ye...nper kene tiaw lak...hadoi...aku baca cam skang gak aku nak gi sane...best kan..tak sabor nak tengok gambar2 ko kat sane...

f.i.z.a said...

haha.. kene speaking.. tapi dorang ada gak yang tak reti nak speaking.. memang susah nak bercakap..

aah, dah hati2 pun, kene jugak.. aku dah taip next n3, tapi gamba lak x dapat nak upload.. nanti ek.. aku kene update blog kat umah.. umah je bleh upload gambar.. kat opis ni tak boleh.. hehhee

ape lagi wei, pegi ler.. best g sana.. tempat lawa2.. rasa x mo balik :D

f.i.z.a said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails