15 May, 2012

Final Exam (Semester 5)

May 15, 2012 0 Comments
16, 17, 18 & 20 Mei 2012 ada final exam.
sampai saat ni masih belum ready
malam ini akan struggle gila2..
tak tido pun takpe..
asalkan boleh study.

dah biasa kut study camtu. hahahhaha

malam ni pun tak pasti lagi kul bape boleh start..
kene settlekan appt cust dulu malam ni..

ape pun, cuba yang terbaik..

09 May, 2012

beli rumah @ beli tanah??

May 09, 2012 0 Comments
mana lagi bagus?
beli rumah atau beli tanah?
then lepas tu baru buat rumah..

ada sape2 nak kongsi?
bukan kongsi duit, tapi kongsi pengalaman..  ;p

thanks 

26 April, 2012

Bali oh Bali..

April 26, 2012 1 Comments
Salam.

sape penah g Bali??
yang nak pegi ade tak??

hmm.. skrg tengah plan nak ke Bali..
bila tu mungkin next year.. lambat lagi ek..?
tahun ni macam tak sempat je nak pegi..
huhuhu
tapi,
agak2 kalau kurang bersabar tu, pegi aje..
takyah tunggu2.. :D

nanti kan nak pegi Bali lama2.. 
hahahhahaa.. gila tamak!
nak rest kat sana
sebab sekarang ni dah terlalu penat dah..
kalau ikutkan, nak pegi cepat je ke sana..
tapi kalau pegi tanpa preparation, memang tak best..
tercangak2 plak kat sana nanti..
pegi dengan bajet yg tak berapa best pun, memang la tak best kan..
hikhikhik..

owh, aritu ada orang cakap nak sponsor tiket ke Bali, okey la kan??
muehehehhee..

tengok hotel/villa kat sana memang la sangat2 best!!

contoh..






teruja kan?

so far, survey kat bali ni memang popular dengan villa with private pool :)
sure la best sebab sukati la nak terjun & berendam bila2 pun..
takde sape nak marah..

cumanya, masih belum survey sepenuhnya tempat2 best kat sana..
map pun tak tengok abis lagi..

if sape2 yg ade pengalaman ke Bali tu, share2 la yek..

hehehhehee..

time kasih. time kasih.

sekian.

04 February, 2012

BFF kawen ! - che' pah 3 & 4.2.2012

February 04, 2012 2 Comments
Assalamualaikum..

Semalam, 3 Februari 2012 sorang lagi BFF geng power rangers selamat menikah!
kapten kami tu..

Che' Pah




Alhamdulillah, semua selamat..

tapi, aku tak dapat pegi pun wedding dia..
harini, 4 Februari 2012 majlis resepsi dia..
esok, 5 Februari 2012 majlis bertandang pulak..
pun tak dapat datang..

maaf ye che' pah.
aku takde geng yg gerak dari sini.
laki aku tak bagi gerak sorang2..

tapi, Insyaallah ari isnin aku datang ye che pah..
nanti aku call ko..

malam tadi nak call ko, tapi tau ko mesti sibuk..
tak mo kaco..
tapi, hati aku rase sayu beb!
hahahhaha.. betul la..
teringat kat ko..
tak sangka, dari awal hubungan ko, banyak tul dugaan
tapi Alhamdulillah semua dah selamat..
kalau dah jodoh tak ke mana kan..?
err.. tu la, aku dah cakap dulu, ko jangan nak benci2 sangat..
kan dah jadi laki ko dah .. :D

errmm.. rase macam nak nangis pulak..
tak dapat tengok ko bersanding.
rindu giler kat ko..
kenangan2 kita masa blaja dulu kan..
wei, teringat dulu ko selalu buatkan makanan untuk kitorang
sebab tu kitorang rajin datang bilik ko !
hihihihi

ape pun, aku & saiful doakan ko bahagia selalu
kekal hingga ke syurga.

nanti kita jumpa eh..

err, ejat pun tak dapat datang, sebab dia tengah sarat ~
sepraise katenye..
dia due 29 Februari 2012 ~ tahun lompat tu..
:)

che pah, aku nak ko tau..
aku tetap sayang kan ko
sayang sampai bila2..
biarpun ko sekarang dah sayang orang lain ;p

01 February, 2012

KRABI ~ Day 3 (29.07.2011) - part 2

February 01, 2012 0 Comments

sory, sambung semula cerita KRABI. lame giler cerita tergantung ;p

mode : rasa nak pergi KRABI lagi.. :)

 - n3 ini sambungan dari n3 ini -

dalam kul 5.30 pm camtu, kami dengan pantasnya keluar.
jalan kaki dari hotel ke Ao-Nang central.
tempatnya tak besar mana pun, boleh kata semua kedai kami dah round hari sebelumnya tu..

dah penat berjalan & dah tak tau nak pegi mana lagi dah..
baru terpikir nak sewa motor..
survey & survey & survey
dapat la satu tempat yang agak murah sikit dari yang lain..
gambar kedai sewa motor tu lupa nak snap.. 
tapi yang penting depan kedai banyak motor. hahahhaha
eh, serius la. kedai dia paling banyak motor..
kedai sewa motor yang lain tak banyak sangat macam kedai dia..
ingat kedai jual motor, tapi sebenarnya kedai sewa motor.

see, comel tak motor yang kami sewa ni? hahaha..
- Yamaha Fino -
nak yang pink jugak :p



helmet pun pink jugak :D

kebanyakkan helmet kat Thailand ni memang jenis yang camtu la.. bukan jenis yg full macam helmet kita ni.. kelakar je muka pakai helmet tuh


incik asben amek helmet kaler itam. saye tak sampai hati nak bagi dia pakai helmet pink (pitam)

eh, berapa sewa motor ni??
THB 150 sehari
a.t.a.u
RM 15 sehari..

banyak kedai sewakan motor dengan harga THB 250 per day,
kene rajin survey yer kengkawan..


kalau motor hilang, bayar gantirugi THB 40,000 (RM 4,000)

masa nak sewa motor, tanya la kat amoi (amoi ke) yang jaga kedai tu tempat best yang kami boleh pergi..
dia cakap pergi pasar malam.
sebelum ke sini dulu, ada jugak terbaca pasal pasar malam dia
cuma tak sure tempat sebenar dia kat mana
then, amoi tu kasi peta besar
(peta besar ni boleh je beli kat 7e. banyak jual)

amoi tu pesan, isi minya kat kedai depan tu..
sebab minyak dalam tangki tu dah nak abis..
sewa motor, isi minyak sendiri ye
jangan ingat kedai tu kasi minyak sekali

ini kedai yang amoi tu suruh pergi

macam logo 'shell'

err, tak pasti ape beza gasoline dengan petrol..
tapi sebab itu je yang ada, rembat aje..
isi kat sini THB 50 sahaja. kat situ dah siap tulis, minimum isi THB 50.
lepas isi, terus jalan

tukang tengok peta, aku la kan..
harus la banyak kali berenti, sebab asek terpusing2kan peta je..
hahaha.. 
aku memang failed kalau bab bace2 peta ni.

punye la jauh pasar malam dia..
pasar malam kat town katanya..
amoi tu cakap dekat.
cis!!

sepanjang jalan tu ada gak jalan2 yang sunyi..
tapi kami redah je..
doa je semua selamat

tapi kan, 1 je yang kami perasan,
sepanjang jalan tu..
tak kira la yang nak ke town atau yang nak balik ke Ao-Nang
kami je yang pakai helmet!!
hahahhaa..
gila keras kepala orang Thai ni..
memang betul la cakap Prasad & Sue..

so, kesimpulan yang boleh dibuat,
kalau yang pakai helmet tu kompom foreigner.
yang tak pakai helmet tu local.
kan? kan?

jauh jugak nak ke town
lebih kurang dalam 30 minit perjalanan..
mau tak sakit pinggang. dah la lamer giler tak naik moto!

sepanjang jalan tu macam2 tempat kita boleh tengok..
nak berenti mana2 pun ikut suka la.


ni post office Thailand. warna sama dengan kita.

banyak tempat2 lawa, bangunan unik2 yang kami lalu..
kene pergi sendiri, baru tau camne..
jenuh nak upload semua dalam ni.

selepas berpusing-pusing entah ke mana, akhirnya sampai jugak kat pasar malam!
laa.. rupanya tempat ni betul2 sebelah tempat yang kami ditinggalkan dulu tu..

kawasan lapang sebelah jeti
kecik je pasar malamnya..

ingatkan best sangat, tapi tak best pun!

ingat kat sini kita boleh dapat beli souvenir yang lelawa untuk dibawa balik
tapi, pasar malam ni, kedai makan sahaja.
eh, gerai kut..

semua jual makanan, takde benda lain
- hampa -
mungkin kami tersalah tempat kut.. tapi kalau ikut peta tu dah betul dah..
dalam peta tu sendiri ada tulis tempat2 yang kita mesti pergi
tapi camni je.. adoii..

dah sampai sini, makan je la jawabnya..

 pancake mesti ada jual..

 pakcik ni agak sombong.
dok tercegat depan dia, sikit pun tak pandang..
tau la kedai dia paling laku.. penuh je.. geram pun ada..
tapi, tengok kir-kanan, kedai yang halal tak banyak
dan..
tak menarik..

tak tau la kalau pakcik ni tak pandai speaking, so dia buat tak tau je..
susah payah order, dapat jugak akhirnya..


tomyam ape tah.. tapi s.a.n.g.a.t s.e.d.a.p

tomyam ni makan dengan nasik putih. nasik putih sama je dengan kita, so tak snap gambar.

incik asben makan nasik goreng


lepas tu order satay jugak.


mahal satay ni. satay ayam THB 10/ cucuk
kira RM 1.00/ cucuk.. mahal la kan..
saiz tak besar mana pun.. lebih kurang je macam satay kajang tu..


 kedai satay ni sebelah kedai pakcik sombong tu.

lepas makan terus gerak balik Ao-Nang.
hari pun dah gelap dah..

sebelum balik, cari pam minyak sebab minyak dah merah..

pusing satu town carik pam minyak, semua dah tutup, termasuk Shell
ni shell yg sama macam kita tu..

fyi, semua perniagaan kat town ni tamat jam 7 malam (waktu sana).
memang takde dah pam minyak yang bukak..
kedai2 biasa pun dah tutup.

beranikan diri terus pecut balik ke Ao-Nang & harap akan jumpa pam minyak otw.
sepanjang jalan, pam minyak yang ada semua dah tutup..
hati dah berdebar2..
menyesal pun ada, sebab tak isi minyak banyak2 masa kat Ao-Nang tadi.
hari dah gelap..

Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak pam minyak yang masih bukak.
nama pam minyak ni tak tau apa..
tapi kaler macam Caltex.
masa tu dah tak ingat dah nak snap gambar ke apa, yang penting isi minyak.

kali ni isi banyak sikit, sebab takut papehal nanti kan..
owh, minyak kat Thailand sangat mahal ye
paling murah, minyak dia lebih kurang RM 4 / liter.

lepas tu teruskan perjalanan balik.. sepanjang jalan sangat gelap, sebab takde lampu jalan.
kiri-kanan pulak hutan. sangat takut masa tu..
tapi sebaik banyak je motor yang menghala ke Ao-Nang, 
so, konvoi same la..
err.. kami je yg pakai helmet waktu tu :p




bila dah masuk Ao-Nang lega..
pastu kami pun merempit sana-sini.. pusing kat situ je dah bape kali dah..




dah penat round2 situ, incika asben ajak pegi Gastropod Fossil.

tengok peta tak la sejauh pergi town..

terus rempit sana pulak.. 
owh, masa tu kami dah jadi orang Thai dah.. :D
helmet sudah simpan!


tak tau ape yang ada kat situ..
jalan ke situ pun sunyi jugak..
jalan masuk kampung..
memula ingat nak pusing dah, sebab tak jumpa2 pun signboard, tapi bila dah jumpa teruskan je..


ada 2 tempat menarik yang kita boleh pergi ikut jalan yang sama

- Gastropod Fossil
- National Park Ranger Station

*dalam peta, national park tu jauh sikit la..

aku tak tau pun pasal ni, sebab masa survey2 dulu takde pulak blogger lain kata tempat ni best..
tapi takpe, kita tengok apa yg ada..

lagi pun masa masih awal lagi.. cuma rasa jalan dah lengang sikit la..
minyak motor pulak tak abis2..
banyak lagi.. rugi kalau pulangkan motor dengan minyak yang banyak..

err.. masa tu terpikir jugak, gasoline tu memang cepat abis ke, kalau nak bandingkan petrol?
sebab gasoline tu sangat la terasa kecepatannye abis..
petrol ni tak luak2 pulak..
er, baik korang isi petrol je dari isi gasoline tu..  

perjalanan dalam 10 minit camtu..


 ni pintu masuk ke Gastropod Fossil. tapi sayang giler,
sebab tempat di tutup.
buka siang sahaja, sampai pukul 5 petang.
tempat ni pun gelap giler..
sampai sini, keadaan dia macam kat teluk kemang kita,
ada banyak kedai2 berderet, pastu dekat dengan laut.

tempat ni jual fossil. :D
ala, yang macam gantung2 kat pintu tu..
hasil2 cangkerang laut tu..
buat bidai la.. buat hiasan la.. yang itu la..
tau tu pun sebab tengok banyak kat luar2 kedai gantung2 bende2 tu..
err, sory yer kalau salah info :D

sekejap je kat sini, sebab tempat tu gelap & takde orang..
tak berani la nak bergambar2 bagai kan..
kang kut2 pape hal jadi, susah pulak kan..
(ishk, pikir negatif je)

dari situ terus balik Ao-Nang semula.
masa otw balik, jumpa sekumpulan mat rempit.
Thai pun ada mat2 rempit jugak..
same je macam kat sini..
masa tu takut dah sebab dorang tengok je..
tambah2 kami kan macam orang Thai, tak pakai helmet..
bawak motor slow-slow je..
tapi sebaik dorang tak kacau.
s.e.l.a.m.a.t

sampai Ao-Nang, round2 lagi..
bila agak2 dah puas hati minyak dah berkurangan, baru balik hotel.
motor parking kat hotel, ada tempat disediakan.
jangan lupa kunci motor, kang tak pasal2 pulak nak bayar 4k.

esok ada aktiviti lain pulak..

nak ke h.o.t. s.p.r.i.n.g !!


nama ex-gf @ ex-bf untuk nama anak??

February 01, 2012 0 Comments

sangat tak setuju!
jaga la hati isteri/ suami tu..
tambah2 kalau dia tahu kisah dulu2 tu..
sadis.

tak kesah la nak letak sebahagian nama ke.. penuh ke..
pada aku, jangan letak !
sikit ke banyak ke.. yang penting ada nama dia gak kan..?

cer cakap apesal nak gak letak nama dia?

biar la nama dia maknanya baik sekali pun..
banyak lagi nama yang baik2..

nak kata nama tu sedap sangat?
sedap menyakitkan hati orang lain buat ape kan?

pikir la..


katakan isteri nak letak nama anak tu, sama nama ex-bf dia..
mesti suami tak suka kan??
same la jugak, kalau suami letak nama ex-gf tu, isteri kompom la bengkek.

kadang2 kita rasa kita betul
tapi, cuba pikir balik.

ok.

terima kasih.

31 January, 2012

nak tambah koleksi mekap MAC..

January 31, 2012 0 Comments
:: w.i.s.h.l.i.s.t ::

original MAC untuk original makeup..

nak tambah koleksi mekap MAC..

- Brow Set -

girl-boy

- Mineralize -

harmony - light - dark deep

- Blusher -

melba - pinch o' peach

- Eye Shadow -

cork - carbon - dazzlelight
nylon - espresso - ricepaper



ada sesape yg nak bagi free tak?? :D

errr.. sape ade kad MAC? nak pinjam buleh? dapat disc 20%..

terima kasih.


30 January, 2012

pertemuan 1 (semester 5)

January 30, 2012 0 Comments


semalam, sabtu-ahad (28-29 feb 2012) dah setel pertemuan 1.

dah lame giler rasanye tak jadi student..
jumpa kawan2, best jugak..
:)

jumpa lect masa sem 1, dia cakap,
"tak sangka, kejap je dah sem 5.. berjaya jugak sampai ke sem 5.."
Alhamdulillah.. memang tak sangka :)

voucher buku yg dapat tu RM 200, valid sampai akhir bulan Mac 2012
lom guna lagi.. sebab tak tau nak beli apa..
katanya, 80% buku akademik, 20% stationery..
susah gak tu.. hahaha
kalau buku mekap2 tu boleh kira sekali tak?? :p

sem ni rasanya bertambah nakal lagi kut..
kawan2 pun rasenye pun dah 'kurang skema' sikit dah..
hahahaa.. 

azam untuk semester ni..
- nak dapat dekan -

wah! tinggi cita2! 

InsyaAllah.. nak buktikan kat orang yg selalu sangat belagak macam bagus, pastu nak kondem2 orang..
hahahha.. ini betul - luahan perasaan ni!

ape pun, kelas semester ni utk hari sabtu memang memenatkan!
ahad ok lagi la.. 

nnti la update lagi.

10 January, 2012

boring..

January 10, 2012 1 Comments
arini rasa boring sangat..
macam dah bosan nak hadapi hari2 yang sama setiap hari..
huhuhu
bos arini xde.. semalam pun xde.. tapi esok ada..
lagi la bosan.. bosan bila bos ada.. oppsss!
hahhahaa
semalam menghabiskan masa membalas emel..
ada jugak emel yg masih belum terbalas..
sory..

ingat arini nak sambung lagi..
tapi malas.. petang2 sikit la..
pepagi siapkan keje sikit.. pastu blogwalking..

hmm.. tetiba rase tak sabar nak pegi bercuti..
yang dah plan bulan 5 nanti.. lambat lagi tu..
ni baru bulan 1..
plan raya cina nak berjalan, terpaksa tunda..
dapat job.. Alhamdulillah rezeki..
rasanya ambil cuti, then pegi bercuti
kalau itu je masa yang ada kan..

start hujung bulan ni lagi la bizi..
kelas dah start..
tapi yurannya belum setel lagi..
1.8k lebih kurang..
nak kate rajin sangat study tu, tidak la.. 
tapi nanti akan ada masa pening untuk siapkan keje skolah..
aduyaiii.. bertahanlah !
lagi 5 sem! fuh!!

aritu ada customer cakap,
"wah, tabah giler buat semua keje.."
haaaa.. memang tabah sangat ni ha..
rase macam nak tergolek pun ade..
tapi nak buat macam mana..
rezeki kat situ..
itu jalannya..
so, terimalah hakikat yg hidup ni tak macam orang lain..
muahahahhaa..

kadang2 bila fikir balik..
kita yg pilih jalan kita kan..
so, teruskan !
buat ape nak sesak fikiran pikirkan orang lain..
sukati kita la nak buat ape pun..
nak keje gomen ke..
nak blaja part time ke..
nak jd wedding planner ke..
sukati la kan..
orang nampak macam susah, tapi susah ke?
tak la susah sangat..
yang penting, kita tahu ape kita buat..

peracangan lepas ni,
menjalani kehidupan seperti hari-hari sebelumnya..
-boring-