26 December, 2013

TLD Clearance Sales - Misi Tercapai

December 26, 2013 0 Comments
Assalamualaikum..
semalam kami laki bini + incik dhua pegi ke The Living Depot (TLD) Clearance Sales kat Puchong.  Location sangat senang nak jumpa.  Kedai ni betul2 sebelah Aeon Big Puchong Utama. 
Gambar kt kedai tak snap pun sebab heboh kendong incik dhua je.. pegang brochure TLD, pegang notes barang2 + harga survey, so, tak dan nak snap2 gambar.

Target utama pegi tu memang nak beli set hood + hob + build in oven + build in microwave.  tapi, yg dibeli cuma hood + hob + build in oven.  build in microwave tak beli sebab;
- mahal (ada jumpa lagi murah dari TLD)
- kalau takde pun takpe sbb mmg dah ada microwave hadiah kawen
- budget perlu dulukan yang paling penting dari penting
(oh duit! tolong jatuh dari langit pliss!!)

target brand memang nak beli Rubine kan, so sampai2 je terus terjah Rubine kat tingkat atas. cer tengok Package A dengan Package B tu.. harga dua2 ok. within budget. tapi Package A tu tak berkenan dengan hood dia. design tak lawa. hahaha.. kene la design lawa2. baru semangat nak ke dapur nanti kan :p so, tengok pulak kat Package B. power suction 1000m3/hr je. actually dah set nak hood yg power suction >1200m3/hr.  hob pulak memang nak lotoblue shj (api 5.0kW).  part yg 2 burner or 3 burner tu memang nak yg 2 burner je sebab klu ambik 3 burner bukan boleh masak serentak pun.. sempit kan. so, 2 burner cukup. lagi pun, kita ni bukan masterchef pun kan..


sudahnya, cakap je kat sales person tu yg kita nak hood power suction >1200m3/hr dan lotoblue 2 burner.  senang. dia suh ambil Package B tu tambah RM 100 utk upgrade hood model Sapphire kepada model Saffiro, pastu tambah lagi RM 600 utk upgrade Arista kepada Lotoblue plak. Total RM 1,988.
ok, harga tu dah kira murah dah. sbb survey sebelum ni >2k. Then model Saffiro tu ok la design. senang nak cuci sebab ada bekas minyak tengah tu.  berkenan yg kaler hitam (model rosemary klu tak silap), tapi mahal la plak nak kene tambah. so, takpe. at least design still lagi cun, even bukan kaler hitam pun.

spec boleh tengok kat gambar bawah ni

 RCH-SAFFIRO2-90SS
MCH-LOTOBLUE 2B-BL

ok, hood + hob setel. then, PWP build in oven tu RM 1,199. harga masih lagi reasonable. tapi ni utk yg 6 functions ya. tambah RM 200 utk upgrade kepada 8 functions. so, harga PWP jadi RM 1,399.  Kalau ada sape2 yg survey oven Rubine sure tahu harga normal dia berapa kan. actually tak banyak beza pun 6 dengan 8 ni.. tapi memikirkan jangka masa panjang, so, ambik je yg 8 functions punye. sales person tu cakap, 2 functions yg bezakan oven ni 1- defrost, 2 - tray utk grill. tu je.. ambik 6 pun dah ok sebenarnye. tapi, terpulang taste masing2 la kan :)

ni spec utk oven


so, total hood RCH-SAFFIRO2-90SS + hob MCH-LOTOBLUE 2B-BL + oven RBO-IA8-56SS = RM 3,387


masa tu ingat nak tambah build in microwave jugak. tapi perlu tambah lagi RM 895.  sebaik sebelum tu dah penah survey & jumpa Rubine build in microwave RM 699. so,  boleh beli kendian.  ni pun tengah berbelah bagi lagi samada nak beli ke tak build in microwave tu.. hahhaha. tapi, kalau beli, tambah cun la KC nanti kan.. hahaha. guna tak guna tu lain cerita ;p

owh, bila beli Package B tu dapat induction cooker c/w pot dengan 10 kaki hose+cap free. dah jimat kat situ ye.. aritu penah survey kedai kat ampang, hose+cap = RM 160. ok, jimat. tapi yg free voucher bila PWP oven tu tak dapat, sebab katanya kami dah upgrade pakej, so tak dapat la.. huhuhu. upgrade jadi lagi mahal la patutnya dapat kan.. x pe la, bukan rezeki.

masa sales TLD ni jugak setiap pembelian RM 200 dapat 1 lucky draw. kami tambah beli tangga utk cukupkan 17 cabutan. banyak kan?? mmg banyak. paling banyak dapat 8 TLD cup. hohoo. pastu dapat 2 set mangkuk + voucer RM 10x4 = RM 40 + voucher RM 5x3 = RM 15.  kira ok la jugak, dari tak dapat pape.. :)


next target nak beli yang sink utk dapur dengan sink+cabinet utk toilet. dah usha2 sink+cabinet yg harga RM 399 tu. design cun. sink dapur belum lagi, sbb nak cari yang undermount + tebal >1.0mm. kat TLD macam mahal jer.. then, yg offer murah tu tebal <1 .0mm="" font="">
masih ada masa hingga 29 Disember 2013 utk decide nak beli ke tak..
tapi kata sales person tu harga sama je kat Bangi (takde sales).. acaner tu??
tapi, klu beli time sales ni dapat la lucky draw kan? kan?
dah klu harga sama je, baik beli time ni je.. ye tak? (sambil cek acc bank :p)



wat masa ni, tu je la nak share. hehehe. sape2 yg tengah mencari tu, baik pegi..
Dan kesimpulannya, misi telah tercapai.

Berjaya mendapatkan hood + hob + oven idaman
:)

24 December, 2013

The Living Depot - Year End Clearance Sales (Puchong) 25-29 December 2013

December 24, 2013 0 Comments
THE LIVING DEPOT

Year End Clearance Sales!
25 - 29 Disember 2013

15 & 17 & 19, Jalan PU 7/4,
Pusat Bandar Puchong Utama,
22 km, Jalan Puchong,
47100 Puchong,
Selangor.
03-8061 0810





 InsyaAllah esok nak pegi.. 
1st time pegi household sales :p
incik asben suh ambik yg full set rubine - hood, hob, oven, microwave
yaaahooooo!!
pucuk dicita ulam mendatang
orang mengantuk disorong bantal
eh,
x tau nak ambil pakej yg atas tu or yg lain. esok baru decide.

- senyum lebar -