26 June, 2014

Pening Tengok Rumah Sendiri

June 26, 2014 4 Comments
Pening tengok rumah sendiri (T_T).  Susah jugak nak uruskan hal-hal rumah ni.. Banyak sangat bende yang nak kene settlekan.  Tambah2 nak deal dengan banyak pihak.  Ingatkan beli rumah baru ni senang sikit dah..  Tapi kalau rumah baru pun camni, kalau yang beli rumah lelong/ atas orang yang memang perlu buat renovation tu, tak tau la nak cakap peningnya camne kan..  Tapi bagi aku, kalau memang jenis kerja sendiri senang la kut nak uruskan hal-hal rumah ni.. Tapi bila bekerja ni, memang payah..  Unless korang memang jenis yang well-planned punya :)


Gambar ni masa lepas orang wiring & alarm buat kerja.  Aku rasa nak marah pun ada gak, tapi aku sendiri tak tau camne incik asben deal..  Nak marah dia pun tak boleh jugak, sebab ni 1st time.  Yang wayar juntai2 tu untuk wiring lampu dan kipas bila dah buat plaster ceiling nanti.  Yang tu aku rasa takpe lagi, sebab memang la camtu kan.. Tapi yang agak geram bila tengok kerja orang buat wiring dengan alarm tu.. Memang dia kene hack sana-sini, tapi lepas hack tinggal je camtu.. Incik asben cakap, dorang (alarm) memang tak tutup balik lubang2 tu, sebab kalau nak kira harga lain (macam tu pulak).  Alarm tu dia hack kecik2 je, sebab wayar pun bukan yang besar..

Kalau korang tengok yang lubang besar2 tu, kerja orang wiring tu.. FYI, alarm & wiring, kontraktor lain-lain.  Yang lubang-lubang tu orang wiring dah tampal balik, tapi entah la.. Kalau aku buat sendiri pun aku rasa, lagi elok dan senonoh.  Dah la tampal nak tak nak je.. Serupa takyah tampal kan.. Pastu boleh pulak rembat simen bapak aku.. Simen memang ada kat rumah tu sebab reserved untuk tembok dan lantai dapur luar tu.. Aku tak paham apesal dorang pakai simen tu.  Aku berkira jugak la, sebab banyak jugak la dorang pakai simen tu.. Aku tak tau sape orang wiring tu dan dari mana.  Semua yang deal incik asben.  Jadi nak cakap lebih2 kang sentap pulak kan.. So, luahkan kat sini je la :p  Aku pun sebenarnya memang tak tau skop kerja orang wiring2 ni.. Memang camtu ke kalau orang buat wiring rumah..? Ke kalau nak tampal cantik2 (simen & cat) tu kira harga lain..? (T_T)

 - zoom sikit -

Tapi, ape pun aku bernasib baik jugak la sebab bapak aku tukang rumah.  Ape lagi, tepon ayah aku pancing2 sket, konon2 tanya camne nak tampal.. camne nak bancuh simen, sebab nak buat sendiri kan.. Padahal, harapan menggunung supaya bapak aku cakap "takpe la, nanti ayah buatkan". Hohohoho.

Owh, aku tak update lagi pasal tembok dapur tu.. Ayah aku yang buatkan.  Import dia + staf dia dari N9 sana..  Tapi tu la, Khamis lepas, 19 Jun 2014 bapak aku accident pulak.. Pasal accident ni, nanti update ye.. Dan sebab tu jugak la, banyak kerja2 tertangguh.. Plan asal, bapak aku yang akan buatkan plaster ceiling, tapi sebab dah accident tu, tak jadi la.. Sekarang ni, aku menggagau nak cari kedai buat plaster ceiling.. Anyone??  Ape pun, bapak aku janji nak siapkan tembok, lantai dapur dan tutup laman yang sekangkang kera depan tu.. Plus tampal balik dinding2 yang tak senonoh tu dan ganti tiles kat dinding tu.  Alhamdulillah :)  At least, aku takyah pening2 nak cari kontraktor or buat sendiri bende2 tu..

Tingkat atas rumah dah siap pasang lampu dan kipas kat bilik.  Sebaik cantik.  Lampu bilik guna downlite, jenis ada cermin, 4 segi, kaler putih.  Bukan jenis bulat yang melopong tu.. Yang downlite ni memang nampak lagi cantik (taste aku la), cuma agak susah bila nak tukar mentol sebab nak kene bukak dulu cermin dia.. Kalau jenis yang lopong tu, dah boleh terus tukar je.. Dalam downlite ni ada 2 mentol.  Asalnya nak guna 1 mentol je, nak jimat letrik kan, tapi sebab masa orang wiring ni pasang, kitorang takde.. Tau2 dah siap dah.. Kipas bilik guna KDK 3 bilah biasa tu je.. Barang2 electrical beli kat House of Lightings kat Puchong.  Kedai ni glamer (sila google).  Untuk barang2 electrical aku update kendian ya.. Lampu toilet guna pendafloor biasa je..  Kiranya yang tingkat atas semua dah siap pasang sebab tingkat atas rumah ni memang dah ada plaster ceiling.. Yang takde, tingkat bawah je.. (kat dapur ada sekerat)

- yang garisan panjang turung ke bawah tu, orang alarm yang hack, pun tinggal melopong gitu gak -

Bila tengok keadaan rumah camni, tak tau la sempat ke tak nak beraya kat sini tahun ni.. KC pun tak tau la sempat ke tak sebelum raya..  Table top start buat Jumaat ni, 27 Jun 2014.  Terpaksa proceed jugak, even plaster ceiling dapur aku roboh!! Ni pun 1 hal jugak.. Dapur aku ada plaster ceiling sekerat je.. Rumah ni memang didatangkan dengan sekerat je.. Yang sekerat tu la yang roboh. (T_T)

Untuk sape2 yang beli rumah baru ni, aku cadangkan (aku rasa memang patut follow) gini ;
1- pasang grill
2- wiring/ alarm/ dll
3- plaster ceiling
4- kitchen cabinet/ wardrobe 

Ni jugak la yang aku plan dulu, tapi bila ada beberapa masalah, jadi carca-marba sudahnya.  (T_T)


25 June, 2014

Kegilaan Baru - Tudung Aidijuma (AJ)

June 25, 2014 2 Comments
Salam.

Tibe2 je rasa nak update pasal Tudung Aidijuma (AJ) ni.. hihihi..  Masa mula2 tudung AJ ni kuar, jenis plain je.. Ingat lagi masa tu, ada pesta konvo kat UPM. Harga murah je RM 8 sehelai.. Beli takde la banyak pun.. Tapi, ye la tudung bawal ni kan dari zaman dolu2 lagi dah pakai.. Lagipun muka aku ni sesuai sket nak pakai bawal kalau nak bandingkan dengan tudung sarung.
Tapi, ikut mood jugak la.. Kalau mood rajin nak iron, baru la pakai.. Kalau tak, rembat je tudung sarung lycra yang awning lembut tu.. huhuhu.  Aku pun tak tau camne aku bleh jadi gila tibe2 camni :p

Dalam masa +/- sebulan ni, aku seakan-akan addicted kat AJ ni.. Hari2 aku bukak website AJ dan FB group2 AJ.  Untuk yang new season ni banyak la yang aku dah beli.. Yang old season (OS) punye tak banyak sangat pun.. Aku lebih suka Black Label (BL).  Harga biasa untuk BL ni RM 49, tapi kalau sale harga jadi RM 35 or serendah RM 29.  Yang White Label (WL) tu harganya RM 10, dan sale harga jadi RM 9/ RM 8.  Klu pakai BL, kurang sikit chances nak 'tersama' dengan orang lain.. hahahhaha.. eh, bukan sebab tu yang utama.. BL ni best sebab boleh pusing2 tudung tu banyak gaya.  Sebab biasa satu tudung tu ada 2-3 design.  Jadi, bila pakai tu boleh pusing2kan dan orang tak tau pun yang tu tudung yang sama.. Kalau WL ni design dia terhad sikit kalau nak buat pusing2 tu..

ni antra contoh BL.  Biasanya BL ni ada part plain & corak.


yg ni plak WL.  Biasanya corak dia penuh/ sarat sikit.


Ni aku nak tayang tudung AJ yang aku ada.. Tak banyak pun.. Tapi, dalam masa +/- sebulan, tudung AJ aku dah ada banyak ni, dan dah tentu la laki aku bising kan.. hahaha.. Banyak yang tak pakai lagi sebenarnya.. Membeli je lebih..

 BL

WL


Owh, kalau sape2 yang minat AJ ni sure tau kan yang harga untuk OS boleh cecah ratusan ringgit sehelai, walaupun tudung tu prelove je pun.. Then ni jugak la yang buat aku semangat nak beli AJ dan hunting OS, sebab kalau la nanti aku boleh jual prelove pulak ke kan..? hahahhaha.. 
*
*
*
28 Jun 2014 - Sale AJ.  Ada 13 BL  design baru keluar.. Harus la pergi terjah.  Sebaik incik asben ok je.. Bising2 dia pun, nak jugak la dia sponsor sikit kan.. :)  Berangan kalau la dapat bukak concept store (CS) kat area sini, fuhh!!

- rambang mata tak?? -

24 June, 2014

Cerita Grill Rumah 2 (sesudah dipasang)

June 24, 2014 2 Comments
Baru berkesempatan nak update blog pasal rumah.. Bizi sikit lately + penyakit M. :p
Ok, nak sambung cerita pasal grill rumah setelah siap dipasang.

Kronologi :
9 April 2014 - Bayar deposit
22 April 2014 - Sample siap
19 Mei 2014 - Test pasang
26 Mei 2014 - Siap pasang

Layan gambar je la ye.. maleh pulak nak taip pepanjang.
*
*
*
incik asben je yang pegi tengok dorang buat keje.  Ramai jugak dorang datang masa tu.  Start pasang lepas lunch, siap semua dah time Maghrib.  Tapi kira setel hari tu jugak la.. 


ni la hasilnya.. Alhamdulillah, bila dah melekat kat tingkap tu nampak lawa pulak. ngeh3.
sebelum siap tu risau je tak lawa.. aku ni kadang2 cepat cemas, tambah2 kalau satu2 bende tu aku yang tentukan.. Ye la, design2 ni kan aku yang decide, cemas la kalau dah siap tak seperti yang diharapkan..
Ape pun, grill ni nampak cantik.. pada pandangan mata aku la.. Then, kat sebaris/ dekat2 umah aku tu, umah aku je grill jenis besi flat ni :p Kembang-kempis hidung bila incik asben cakap, "lawa, nampak mewah"
hikhikhik.. tang mana nampak mewah tu pun tak tau la.. mata masing2 kan..
sorry, gambar full 1 tingkap takde pulak.. hohohoho.. sume sekerat2 je..


then, handle (pemegang) pintu yang Mr. Ho cakap nak bagi free tu, sebaik lawa.
senyum sampai telinga..
tapi untuk pintu depan je la satu..
jadi la, daripada tak dapat langsung kan.. klu Steve tu, dia charge RM 100 tau.


Grill ni dah pun siap pasang 26 Mei 2014 lepas kan, dan dah pun selamat bayar baki payment.. tapi baru semalam aku sempat nak menelek hasil kerja kedai ni.. Nasihat aku, elok check dulu baru buat payment, kut2 ada yang tak puas hati ke ape kan.. Aku redha je bila incik asben cakap "grill dah siap pasang, lawa je tengok.." huhuhu.. Pegi banyak kali, tapi tak sempat nak menelek.. Pegi umah ni banyak kali dah, tapi rushing.. So, semalam sempat la aku telek grill2 ni.. 
Ni hasil penemuan aku (macam auditor pulak)..


Ada crack kat tempat kunci ni.. Tapi pada aku, ni takde masalah sangat pun, sebab tak nampak sangat pun kesannya.. Tapi, kalau la crack ni jadi teruk/ terkopek untuk jangka masa panjang, tak tau la nak cakap apa kan.. Pastu, ada kesan lobang2 kecik kat tempat dorang lekat skru tu.. Tapi tak semua tingkap ada kesan lobang tu.. ada beberapa tingkap je.. Yang ni incik asben cakap boleh tutup sendiri je, guna pillar (betul ke aku eja ni?). Then, ada jugak kesan2 cat comot dan kesan welding besi.. Tak banyak, sikit je.. Klu orang yang fussy, mungkin kesah kut.. Aku tak kesah :p Sebab grill ni tetap nampak kemas. Lagi pun, aku penah tengok blogger update grill rumah yang lagi teruk dari yang ni.. Klu kene camtu, aku pun hangin.. Tapi ni, Alhamdulillah, aku puas hati.  Tambah2 bila ada besi 'angle', nampak grill tu ngam2 je kat tingkap. Takde ruang pun.  Aku lupa nak ambik gambar tingkap full.  Nanti la aku update kat sini lagi ye..

* * *
Grill belakang (luar dapur) belum setel lagi, sebab ada beberapa masalah. (T_T)