bersediakah aku? tabahkah aku? redhakah aku?
Ujian merupakan lumrah didalam kehidupan, ada yang diuji dengan sedikit penderitaan di segi kekayaan, ada yang diuji dengan kerenah anak-anak, ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, ada yang diuji dengan rakan yang mengambil kesempatan,ada yg diuji dengan kekurangan suami/ isteri, ada yang diuji perasaannya dan ada yang diuji dengan kekurangan anggota tubuh badan. Namun semuanya adalah dari Allah SWTyang maha berkuasa dan Allah SWT mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukanNya kepada kita sebagai hambaNya.
Adakah aku bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau aku menyesali apa yang berlaku? Begitu banyak perkara yang berlaku di dunia ini. Ada penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini. Aku perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat di jadikan sebagai realiti sekiranya aku berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh - sungguh. Aku hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan samada aku berjaya atau tidak adalah sebenarnya Allah SWT. Aku hanya menyediakan sebab atau natijah dan keputusan adalah milik Allah SWT..