26 December, 2014

Build in Wardrobe by Intech Kitchen

December 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

build in wardrobe ni buat sekali dengan Intech Kitchen.  Installation serentak dengan KC.  Buat untuk master bedroom je satu.  Ambik material melamine, sliding door. so, tak makan space sangat.
klu nak murah lagi, tak payah ambik grey mirror tu.. yg ni, kes tak perasan dan tak tau grey mirror tu camne.. deal kat emel je.. bila siap pasang, rasa membazir je ambik grey mirror tu.. bukan boleh buat apa pun.. klu pintu sliding tu full melamine pun takpe dah.. 

so, next time dah tau nak jimat kat mana klu nak buat lagi build in wardrobe ni..

ni saiz & ukuran wardrobe ni.. 

camni la rupenye bila dah siap.  satu je tak berkenan dengan build in wardrobe ni, pintu takde kunci.
incik dhua ni suka sangat masuk dalam amari ni.  tambah2 memang senang je nak slide kan.. (T_T)

ambik kaler gelap2 jugak.. bukan apa, senang nak jaga..

full height.  grey mirror tu yg atas dan bawah.. takde function pape pun.. klu tengah boleh la jugak buat nak betul2 tudung..

tempat gantung baju bahagi 2.  baju yg panjang/ labuh, gantung kat sebelah.. 

simple je dlm dia.. lagi pun, saiz kecik je wardrobe ni.. tak boleh nak adjust byk compartment.. 


24 December, 2014

"Pemegang Tangga"

December 24, 2014 2 Comments
Assalamualaikum..

Nak share pasal tangga rumah..
tak tau la klu ada istilah selain dari "pemegang tangga" ni.. tak boleh pikir pulak ape perkataan/ nama yang bersesuaian..

ni tangga asal rumah.. (google)

tangga ni nampak biasa2 je.. tapi, bila nak mendaki tangga ni, fuhh, penat la jugak.. nak kata tinggi tak la.. std je kan.. tapi, tak tau la nape terasa mcm penat je nak turun naik tangga ni.. 
sudahnye, lepas meeting pengurusan rumah tangga nih, decide utk tambah "pemegang tangga" ni.. 
sebab senang la nak bergantung kan.. dengan adanye bende alah ni, tak la rasa penat sangat time nak mendaki tu.. ni memang dah terbukti dah.. bila kita naik tangga, pegang pemegang ni, takde la mencungap pun.. :D

buat warna chrome je..

ni tempah kat tempat sama buat grill (refer sini)
berapa panjang ni tak ukur pulak.. harga RM 400 siap pasang.
material besi biasa je.. tak mampu nak ambik stainless steel.

ni zoom sikit kat besi 'biasa' ni..


macam kasar sikit permukaan dia.. tak tanye pun kat kontraktor tu nape macam ni.. sebab masa dia pasang tu, takde org kat rumah.. tak tau la klu memang saje buat kasar ni supaya bila pegang tu tak licin ke kan.. 
kasar2 camni pun, takde la sampai luka tangan.. ok je pegang.. 

dengan adanye "pemegang tangga" ni, senang la atok nenek dhua nak naik ke atas.. sok2, mak ayah dhua bila dah tua pun senang nak turun naik tangga kan.. ?


02 December, 2014

Gigih ke Nak Sambung Belajar Lagi?

December 02, 2014 3 Comments
Assalamualaikum..
Tinggalkan cerita pasal rumah kejap.. sorry kepada insan2 yang pm bertanya pasal rumah, ambik masa sikit nak reply ya.. 

12 November 2014 dah pun selamat berkonvo! yeayy!!!

gambar konvo tak upload lagi sebab ada dalam laptop incik asben.  Dan laptop tu pun dah selamat rosak hasil dikejakan oleh incik dhua (T_T).  Cerita konvo nanti update dalam entry lain ye..


Dan dengan semangat yang berkobar2 ni, harusla segera survey Master pulak!  hahahhaa.. ye, memang gigih!!  Ade jugak la suara2 sumbang yg cakap "ala, baru konvo, macam tu la.. semangat beriya".  Ada aku kesah?? hahaha..  Hak masing2 la nak sambung belajar ke tak ke kan.. Yang penting, laki aku nak bini dia ni jadi professor.. eh!!?? haaaaa. bukan2.. yg penting, laki aku yang suruh sambung belajar.  ha, itu yang paling penting.

selepas di +, di -, di x, di /, maka akhirnya aku pilih jugak la UPM.  dengan harapan, masa konvo nanti, semua family aku dapat datang.  kalau tak, nanti sedih.

Master of Corporate Communication, UPM

sebab2 yang menjadikan UPM pilihan utama ni adalah:
* senang nak pegi kelas sebab memang kat dalam kampus ni je
* senang nak jumpa lecturer
* nak discount 50% yuran keseluruhan - paling penting

Lama jugak la nak pikir nak buat Master apa kat UPM ni.  Banyak program yang ditawarkan.  Master secara PJJ pun ada jugak klu nak. yg aku apply ni consider full time.  tapi aku tak la cuti belajar apatah lagi berenti keje, sebab kelas weekdays, bermula jam 6 pm.  so, takde masalah la kan.. dekat pun dekat.. tempoh masa Master ni 2 tahun, InsyaAllah.  aku apply program master tanpa tesis.  Master of Corporate Communication ni ditawarkan di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)

Asalnya nak ambik Master HRD. tapi, memandangkan dia ada kelas weekdays kul 3 pm, susah sikit.. sebab boss bukan la sporting sangat nak bagi2 keluar camtu.. Master HRD secara full time ditawarkan bawah Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP).  Kalau nak PJJ utk Master HRD pun ada, program bawah UPMET (UPMHOLDINGS). Yang ni yuran tinggi sikit kalau nak compare dengan FPP/ FBMK.  Kalau yang nak buat MBA tu boleh apply under Putra Business School (PBS).

Staf UPM berjawatan tetap/ kontrak yang tempoh perkhidmatan lebih 3 tahun boleh apply untuk discount yuran sebanyak 50%.  Memang banyak! dan sangat la rugi kalau kita tak gunakan kemudahan ni kan.. Kata lah, total yuran 12k, kita cuma perlu bayar 6k sahaja.  Then, utk discount ni hanya layak untuk program bawah Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) sahaja (cth : fakulti/ institut yang tawarkan program). Kalau ambik dengan PBS/ UPMET tak layak dapat discount.  Dan hasil google an beberapa hari tu dapatlah disimpulkan bahawa (tetiba rasa macam tengah buat assignment plak) :

program master tanpa tesis (program yang aku minat + berkaitan bidang aku je)

SGS :
FBMK (Master of Corporate Communication) & FPP (Master HRD)
Mode : Full time
Yuran 11k ++
Layak discount yuran 50%
Refer : http://www.sgs.upm.edu.my/

PBS :
MBA & MMIT (Information Technology)
Mode : Full time & part time
Yuran 25k ++
Tidak layak discount yuran 
Refer : http://putrabusinessschool.edu.my/?page_id=584

UPMET :
Master HRD & MCCOMM
Mode : PJJ
Yuran : 16k ++
Tidak layak discount yuran
Refer : http://www.upmet.upm.edu.my/

Jadinya, aku takde pilihan selain ambik Corporate Comm tu.. apepun, kene pikir masak2 sebelum apply.. sebab sambung belajar, bukan sekadar nak ada Master je, tapi kene pikir mana hala tuju kita lepas tu.  Minat pun penting jugak.  tak minat, tak jadi.

aku pun takut jugak bila bab2 komunikasi ni.  memang cemas.  tapi, bila dipikir2 balik, InsyaAllah boleh je.. dulu belajar PJJ dekat 5 tahun, boleh je.. ni Master 2 tahun je kut (sedapkan hati sendiri).  Class of course la dlm English kan.  tapi, pada aku, tu semua boleh belajar.. English aku pun bukan terel mana pun.  Hentam aje la.. yang penting bila belajar nanti aku dapat sesuatu. 

Application ni baru je submit minggu lepas.  Yg ni aku kejar untuk intake Februari 2015.  Kalau sape2 nak apply, anytime boleh, tapi akan pegi ke September 2015 intake. 

Terima kasih kat kawan2 yang aku banyak tanye.. Farah yang rajin melayan soklan2 aku.. Shu, Kak Shima yang rajin dengar keluhan2 cemas aku nih. kawan2 UUM yang sama2 pening nak pilih course.. dan sape2 je la yang terlibat :p

Doakan application ni berjaya & semangat terus berkobar !!

21 November, 2014

Kitchen Cabinet by Intech Kitchen [2] - Installation

November 21, 2014 10 Comments
Assalamualaikum.
Jom kite sambung balik cerita KC ni.  Sebelum ni dah tengok kan 3D drawing tu, so ni nak tunjuk yang real punye pulak.. hahahhaa.. ayat kelakar!

nak pasang KC  ni kene pastikan semua plug/ suis yang IK dah tanda dulu tu dah ready & boleh guna.  sebab nanti dorang akan pasangkan sekali hob, hood, oven, microwave tu.. IK ada charge RM 250 utk install hob & hood sekali untuk tebuk lubang udara (tak ingat nama) tu.. kira complete la.


dorang datang sekali hangkut semua barang2.  camni rupenye.. nanti just drill je kat umah.. yang lain2 siap dipasang kat kilang IK.
masa pasang ni, incik asben yang ada.. aku keje.  so, dia yang tengok orang ni buat kerja.. pastikan warna pintu KC yang dorang bawak tu sama dengan  yang kita request.. nasib aku pilih black mirror.  senang. dah komfom2 la 1 kaler je kan.. klu jenis yang berkaler2 tu payah jugak.. 
yang papan coklat tu, counter bar.  asalnya pilih warna kelabu, nak matchkan dengan KC hitam. tapi takde stock pulak.. yang ni kaler coklat. tapi boleh match dengan tiles kat dinding & lantai.  kire ok la tu.. cuma, nampak kontra sikit la.. material utk counter bar ni, laminate formica.  material counter bar ada banyak, tapi ktrg pilih jenis ni sebab lebih tahan lasak/ panas kalau nak compare dengan solid surface.  nak ambik yang elok lagi, mahal sangat.. ni pun kira ok dah ni.. hehehe.. 




border/ frame boleh pilih nak kaler ape.. aku ambik hitam jugak la.. takmo belang2.. 



ni hood yang dah siap pasang.  ktrg lupa nak cat dinding tu dulu. tu yang nampak bahagian dinding tu comot.  nanti ktrg cat/ tampal wallpaper je kut.. 
bawah sinki ktrg decide untuk guna aluminium sibu door je.  sebab nak bagi pengaliran udara.  bawah sinki biasa basah, takut berkulat pulak kalau bertutup semua kan.. sibu door ni IK bagi free je.. klu taknak, pun boleh. ikut la citarasa masing2.  yg ni pasang sebelah je dulu sebab pintu lagi satu ada defect.  tu kendian.
camni la rupenye KC bila dah siap + lighting.  counter bar tu nampak macam pelik.  tapi memang dah takde choice tempat nak letak..
bila letak counter bar macam ni, susah sikit la nak ambik barang kat bawah tu..  counter bar tak cantik kalau pasang sama paras dengan table top, unless kita buat guna concrete.  yang tu cantik la.. tapi, duit nye pun cantik jugak.. lepas +/- cost, ambik counter bar camni je la.. 
yang ni agak frust sikit.  sebab masa install ni Jasper tak datang & agak susah nak jumpa dia waktu tu.. yang ada cuma pekerja dia 2 orang.  then, masa pekerja tu pasang counter bar, takde sape yang tengok.  tau2 dah pasang.  tak tau la nak salahkan sape.  sebelum install KC (masa tu lampu gantung 3 bijik tu pun tak pasang lagi), ada jumpa Jasper kat rumah, then ada diskas dengan dia kat mana nak pasang counter bar.  counter bar ni dipasang last sekali bila semua dah siap.  then, aku pun cakap je la nak 1 kaki ke dalam (dari peti ais).  Jasper pun ckp ok dah jarak tu.

tapi yang jadi masalahnya, lampu gantung 3 bijik tu tak boleh pasang 1 kaki ke dalam sebab plaster ceiling tak sama tinggi & betul2 kat tengah pembahagi.  so, lampu tu kene pasang ke dalam lagi. dlm 1.5-1.8 kaki ke dalam camtu la.. sebab klu keluar lagi (dekat dengan peti ais) tak boleh, sebab wiring takde tempat nak lalu.  ni kes, buat plaster ceiling kontraktor lain, wiring kontraktor lain.. klu kontraktor yang sama, takde hal.. so, lampu tu terkeluar dari counter bar.  bila duduk kat counter bar tu, 2 bijik lampu atas kepala, sebijik je atas meja.  geram la jugak masa tu.  pekerja IK ckp, dah confirm dengan Jasper utk pasang 1 kaki ke dalam. dan Jasper tak tau pun psl lampu yang tak boleh nak pasang ikut ukuran tu.. pekerja ni terus la pasang. pastu dah tak boleh bukak/ alih dah.  klu nak alih, tiles dinding & lantai kene pecahkan.  satu hal pulak nak ganti balik kan.  

tak tau nak cakap sape yang salah dalam hal ni..aku bukan la fussy sangat pun, tapi ye la, bayar mahal2, tibe2 spoil plak tang lampu kan.. aku call jugak Jasper masa tu, tapi memang tak boleh nak buat ape dah.. nak alihkan lampu tu, kene panggil orang wiring pulak. duit lagi. sudahnye, tutup mata je la.. terpaksa rela. 

moralnya, kita kene sentiasa ada utk pantau dorang buat keje & of course PIC kita tu kan.. harus la bertanggungjawab sikit. 

ni rupe dalam KC.  tu bottle rack. 
 yang ni pun masalah jugak.. aduyaii.. yang ni aku dah terpikir sebelum approve drawing dulu, tapi diamkan aje sebab ingat IK mesti dah biasa kes2 camni kan..

masalah kat sini bila nak bukak pintu tall cabinet / oven / microwave tu.. terkena antara satu sama lain.. pastu pintu tall cabinet tak boleh bukak habis sebab tersangkut kat palang oven tu.. dah la semua tu glass.  kene hati2.. tapi aku tak yakin boleh berhati2 sampai bila2.. kita yang kat rumah tu boleh la.. tapi klu ada orang datang, terus bukak, tak perasan, abisla pecah pintu tu kan.. 

tapi yang ni dah dibetulkan.  lepas diskas dengan Jasper, ktrg setuju untuk terbalikkan 2 pintu tall cabinet tu.. so, bila bukak, pintu tu akan bertemu pintu (1 bukak ke kanan, 1 bukak ke kiri).  antara pintu tu letak getah supaya tak berlaga.  kira masalah ni setel la.. 

 kipas pun ngam2 je dengan KC.  sebaik la klu bukak pintu, masih ada jarak dengan kipas, walaupun ngam2 je.. klu tak, jenuh pulak kene tutup kipas dulu baru boleh bukak pintu KC..

black mirror 4G ni cantik sebenarnya.. sebab korang boleh buat cermin terus.. hehehe.. nanti aku cerita pulak kelebihan & kekurangan 4G black mirror ni.. huhuhu.

  owh, yang ni pulak belah atas KC.  korang kene check ye bahagian atas ni.. sebab yang ni pun IK terlupa nak tutup lubang2 tu.. 
 memang la lubang ni belah atas, tak nampak pun kan.. tapi, kalau la ada barang jatuh dalam lubang tu, camne nak ambik balik?? pastu klu jadi sarang tikus camne?  owh, klu tengok dari dalam KC, takde ape2 lubang pun, sebab ni layer yang paling atas tu.. so, means, aku ruang sepanjang KC kita tu, then ada pulak pintu masuknye.. memang baik hati tuan rumah sediakan rumah utk tikus :p

lubang ni dah tutup dah pun. sebab lepas install, nanti Jasper akan datang check defect dll. masa tu kita bagi tau semua masalah kita dan dorang akan betulkan balik. 

gambar penuh KC tak de, sebab peti ais pun takde lagi.. hihihi.. nanti2 la ye tepek gambar.. 

19 November, 2014

Kitchen Cabinet by Intech Kitchen [1] - 3D Drawing & Table Top

November 19, 2014 4 Comments
Assalamualaikum.

lama giler ambik masa nak sambung cerita pasal kitchen cabinet (KC).  hohohoho.  KC dah lama siap.. dah rasmikan pun.. tapi belum abih kemas lagi, sebab tak tau camne nak susun + mencari mood :D

ok, KC ni dibuat oleh Intech Kitchen (IK).  Boleh refer cerita IK kat post ini.  PIC Jasper.  Alhamdulillah, so far so good.  KC cantik dan kemas.  Tapi sorry tak ingat berapa hari KC siap.. rasa macam 1 minggu utk complete semua (buat sekali dengan wardrobe untuk master bedroom).

ni drawing 3D camne rupenye KC tu.. tapi ni takde gambar counter bar.  Counter bar tu letaknya kat tengah2 antara peti ais dengan dapur masak.. Plan nak letak kaunter bar kat depan, tapi kekangan ruang.. klu dapur besar, bukan stakat counter bar, island pun cantik je nak letak.. hehehe.. saiz penuh dapur ni 20 x 9 kaki.


  

material ambil 4G, black mirror, full height.  klu ikut ukuran rumah, panjang kat sinki & tall cabinet (bertentang) tu 6 kaki panjang. then, panjang dari oven - hujung tu 20 kaki.. kiranya 6x20x6 la kan.. (sory tak pandai nak tulis ukuran, sbb nanti bila buat KC, hujung dengan hujung tu tak perlu kira double).. full height tu dlm 8 kaki klu tak silap.

table top buat sekali dengan IK.  senang satu kontraktor.. lagi pun, risau klu ambik lain2 kontraktor, masalah tersalah ukuran selalu kene.. so, baik ambik satu tempat je.. table top ambik kaler hitam jugak.  tempoh masa buat table top ni, kejap je.. 2 hari dah siap.. 

mula2 kene la siapkan table top dulu kan.. klu tak, camne pulak :p 






  

nipis je kan klu tengok.. harap2 kukuh la bertahan.. sebab nak tahan lama la buat concrete terus.. jimat.. hihihihi.

pekerja yang buat ni sorang je.  pastu nanti dia akan pasangkan kita punye sinki dengan hob tu.  utk paip pun dia boleh setelkan terus, bayar je la kan.. tapi, kitorang tak suruh dia buat part paip tu.. sebabnya mmg dah plan nak suruh ayah je yang buatkan.. nak cari plumber sendiri, takde yang kenal pun.. sorry klu macam tak bape jelas.  paip tu means, nak sambungkan sinki kita tu dengan laluan air yang kat diding tu.. sekali pasangkan kepala paip. kira complete untuk sinki kita.. so, boleh terus pakai la..

ni je gambar yang jumpa utk table top yang dah siap.. camtu la rupenye.. tiles bawah guna yang putih je.. yang luar semua hitam.  


ok la, nanti sambung cerita pasang KC pulak ye..
panjang bebenor plak n3 ni.. hehehhee

17 September, 2014

Extend Dapur [lantai + tembok + grill + awning]

September 17, 2014 10 Comments
Assalamualaikum

Harini terajin nak update pasal rumah.. pasal extend dapur.
takde la projek besar mana, sebabnye dapur pun kecik..
yang extend tu bahagian luar dapur (belakang rumah)
takde pecah2 dinding pun, cuma simenkan tanah sekangkang kera tu, naik tembok & grill serta awning.  konon2 nak buat laundry area. space kecik je pun..  bentuk L pulak tu..
saiz +/- 5 ft x 20 ft

kontraktor yang buat tu semestinya la bapak aku..
hehehehe.. bukan la nak jimat sangat (jimat sikit la), tapi sebab ktrg takde kenal mana2 kontraktor utk buat renovation pun.. lagi, risau kene tipu & rumah tak siap (negatif betul pikiran)

jom kita buat entry bergambar la.. baru best nak story-mory :p

ni gambar asal belakang rumah.. er, tapi ni rumah jiran, sbb umah aku dah bersih dah masa tu.. lupa nak snap.  Tapi sama la semaknye tu, cuma aku punye ada extra pokok nan sebatang. hikhikhikhik.. tapi pokok tu pun dah selamat ditebang oleh pemaju.. tinggal lalang2 tu je.. lebar tu 5 kaki je.. 2 kaki dah siap simen, tinggal 3 kaki je yang bertanah. panjang 20 kaki.
ni plak lepas tebang pokok & tebas. ambik masa jugak nak clearkan ni sebab banyak batu.  ni yang aku cakap belakang dapur bentuk L tu.. actually pada aku besar gak belakang tu, tapi sebab bentuk L tu yang tak nampak besar tu..
tu tunggul pokok nak sebatang.. nak cabut pun bukan kemain payah lagi.
 walaupun tanah tu kecik, berpoloh nak clearkan (T_T)
mula2 naik tembok belah sini dulu.. naik tinggi +/- 6 kaki.  tinggi sikit dari kepala kita
pastu sambung belah sini pulak.. tu lubang longkang.. umah ni pelik sikit sebab longkang dia jenis tertutup.  Luar pagar tu takde lokang kalau korang perasan.  kalau longkang tersumbat, kene bukak lubang ni..  lubang ni tak boleh tutup abis.  kene ikat batu utk tinggikan sebab tanah dengan simen sedia ada tinggi gak beza.. kat situ kene tambak tanah dulu sebelum simen.
ni gambar lepas simen lantai & siap plaster dinding.
kat luar ni dah siap plug dan paip. so, memang sesuai sangat la nak letak mesin basuh kat sini kan..
 ni rupa penutup longkang tu.. pape, angkat je penutup besi tu.
ok, then bila dah siap baru la boleh pasang grill & awning tu..  memang nak buat pesen gini, takmo naik tembok penuh. sebab nak buat tempat sidai2 baju je pun.. kalau bertutup penuh, nanti rimas
 pintu pun tukar yang berpenutup camtu.. tak kan la diding dah tinggi, tapi melopong tang pintu pulak kan.. so, grill tu sekali buat pintu.  dinding rumah jiran tak plaster sebab lupa gate berkunci (rumah tu takde orang & tak tau sape owner).  nanti bila dah jumpa owner, baru ktrg plasterkan.. sebaik kontraktor ayah sendiri kan, so bila2 boleh buat.. kalau kontraktor luar, pikir 2,3 kali la nak panggil balik :p  ha, cer tengok belakang rumah ktrg tu takde longkang (hidden), tapi yg baris sebelah tu ada.. macam tak paham pulak camne dorang plan/ design.
 view luar dan dalam
 bila dah siap tembok & awning ni, terasa rumah gelap.. huhuhu.. sebelum ni tak terfikir pun, sebab rasa terang je.. then, sebab itu gak la warna KC yang dah dipilih, macam tersalah kureng sket.. huhuhu.

untuk kos keseluruhan buat dapur ni selepas campur tolak kesihatan ayah yang tak berapa mengizinkan waktu tu, buat masa bulan puasa pulak kan, so dari segi masa tu lari sikit dari yang di plan la.. 

RM 1k beli barang2 binaan (batu pasir, simen, pasir, dll) - tak sampai pun 1k sebenarnye.. ni kira max la tu
RM 1k upah untuk 2 orang. part upah ni bergantung kat kontraktor la, sebab upah lain2. yang total 1k ni +/- je ye.. maleh nak kira balik. ayah aku bayar staf dia tu gaji hari (RM 70/ day)
total RM 2k utk lantai dan tembok.

grill & awning siap semua sekali RM 2.6k.  grill tu besi hallow dan cat putih 'tak cantik' katanya.. nak murah punye pasal kan.. harga utk awning sahaja dalam 1k.

so, semua sekali RM 4.6k
---
actually aku jimat +/- RM 500 utk buat tembok dengan lantai tu.. sebab sebelum tu FIL ada bawak kawan dia.. orang tu mintak 2.5k.  tempoh masa utk siap ni pulak dalam 4 hari kerja. (ayah aku dok kampung, so selang sehari dia balik kampung, so, lama jugak la nak siap).. yang ni aku dah sekali la bayar upah utk buat simen porch depan & tampal lubang2 yang orang wiring buat dan tambah/ ganti tiles diding utk KC tu, untuk tempoh 4 hari bekerja di bulan puasa

ok, setel part extend dapur.  nanti citer pasal KC dan plaster ceiling pulak
semua dah siap :)