23 December, 2015

Anak oh Anak ~ kamu comel lah !!

December 23, 2015 1 Comments
Situasi 1
Lepas mandi tengah bersiap nak pakai baju

Mak : Meh sini cepat pakai baju ni
Anak : Pe ni mak? (tunjuk ada jarum peniti tah mana datangnye kat baju dia)
Mak : Eh, camne boleh ada jarum kat sini ni..?
Anak : Pe mak nih! Aik tak ati (ape mak ni, nasib baik tak mati)
Mak : (T_T)

Situasi 2
Nak ikut atok balik rumah

Anak : Mak, wa nak kut atok, weh? (mak, dhua nak ikut atok boleh?)
Mak : Kalau dhua ikut atok, adik ni macam mana? Adik pun nak ikut jugak..
Anak : Adik tak weh kut.. kat mah atok ada ucin anyak.. ati ucin tu gigit adik.. (adik tak boleh ikut. kat rumah atok ada banyak kucing. nanti kucing tu gigit adik) - pandai la alasan ko nak oii..
Mak : Pandai la.  Abis tu kalau dhua ikut atok, kucing tu tak gigit dhua ke?
Anak : Ati wa po men ucin tu (nanti dhua superman kucing tu - sambil buat gaya macam nak berlawan bagai)
Mak : (T_T)

Situasi 3
Duduk dalam double stroller

Mak : Dhua, dok kat bawah la, bagi adik dok atas.
Anak : anak... (tak nak)
Mak : apesal plak tak nak.  bagi adik dok atas pulak.. asek dhua je dok atas. sian adik dok bawah ni
Anak : anak.. ati wa tak pak dai enan (tak nak, nanti dhua tak nampak kedai mainan)
Mak : (T_T)

Situasi 4
Berebut ipad

Mak : Dhua, bagi mak ipad tu, mak nak main game kasut mak.
Anak : tak weh (tak boleh - sambil kusyuk tengok youtube cerita robocar poli)
Mak : Pinjam la kejap.. tu kan mak punye.. mak nak main game kasut kejap je la..
Anak : tak weh (tak boleh - sambil buat tak tau)
5 minit kemudian
Anak : Nah mak, pad.  Mak ain game kacut mak.. (Nah mak, ipad.  Mak main la game kasut mak tu - sambil hulur ipad)
Mak pun ambil dan tekan button untuk on, tapi tak boleh (dah habis bateri)
Anak : haaaa.. ocak dah.. ape mak ni! ocak dah pad tu. ayok.. mak wat.. akap ayah.. (haaa.. rosak dah.. ape mak ni! rosak dah ipad tu.. aiyook mak buat.. cakap kat ayah)
Mak : (T_T)

24 July, 2015

Hamper Raya ~ TQ Intech Kitchen

July 24, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..
Just nak update pasal dapat hamper raya dari Intech Kitchen. :)
hahhaha
Nampak sangat tak pernah dapat hamper..
Siap hantar kat rumah ye..
Actually sebelum raya Jessica ada call cakap nak hantar hamper, tapi sebab masa tu dah nak gerak balik kampung, so mintak je la dia simpankan sampai balik cuti raya nanti..
Then, hari Rabu baru ni, Intech Kitchen call balik untuk hantar hamper..
So, tunggu la kat umah..


Alhamdulillah, terima kasih :)
err, bukan takat dapat hamper je tau.  Tapi siap dapat DUIT RAYA lagi :)
dan tak expect pun banyak camtu.. Kalau ikutkan %, dapat la 1% dari 'pelaburan' kitorang tu.. tapi still consider banyak la jugak kalau 3 angka kan..? :D
Alhamdulillah, syukur.  

THANKS INTECH KITCHEN !!
---
Terus bukak page facebook Intech Kitchen .  Tengok ape lagi yang boleh tambah kat umah tu ;p

22 July, 2015

Check Defect Rumah (Februari 2014)

July 22, 2015 0 Comments
Assalamualaikum

Sebab arini dah start keje lepas cuti raya, pastu takde mood + takde boss, so boleh la update blog yang dah bersawang nih..

Dah lama nak share pasal check defect rumah lepas dapat kunci rumah bulan Februari 2014.  Hahahaha.. Setahun lebih baru nak update!! motif?? gambar baru jumpa. :D
Ingat lagi, masa check defect ni tengah MC operet lutut (ACL), so dengan bertongkat la ke hulu ke hilir setelkan hal rumah..

Cek defect rumah ni tak pasti plak semua rumah yang dibeli or camne..? Part ni incik asben yang banyak setelkan.. (Refer dengan pemaju/ agent masing2 ya) Macam kitorang ni, beli rumah dengan pemaju, tapi rumah dah siap (kami 1st owner & rumah tu last unit yang tinggal).  Kalau tak silap, rumah kami tu dah termasuk dalam kategori "rumah sub-sale".  Camtu la yang incik asben cakap..  Awal2 tu macam kompius jugak dengan status rumah, sebab ada yang kata, defect tu tak boleh nak claim sebab tempoh warranty dah habis.. Then ada jugak yang kata, defect tu hanya boleh claim kalau kita beli rumah yang belum siap (beli masa awal2 buka tanah tu)..

Alhamdulillah, 1 Mac 2014, kami anak beranak pegi la check defect umah tu.. satu per satu.. memang banyak.. Sebab dari sekecik-kecik defect sampai la sebesar2 defect kitorang check.. Beli rumah mahal kut, mesti la nak yang perfect kan..

Bende2 yang perlu ada untuk check defect rumah ni;
- rumah (mesti la kan.. hohoho)
- solatape kertas
- marker pen
- camera (henpon je)
- charger henpon

Dah ada semua bende kat atas tu, boleh la teruskan proses mengecheck defect tu.. Belek la segala yang ada.. Defect yang diambil kira macam retak, tak rata, kotoran comot (cat/ ape2 je yg nampak kotor), lebihan simen, tumpahan cat, termasuk la tingkap/ pintu kene check jugak.. boleh tutup ke tak, rapat ke tak.. pastu tiles pun kene check jugak.. Tapi yang tiles ni kitorang terlupa.. Tiles tu kene ketuk untuk tau samada tiles tu padat atau tak.. Kalau tak padat (kosong), boleh claim sebab nanti boleh pecah tau kalau tiles tu tak padat..  Pastu setiap kali dah kenalpasti defect tu, tampal solatape, tulis defect dia apa (kitorang tak tulis) dan tulis nombor supaya senang nak kira nanti.. Nanti pemaju akan check lagi sekali dengan kita.. So, bila ada nombor, takde la tertinggal..  Gambar jangan lupa ambik, untuk update kat blog.  Eh, bukan2.. untuk memudahkan kita refer balik nanti..

Ni antara defect yang ada kat rumah kitorang.. Banyak lagi sebenarnya, upload sikit je la cukup.. Sebab yang banyaknye kotoran je.. retak tak banyak sangat pun.. 



Dalam gambar tu ada sticker bulat pink kan..? Yang tu pemaju yang tandakan.  Proses dua kali sebab mula2 kita check dulu, pastu kita dengan pemaju sekali..

Owh, yang charger henpon tu pulak gunanya bukan untuk charge henpon semata2, tapi tu untuk check plug berfungsi ke tak..  Elektrik dah ada, kipas/ lampu kitorang tak pasang lagi masa tu, so, dengan charger tu kita boleh tau plug tu berfungsi ke tak.. 

Lepas setel check defect tu, part kita dah setel.. So, kene la tunggu pemaju repair balik segala defect tu.. Rumah kitorang dulu dalam 1-2 minggu baru siap semua..  Tapi, memang dorang buat balik la.. Retak2 tu takde, comot2 pun hilang.. dinding2 kotor, sume dah cat balik.  So, kitorang senyum sampai telinga :)

Alhamdulillah, syukur :)

18 June, 2015

Report Card Anak (Jan-Jun 2015)

June 18, 2015 0 Comments
Assalamualaikum
Dah lama tak hupdate blog.. 
bukan la bizi mana pun, tapi takde mood
hihihihi..

Just nak share pengalaman pertama ambil report card anak.. Hahahaha.. kelakar pun ada.. anak baru 2 tahun je pun.. Report card Tasca B (Taska Cahaya Mata), UPM ni dibuat 2 kali setahun.. means bulan Jun dan bulan Disember..

15 Jun 2016 - Date utk ibu ayah datang ambil report card.  Incik asben tak dapat pegi sebab ada meeting.  Aku pulak sebaik boss takde.. so, dapat la lari kejap.. So, pagi tu pegi sorang je.. Sekali dengan hantar Dhua..

Cikgu Dhua tu, Cikgu Fatin.  Muda belia lagi cikgunya.. So far, dia jaga Dhua ok.. Cuma Dhua ni selalu tersilap nama panggil Cikgu Siti.. Tapi kalau tunjuk gambar cikgu, dia tau mana satu cikgunya..


Alhamdulillah, so far Dhua ok je kat school.  Semua task yg cikgu bagi, dia boleh buat.. lagi pun cikgu cakap Dhua dah besar dah pun.. Dah boleh dengar kata.. Cuma dia merajuk kalau kene marah.. hmmm.. same je la perangai dia kat umah.. Tapi merajuknye tak lama pun.. 

Minum susu memang payah sikit kat school.. Kat umah apatah lagi kan.. Makan plak, kat school guna tangan kanan, tapi bile kat umah tangan kiri.. Bila suh tukar tangan, mengamuk2 tak nak.. anak.. anak.. macam2 perangai.. 

Report card ni takde nombor eh dalam kelas.. hahaha.. kalau ada, Dhua boleh dapat no. 1 ni.. :D

15 May, 2015

Nak Jual Tudung Aidijuma (AJ)

May 15, 2015 6 Comments
Assalamualaikum..
Dulu aku penah update pasal Tudung Aidijuma (AJ) yang menjadi kegilaan tu.. Sekarang ni aku dah pencen dah pun.. hahahahaa.. sorry Datin, sekejap je I gilakan tudung U.  I bukan peminat tegar nampaknye.. 

Dah lama dah pun pencen, awal tahun rasanya.. Sebab apa pencen?? Memang tak dinafikan Tudung AJ sangat cantik dan tak ditelan zaman (chewah), tapi aku rasa tak sanggup sebab Tudung AJ jugak lah aku berhabis RM sampai tak terkira.  Tambah2 plak, setiap minggu ada keluaran baru.  Sekali keluar bukan 1-2 design, kadang-kadang 8-10 design sekali keluar.. Dan setiap kali tu lah aku akan beli setiap design.  Bayangkan berapa banyak yang habis masa tu.. Tu belum campur tudung-tudung yang di 'hunting' lagi.  Yang 'hunting' ni pun satu hal jugak la.. harga memang tak hengat!!  Tudung AJ paling mahal yang aku pernah beli adalah dengan harga RM 150 sehelai.. Tudung prelove ye.. Masa dapat ni, tak pikir ape dah.. Tapi, sekarang ni bila pikir2 balik, memang membazir hanya kerana nak puaskan hati sendiri kan.. Ada lagi yang orang jual lebih mahal dari yg tu, tapi sebaik aku cepat tersedar dan kembali ke pangkal jalan :p Sebab lain yang menguatkan aku untuk pencen Tudung AJ ni adalah sebab, tudung dah banyak sangat dan sampai tak terpakai.  Sampai sekarang ni pun, aku still ada banyak lagi Tudung AJ yang belum pakai.. Ada yang basuh je, pastu tak pakai pun.. 



ni baru sikit, yang tak terhanger banyak lagi.. (T_T)

Bak kate laki aku, sana-sini Tudung AJ.  Beli je lebih, pakai nye tak pun.. hahhahaha.. Yang dalam plastik pos laju pun banyak lagi tau. Memang kene ambik masa nak sort mana yang jual, mana yang nak pakai.. Jual-jual jugak, tapi takde la jual licin.. nak jugak la selai dua yang feveret tu.. hikhikhikhik..

Actually, aku ada jugak beli lebih kadang-kadang untuk jual.. Alhamdulillah, memang laku kalau jual Tudung AJ ni.. Dapat la rezeki sikit.. Tapi yang jadi masalah dan yang membuatkan aku malas nak beli/ jual adalah tak sanggup nak berebut, berhimpit, bergaduh pasal Tudung AJ ni.. Cukup la 2x aku pegi sales.  Memang hazab nak dapatkan tudung ni.. Sekarang ni tak tau la sistem pembelian dorang macam mana.. Sebab masa nak dekat2 pencen tu, ada yang dorang buat sistem bayaran asing antara yang borong (seller) dengan yang pakai sendiri..  Ada jugak la aku baca kat fb pasal orang merungut susah nak dapatkan Tudung AJ.  Tapi berbaloi la dengan harganya kalau dijual balik kan??

Then, satu lagi pasal Tudung AJ ni, memang kene menahan segan la kalau jumpa orang yang pakai tudung sebijik, sejebon dengan tudung kita.. hahaha.. kalau tudung yang hot/ mahal takpe la jugak.. hikhihik.. kat cafe, shopping, kenduri dan jugak kat opis aku ni ha.. Ade je yang pakai sama.. Pasal tudung sama ni memang tak boleh elak pun, tapi ikut la cara masing2 kan.. Aku segan sikit klu jumpa yang sama ni.. Kadang2 laki aku siap tunjuk2 lagi kalau ada yang pakai Tudung AJ.. hahhaha.. Laki aku pun sampai tahu tu tudung AJ ke bukan.. :p

Sekarang ni dah ada macam2 label dah.. Selain white label, black label, red label dah ada pink label, blue label dan gold label.  Jangan tanya apa beza pink dengan blue label sebab aku takde selai pun antara label tu.. Masa keluaran label tu aku dah pencen.  Aku hanya ada white label, black label, red label dan green label sahaja.  Tapi aku sempat la merasa batch Paris mula2 keluar tu.. :)

Gila gigih nak pencen tu.. Aku left semua group kat facebook yang aku join.  Kat wasap pun sama.. Kalau tak, alamatnye memang tak boleh pencen la.. Alhamdulillah, aku berjaya pencen.  Hahahhaaa..
Duit pun banyak dah jimat..

Sekarang ni pakai je tudung ape2 pun.. takde brand pun takpe, asalkan tudung.. hihihii. Eh, lepas pencen AJ, aku gilakan tudung Sugarscarf & Neng Geulis pulak.. hahaha.. tapi ni pun dah pencen jugak.. Hadoiii.. 
Jangan plak ada yang bash aku pasal entry ni sudah.. hohohohoo..
ni sekadar luahan rasa je.. Sorry ya utk peminat tegar Tudung AJ.. Aku tak setegar u'alls .. InsyaAllah tudung2 yang tak pakai tu akan dijual semula.. Sekali pakat dengan adik2 aku gak nanti.. Dorang pun pencen jugak.. 
At least, dapat jimatkan ruang & tambah pendapatan :D

14 May, 2015

Cara-cara Buat Aiskrim Goreng

May 14, 2015 0 Comments
Assalamualaikum
Godek2 pc, kemas2 pc, jumpa balik gambar2 lama, termasuk la cara-cara buat aiskrim goreng ni.. dah berkurun dah pun gambar ni, tapi baru harini jumpa balik dan rasa nak update.. hahahhaa.. walaupun sekarang ni orang dah heboh dengan aiskrim pasu, aku baru nak update pasal aiskrim goreng.. hikhikhik.

takpe la, dah alang2 ambik gambar tu, terus la update kan.. senang je nak buat ni.. 

refer gambar di bawah ya :


Bahan-bahan :
- Roti
- Aiskrim

Cara-cara :

1. Ambil roti
2. Lenyek/ penyek/ leperkan roti dengan apa cara sekali pun
3. Asalkan roti jadi leper macam gambar 3
4. Tekup dengan gelas/ cawan bulat (ambil yg saiz maksimum roti). Yg ni boleh buat sekali 2 keping terus. Jimat masa.
5. Ambil aiskrim sukahati nak perasa apa
6. Letak 1 scoop (ikut suka) aiskrim dalam bulatan yang kita dah buat dengan gelas/cawan tadi
7. Ambil 1 keping lagi roti (dah siap garis bulat) dan letak/ tutupkan aiskrim tadi.  Buang keliling roti, jadikan bulat ikut bulat yang kita buat tadi
8. Kepit2 kan keliling roti tu sampai rapat. 
9. Siap! simpan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam supaya aiskrim tadi beku sepenuhnya.

---
ada juga yang cakap nak bagi lekat antara dua roti tu kene letak putih telur.. penah jugak try, tapi kalau tak pakai apa2 pun, boleh je lekat roti tu.. masa goreng pun tak terbukak.

tips semasa menggoreng:
Gunakan minyak yang banyak dan panas.  Goreng dalam 1-2 minit je..

Tu je la nak share.. hihihihi.. Skrg ni pun dah ada jual yang ready-made kan, tinggal goreng je.. tapi, ye la.. bila buat sendiri ni dah tentu2 la lebih jimat.. mahal kut yang ready-made tu :D

08 May, 2015

[ITINERARY] Bukittinggi dan Padang, Indonesia (7D6N) [28 April 2015 - 4 Mei 2015]

May 08, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..
Harini gigih nak update itinerary holiday minggu lepas ke Padang dan Bukittinggi, Indonesia.  Kali ni pergi bawak rombongan cik kiah seramai 12 dewasa, 1 budak (termasuk kite laki bini la).  Punye la lama pegi holiday ke Bukittinggi ni, sampai 7 hari.  Hahaha.. Mintak quotation kat travel agent, semua tanye balik, betul ke pergi 7 hari?? Biasa ke Bukittinggi ni 3-4 hari je.. Yes! Memang betul. Memang lama kali ni sebab masa beli tiket ni tak tengok date.. hahahahaha.. masa offer free seat Air Asia tahun lepas.  Nak tiket murah punye pasal kan, anjak punye anjak date, terus seminggu kau!! Tiket boleh consider murah, tapi book dengan 3 booking no & semua harga tiket berbeza2.  Tiket ada yang dapat RM 75/person/return, RM 96/person/return, RM 112/person/return.  Masa nak beli ni tak dapat nak sekali harung 13 person, kene buat sikit2.. tu yang tiket jadi beza2 tu.. tapi, ahli rombongan kata ok je harga tu, so proceed. :)

Ok la, straight to the tajuk, ni itinerary Bukittinggi-Padang, Indonesia selama 7 Hari, 6 Malam.  Tiket flight pergi tu ambil flight pertama, jam 8 am, balik pulak flight last, 2 pm (flight balik 2x sehari je, pagi & petang).  Kami stay kat Bukittinggi dulu, 4 malam, pastu baru gerak ke Padang untuk 2 malam last tu..

DAY 1 (28 April 2015 - Selasa)
KUL - PDG (Tiba di PDG 8 am (waktu Indonesia)
Air Terjun Lembah Anai
Rumah Gadang Minangkabau
Lunch @ Rumah Makan & Restaurant Pak Datuk
Sulaman Putri Minang
Satu Karya Pandai Sikek
Yenni Bordir
Check-in Hotel Benteng, Bukittinggi
Dinner @ Ayam Penyet Wong Semarang
Persembahan Kesenian Minang

DAY 2 (29 April 2015 - Rabu)
Panorama Sungai Landia
Kelok 44
Tasik Maninjau
Lobang Jepang
Lunch @ Rumah Makan & Restoran Gon Raya Lamo
Pasar Aur Kuning
Dinner @ Rumah Makan & Restoran Gon Raya 
Ramayana @ Plaza Bukittinggi
Jam Gadang

DAY 3 (30 April 2015 - Khamis)
Sulaman & Bordiran H. Rosma
Lembah Harau @ Payakumbuh
Lunch @ Restoran Sederhana, Bukittinggi
Check-in Hotel Graha Muslim, Bukittinggi
Pasar Atas
Dinner @ Restoran Kubang Hayuda

DAY 4 (1 Mei 2015 - Jumaat)
Sanjai @ Keripik Ummi Aufa Hakim
Kiniko Kopi
Istano Basa Pagaruyung
Lunch @ Pondok Flora Restaurant 
Tasik Singkarak
Dinner @ Wadjan Resto

DAY 5 (2 Mei 2015 - Sabtu)
Pasar Aur Kuning
Lunch @ Rumah Makan & Restoran Gon Raya Lamo
Pasar Atas
Ramayana @ Plaza Bukittinggi
Bika Talago
Dinner @ Rumah Makan Lamun Ombak, Padang
Check-in Hotel Garuda, Padang

DAY 6 (3 Mei 2015 - Ahad)
Pantai Air Manis (Batu Malin Kundang)
Jambatan Siti Nurbaya
Lunch @ Restoran & Rumah Makan Mama Restu
Plaza Andalas
Pasar Raya
Pantai Muaro
Dinner @ Pondok Baselo Lubuk Idai

DAY 7 (4 Mei 2015 - Isnin)
Lunch @ Rumah Makan Buana Lestari
Airport (PDG-KUL @ 1.55 pm)


Seronok pergi lama2 ni, sebab tak rushing & boleh repeat mana2 tempat shopping (especially).  So, takde la nak terkejar sana sini.. Petang sebelum keluar dinner, kami balik hotel dulu, mandi2, solat, pastu baru kuar balik.  Kire ok la.. Yang tak bestnye pergi lama2 ni, duit habis tak hengat! huhuhu.. Siap g cucuk duit kat atm lagi.. Tu belum kira lagi yang tukar kat money changer or kat kawan2 kan.. (T_T)

Kawan2 ada yang tanye, ape bezanya or ape bestnye kalau nak dibandingkan dengan Bandung??  Semua sama je.. Kain sulam pun tak banyak beza.. tapi, harga +/- je dengan Bandung.. kalau tak pandai, harga kat sini akan jadi lebih mahal lagi dari Bandung.. Pastu kat Bukittinggi ni rata2 peniaga suka guna RM.  Bila tanya harga je, siap2 dia bagi dalam RM.  Sampai pening nak convert balik (rugi la klu bayar dalam RM kan).  Then yang betul2 membezakan Bukittinggi dengan Bandung, JALAN TAK JEM!! itu yang paling best :)

21 April, 2015

Duit Adat dalam Perkahwinan di Negeri Sembilan

April 21, 2015 0 Comments
Assalamualaikum.
Godek2 pc, jumpa plak gambar ni... so, nak share la untuk makluman orang Negeri Sembilan.
kenapa orang Negeri Sembilan je? Sebab rasanya negeri lain takde kut kene bayar duit ni..
Kalau tak silap, orang panggil ni duit adat. (kalau tak silap la.. then, lain tempat lain panggilannya)



Duit ni kene bayar cash masa hari nikah tu.. Kiranya yang perlu sediakan duit ni adalah pengantin lelaki (yang berkahwin dengan orang Negeri Sembilan).  Duit ni biasanya dimasukkan dalam sampul asing2 ikut jumlah tu..

Jumlah duit ni berbeza-beza ikut tempat dan keadaan.  Yg ni masa wedding sepupu kat Johol bulan Disember 2014 yg lepas.  Then sepupu yang kawen bulan Mac 2015 baru ni kat Seremban, duit tu lain sikit.. contoh duit untuk saksi, dibayar sebanyak RM 25/ seorang.  Pastu yang duit adat RM 60 x perlu dibayar sebab majlis tak dibuat di rumah pusaka.  Yang ni tak berani nak komen panjang.. elok p tanya family/ sape2 yg lebih ariff pasal ni.. Adik kawen baru ni duit adat RM 60 tu kene bayar, then direct bagi kat mak.

tu je la nak share.. hehehe.. bukan apa, boleh la standby2 duit untuk yang bakal berkahwin.. Sebab, pasal duit ni jugak la laki bini bergasak, ada yang bergaduh sebelum nikah, yang tak jadi nikah, sume ada la.. macam2 hal.

08 April, 2015

[ITINERARY] Langkawi 5 Hari 4 Malam

April 08, 2015 6 Comments
Assalamualaikum.
sorry lambat update
saje nak share itinerary Langkawi selama 5 Hari 4 Malam.
31 January - 4 February 2015
kut2 la ada yg terbeli tiket lama macam kitorang ni ha.. :D

DAY 1 (31 Jan 2015) - Sabtu
KUL-LGK (sampai LGK 10 pm)
Pick-up kereta sewa (Anox Travel & Tours)
Check-in Regalia Inn & Spa @ Kuah

DAY 2 (1 Feb 2015) - Ahad
Sarapan @ Kuah
Wildlife & Bird Paradise
Ayer Hangat Village (hot spring)
Lunch @ Mee Rebus
Pantai Pasir Hitam
Makam Mahsuri
Shopping @ HIG
Shopping @ Idaman Suri
Check-in Havana Guest House @ Kuah
Jalan2 area Pantai Chenang
Dinner Asam Pedas @ OK Boss, Pantai Chenang

DAY 3 (2 Feb 2015) - Isnin
Cable Car & Oriental Village
Beras Terbakar
Lunch @ oriental village
Check-in The Cabin @ Pantai Chenang
Nusantara Maju (Gamat)
Dataran Lang
Dinner @ Aliah Seafood, Pantai Chenang

DAY 4 (3 Feb 2015) - Selasa
Island Hopping
Lunch @ Jom Ikan Bakar
Jalan2 area Pantai Chenang
Dinner @ Meet Uncle Bob (tak jauh dari Nusantara Maju)

DAY 5 (4 Feb 2015) - Rabu
Check-out
Galeri Perdana
Lunch @ Mee Rebus
Shopping @ HIG
LGK-KUL


---

sebab pegi lama sangat kan, so, banyak masa terluang.. ada jugak yg kami keluar dah nak t/hari dah pun.. ada gak yg keluar pagi, t/hari balik hotel balik.. pastu petang baru kuar balik..
Langkawi panas sangat time ni!!
kiranya holiday kali ni memang betul2 holiday la..
tak rushing nak ke mana2
:)

07 April, 2015

Kebaikan & Keburukan KC 4G (pandangan & pengalaman sendiri)

April 07, 2015 2 Comments
Assalamualaikum..
lama sungguh nak ambil masa untuk update pasal "kebaikan & keburukan kitchen cabinet 4G"
hihihi.. macam tajuk karangan..

terima kasih kat sorang reader ni yg remind pasal karangan post ni :)

sebelum ni, nak bagi tau awal2 ye.. ni just pandangan dan pengalaman sendiri je.. takde kene mengena dengan orang lain.  mungkin, ada yang kebetulan sama, dan mungkin ada yang tak sama dengan anda, anda & anda.  Mana yg relevant boleh la jadikan panduan ye kawan2 sebelum memilih material utk KC anda..

Specification :
Keseluruhan KC menggunakan material 4G, black mirror.  Faktor warna turut memainkan peranan ye kawan2.

KEBAIKAN :
- kotoran tidak lekat (contoh: minyak, kunyit, dll)
- ekslusif dan cantik (harga 3G & 4G tak banyak beza pun)
- boleh buat cermin (sambil masak, boleh tengok muka kat cermin. hahahha).  pagi2 klu berebut cermin nak bersiap g keje, boleh guna KC je.. - klu ambil jenis mirror la
- lebih tahan lama berbanding material lain (contoh melamin)
- mudah dibersihkan
- pintu/ permukaan KC tak kembang klu kene air.  tak lap pun takpe, tapi lepas tu nampak kesan berbelak2 la pulak kan.. 
- tidak mudah terbakar/ panas.

KEBURUKAN :
- nampak cap jari (tambah2 guna kaler hitam, so memang jelas nampak). kaler putih tak nampak.  kesan cap jari sangat kritikal sebab 4G takde pemegang bahagian luar mcm 3G.  automatik kita akan terpegang pintu KC tu setiap kali nak buka dan tutup. - Intech Kitchen memang ada inform psl cap jari ni masa buat keputusan dulu
- kene rajin lap, kalau tak nampak berbelang2 dengan kesan cap jari/ minyak/ dll
- bahagian atas pintu KC mudah meresap minyak/ air sebab permukaan tu takde cover (yg ni belum jadi lagi, mybe utk kesan jangka masa panjang - terbaca kat blog mana tah)
- anak jadi geram bila nampak muka sendiri kat KC (refer to kebinet bawah).  So, anak akan dengan sengaja main2 kat situ.. [incik Dhua kita, siap langgar2 pintu KC dengan kereta dia (T_T) ]

rasanya tu je kut yg kite nak share.. hohohoho.. sorry, klu2 takde info yg dapat membantu dlm proses pemilihan KC anda ye..

KESIMPULAN :
saya memang berpuas hati dengan KC material 4G ni, cuma agak menyesal memilih full black mirror.. sebab dapur jadi gelap tambah2 lepas extend dapur dulu tu.. Masa decide kaler tu, dapur tak siap lagi, memang terang-benderang.. bila dapur dah siap, terus gelap.. siang2 pun kene pasang lampu klu nak masak.
tapi, sebab dengan adanya mirror tu, sedikit sebanyak nampak dapur luas sikit, cuma agak gelap.
pastu, black mirror tu dah ok dah . cun. cantik.. tapi lagi cun klu just guna utk wall cabinet sahaja.. yg bawah tu anak suka main la pulak... siap ketuk2 bagai (T_T).  ni semua sebab boleh buat cermin kat situ kan.. bawah tu klu buat black biasa pun dah ok dah.. 
kalau la dulu pilih kaler putih pun takpe.. sebab 4G ni tak kotor..  dulu tak berani ambik putih, sebab takut kotor kat kunyit/ minyak/ dll.. tapi, 4G ok je klu nak warna putih.. memang kotoran tak lekat.
redha je la.. tak boleh nak tukar dah pun.. tunggu la 20 tahun lg ke, tukar pintu KC tu :p

18 March, 2015

Anniversary ke-5 ~ ke mana kita??

March 18, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..

Tibe2 je terpikir pasal nak celeb anniversary yg ke-5 nanti.. Lambat lagi, bulan Mei..
Seminggu dua ni memang asek dok klik2 AA tu je ha..
Tapi, blom dapat lagi yg betul2 'in' dengan bajet & date..

Bukan la tiap kali anniversary pegi holiday, tapi ade la sekali dua je pegi sempena anniversary..
yg memang pegi celeb anniversary masa yg ke-2 dulu, ke Sabah & yang ke-3 ke Bali.  Yang lain nan-hado.. 

So, cadangnya yang ke-5 ni nak jugak la berjalan 3 beranak.. 
Dalam list sekarang ni, Phuket, Hanoi, Borracay & Jakarta..
Actually last year dah pegi Jakarta masa ke Bandung dulu, tapi kali ni target klu pegi Jakarta tu nak lepak kat Puncak.  Macam best je tempat tu..

tengok, taste obersea aje..!! hahaha.. takla, ni pun sebab incik Dhua suka sangat naik flight.. klu nampak kapal terbang tu, sibuk cakap "mak, wa nak atu"
haaaa.. kene la tunaikan permintaan anak ni kan.. 

eh, dah la.. merepek lebih.. beli tiketnye tak pun kan.. hahhahaaa..
kan best, klu tibe2 dapat surprise tiket g holiday ke kan..? hahaha
asek kite je yg pening pikir nak ke sana sini..

05 February, 2015

Back to Reality ~ no more holiday2

February 05, 2015 0 Comments
Assalamualaikum.
Rasa menyesal pulak tak apply cuti harini.. hohohoo.. kang klu EL kang, masuk pulak dalam ulasan SKT 2015 (T_T)
gigih la aku pegi keje arini.. kesian kat Dhua. menangis2 tak mo pegi school.. Sure dia penat sangat.  Sebab kene follow jadual school lagi.. Kalau kat umah ni, sure dia tido sampai ke petang. hahahhaa

Nanti nak update pasal holiday minggu lepas.. pegi Langkawi je pun.. hahhaa.. sebelum ni dah pegi, tapi tak update pun.  So, kalini dengan penuh semangat nye nak update jugak :D


ni gambar yang aku snap dengan henpon.  lawa tak?? hahaha.. ni gambar real tanpa editing ye. (motif??) 
masa ni kat Pulau Beras Basah.  punye la panas Langkawi ni ya ampuuuunnnn.. pegi dah la lama.. 5 hari 4 malam.  mula2 tu rasa punye la lama lagi nak tunggu time balik, tapi bila cukup time, rasa taknak balik.. (itu normal kan?) . orang cakap apehal la pegi lama2 sangat Langkawi tu.. pegi 3 hari pun dah cukup dah.. boleh round habis satu pulau.. aku pegi 5 hari sebab nak tiket murah punye pasal la kan.. (tp bila kira cost kat sana, serupa pegi kejap je)..  Tapi, aku rasa best jugak pegi lama2 ni, sebab tak terkejar2 kat sana.. Boleh rilex2.. sempat jugak la ko nak bangun tengahari.. hahahaha.

next n3 aku update itinerary ye.

20 January, 2015

Alhamdulillah. Thank you ALLAH

January 20, 2015 0 Comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Permohonan nak sambung master dulu tu dah dapat dah.. untuk kemasukan Semester Pertama 2015/2016 iaitu pada September 2015 nanti.  Sempat la nak uruskan surat-menyurat berkenaan pengurangan yuran (especially) :D
mula2 tu salah faham sebab ingat masuk intake Februari 2015.  Rushing jugak la klu Februari..
Tapi bila mengenangkan balik masuk September ni, risau pulak dah jadi malas time tu.. hahahhaha.. cepat betul malas tu datang :p
ape pun, InsyaAllah akan belajar sebaik mungkin.. 2 tahun je kan.. bukan lama mana pun.. dulu belajar dekat 5 tahun takde hal la.. hihihihi..
owh, yg ni full time ye, bukan PJJ.


Berita gembira yg kedua, incik asben dah dapat tetap kat UPM.  Alhamdulillah.. Kontrak kat UPM ni dalam 7 tahun jugak la baru dapat tetap ni.. Pernah dulu kene tendang sana sini.. kejap sambung kontrak.  kejap tak sambung.  kejap dapat 6 bulan.  kejap sebulan.. huii, pening!  Kejap ada gaji, kejap takde gaji.. Akhirnya dapat jugak rezeki nak jadi warga tetap UPM ni...  Jadinya, duduk la kat UPM ni sampai pencen umur 60 tahun.   Ngam2 servis 30 tahun kat UPM.
Masa dapat tau ni menitik jugak la air mata.. Kitorang je tau camne rasanya bila pasangan keje kontrak.  zaman2 dulu boleh la kata secure even kontrak je, tapi tak lagi start tahun 2013.  Hujung tahun je semua berdebar2.. sambung ke tak sambung.  Surat tawaran pulak akan keluar bila dah hujung2 tu.. Memang sesak la napas nak tunggu..
Ape pun, penantian dah berakhir.  

Semoga incik asben terus bermotivasi utk bertugas di UPM.
"BERILMU BERBAKTI"


Thank you Allah untuk rezeki ni :)

05 January, 2015

1st Day ke Taska

January 05, 2015 1 Comments
Lagi 10 hari genap umur Dhua 2 tahun
dan harini 5 Jan 2015, 1st day & 1st time Dhua ke taska
Taska Cahaya Mata (TCM), Koperasi UPM Berhad
sejak lahir tak pernah hantar/ tinggalkan dia dengan orang yg kita tak kenal..
harini lah pertama kalinya


perasaan??
takut sangat ! tipu la kalau kata tak takut kan..
walaupun Dhua tu dah dikira besar jugak la, sebab dah boleh menjawab apa yg kita tanya, tapi perasaan takut tu tetap ada.

pagi tadi dia menangis sampai hilang suara.
ke hulu ke hilir
ke depan ke belakang sambil menangis panggil mak.
sedih betul tengok.
tapi, sekejap je tu..
Dhua kan mesra dengan semua orang.

sampai kul 9 jugak la duduk kat taska tu tadi tengok dia
dan sepanjang masa dari kul 7.30-9 am, dia menangis tak berenti.

tapi,
tinggalkan jugak dia.

lunch tadi pegi tengok kejap
Alhamdulillah, tengah tido
cikgu kata dlm setengah jam lepas mak balik, dia dah ok dah, cuma cikgu tak boleh hilang dari mata

cikgu ckp, Dhua dah main2 dah dengan kawan..

---

Alhamdulillah, mak tau Dhua baik.  Dhua pandai bawak diri kan.. selalu mak pergi work, Dhua ok je main dengan kawan2.  kadang2 kalau ada kawan datang rumah, Dhua nak ikut balik pulak.. :p



mood : tak sabar nak tunggu kul 5 pm.