31 October, 2011

KRABI ~ Day 2 (28.07.2011) - part 2

October 31, 2011 2 Comments
lame giler baru nak sambung citer ni..
hahhahaaa.. sorry..


agak2 klu dah lupa citer ni, sila refer SINI dan SINI

ok2, jom sambung citer..


masa dalam perjalanan tu, kami borak2 la dengan Mr. Keao tu..
dia ni pendiam sikit.. so, kami mulakan perbualan..

incik asben la yang banyak cakap..
aku dengar je..
menyampuk sekali sekala..

borak punye borak, dia offer naik van kawan dia mase kami nak balik nanti..
masa tu plan nak gerak balik dari Krabi, 30 Julai 2011.
tapi, memandangkan aku ni rambang mata dan tamak haloba nak pergi island hopping & hot spring, maka masa untuk balik tu masih dalam peringkat perbincangan..
dia offer van dari Ao-nang direct ke Hatyai dengan tambahan harga 250 THB.
menarik jugak tu..
kiranya tambang teksi Ao-Nang ke Krabi Town tu ganti sahaja dengan tambang Van dari Ao-nang ke Hatyai..
(Krabi Town ke Hatyai 250 THB)
kira sama je la..
tapi masa tu tak confirmkan lagi dengan dia samada kami terima ke tak offer dia tu..
kami cakap, nanti sehari sebelum balik, kami inform..

lepas tu pulak, dia offer pakej island hopping kawan dia
masa ni, dia plak yang banyak cakap.
English dia tak berapa ok, tapi masih boleh faham.
dalam keadaan yang agak kelam kabut sebab dia sangat2 la teruja nak offer pakej kawan dia tu, dia pun berhenti kat sini..


kat office kawan dia..
kami dah pelik. tercengang..
eh, dah sampai ke?
dia cakap boleh discuss dengan kawan dia..
tapi harga yang ditawarkan untuk island hopping mahal jugak..
aku dah cakap kat incik asben, pakej island hopping (phi phi island) paling murah boleh dapat 950 THB. so, selagi tak cecah harga tu, jangan terima..
harga yang dia tawarkan 1400 THB. mahal !

elok je kami masuk dalam office tu, Mr. Keao turunkan beg2 kami dari bonet..
dia cakap dia nak cepat..
masa tu aku dah mula bengang.
aku dah bayar teksi sampai ke hotel.
ni tah kat mana tempat pun aku tak tau..
dalam hati memang dah marah dah.
sakit hati sangat..
baik sangat pun tak boleh jugak dengan dorang ni..

lepas je Mr. Keao blah, kawan dia paksa-paksa kami untuk ambil pakej dengan dia..
lama jugak tersangkut kat situ..
nak balik hotel, tak tau nak naik apa..
nama tempat ni pun tak tau kat mana..
lepas berkeras (susah jugak la), kawan dia tu terus call Mr. Keao
agaknya mengadu la kut cakap yang kami ni tak nak ambil pakej..
serba salah jugak masa tu..
kalau ambil, mahal..
kalau tak ambil, takut balik nanti teksi tak dapat jemput..
dua2 rugi.. tapi, nasib la..
tekad je masa tu, nak naik je pape transport yang ada kat luar tu
asalkan boleh sampai hotel.
takut lagi lama kat situ, lagi susah nanti..
nasib baik nampak tuk tuk..

baru je nak tahan, salah seorang staff kat situ tolong tahankan..
deal, tuk tuk tu hantarkan kami ke hotel. 
tak perlu bayar apa-apa
baru senyum :)

rupanya jauh jugak Mr. Keao tu dah hantar kami..



borak dengan driver tuk-tuk, dia cakap tambang 20 TBH seorang
(RM 2.00 seorang - seperti yang telah diambil maklum)

dalam 5-10 minit juga naik tuk-tuk.
hati masih panas lagi..

sampai hotel, baru boleh senyum lebar :)
hotel cantik !
sama macam dalam gambar yang tengok kat website dia..
layanan pun baik
mase nak check in (lebih kurang jam 3.30 pm) ada welcome drink.. elok sangat, sebab memang dahaga giler..


ok, cerita pasal hotel pulak..

ada banyak hotel kat sini..
ikut bajet masing2 la untuk hotel ni..
berhari-hari jugak aku survey untuk dapatkan hotel yang best.
yang penting, padan dengan nilai yang dibayar..
hotel kat sini ada yang serendah 400 THB tau. kena rajin survey, ok.




hotel yang kami duduk namanya Aonang Buri Resort



camni la rupanya hotel ni.. cantik.


bilik kami di tingkat 2 .  no bilik 216




hotel bertaraf 3 bintang je
harga 1200/ night (RM 120 semalam)
bilik superior dengan breakfast 
ni pun, aku tempah melalui emel sahaja..
bukan direct dengan website dia.
bilik superior ni katil twin
tak best ek? <-- gatal
Ms. Peerada suggest katil dirapatkan, aku suka.
(senyum)
then, aku request plak untuk honeymoon decoration <-- sah gatal
yg ni pun, Ms. Peerada kata ok
FOC sahaja.
(senyum lebar)

lepas check in, masuk je bilik, terus nampak 2 ekor itik..
hehehhe.. comel.
pastu ada bunga ros tabur atas katil..

incik asben cakap, "bilik murah pun dapat deco camni ke?"
owh, itu request gatal namanya.. hahahaha..

sangat puas hati dengan bilik..
bilik tu dah di tukar kepada bilik deluxe
suka3 !
katil dapat katil queen, bilik air pulak siap ada bath tube lagi..
harga sama, ok.. mungkin ada bilik kosong kut.. tak pun, dorang malas nak rapatkan katil ;p
wah seronok ni!
cuma satu je yang tak best hotel ni..
takde free wi-fi
sabor je la..
kalau nak guna, sila bayar sejam 60 THB.
tak kesah la.. macam la ada masa nak online.. hikhikhik..
tv, safety box, payung & selipar ada sekali





swimming pool hotel ni besar gak

sangat berbaloi la dengan bayaran RM 120 semalam.


kalau nak massage kat sini pun ada..
harganya mahal sikit kalau nak bandingkan kat luar




ok la kan.. nak demand lelebih pun tak boleh la..
sesuai la dengan harganya tu.. :)


lokasi hotel ni di pantai Noppharattara
laut betul-betul depan hotel..
boleh dengar bunyi ombak.
jarak ke Ao-Nang lebih kurang 1.1 km
macam jauh, tapi tak jauh mana pun..
boleh jalan kaki, sebab sepanjang jalan tu ada macam2 kedai dan hotel..
so, memang tak takut kalau nak jalan kaki..
atau bayar saja 20 THB (RM 2.00) untuk naik tuk tuk
ni flat rate untuk area Ao-Nang

lepas rehat2 jap, kemas barang sikit2, kami decide untuk kuar carik makanan..
perut sudah berbunyi2..
kami jalan kaki je ke Ao-Nang
cari kedai yang ada bulan bintang..
ada banyak.. kene pandai pilih..
salah pilih, bajet lari. hahahha

kami pusing2, tapi masih lom jumpa kedai yang berkenan.
sudahnya kami cari pakej island hopping dulu.
sebelum pergi dulu ada jumpa blog ini
last minit survey, jumpa yang berbaloi.
nasib baik dia pantas reply emel. thanks !
usaha sedaya upaya cari Anna Universal Traveller..
katanya dia dapat 950 THB.
dua kali round, akhirnya jumpa jugak..
bawah hotel cik puan sholihah duduk..
lalu dah banyak kali, hotel nampak, Anna Universal Traveller tak nampak..
tu yg signboard kuning tu..




sampai je situ, tengok dia tulis harga phi phi island 1200 THB.
ah, same jugak mahal..



hmm.. tapi try je la kut2 boleh murah..
terus tanya budak ni boleh bagi discount ke tak..


tak tanye pulak budak ni nama ape.. tapi bercakap sangat la lemah lembut ~

nego punya nego, dapat 900 THB (RM 90.00) per person.
FYI, klu pakej ke phi-phi island ni memang mahal.. biasa dorang akan letak 1200 THB. nego la sehabis mungkin.. kalau nak murah sikit, boleh pergi 4 island.. boleh dapat dalam 700-800 THB. pakej ni kene tanye naik bot apa ya kengkawan..
sekali kang dia bagi long tail boat (ala2 bot tradisional tu), susah jugak..
orang kata, bot jenis ni mudah terbalik..
lagi pun, jauh tau phi phi island ni..
harga yang kami dapat tu, dengan speed boat. perjalanan lebih kurang 45 minit.

pakej phi phi island yang kami dapat :
1- Phi Phi Don
2- Bamboo Island
3- Monkey Beach
4- Phi Phi Leh
5- Viking Cave
6- Pileh Bay
7- Loh Samah Bay
8- Maya Beach

** nanti aku cek balik nama2 pulau ni.. banyak sangat, lupe dah.. hehehhe

lepas tu terus nego pulak untuk pakej hot spring..
teringin sangat nak pegi kat emerald pool tu..
sangat cantik..
semua ni 1 day package.. so, kalau nak pergi jugak hot spring ni kene balik lambat la..
29 Julai pergi phi phi island, 30 Julai tu sepatutnya check out & balik ke Hatyai..
lepas diskas dengan incik asben dan kata sepakat dicapai <-- skema
boleh pergi hot spring.. hehehe suka3 !
pakej hot spring ni kami dapat 850 THB (RM 85.00) per person.
total untuk dua2 pakej 3500 THB (RM 350.00) - 2 orang


pakej hot spring yang kami dapat ni :
1- Elephant Tracking <-- kalau tak nak ini boleh juga, harga kurang sikit 
2- Tiger Cave Temple <-- yang ni tak boleh tolak.. kene ambil sekali
3- Hot Spring <-- ok je klu ke sini
4- Emerald Pool <-- tempat ni memang nak pergi.. sangat cantik


puas hati dengan harga yang kami dapat ni..


owh, dalam kedai ni jugak ada menyediakan perkhidmatan internet..
berapa RM sejam tak pasti pulak..




bleh la ke sini, kalau2 nak guna internet..
dan tak perlu la nak berdiri lelama camni




dekat sini




semata-mata nak guna wi-fi untuk login FB..
sudahnya FB kene block sebab lupa security code
hahhaha

hampa sebab FB kene block, terus pusing2 cari kedai makan..
nak google kedai makan best kat situ pun tak dapat,
so, call aje la cik puan sholihah tanye apa nama kedai yang dia makan dulu..
akhirnya jumpa.


nama kedai "Jamai"



kedai biasa je, harga biasa jugak kut..
'kut' sebab dua orang makan 390 THB. 
makan nasik je pun.. tomyam yang mahal. 60 THB. klu kat sini tak sampai pun kan..
tak pe la, rasa tomyam dia tak sama macam kat sini
sedap!
kakak tukang masak kadai ni pandai cakap melayu..




lepas makan, kami jalan-jalan kat area ao-nang sahaja..
beli souvenir.. tengok2 baju..
then, beli beg waterproof ni..



harga yang kami dapat 300 THB, untuk saiz paling kecik..
banyak kedai yang jual beg ni..
berkenan kaler pink, tapi harga mahal la pulak..
tak kesah la.. asalkan boleh simpan barang..
beg ni plan nak bawak g island hopping esoknya..


kami jugak jumpa ni..




pakej lagi murah dari yang kami dapat.. huhuhu
tak pe la, dah beli dah pun..
so, pengajarannya : kene survey / nego habis-habisan..
sebab harga atas ni mungkin boleh dapat murah lagi..


abis semua tempat kami round..
then, baru singgah gerai tepi jalan ni..
makanan kat sini halal. harga pun murah.

kalau ke sini, mesti nampak deretan gerai2 ni..
mudah je nak carik..



terus order pancake mangga. harga cuma 25 THB.




harga ikut perisa & ikut tempat.. ada gak yang jual pancake ni dengan harga 40 THB.




dah penat berjalan, terus balik hotel.


balik hotel, tengok tv.. buat2 paham aje la..
semua kan bahasa Thai, dan takde sari kata..
so, tengok gambar sahaja :D


malam ingat nak kuar, tapi kami dah penat..
so, lepak di bilik sahaja..


esok, jam 8.30 am nak kene ready untuk island hopping..
dorang pick up kat hotel..


owh, sebelum terlupa, kalau sesape yang nak datang ke Thailand ni beli la siap2 plug camni
ape tah nama plug ni.. plug 2 pin eh? - tak tau la..




sebab Thailand tak guna plug 3 pin macam kita..
kalau takde plug gini, memang tak dapat la nak cas henpon ke kamera ke..


kalau tak nak beli pun tak pe, boleh sewa dengan hotel
deposit (dipulangkan semula) THB 100 = RM 10 sahaja.


ok, sambung lagi yer..