SPAMMING! Apa itu Spamming? Ia adalah suatu aktiviti penyalahgunaan sistem saluran maklumat elektronik bagi tujuan penghantaran pesanan dan maklumat yang tidak dikehendaki secara pukal atau dalam kuantiti yang banyak. Spam lebih dikenali dalam bentuk e-mail, namun terma tersebut adalah juga digunapakai bagi penyalahgunaan saluran maklumat lain seperti instant messaging (IM) spam, newsgroups spam, spam di laman blog, guestbooks spam dan juga spam di perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Pengiklanan menggunakan spam, sebagai satu cara mudah dan murah untuk mengiklan produk, kerana kos ditanggung oleh ISP (Internet Service Provider) seperti Jaring dan TM Net. Oleh kerana bilangan spam yang terlalu banyak, 'spammer' menjadi sukar untuk dijejaki dan dikenalpasti identiti mereka. Spam telah menjadi satu penyakit di dalam dunia elektronik. Ia menyebabkan pelbagai masalah di peringkat pengurusan maklumat kerana memberikan kos tambahan kepada pengurusan pengkalan maklumat, kos bandwidth, kos penghantaran tambahan oleh pelayan e-mail dan pelbagai lagi.
CARA SPAMMER MEMPEROLEHI ALAMAT E-MAIL ANDA :
* Pendaftaran e-mail di laman web awam.
* Pendaftaran e-mail kepada aplikasi program.
* Organisasi yang tidak bertanggungjawab menjual e-mail anda kepada pengiklan.
* Laman web perbincangan seperti forum, newsgroup dan sebagainya.
* Menggunakan spyware yang kemudian membaca e-mail dari address book dan menghantar kepada pengkalan data spammer.
* Pengumpulan alamat e-mail daripada bantuan laman-laman web rasmi dengan bantuan Spambot.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA MENERIMA SPAMMING-MAIL :
1. Jangan mengirimkan aduan anda ke pengirim spamming-mail.
2. Kirimkan aduan anda pada Internet Service Provider (ISP).
3. Bila domain alamat anda @yahoo.com , sila rujuk ke http://help.yahoo.com/help/us/mail/read/read-22.html
4. Jika menerima spamming e-mail yang beralamatkan @yahoo.com atau @yahoo.co. jp , sila majukan spamming-mail tersebut ke abuse@yahoo.com
13 LANGKAH PENCEGAHAN SPAM
1. Guna e-mail lain (selain e-mail untuk perniagaan) sewaktu berurusan.
2. Guna kemudahan penyekatan junk mail/spam filtering dan popup blocker.
3. Guna perisian anti spam, anti virus, anti spyware dan firewall di pc anda.
4. Jangan setuju kepada site yang menjanjikan bahawa alamat anda akan dihapus dari suatu senarai spamming-mail.
5. Janan melakukan "unsubscribe" kerana spammer dapat memastikan bahawa e-mail anda diterima dengan baik.
6. Jangan membuat capaian kepada laman web yang dicadangkan dalam spamming-mail tersebut.
7. Jangan klik pada setiap link di setiap spam yang anda terima.
8. Jangan bertindak balas kepada e-mail spamming.
9. Jangan menggunakan "catchall e-mail".
10. Aktifkan anti-virus dan firewall pada pc anda.
11. Aktifkan anti-relay pada sistem server e-mail.
12. Papar penulisan dengan menggunakan gabungan dalam bentuk gambar atau gunakan javascript.
13. Bila membaca e-mail seperti outlook express, pastikan membaca dengan "plain text" bukan html.
SALURAN ADUAN JENAYAH SIBER :
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Hotline : 1-800-888-030 / e-mail : aduanskmm@cmc.gov.my / http://www.skmm.gov.my
SUMBER :
IT Bersama iDEC,UPM Bil. 04/2009
09 November, 2009
SPAMING ~ Junk Mail
by
Unknown
on
November 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
WOW....rajin bona menaip poster nie :P spam spam
Post a Comment