:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

25 June, 2014

Kegilaan Baru - Tudung Aidijuma (AJ)

Salam.

Tibe2 je rasa nak update pasal Tudung Aidijuma (AJ) ni.. hihihi..  Masa mula2 tudung AJ ni kuar, jenis plain je.. Ingat lagi masa tu, ada pesta konvo kat UPM. Harga murah je RM 8 sehelai.. Beli takde la banyak pun.. Tapi, ye la tudung bawal ni kan dari zaman dolu2 lagi dah pakai.. Lagipun muka aku ni sesuai sket nak pakai bawal kalau nak bandingkan dengan tudung sarung.
Tapi, ikut mood jugak la.. Kalau mood rajin nak iron, baru la pakai.. Kalau tak, rembat je tudung sarung lycra yang awning lembut tu.. huhuhu.  Aku pun tak tau camne aku bleh jadi gila tibe2 camni :p

Dalam masa +/- sebulan ni, aku seakan-akan addicted kat AJ ni.. Hari2 aku bukak website AJ dan FB group2 AJ.  Untuk yang new season ni banyak la yang aku dah beli.. Yang old season (OS) punye tak banyak sangat pun.. Aku lebih suka Black Label (BL).  Harga biasa untuk BL ni RM 49, tapi kalau sale harga jadi RM 35 or serendah RM 29.  Yang White Label (WL) tu harganya RM 10, dan sale harga jadi RM 9/ RM 8.  Klu pakai BL, kurang sikit chances nak 'tersama' dengan orang lain.. hahahhaha.. eh, bukan sebab tu yang utama.. BL ni best sebab boleh pusing2 tudung tu banyak gaya.  Sebab biasa satu tudung tu ada 2-3 design.  Jadi, bila pakai tu boleh pusing2kan dan orang tak tau pun yang tu tudung yang sama.. Kalau WL ni design dia terhad sikit kalau nak buat pusing2 tu..

ni antra contoh BL.  Biasanya BL ni ada part plain & corak.


yg ni plak WL.  Biasanya corak dia penuh/ sarat sikit.


Ni aku nak tayang tudung AJ yang aku ada.. Tak banyak pun.. Tapi, dalam masa +/- sebulan, tudung AJ aku dah ada banyak ni, dan dah tentu la laki aku bising kan.. hahaha.. Banyak yang tak pakai lagi sebenarnya.. Membeli je lebih..

 BL

WL


Owh, kalau sape2 yang minat AJ ni sure tau kan yang harga untuk OS boleh cecah ratusan ringgit sehelai, walaupun tudung tu prelove je pun.. Then ni jugak la yang buat aku semangat nak beli AJ dan hunting OS, sebab kalau la nanti aku boleh jual prelove pulak ke kan..? hahahhaha.. 
*
*
*
28 Jun 2014 - Sale AJ.  Ada 13 BL  design baru keluar.. Harus la pergi terjah.  Sebaik incik asben ok je.. Bising2 dia pun, nak jugak la dia sponsor sikit kan.. :)  Berangan kalau la dapat bukak concept store (CS) kat area sini, fuhh!!

- rambang mata tak?? -

2 comments:

My Aisy said...

aku pun skang pakai bawal balik...tapi yang biasa jek...tengok aj ko ni...cam best jek...cecantik semua...

f.i.z.a said...

fetty, ko try la AJ ni.. kain dia best.. 28hb ni ada sale. harga paling murah dari sebelum2 ni. Ni la masanya kan.. hikhikhik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails