02 December, 2014

Gigih ke Nak Sambung Belajar Lagi?

Assalamualaikum..
Tinggalkan cerita pasal rumah kejap.. sorry kepada insan2 yang pm bertanya pasal rumah, ambik masa sikit nak reply ya.. 

12 November 2014 dah pun selamat berkonvo! yeayy!!!

gambar konvo tak upload lagi sebab ada dalam laptop incik asben.  Dan laptop tu pun dah selamat rosak hasil dikejakan oleh incik dhua (T_T).  Cerita konvo nanti update dalam entry lain ye..


Dan dengan semangat yang berkobar2 ni, harusla segera survey Master pulak!  hahahhaa.. ye, memang gigih!!  Ade jugak la suara2 sumbang yg cakap "ala, baru konvo, macam tu la.. semangat beriya".  Ada aku kesah?? hahaha..  Hak masing2 la nak sambung belajar ke tak ke kan.. Yang penting, laki aku nak bini dia ni jadi professor.. eh!!?? haaaaa. bukan2.. yg penting, laki aku yang suruh sambung belajar.  ha, itu yang paling penting.

selepas di +, di -, di x, di /, maka akhirnya aku pilih jugak la UPM.  dengan harapan, masa konvo nanti, semua family aku dapat datang.  kalau tak, nanti sedih.

Master of Corporate Communication, UPM

sebab2 yang menjadikan UPM pilihan utama ni adalah:
* senang nak pegi kelas sebab memang kat dalam kampus ni je
* senang nak jumpa lecturer
* nak discount 50% yuran keseluruhan - paling penting

Lama jugak la nak pikir nak buat Master apa kat UPM ni.  Banyak program yang ditawarkan.  Master secara PJJ pun ada jugak klu nak. yg aku apply ni consider full time.  tapi aku tak la cuti belajar apatah lagi berenti keje, sebab kelas weekdays, bermula jam 6 pm.  so, takde masalah la kan.. dekat pun dekat.. tempoh masa Master ni 2 tahun, InsyaAllah.  aku apply program master tanpa tesis.  Master of Corporate Communication ni ditawarkan di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)

Asalnya nak ambik Master HRD. tapi, memandangkan dia ada kelas weekdays kul 3 pm, susah sikit.. sebab boss bukan la sporting sangat nak bagi2 keluar camtu.. Master HRD secara full time ditawarkan bawah Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP).  Kalau nak PJJ utk Master HRD pun ada, program bawah UPMET (UPMHOLDINGS). Yang ni yuran tinggi sikit kalau nak compare dengan FPP/ FBMK.  Kalau yang nak buat MBA tu boleh apply under Putra Business School (PBS).

Staf UPM berjawatan tetap/ kontrak yang tempoh perkhidmatan lebih 3 tahun boleh apply untuk discount yuran sebanyak 50%.  Memang banyak! dan sangat la rugi kalau kita tak gunakan kemudahan ni kan.. Kata lah, total yuran 12k, kita cuma perlu bayar 6k sahaja.  Then, utk discount ni hanya layak untuk program bawah Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) sahaja (cth : fakulti/ institut yang tawarkan program). Kalau ambik dengan PBS/ UPMET tak layak dapat discount.  Dan hasil google an beberapa hari tu dapatlah disimpulkan bahawa (tetiba rasa macam tengah buat assignment plak) :

program master tanpa tesis (program yang aku minat + berkaitan bidang aku je)

SGS :
FBMK (Master of Corporate Communication) & FPP (Master HRD)
Mode : Full time
Yuran 11k ++
Layak discount yuran 50%
Refer : http://www.sgs.upm.edu.my/

PBS :
MBA & MMIT (Information Technology)
Mode : Full time & part time
Yuran 25k ++
Tidak layak discount yuran 
Refer : http://putrabusinessschool.edu.my/?page_id=584

UPMET :
Master HRD & MCCOMM
Mode : PJJ
Yuran : 16k ++
Tidak layak discount yuran
Refer : http://www.upmet.upm.edu.my/

Jadinya, aku takde pilihan selain ambik Corporate Comm tu.. apepun, kene pikir masak2 sebelum apply.. sebab sambung belajar, bukan sekadar nak ada Master je, tapi kene pikir mana hala tuju kita lepas tu.  Minat pun penting jugak.  tak minat, tak jadi.

aku pun takut jugak bila bab2 komunikasi ni.  memang cemas.  tapi, bila dipikir2 balik, InsyaAllah boleh je.. dulu belajar PJJ dekat 5 tahun, boleh je.. ni Master 2 tahun je kut (sedapkan hati sendiri).  Class of course la dlm English kan.  tapi, pada aku, tu semua boleh belajar.. English aku pun bukan terel mana pun.  Hentam aje la.. yang penting bila belajar nanti aku dapat sesuatu. 

Application ni baru je submit minggu lepas.  Yg ni aku kejar untuk intake Februari 2015.  Kalau sape2 nak apply, anytime boleh, tapi akan pegi ke September 2015 intake. 

Terima kasih kat kawan2 yang aku banyak tanye.. Farah yang rajin melayan soklan2 aku.. Shu, Kak Shima yang rajin dengar keluhan2 cemas aku nih. kawan2 UUM yang sama2 pening nak pilih course.. dan sape2 je la yang terlibat :p

Doakan application ni berjaya & semangat terus berkobar !!

3 comments:

Unknown said...

fiza...tahniah!!! waaa bestnya sambung master pulak...insyaAllah ada rezeki tu...
pergh terbaik la...

Unknown said...

Thanks fetty!! doakan la kegigihan aku ni ye. harap2 dapat konvo lagi 2 tahun :)

Unknown said...

InsyaAllah...amin... :)