19 March, 2018

Mula balik ya?

Sejak-sejak ada banyak masa terluang ni, mak dok la menggodek blog.. Tukar template, tukar itu, tukar ini, edit sana, edit sini, macam-macam lah..😖 Yang paling best bila dok explore post-post lama zaman jahiliah ni.. 😃 Gelak-gelak baca, seakan tak percaya dulu mak yang tulis macam tu. Aduyaii, sendiri baca pun dah gelak-gelak, kalau anak-anak baca sok tak tau lah macam mana kan.. Ape pun, banyak kenangan kat blog ni.. Ada yang mak sendiri pun dah lupa dah cerita.. Nasib baik ada blog, so, boleh la recall..

Bercerita pasal blog, kadang-kadang macam persimpangan dilema jugak.  Teringin sangat nak update selalu (walaupun takde orang baca), sebab kadang-kadang takde ruang dan peluang nak bercerita.  Kat FB pun dah malas nak aktif sebab segan. 😣  Ramai sangat kawan kat situ, atau faktor usia membuatkan rasa segan pulak.. Padahal sebelum ni, kemain kau kejap-kejap update status bagai kan.. 😆 Instagram boleh dikira aktif jugak, sebab nak mengabadikan kenangan bergambar.  Ye lah, ambik gambar bagai nak rak, tapi sudahnya simpan/ delete macam tu je.. Bukan lah tak nak print gambar-gambar tu, jadikan hard copy, tapi pemalasnya ya ampuuun... Walaupun semua dihujung jari je sekarang ni, plus laki kau pun seorang photographer, tapi tetap tak de keinginan nak print.. 😤 Instagram plak tak memungkinkan mak untuk menulis panjang lebar atau bercerita soal hati, eh.  Setakat caption sikit-sikit tu ok lah.. Jadinya, sejak minggu lepas, selalu la bersemangat nak update blog..  Dengan harapan, mak tak lupa bila mak dah tak mampu nak ingat (read as tua).

Ok, kesimpulannya sekarang ni, kalau nak tengok update kawan-kawan, boleh tengok kat FB.  Nak tengok gambar-gambar kenangan, tengok kat instagram.  Nak bercerita atau baca cerita kenangan, boleh tengok kat blog.  So, mak mula menulis balik ya?

---

"so take a deep breath,
pick yourself up,
dust yourself off,
start all over again.."

--

"catatan ini cukup sekadar untuk kenangan masa depan. tanpa perlu sesiapa untuk dijadikan alasan mahupun ajak berteman..
jadi, jika ada yang tidak berkenan, mohon saja tinggalkan"

No comments: