Showing posts with label 3G. Show all posts
Showing posts with label 3G. Show all posts

07 April, 2015

Kebaikan & Keburukan KC 4G (pandangan & pengalaman sendiri)

April 07, 2015 2 Comments
Assalamualaikum..
lama sungguh nak ambil masa untuk update pasal "kebaikan & keburukan kitchen cabinet 4G"
hihihi.. macam tajuk karangan..

terima kasih kat sorang reader ni yg remind pasal karangan post ni :)

sebelum ni, nak bagi tau awal2 ye.. ni just pandangan dan pengalaman sendiri je.. takde kene mengena dengan orang lain.  mungkin, ada yang kebetulan sama, dan mungkin ada yang tak sama dengan anda, anda & anda.  Mana yg relevant boleh la jadikan panduan ye kawan2 sebelum memilih material utk KC anda..

Specification :
Keseluruhan KC menggunakan material 4G, black mirror.  Faktor warna turut memainkan peranan ye kawan2.

KEBAIKAN :
- kotoran tidak lekat (contoh: minyak, kunyit, dll)
- ekslusif dan cantik (harga 3G & 4G tak banyak beza pun)
- boleh buat cermin (sambil masak, boleh tengok muka kat cermin. hahahha).  pagi2 klu berebut cermin nak bersiap g keje, boleh guna KC je.. - klu ambil jenis mirror la
- lebih tahan lama berbanding material lain (contoh melamin)
- mudah dibersihkan
- pintu/ permukaan KC tak kembang klu kene air.  tak lap pun takpe, tapi lepas tu nampak kesan berbelak2 la pulak kan.. 
- tidak mudah terbakar/ panas.

KEBURUKAN :
- nampak cap jari (tambah2 guna kaler hitam, so memang jelas nampak). kaler putih tak nampak.  kesan cap jari sangat kritikal sebab 4G takde pemegang bahagian luar mcm 3G.  automatik kita akan terpegang pintu KC tu setiap kali nak buka dan tutup. - Intech Kitchen memang ada inform psl cap jari ni masa buat keputusan dulu
- kene rajin lap, kalau tak nampak berbelang2 dengan kesan cap jari/ minyak/ dll
- bahagian atas pintu KC mudah meresap minyak/ air sebab permukaan tu takde cover (yg ni belum jadi lagi, mybe utk kesan jangka masa panjang - terbaca kat blog mana tah)
- anak jadi geram bila nampak muka sendiri kat KC (refer to kebinet bawah).  So, anak akan dengan sengaja main2 kat situ.. [incik Dhua kita, siap langgar2 pintu KC dengan kereta dia (T_T) ]

rasanya tu je kut yg kite nak share.. hohohoho.. sorry, klu2 takde info yg dapat membantu dlm proses pemilihan KC anda ye..

KESIMPULAN :
saya memang berpuas hati dengan KC material 4G ni, cuma agak menyesal memilih full black mirror.. sebab dapur jadi gelap tambah2 lepas extend dapur dulu tu.. Masa decide kaler tu, dapur tak siap lagi, memang terang-benderang.. bila dapur dah siap, terus gelap.. siang2 pun kene pasang lampu klu nak masak.
tapi, sebab dengan adanya mirror tu, sedikit sebanyak nampak dapur luas sikit, cuma agak gelap.
pastu, black mirror tu dah ok dah . cun. cantik.. tapi lagi cun klu just guna utk wall cabinet sahaja.. yg bawah tu anak suka main la pulak... siap ketuk2 bagai (T_T).  ni semua sebab boleh buat cermin kat situ kan.. bawah tu klu buat black biasa pun dah ok dah.. 
kalau la dulu pilih kaler putih pun takpe.. sebab 4G ni tak kotor..  dulu tak berani ambik putih, sebab takut kotor kat kunyit/ minyak/ dll.. tapi, 4G ok je klu nak warna putih.. memang kotoran tak lekat.
redha je la.. tak boleh nak tukar dah pun.. tunggu la 20 tahun lg ke, tukar pintu KC tu :p

21 May, 2014

Price List Intech Kitchen (April 2014)

May 21, 2014 7 Comments
sape-sape yang tengah survey kitchen cabinet (KC) maybe boleh pertimbangkan Intech Kitchen.  Ni untuk harga material 3G dan 4G.  Boleh la buat kira2 sikit kan.. Actually sebelum decide nak buat KC dengan Intech Kitchen ni, ada jugak la survey-survey dengan company lain.. tapi aku survey online je.. takde masa nak pegi terjah satu-satu kedai.. So, nak kata ini yang paling ok, tak tau la.. cumanya, Intech Kitchen ni la yang rajin melayan pm aku kat fb tu. Thanks Jessica!!.  

Masa tu kunci tak dapat lagi, tapi dah eksaited nak survey KC.  So, emel/ pm mana2 company untuk dapatkan estimated harga.. Jessicca ni je yang reply dengan harga yang begitu details, even apa yang aku mintak tu hanya anggaran je.. Saiz pun main bantai je..  So, masa tu macam rasa seronok pulak deal dengan dia.. Bila google, Intech Kitchen ni not bad.  Harga ok, servis ok, lokasi plak dekat je dengan umah, kat Kajang Prima..  Masa tu dalam hati cakap, ni rezeki Intech Kitchen la ni.. Bukan apa, yang lain-lain tak reply pun.. Klu ada pun yang reply, semua sangat tak membantu.. Dalam hati doa harap2 ni la yang terbaik aku dapat.. Selalunye kata hati aku tu betul :p

(double click untuk tumbesaran)
ni utk material 3G
---
ni plak utk material 4G

Lepas dapat kunci, baru la pegi showroom..  Ingat dapat la jumpa Jessica tu, tapi malangnye dia takde.. Kata staff dia, Jessica jarang ada kat office.. So, masa tu deal dengan Ms. Chow.  Lepas bagi ukuran sebenar, design nak macam mana dll, dia pun lukis draf dan bagi quotation.. Aku mintak quotation untuk dua2 material.. Boleh tengok banyak beza ke tak..  Tengok harga terus down, sebabnye sangat berbeza dengan yang Jessica bagi.  Berbeza sangat2!!  Pastu tengok la balik harga yang Jessica bagi tu, lain.  Yang ni lain.. Bila tanya, kata Ms. Chow ni harga baru start April 2014.  Aku deal dengan Jessica tu Mac. Sedih.  Tapi masa tu buat-buat cool.. Ada certain-certain item harganya sama, ada yang berbeza, dalam RM 20 sekaki jugak la.. Banyak jugak la kan..

Balik rumah dengan perasaan hampa.  Hampa la jugak kan sebab sebelum ni total within budget, tapi yg ni dah over budget la pulak.. Malam tu pm balik Jessica.. Tanye la kut2 boleh dapat harga macam yang dibincangkan sebelum ni.. Saja mencuba nasib..  Then Jessica reply and bagitau dia boleh remain harga yang dibincangkan sebelum ni. Alhamdulillah :)  Kiranya harga yang kat atas tu, harga lepas naik harga.  Yang aku punye harga, murah sikit dari yang tu.. hehehehe..

So, kira jadi la ni dengan Intech Kitchen.  Jasper (Adik Jeff, adik ipar Jessica) dah pun datang ukur dapur.  Counter bar kene tukar kedudukan, sebab sempit.. Draf yang baru dah dapat, cuma Jumaat ni, 23 Mei 2014 nak pegi showroom balik untuk finalizekan design, warna dan bayar deposit.

Once semua dah ok, kita citer lagi ek pasal KC ni.. Owh, KC pasang lambat lagi sebab grill pun tak pasang lagi.  Lagi pun, nak kene tunggu ayah setel buat renovation bahagian dapur (nak buat laundry station (betul ke ni istilah?) dengan plaster ceiling..  Bila semua dah ok, baru la boleh pasang KC. 

Doakan, apa yang dirancang berjalan lancar dan takde masalah..  sape2 nak carik Intech Kitchen, boleh tengok FB.  Jessica rajin reply :)

plan asal, tapi dah berubah sebab ruang sempit. nanti update.