21 May, 2009

Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat

MENGADAKAN BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT BAGI KEBERANGKATAN DYMM SULTAN SELANGOR MENERIMA RAWATAN KESIHATAN

Dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Selangor sedang menjalani rawatan kesihatan. Semua masjid di daerah Petaling adalah diarah untuk mengadakan program bacaan yasin dan tahlil secara berterusan sehingga DYMM Sultan Selangor selamat menjalani rawatan tersebut dan berangkat pulang ke tanah air.

Sehubungan itu, Pusat Islam UPM akan mengadakan majlis seperti berikut:

i. Khamis - Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat selepas solat Maghrib
ii. Jumaat - Solat hajat selepas solat Jumaat

Justeru itu, semua warga kampus dijemput untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut dan mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Selangor.

Sekian, terima kasih.

Ketua
Bahagian Komunikasi Korporat

No comments: