06 August, 2011

KRABI ~ Day 1 (27.07.2011)

rehat tengahari tu sempat lagi lari jap ke Hentian Puduraya KL untuk beli tiket ke Hatyai..

Hentian Puduraya sekarang ni dah lawa dah.. tak macam dulu..
sangat selesa.. nak beli tiket pun senang..

 bersih & teratur
 rase nak baring2 je kat sini (lempang!)
direction


kami decide untuk naik bas Sri Maju, selepas di suggest oleh cik puan sholilah

kaunter no. 26 ye.. yg ada gambar bunga raya tu..

harga tiket RM 50.00 seorang.. katenye bas ni bagi selimut free..

ni tiket yang dibeli


owh, parking RM 3.00 utk 1st hour (kalau tak silap la.. lupe dah..) tapi kalau kurang dari 15 minit tak payah bayar..
dan korang jangan nak menggatal gi cucuk tiket parking korang kat mesin parking..
kalau cucuk jugak, kene bayar RM 3.00
dah setel urusan terus keluar ye..
kami ni baik hati sangat, gi cucuk tiket.. bayar je la RM 3.00 walaupun masa kat sana lebih kurang 5 minit sahaja ~

* * *

then, malam tu memang betul, dapat selimut.. pinjam je la.. bukan bawak balik terus.
kire ok la..perjalanan jauh, malam pulak tu kan, sure sejuk..
abaikan muka2 comot ini..

bas bergerak dari Hentian Puduraya lebih kurang jam 10.15pm
bas double decker.. kami dapat tingkat atas.

ni bas yang kami naik

lepas Tol Jalan Duta, bas berhenti kejap dekat shell tu.. berhenti untuk bagi laluan kepada penumpang yang nak ke toilet.
lepas tu bas terus bergerak laju.. aso kat belakang ni lagi la laju bercerita..
sangat la tension !!
nampak tak aso belakang tu.. haaa

lebih kurang jam 11pm, tengah mamai2 sebab tak dapat tido,
ada excident dekat2 Tanjung Malim. 5 kereta.. dok atas, memang nampak clear la kereta2 tu.. bersepah sana sini !
baru sangat berlaku.. polis pun tak sampai lagi masa tu.. ada orang yang berdiri2 kat tepi2 jalan..mungkin yang naik keteta tu kut.. mase tu, dalam hati ni dah berdebar2..
"Ya Allah, selamatkan la perjalanan kami"

lepas kejadian tu, terus tido..
aso pun dah tido dah..

dalam kul 2am, ada excident lagi kat area bukit merah.. kalau tak silap la.. tengah mamai.. jalan pulak gelap..
excident lori menuju ke utara terbabas ke lorong arah selatan dan langgar bas!
sangat takut waktu tu.. bas tu kene kat bahagian tengah. jalan ke selatan dah jem giler..
jauh jugak la jem nye.. mase tu, dalam hati ni dah tak tenang dah..
macam2 pikir.. rase nyesal pun ada naik bas.. takut.. last2 tertido balik..

then, bas berenti dalam 30 minit kat kawasan Bukit Gantang..
tak turun pun mase tu.. ngantuk sangat.. kepala pulak pening..
en asben je turun.. naik bawak kacang rebus sebungkus.. tak makan pun, sebab mata tak larat nak bukak..

lebih kurang jam 4.15am dah sampai Changloon.
mase ni dorang collect passport. lame jugak berenti kat sini.. dalam 40 minit..
ada kedai duty free kat sini & kedai tulis "masakan melayu, 1 Malaysia"
tak makan pun kat situ, sebab kat situ jugak ada jual pau pork.
-kompius-


sebelum bas gerak, dapat semula passport dengan borang 'arrival & departure'..

ini borangnya..


borang dah siap bertaip.. cuma ada bahagian yang kene isi sendiri..
cecepat kuarkan pen dan isi..

jam 5.00am dah sampai kat Imigresen Bukit Kayu Hitam.  dok melangut dalam bas, sebab imigresen bukak kul 6.00am.


bukak je imigresen, terus check-in..
kalau passport malaysia boleh guna auto-gate.. tak payah nak beratur..
just letak passport kat mesin tu, then ikut arahan.. letak jari, then siap!
2 minit je kut.
dah setel kat situ, terus naik bas balik..
tapi ,ada pulak mamat pakistan ni sangkut..
tah ape masalah dia tah..


 curik2 amek gambar.. kat imigresen tak boleh amek gambar yek..

dalam jam 6.25am baru bas gerak semula..
then, bas singgah jap kat duty free zone.
mase ni la kami tukar duit thailand..
siang tadi x sempat nak tukar..


jam 7.00am dah sampai Imigresen Sadao.
dekat je dari BKH nak ke Sadao ni.. boleh jalan kaki.
proses kat Sadao ni lebih kurang 10-15 minit.. semua kaunter manual..
kene beratur.. tapi sebab awal pagi kan, so tak ramai orang lagi..
mase kat sini, dah siap2 standbykan duit.. sebab sebelum pergi, dah bace blog lain, then dorang kate kene bayar kat sini RM 1 atau RM 2..
tapi, kami takde pulak kene bayar pape..
simpan balik duit..


lepas je kaunter tu, terus ke belakang
then kiri.. bas semua tunggu kat situ..

ini tempatnya..

ok, sambung cerita di next n3 ya.. 

terima kasih kerana membaca!

2 comments:

Sholihah said...

uihh.. byk plak accicedent... serammm .. nasib bek kite klu jalan jauh, mmg tdo je keje... hujung tahun yok g vietnam lak ^_^

Unknown said...

aah banyak lak excident nyer...huish...alhamdulillah selamat sampai...bestnyer gi negara orang...