27 September, 2012

Scan Baby 21w

Assalamualaikum..
nak sambung citer..
aritu dah cakap yang nak tukar monthly check-up kat Az-Zahrah Bangi kan..?
so, memang kami tak pegi pun kat Mesra..
kami terus pegi ke Az-Zahrah.

Appointment kat Mesra tu hari Selasa (4/9/2012)
pegi Az-Zahrah ingat boleh la terus check-up..
rupanya kat situ appointment untuk ibu mengandung cuma dibuat pada setiap hari rabu & sabtu sahaja..
dan rabu esoknye pulak dah penuh..
kami decide nak buat appointment hari rabu.. 
so, kene ambil date appointment next week (12/9/2012)
boleh pilih masa untuk datang..
kami ambil kul 12 t/hari..


nanti dapat kad kecik ni.. kad appointment.
klip je atas kad Mesra

sepatutnya bila dah 20w tu, kene ambil darah..
jadi, lewat sikit la kan..
baby pun lambat sikit la dapat tengok..
mula2 ingat nak scan biasa je masa tu..
tapi ramai pulak org Q.
so, takpe la.. tunggu next week aje..

12/9/2012 kami pegi la ke Az-Zahrah..
yang ada appointment (ibu mengandung) diasingkan dari pesakit2 biasa
kene pegi belah belakang..
tengok ramai jugak yg tunggu giliran..
tapi baru je nak duduk, dah kene panggil.
ambil bacaan tekanan darah, berat & urine.

duduk kejap, Dr. dah panggil dah..
nama Dr. tak perasan pulak.. tak sempat nak tengok kat pintu
masuk2 je, Dr. tu macam garang la jugak kan..
dia tanya pun laju2 je.. 
pastu dia tanya nak scan baby ke tak?
sebab dia tengok kat buku pink tu dah ada scan baby (masa jatuh) tu..
baru sangat katanya..
tapi, kami nak jugak scan..
excited!

Dr. tu mungkin dah penat kut.. 
ye la.. dah t/hari kan.. 
scan laju2..
kejap sangat.
dia tunjuk, ni kepala, ni perut, ni kaki.
pastu dia ukur2 kejap
pastu dah.

haaa? masa tu terlopong la jugak..
sebab tak nampak pun kedudukan baby tu camne..
memang tak puas ati sangat..
Dr. terus bla ke tempat dia..

nak suruh print gambar, tapi takut..
tapi, dia dah print kan gambar scan tu..
tapi, hampa kecewa la jugak..
sebab.. yg dia print tu gambar kaki sahaja..
huhuhuu..
sedih ya amat!


see, ape yg nampak?
geram giler!
gambar memang blur la kan..
sakit je ati ni..
masa tu baru rasa menyesal..
baru rasa buat perbandingan dengan Mesra

Dr. Rahaya kat Mesra tu memang mesra
betul, tak tipu..
layan baik je..
cakap lembut..
scan lama2..
siap borak2 lagi dengan baby kita tu..
puas la ati sikit kan.. 

tapi, tak kan nak pegi balik Mesra kut.. 
segan la.. huhuhuhu..

lepas scan tu Dr. cakap nanti ambil darah.
ok je.
cuma yg tak ok nye.. 
kene warning dengan Dr. sebab berat badan naik mendadak!
naik 6 kilo !!
sangat tak percaya.
berat dari 42kg naik ke 48kg.

masa tu rasa nak suruh timbang je balik
penimbang dorang jenis yg manual tu..
masa timbang tu tengok macam 45kg je..
salahkan penimbang tu la..
eh, nurse yg ambil bacaan tu la..

kuar je bilik Dr., tekad nak pegi beli penimbang
so, boleh timbang bila2 suka
tapi dalam hati memang tak percaya.
memang la makan banyak, tapi baju2 & seluar2 semua ok lagi..
takde la sendat sana sini

tak tau la..
tapi sekarang ni masih lom timbang lagi
sebab dah beli penimbang, tapi penimbang tu rosak la pulak
beli yg murah punye, macam tu la..
nak kene cari penimbang yang masuk duit tu..
tapi lom ada masa lagi nak merayau.

sekarang ni tengah berjaga2 makan
dah kurangkan pengambilan nasik
tapi, mood memasak dah sampai pulak
tu yang tak menahan tu..
kadang2 tu tahan je lapar tak makan nasik lunch,
sebab balik nanti nak masak..
makan banyak lagi..
takut bulan depan kene minum air gula pulak !

owh, sebelum terlupa
keseluruhan proses (masa) kat Az-Zahrah
dari ambil tekanan darah, berat, urine, jumpa Dr., ambil darah & farmasi
cuma mengambil masa +/- 20 minit sahaja.
sangat cepat.
err.. kalau kat Mesra, 1/2 day jugak la nak menunggu

tapi, bil yang kene bayar agak mahal
kami kene charge RM 98
tu dah panel UPM tu.. kalau tak panel, tak tau la bape..

* * *

bila mengenangkan Dr. tu, rasa macam malas je nak continue check-up kat Az-Zahrah
tapi segan nak ke Mesra..

mode : confuse!!


No comments: