:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

05 January, 2015

1st Day ke Taska

Lagi 10 hari genap umur Dhua 2 tahun
dan harini 5 Jan 2015, 1st day & 1st time Dhua ke taska
Taska Cahaya Mata (TCM), Koperasi UPM Berhad
sejak lahir tak pernah hantar/ tinggalkan dia dengan orang yg kita tak kenal..
harini lah pertama kalinya


perasaan??
takut sangat ! tipu la kalau kata tak takut kan..
walaupun Dhua tu dah dikira besar jugak la, sebab dah boleh menjawab apa yg kita tanya, tapi perasaan takut tu tetap ada.

pagi tadi dia menangis sampai hilang suara.
ke hulu ke hilir
ke depan ke belakang sambil menangis panggil mak.
sedih betul tengok.
tapi, sekejap je tu..
Dhua kan mesra dengan semua orang.

sampai kul 9 jugak la duduk kat taska tu tadi tengok dia
dan sepanjang masa dari kul 7.30-9 am, dia menangis tak berenti.

tapi,
tinggalkan jugak dia.

lunch tadi pegi tengok kejap
Alhamdulillah, tengah tido
cikgu kata dlm setengah jam lepas mak balik, dia dah ok dah, cuma cikgu tak boleh hilang dari mata

cikgu ckp, Dhua dah main2 dah dengan kawan..

---

Alhamdulillah, mak tau Dhua baik.  Dhua pandai bawak diri kan.. selalu mak pergi work, Dhua ok je main dengan kawan2.  kadang2 kalau ada kawan datang rumah, Dhua nak ikut balik pulak.. :p



mood : tak sabar nak tunggu kul 5 pm.

1 comment:

Sholihah said...

good boy sgt Dhua... ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails