:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

18 June, 2015

Report Card Anak (Jan-Jun 2015)

Assalamualaikum
Dah lama tak hupdate blog.. 
bukan la bizi mana pun, tapi takde mood
hihihihi..

Just nak share pengalaman pertama ambil report card anak.. Hahahaha.. kelakar pun ada.. anak baru 2 tahun je pun.. Report card Tasca B (Taska Cahaya Mata), UPM ni dibuat 2 kali setahun.. means bulan Jun dan bulan Disember..

15 Jun 2016 - Date utk ibu ayah datang ambil report card.  Incik asben tak dapat pegi sebab ada meeting.  Aku pulak sebaik boss takde.. so, dapat la lari kejap.. So, pagi tu pegi sorang je.. Sekali dengan hantar Dhua..

Cikgu Dhua tu, Cikgu Fatin.  Muda belia lagi cikgunya.. So far, dia jaga Dhua ok.. Cuma Dhua ni selalu tersilap nama panggil Cikgu Siti.. Tapi kalau tunjuk gambar cikgu, dia tau mana satu cikgunya..


Alhamdulillah, so far Dhua ok je kat school.  Semua task yg cikgu bagi, dia boleh buat.. lagi pun cikgu cakap Dhua dah besar dah pun.. Dah boleh dengar kata.. Cuma dia merajuk kalau kene marah.. hmmm.. same je la perangai dia kat umah.. Tapi merajuknye tak lama pun.. 

Minum susu memang payah sikit kat school.. Kat umah apatah lagi kan.. Makan plak, kat school guna tangan kanan, tapi bile kat umah tangan kiri.. Bila suh tukar tangan, mengamuk2 tak nak.. anak.. anak.. macam2 perangai.. 

Report card ni takde nombor eh dalam kelas.. hahaha.. kalau ada, Dhua boleh dapat no. 1 ni.. :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails