15 December, 2010

Panduan Bajet ~ Pelamin

December 15, 2010 1 Comments
ni aku nak share panduan bajet utk b2b yg masih lagi tercari2 or tengah buat bajet untuk big day nanti..

sape yg ada beli majalan pesona pengantin keluaran disember 2010, bleh refer page 119

err.. post ni gak bertujuan nak pomot bridal sendiri.. hikhikhikhik..
bukan ape.. mane la tau kut2 ada yg berkenan.. ;p
eh bukan2.. (tp klu ye pun, ape salahnye..)

di ingatkan, ini hanyalah sebagai panduan sahaja. bukan spesifik ikut bajet ini ya.. then, ia bergantung kepada butik perantin yg korang amek tu jugak.. tak semua terikat dgn bajet yg mcm ni ok.
yg penting, perantinnye kene pandai pilih..
okey..

BAJET RENDAH (RM 450 - RM 1,000)
* paling asas
* backdrop kain
* kerusi agung/ cleopatra
* pencahayaan : melibatkan penggunaan 4 spotlight
* perhiasan/ aksesori : 2-4 pasu bunga (bunga artificial), kipas tangan, bantal berinai, tempat merenjis dll



ni contoh mini pelamin dari Persona Fiza Bridal. then, boleh jadi jugak pelamin rumah.. so far, kami ikut la customer nak yg mcm mana.. xyah nak ikut sgt bajet2.. tp ape pun, biar bertempat la yek..
hehehhehe.. yg ni still lagi in bajet.. cuma yg kami charge kpd customer tidak la terlalu mahal.. still murah, ok. tak caye, tanye kat tuan punye pelamin ni.. :)

BAJET SEDERHANA (RM 1,000 - RM 2,500)
* backdrop panel kayu/ ukiran kerawangan
* kerusi agung/ cleopatra
* pencahayaan : melibatkan penggunaan 6-8 spotlight (termasuk pada panel kayu)
* perhiasan/ aksesori : 4-6 pasu bunga, kipas tangan, bantal berinai, tempat merenjis, juraian kristal, juraian lampu, chandelier dll

ni semua antara pelamin2 Persona Fiza Bridal. harga sgt berpatutan :) --> tak tipu ni..
pelamin untuk bajet sederhana ni paling biasa untuk wedding.. bukan nak ckp perantin yg amek pakej bajet sederhana ni tak glamer atau tak berduit.. tp perantin dgn bajet sederhana ni adalah perantin yg bijak. x perlu nak membazir2, unless kite mmg byk duit & tak tau nak buat ape dgn duit tu.. ;p

owh, utk design, kami boleh ikut ape yg customer minta.. cuma seperti biasa.. biar berpada2..







ada lagi gamba pelamin kami, tp x jumpe la save kat mane.. nnti hupdet ye..

 BAJET MEWAH (RM 3,000 ke atas)
* backdrop panel kayu/ ukiran kerawangan/ tiang roman
* pintu gerbang & tiang laluan (walk away)
* kerusi high back dll
* melibatkan banyak penggunaan spotlight (bergantung kepada saiz pelamin)
* perhiasan/ aksesori : 6-8 pasu bunga segar, hiasan bunga segar pada keseluruhan pelamin (mengikut permintaan/ kesesuaian tema), kipas tangan, bantal berinai, tempat merenjis, juraian kristal, juraian lampu, juraian bunga segar, chandelier, hiasan pentas, hiasan tanggal dll.

so far, kami xde lagi harga utk pelamin sahaja mencecah 3k or lebih.. fresh flower pun still lagi termasuk dlm bajet sederhana.. arch & walkaway mmg ada buat, cuma klu total up pun still lagi dlm bajet sederhana.. pelamin tiang roman wat masa ni mmg kami xde la.. tp InsyaAllah, nanti ada juga :)


ok, tu je la nak share.. heheehe..
akhir kata..
jgn lupe singgah di
Persona Fiza Bridal


;p

14 December, 2010

Usah Biarkan Rasa Cinta Berlalu Pergi..

December 14, 2010 2 Comments
Tips suami-isteri kekal bahagia & romantis sentiasa :)

* cium tangan suami & dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. [ada, cium pipi 4x. hehhee]

* jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan dakapan dan ciuman di bibir. [hehehe.. yg ni pun ada. tak g otstesen pun peluk2 gak.. ;p]

* walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. [selalu sangat, sampai laki aku cakap "dah la, org byk keje ni"]

* sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love U sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon & sebelum tidur. [ofkos la.. tp kenkadang laki aku cepat sgt letak tipon, x sempat cakap]

* sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.[mmg jarang kuar lunch sesame.. sbb biasa time lunch aku x kuar.. tp dinner ye la..]

* amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat & memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. [laki aku sampai pening kepala dgr aku bercerita. hehehe.. sume aku nak report]

*luangkan masa untuk berbual tentang apa2 sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politk sebelum tidur. [x penah xde cerita.. ade je manjang.. ;p]

* temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar. yang penting anda berada di sisi. [klu laki aku suh teman dia wat keje, mmg la aku temankan kat sebelah.. tp aku pengsan la.. err.. same gak klu aku suh laki aku temankan aku study.. temankan dgn terbongkang kat sebelah]

* jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. [ada jugak la klu time gadoh2 tu.. tp kejap je.. pehtu melepet la balik kat laki aku ;p]

* amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. [mmg ler..]

* biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan/ minuman isteri/ suami. [laki aku mmg akan selalu abiskan makanan aku.. klu air lak, x suruh pun kene rembat.. cuma aku je yg x penah nak abihkan makanan dia.. x kuat makan camtu ler..]

* mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. [kadang2 lupe diri bile gadoh.. hukhukhuk..]

* sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah/ kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa2 sahaja yang anda tahu pasangan anda pasti menyukainya. [ari2 aku bagi adiah kat laki aku.. abis keje, laki aku dtg jemput, naik kete, aku mesti ckp "arini mmy ade adiah utk ddy".. even time tu aku bawak air nescafe ais bungkus yg aku x abis minum.. hukhukhuk.. kadang2 bawak adiah betul2 pun laki aku dah x heran dah.. sbb aku ari2 ckp ada adiah.. ;p]

* sentiasa kenang pengorbanan masing2 seperti susah payah isteri melahirkan anak & suami yang bekerja keras menyara keluarga. [ni part sedih.. aku sensitip klu nak ckp psl pengorbanan2 nih.. :( ]

* sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. [tukar penampilan sampai laki aku bising yg aku ni bersiap lame sangat.. hahhaha]

* apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. [kadang2 ada, kadang2 wat x reti je.. tengok mood]

---


jika amalan2 di atas tidak pernah dilakukan, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu & malu.


oleh : Zetty Sakina Dewi Zainodin (Pesona Pengantin Edisi Disember 2010)

survey simple giler!

December 14, 2010 1 Comments
lame giler x hupdet blog nih.. then, blog walking, walking & walking..
jumpe survey ni kat blog ujang..
rase teruja nak jawab.. 
(hahaha.. gian nak hupdet sebenarnye.. tp x de motip.. wat mende ni je yg senang)



1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
a) Nokia
b) iPhone 3GS
c) Sony Ericsson Z610i
d) Samsung
e) LG
f) HTC
g) Blackberry
h) Motorola
j) CSL

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
a) Acer
b) Hp mini
c) Dell
d) Lenovo
e) Sony
f) Apple
g) Compaq
h) Fujitsu
i) Toshiba
j) MSI

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
a) Nikon
b) Sony
c) Casio
d) Canon Ixus 850
e) Kodak
f) Samsung
g) BenQ
h) Panasonic
i) Olympus
j) Fujifilm
4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?


a) Streamyx (cool unipax)
b) P1
c) Maxis
d) Celcom
e) Digi
f) Yes
g) Time
h) Jaring
i) U Mobile
j) Tune Talk

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
a) Zara
b) Padini/PDI
c) CK
d) AX
e) Guess
f) Adidas
g) Levi's
h) Prada
i) D&G
j) Romp
k) Soda
l) LV
m) GAP

Cap Pasar Malam jer.. :p

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
a) Starbuck
b) Old Town White Cafe
c) Mcdonald
d) KFC it's finger lickin' good
e) Pizza hut
f) Chiken Rice Shop
g) Nando's
h) Dunkin Donut
i) Teppanyaki
j) Sushi King
k) Big Apple
l) Secret Recipe


7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
a) Tesco choice
b) Jaya Jusco
c) Giant
d) Carrefour
e) Pakson
f) Clod Storage
g) Mydin
h) Metrojaya
i) SOGO
j) ISetan
k) Ikea

8) Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
a) HotFM "lebih hangat daripada biasa"
b) EraFM
c) SuriaFM
d) SinarFM
e) HitzFM
f) RedFM
g) ThrFM
h) FlyFM
i) MuzikFM
j) KlasikNasionalFM
k) XFM
l) IKIMFM
m) MIXFM

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
a) TV1
b) TV2
c) TV3 "Inspirasi Hidupku"
d) Ntv7
e) 8TV
f) TV9
g) Astro Ria
h) Astro Prima
i) Astro Oasis
j) Astro Citra
k) Astro Warna
l) Astro Ceria
m) AFC

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?

a) Dunhill
b) Burberrys
c) Gucci
d) Bvlgari
e) Channel
f) Calvin Klein
g) Christian Dior
h) Hugo
i) Davidoff
j) DKNY
k) D&G
l) Escada Desire Me
m) Estee Lauder
n) Giorgio Armani
o) Lacoste
p) Lancome
q) Tommy Hilfiger
r) Versace
s) Ralp Lauren

11) Apakah jenis majalah yang anda selalu baca?

a) Remaja
b) Media Hiburan
c) Mangga
d) Intrend
e) Wanita
f) Pesona Pengantin - kebahagiaan bermula disini
g) Hai
h) Pa & Ma
i) Maskulin
j) Majalah PC
k) Impiana
l) Arena Bola Sepak
m) Nona
n) URTV
o) Majalah Saji
p) Mastika
q) Novel


tu je la..
sekian, terima kasih.

02 December, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

December 02, 2010 2 Comments
artikel ni amek kat fb.. sangat menarik utk dihayati..


Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki..


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci dari orang yang paling dia sayang ..