:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

14 December, 2010

Usah Biarkan Rasa Cinta Berlalu Pergi..

Tips suami-isteri kekal bahagia & romantis sentiasa :)

* cium tangan suami & dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. [ada, cium pipi 4x. hehhee]

* jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan dakapan dan ciuman di bibir. [hehehe.. yg ni pun ada. tak g otstesen pun peluk2 gak.. ;p]

* walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. [selalu sangat, sampai laki aku cakap "dah la, org byk keje ni"]

* sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love U sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon & sebelum tidur. [ofkos la.. tp kenkadang laki aku cepat sgt letak tipon, x sempat cakap]

* sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.[mmg jarang kuar lunch sesame.. sbb biasa time lunch aku x kuar.. tp dinner ye la..]

* amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat & memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. [laki aku sampai pening kepala dgr aku bercerita. hehehe.. sume aku nak report]

*luangkan masa untuk berbual tentang apa2 sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politk sebelum tidur. [x penah xde cerita.. ade je manjang.. ;p]

* temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar. yang penting anda berada di sisi. [klu laki aku suh teman dia wat keje, mmg la aku temankan kat sebelah.. tp aku pengsan la.. err.. same gak klu aku suh laki aku temankan aku study.. temankan dgn terbongkang kat sebelah]

* jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. [ada jugak la klu time gadoh2 tu.. tp kejap je.. pehtu melepet la balik kat laki aku ;p]

* amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. [mmg ler..]

* biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan/ minuman isteri/ suami. [laki aku mmg akan selalu abiskan makanan aku.. klu air lak, x suruh pun kene rembat.. cuma aku je yg x penah nak abihkan makanan dia.. x kuat makan camtu ler..]

* mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. [kadang2 lupe diri bile gadoh.. hukhukhuk..]

* sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah/ kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa2 sahaja yang anda tahu pasangan anda pasti menyukainya. [ari2 aku bagi adiah kat laki aku.. abis keje, laki aku dtg jemput, naik kete, aku mesti ckp "arini mmy ade adiah utk ddy".. even time tu aku bawak air nescafe ais bungkus yg aku x abis minum.. hukhukhuk.. kadang2 bawak adiah betul2 pun laki aku dah x heran dah.. sbb aku ari2 ckp ada adiah.. ;p]

* sentiasa kenang pengorbanan masing2 seperti susah payah isteri melahirkan anak & suami yang bekerja keras menyara keluarga. [ni part sedih.. aku sensitip klu nak ckp psl pengorbanan2 nih.. :( ]

* sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. [tukar penampilan sampai laki aku bising yg aku ni bersiap lame sangat.. hahhaha]

* apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. [kadang2 ada, kadang2 wat x reti je.. tengok mood]

---


jika amalan2 di atas tidak pernah dilakukan, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu & malu.


oleh : Zetty Sakina Dewi Zainodin (Pesona Pengantin Edisi Disember 2010)

2 comments:

Sholihah said...

best n3 nih..utk kesedraan diri sy..hohohoho..selalu terlupa mende2 mcm ni.. ^_^

f.i.z.a said...

sholihah : hikhikhik.. same2 la kite saling ingat-mengingatkan.. kadang2 kite terlupe..

semakin hari semakin sayang :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails