21 April, 2015

Duit Adat dalam Perkahwinan di Negeri Sembilan

Assalamualaikum.
Godek2 pc, jumpa plak gambar ni... so, nak share la untuk makluman orang Negeri Sembilan.
kenapa orang Negeri Sembilan je? Sebab rasanya negeri lain takde kut kene bayar duit ni..
Kalau tak silap, orang panggil ni duit adat. (kalau tak silap la.. then, lain tempat lain panggilannya)



Duit ni kene bayar cash masa hari nikah tu.. Kiranya yang perlu sediakan duit ni adalah pengantin lelaki (yang berkahwin dengan orang Negeri Sembilan).  Duit ni biasanya dimasukkan dalam sampul asing2 ikut jumlah tu..

Jumlah duit ni berbeza-beza ikut tempat dan keadaan.  Yg ni masa wedding sepupu kat Johol bulan Disember 2014 yg lepas.  Then sepupu yang kawen bulan Mac 2015 baru ni kat Seremban, duit tu lain sikit.. contoh duit untuk saksi, dibayar sebanyak RM 25/ seorang.  Pastu yang duit adat RM 60 x perlu dibayar sebab majlis tak dibuat di rumah pusaka.  Yang ni tak berani nak komen panjang.. elok p tanya family/ sape2 yg lebih ariff pasal ni.. Adik kawen baru ni duit adat RM 60 tu kene bayar, then direct bagi kat mak.

tu je la nak share.. hehehe.. bukan apa, boleh la standby2 duit untuk yang bakal berkahwin.. Sebab, pasal duit ni jugak la laki bini bergasak, ada yang bergaduh sebelum nikah, yang tak jadi nikah, sume ada la.. macam2 hal.

No comments: