[Sumber : Kosmo 28 Disember 2008 - Ahad]
SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini pada kira-kira 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor yang membuat pengumuman itu berkata, baginda dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sakit kepala kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.
|
|
Sebelum itu, katanya, dua pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman cuba memberi rawatan di Istana Hinggap di sini.
Namun disebabkan keadaan Almarhum terlalu lemah walaupun masih sedar, mereka mengesyorkan supaya baginda dibawa ke HTJ untuk rawatan segera.
“Baginda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah memberi rawatan kecemasan sebelum mangkat pagi ini (semalam),” katanya di HTJ semalam.
~ aku x berkesempatan singgah Seri Menanti untuk penghormatan terakhir.. ade hal penting.. nk update blog pun, x ter update.. arini baru masuk opis, n baru dpt godek2 blog nih..
n arini aku pakai serba hitam (berkabung). tibe2 plak rase sedih.. Semoga roh baginda dicucuri rahmat.. ~
2 comments:
alhamdulillah... jadilah rakyat yg disegani dan sentiasa patuh kepada sultan. semoga roh baginda dicucuriNya.
InsyaAllah
Post a Comment