:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

25 March, 2009

bersediakah aku? tabahkah aku? redhakah aku?

Ujian merupakan lumrah didalam kehidupan, ada yang diuji dengan sedikit penderitaan di segi kekayaan, ada yang diuji dengan kerenah anak-anak, ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, ada yang diuji dengan rakan yang mengambil kesempatan,ada yg diuji dengan kekurangan suami/ isteri, ada yang diuji perasaannya dan ada yang diuji dengan kekurangan anggota tubuh badan. Namun semuanya adalah dari Allah SWTyang maha berkuasa dan Allah SWT mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukanNya kepada kita sebagai hambaNya.


Adakah aku bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau aku menyesali apa yang berlaku? Begitu banyak perkara yang berlaku di dunia ini. Ada penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini. Aku perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat di jadikan sebagai realiti sekiranya aku berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh - sungguh. Aku hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan samada aku berjaya atau tidak adalah sebenarnya Allah SWT. Aku hanya menyediakan sebab atau natijah dan keputusan adalah milik Allah SWT..

4 comments:

fauzi said...

ujian dan dugaan mematangkan kita,
menguatkan lagi keimanan..
bila duji Allah suka hamba sujud dah bermohon padaNYA.
ALLAh memberi ujian berdasarkan kemampuan Hambanya, sejauh mana hamba mampu berfikr untuk menyelesaikan segala ujian

Mama_Aqish said...

hye salam kenalan jom tukar link..i dah add as afollower u...

FIZA said...

tq, mama aqish.. kite pun dh add urs. :)

Shima Sulaiman said...

Dek non, mencari kesempurnaan pada manusia mmg x akan jumpa sampai bila-bila..hanya Dia yang tahu kekurangan itu perlu dilengkapkan dengan apa dan siapa..Sujud la kepada-Nya dan mohon diberi petunjuk dlm apa jua keputusan yg perlu diambil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails