22 July, 2011

Cara2 Apply Passport

pagi tadi lepas pendaftaran semester baru..
terus pergi ke hentian kajang untuk apply passport..
so, maknanya..
memang jadi la pegi krabi ni..
yeay!!

meh citer sikit pasal cara2 nak buat passport ni..
untuk yang 1st time nak buat macam kitorang ni boleh la jadikan panduan ye..

nak senang, bukak je website imigresen iaitu
kat situ ada tulis dokumen apa yang perlu disediakan..
hehhehhee
mudah..

ok2.. aku citer la..

kau kene bawak :
(i) IC (original & fotokopi depan-belakang 1 helai)
(ii) gambar 2 keping (size 3.5cm x 5 cm)

isi je borang yang korang boleh download sendiri kat website tu, atau kalau takde printer, amek je borang tu nanti kat kaunter..

pastu g je kat mana2 pejabat imigresen yang terdekat..
macam aku, aku pegi kat hentian kajang
kat putrajaya pun ada jugak..

kat hentian kajang tu punye la ramai orang..
terus tuju tingkat 3
dalam pejabat imigresen tu, lagi la ramai orang..
warga asing la..

sampai2 je terus pergi kaunter semakan..


kau akan dapat nombor giliran
nanti incik tu akan semak borang & dokumen yang diperlukan..
ha mase tu la kau kene ready dengan sebarang kemungkinan..
dia akan cek IC tu boleh baca atau tidak..
kalau cip rosak (tak boleh baca), korang kene buat IC sementara dulu..
kene pergi mana2 JPN
kalau IC ok, dia akan semak gambar pulak..
nasib baik cip dua2 IC ok..
cuma yang tak bestnye..
kitorang tadi kunun nak bagi gamba yang paling lawa & paling ensem penah amek la..
tapi, last2 gambar kene reject..

owh, sebab kene reject :
(i) nak gambar terkini 
(gambar aku ok, muka same.. muka laki aku la, lain sebab sekaran dah takde rambut) ;p
(ii) gambar yang high quality
(gambar kitorang print sendiri kat opis.. macam blur sket..)

ni gambar yang di reject tu..

kalau kau hadapi situasi yang macam kat atas tu, jangan risau..
kedai gambar banyak sangat kat hentian kajang tu..
siap dorang akan kejar kau lagi bila kau lalu kat situ..
kat dalam pejabat imigresen tu pun ada tempat untuk ambil gambar jugak tau..
bayar RM 10.00 (4 keping).
kalau kat tingkat 1, kedai tu RM 8.00 (4 keping).
kalau yang betul2 berdepan dengan pejabat imigresen tu plak, RM 10.00 (4 keping) jugak..
pilih la mana yang berkenan..

kitorang amek yang kat dalam pejabat tu je..
sebab fikir, opkos la gambar tu nanti akan memenuhi kriteria yang ditetapkan kan..
tapi sebenarnya, memang elok pun kalau kau amek yang kat dalam pejabat tu pun..


kat situ gambar kau akan diambil oleh sorang aci ni..
memula aku ingat dia cleaner kat situ (sorry aci), tapi kau..
canggih aci tu..
hehhhehe
gambar diambil memang mengikut spek..
kat skrin dah siap ada ukuran dah..

pastu yang best, kalau kau tak suka gambar tu, kau boleh ambil sampai kau puas hati
hahahhaha..
aci tu cakap kat laki aku, 'senyum jangan nampak gigi' - tak tau ape motip.. hahhaha
kalau kat kedai2 luar pejabat tu, aku tengok macam biasa je la.. 
tak tau la bleh ambil sampai puas hati atau tidak..

ni gambar tadi.. hahahhahaha..

tembam giler.. pastu aku rase gambar ni tak lawa..
hahhahaha
dua kali ambil.. segan pulak dengan aci tu..
last2, ok kan je la..

owh, lagi satu, kat dalam borang nanti perlukan ukuran ketinggian kau..
kalau kau tak sure, kau boleh ukur time tu jugak..
ada banyak pembaris kat tepi2 kaunter tu..
ko pilih la nak yang mana..
cuma macam segan sikit kut, sebab dia suruh kau ukur sendiri..
hahhahahaa.. ;p
incik tu cakap kat aku
'ukur, pandang pembaris cik, jangan belakang.. kalau belakang, nanti ukuran tak tepat.. pompuan sekarang, tudung tinggi2..' - hampeh!

lepas kaunter semakan, kau tunggu nombor kau dipanggil sekali lagi untuk pembayaran..

bayaran macam ni :
2 tahun = RM 100
5 tahun = RM 300

kitorang buat 2 tahun je.. 

lepas bayar, kau kene tunggu dalam masa 1 jam untuk passport kau siap..
nanti dia akan panggil nombor semula..
kitorang decide nak pergi makan sementara menunggu passport siap
lagipun, puan kaunter tu cakap,
'kalau nanti nombor dah terlepas, pergi kaunter dan tanye'
so, kitorang terus la carik kedai makan..

lepas makan, sempat pulak pergi pusing2 satu hentian kajang tu..
survey tiket bas ke hatyai..
masih belum decide nak naik bas atau naik keretapi..

tak sampai sejam, kitoran naik atas balik..
pejabat dah kosong dah..
pejabat tu bukak la..
time semayang jumaat pun dorang bukak kaunter..
orang yang ramai2 semua dah takde dah..
tengok nombor dah jauh ke depan..
terus pergi kaunter tanya..

dan, akhirnya..
siap jugak passport itu..

urusan mudah & cepat.. tak sampai 2 jam pun

seronok!




::  pejabat imigresen ni bukak hari minggu jugak.. boleh refer website untuk maklumat lanjut..  ::

1 comment:

Defarhano VII @ HanZ said...

cepat juga yer buat passport kt situ...igtkan kt putrajaya je cepat...hehehe