21 May, 2014

Price List Intech Kitchen (April 2014)

sape-sape yang tengah survey kitchen cabinet (KC) maybe boleh pertimbangkan Intech Kitchen.  Ni untuk harga material 3G dan 4G.  Boleh la buat kira2 sikit kan.. Actually sebelum decide nak buat KC dengan Intech Kitchen ni, ada jugak la survey-survey dengan company lain.. tapi aku survey online je.. takde masa nak pegi terjah satu-satu kedai.. So, nak kata ini yang paling ok, tak tau la.. cumanya, Intech Kitchen ni la yang rajin melayan pm aku kat fb tu. Thanks Jessica!!.  

Masa tu kunci tak dapat lagi, tapi dah eksaited nak survey KC.  So, emel/ pm mana2 company untuk dapatkan estimated harga.. Jessicca ni je yang reply dengan harga yang begitu details, even apa yang aku mintak tu hanya anggaran je.. Saiz pun main bantai je..  So, masa tu macam rasa seronok pulak deal dengan dia.. Bila google, Intech Kitchen ni not bad.  Harga ok, servis ok, lokasi plak dekat je dengan umah, kat Kajang Prima..  Masa tu dalam hati cakap, ni rezeki Intech Kitchen la ni.. Bukan apa, yang lain-lain tak reply pun.. Klu ada pun yang reply, semua sangat tak membantu.. Dalam hati doa harap2 ni la yang terbaik aku dapat.. Selalunye kata hati aku tu betul :p

(double click untuk tumbesaran)
ni utk material 3G
---
ni plak utk material 4G

Lepas dapat kunci, baru la pegi showroom..  Ingat dapat la jumpa Jessica tu, tapi malangnye dia takde.. Kata staff dia, Jessica jarang ada kat office.. So, masa tu deal dengan Ms. Chow.  Lepas bagi ukuran sebenar, design nak macam mana dll, dia pun lukis draf dan bagi quotation.. Aku mintak quotation untuk dua2 material.. Boleh tengok banyak beza ke tak..  Tengok harga terus down, sebabnye sangat berbeza dengan yang Jessica bagi.  Berbeza sangat2!!  Pastu tengok la balik harga yang Jessica bagi tu, lain.  Yang ni lain.. Bila tanya, kata Ms. Chow ni harga baru start April 2014.  Aku deal dengan Jessica tu Mac. Sedih.  Tapi masa tu buat-buat cool.. Ada certain-certain item harganya sama, ada yang berbeza, dalam RM 20 sekaki jugak la.. Banyak jugak la kan..

Balik rumah dengan perasaan hampa.  Hampa la jugak kan sebab sebelum ni total within budget, tapi yg ni dah over budget la pulak.. Malam tu pm balik Jessica.. Tanye la kut2 boleh dapat harga macam yang dibincangkan sebelum ni.. Saja mencuba nasib..  Then Jessica reply and bagitau dia boleh remain harga yang dibincangkan sebelum ni. Alhamdulillah :)  Kiranya harga yang kat atas tu, harga lepas naik harga.  Yang aku punye harga, murah sikit dari yang tu.. hehehehe..

So, kira jadi la ni dengan Intech Kitchen.  Jasper (Adik Jeff, adik ipar Jessica) dah pun datang ukur dapur.  Counter bar kene tukar kedudukan, sebab sempit.. Draf yang baru dah dapat, cuma Jumaat ni, 23 Mei 2014 nak pegi showroom balik untuk finalizekan design, warna dan bayar deposit.

Once semua dah ok, kita citer lagi ek pasal KC ni.. Owh, KC pasang lambat lagi sebab grill pun tak pasang lagi.  Lagi pun, nak kene tunggu ayah setel buat renovation bahagian dapur (nak buat laundry station (betul ke ni istilah?) dengan plaster ceiling..  Bila semua dah ok, baru la boleh pasang KC. 

Doakan, apa yang dirancang berjalan lancar dan takde masalah..  sape2 nak carik Intech Kitchen, boleh tengok FB.  Jessica rajin reply :)

plan asal, tapi dah berubah sebab ruang sempit. nanti update.

7 comments:

Unknown said...

ooooi besarnya dapur ko...best nya nnti update la before n after tau...

Unknown said...

harus la aku update before & after kan.. :D

lenka said...

sis berapa rm yer desing kitchen kabinet ni dgn intech kitchen?

Unknown said...

sy ambik 4G, full height harga dlm 16k ++. klu std height dlm 14k.

Intech Kitchen said...

Hi kak Fiza, Thanks for your supportation to Intech Kitchen. Your satisfaction is our priority.

Thanks,
Intech Kitchen

Unknown said...

TQ Intech Kitchen!! dapur kite dah cantik :)

Unknown said...

Salam fiza, bole x kite nk tgk dapur yg dh siap?